Sabtu, 1 Ogos 2015

hadiri majlis 4 pasangan kahwin dan bersanding serentak@simpang renggam


1.Hari ni santai2 je ke kampung Parit Hasan Ulu Benut Simpang Rengam menghadiri majlis perkahwinan member wife aku..lagipun dah agak lama aku tak hadiri majlis kahwin sebegini terasa jugak nak makan nasi minyak free hahaha dan sikit2 terasa jugak nak rasa naik pelamin sekali lagi wakakakakakaka..
 
 
2.Pe yang menariknya majlis perkahwinan ini dilangsungkan melibatkan 4 pasangan serentak..peh seronok beb lau kahwin ramai2 begini hehehe leh berlumba lumba sape dulu dapat baby tuu..untungnya langsungkan perkahwinan serentak ni ianya mampu menjimatkan perbelanjaan mengurus makan minum jamuan hadirin dan perkara2 yang bersangkutan dengannya termasuklah tempahan DJ majlis hahaha..senang kata tak payah buat banyak kali.
 
 
3.Masa dok menikmati keenakan nasi minyak disapa pulak rakan media dari harian metro hahahaha,,,entah macam mana dia pun datang buat liputan perkahwinan 4 pasangan serentak ni...wahhhh glamer la hangpa semua hahaha masuk paperla nanti hangpa..jangan duk lupa beli harian metro la hangpa dalam minggu ni.
 
 
4.Yang seronoknya setiap kali hadir ke majlis kenduri kahwin di kampung tak lengkap rasanya jika tiada persembahan silat..hari ni juga ada persembahan silat di depan 4 pasangan pengantin tersebut...wah wah..meriah.
 
 
5.Siap majlis perut dah kenyang anak2 dah meragam nak balik so vrommm tinggalkan majlis..dalam perjalanan de plak kemalangan sesak jalan di buatnya..betul2 berlaku di depan balai polis simpang renggam hohoho..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan