Rabu, 5 Ogos 2015

langgar palang besi pos kawalan keselamatan@tuntutan kemalangan perkeso


1.Alhamdulilah semalam sempat selesaikan 3 kes siasatan kemalangan jalan raya yang berkaitan tuntutan dengan pihak perkeso, dalam  3 kes kemalangan yang disiasat ada la satu kes yang agak menarik perhatian aku hehehe..kes kemalangannya berlaku di Ladang See Sun renggam..Ladang See Sun ni milik Kumpulan Kuala Lumpur Kepong Berhad..Ladang Kelapa sawit geng.

2.Dalam kes ini seorang pekerja telah terlibat dalam kemalangan di dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya di Ladang sawit tersebut..dengan menunggang motorsikalnya..tak laju la sebab jalan ladang mana leh nak laju ladang jalan tanah merah la..kelajuan ade la dalam 40-50 kilometer  sejam..masa tu beliau guna jalan ladang milik majikannya la..kalau jalan ladang buat masa ni tak memerlukan laporan polis untuk buat tuntutan dengan perkeso..tapi kalau jalan luar kena macam biasa la..wajib laporan polis beb..undang2 jalan raya tu.
3.Tiba2 dalam perjalanan nak ke tempat kerja tersebut dalam keadaan hujan renyai2 ( sebenarnya baru lepas hujan lebat ) beliau yang lengkap memakai helmet sebaik sahaja meghampiri pos kawalan keselamatan ladang tempat kerjanya beliau mendakwa di panah petirrrr kuat bunyinya gedebummmmmm kena dahinya adehhhhh jatuhla pekerja ini ke atas jalan ladang tu…betul betul betul berlaku di depan pondok kawalan ladang/pos kawalan keselamatan ladang yang dijaga oleh polis bantuan ladang/pengawal keselamatan ladang.

4.Lepas kejadian berlaku ramailah yang datang membantu sebab time tu ramai pekerja dalam perjalanan hendak masuk kerja..maka orang yang datang awal membantu sudah pasti polis bantuan ladang/pengawal pondok kawalan keselamatan yang pekerja itu jatuh di depannya…maka katanya pekerja tu dia dipanah petir lalu jatuh bersama motorsikalnya…hahahaha tergelak-gelak la orang2 yang datang nak membantunya kesian jugak kat pekerja ni dalam sakit2 pun dorang gelak wakakakaka…pakkkk cikkkkkkk…pakcik BUKAN DIPANAH PETIR LAAAAA..yang pakcik pi LANGGAR PALANG BESI KESELAMATAN POS keselamatan ladang sape yang suruhhhhhh wakakakakakakaka, palang besi beb kerassss wooooo…gedebummmm mau tak kuat bergegar palang besi tuuu..terkejut pengawal tu hahahaha palang besi tu lau masuk ditempat yang betul tak kan kena punyerrr.

5.Sebenarnya pekerja ini telah melanggar palang besi pos keselamatan di depan pondok pengawal/pintu masuk ladang yang beliau hari2 melaluinya hahahaha..mungkin juga beliau salah masuk bahagian yang sepatutnya beliau masuk..bahagian yang sepatutnya beliau masuk lebih tinggi namun pekerja ni pi langgar palang plak hahahaha gedebumla bunyinya kuat plak tu…luka teruk juga palang besi beb..kena 11 jahitan kat kening dahi kanan hehehe..yang nak gelak tu pada mulanya dia leh kata kena panah petirrr hahahaha macam2..betul kata orang malang tidak berbau hahaha kemalangan boleh terjadi di mana-mana sahaja…hehehe pak cik ni malu n tak bagi gambarnya di publish kat sini wakakakakakaka..jadi tak leh la nak masuk sini wakakakakaka.Walau apa pun kecuaianya kes ini tetap bencana kerja..dan perkeso akan membuat bayaran mengikut faedah2 yang sepatutnya beliau layak.

2 ulasan:

  1. Saya telah mengalami kemalangan pada waktu pagi semasa ingin ke tempat kerja. kemalangan berlaku semasa keluar dari pintu rumah dan kemudian kaki sy terpelecok dan lutut kaki kiri sy terkeluar dr kedudukan asalnya.sy telah dirawat di hospital dan ditahan 2 hari 1 mlm.sekarang sy telah diberi cuti sehingga ke hari ini memandangkan lutut sy masih belum pulih sepenuhnya. bolehkan sy buat tuntutan socso? sy cuba buat panggilan ke talian am socso tapi tidak berjawab dan juga talkan bebas tol tapi masih gagal berhubung dgn mana2 pegawai utk sy tahu lebih lanjut. harap awk dpt bantu sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum puan.
      1.Jika puan adalah pencarum PERKESO maka puan memang layak untuk membuat tuntutan dengan perkeso.

      2.Langkah pertama puan perlu lakukan adalah MAKLUMKAN KEPADA PIHAK MAJIKAN PUAN TENTANG APA YANG BERLAKU, DAN MINTA MAJIKAN BUAT LAPORAN KEMALANGAN PADA PIHAK PERKESO DENGAN MENGISI BORANG 21.

      3.Berkenaan kejadian puan terpelecok semasa dalam perjalanan ke tempat kera tuntutan boleh dibuat tak jadi masalah CUMANYA PIHAK PERKESO AKAN JALANKAN SIASATAN adakah kemalangan itu berlaku dalam perjalanan ke tempat kerja atau sebaliknya.

      OK puan cukup setakat tu sahaja dah lengkap tu jawapannye tu tanpa GST hahahaha

      wasalam puan harap cepat pulih

      Padam