Memaparkan catatan dengan label penat11. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penat11. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2011

Layanla gambar2 depan office aku ni hah

1.Hari ni aku temankan my bos ke rumah balu kakitangan SAJ Kluang yang terbunuh berhampiran bulatan ke Taman Sri Lambaak(T6),ia rentetan lawatan aku semalam ke rumah tersebut,but hari ni majlis penyampaian cek Faedah pengurusan mayat (fpm) dilakukan kira2 rm1500 gak la,tu hanya permulaan, nanti balunya akan mendapat pencen secara bulanan yang kami panggil sebagai pencen PENAKAT!pencen penakat sepertimana didalam catatan aku yang lalu aku dah terangkan satu persatu hangpa tak faham hangpa carila catatan lama aku tu, ala pencen pENAKAT ni pencen seumur hidup balu la..anak2 hingga umur 21 tahun atau degree yang pertama ok.hm sian balunya masih bersedih..

cek faedah pengurusan Mayat pun disampaikan

2.Balik kerja aku temankan member aku ni bayar zakat fitrah er er aku pun tumpang sekakila..satu kepala rm7.50 so de 4 kepala kena rm30..Alhamdulilah zakat dah aku tunaikan.
lama member aku ni pegang tangan amil zakat ni kekeke mcm nak pegang tangan kadi kali kedua jek kakakaka

3.Setiap kali bulan Ramadhan beginilah suasan didepan pejabat aku..adehhh apa nak buat..nak parking kereta pun jenuh mencari beb..dah la aku ni selalu kerja luar.sabarr je la..hangpa layan la..



4.Aku rasala satu2 nya pejabat PERKESO yang ada pejabat aku la mcm ni kot hehehe..layan dari atas plak hehehe..tiap2 hari godaan makanan beb..


OK aku chowww dulu beb