1.Aku baru saja sampai rumah..penat tok sah kata la...sekadar nak update jah sebab aku kalau dah terlampau penat jadi susah nak tidur!
2. Hari ni dari jam 10.00 pagi aku dah bertolak ke Melaka with 3 rakan setugas yang lain semata-mata diarah untuk hadiri Majlis pecah tanah pembinaan pusat Rehabilitasi Perkeso yang dikatakan bertaraf antarabangsa dan merupakan satu satunya yang ada di kalangan negara Asean!....heheh tapi kalau pusat Rehabilitasi saja yang dah bertaraf antarabangsa tak kan gaji kakitangan duk takuk lama lagi kotttttt!!!!lagi pun pencen penerima faedah pun depa leh naik...jangan anak tiri kakitangan plak weiii...
Pemandu kedua hahaha
2.Berbalik pada Majlis pecah tanah projek Pusat Rehabilitasi Perkeso ini, ia sedang dalam pembinaan yang melibatkan keluasan tanah kira-kira seluas 22.26 hektar yang terletak di Bandar Hijau di Alor Gajah Melaka...tempatnya sungguh strategik dan bertepatan dengan konsep Bandar hijau...masih dilitupi Hutan Hijau hehehe..nun jauh masuk kedalam ...tempatnya buat masa ni sunyi...hehehe betul2 hijau :)
Kawasan Bandar Hijau Alor Gajah Melaka
Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso
3.Banyak kemudahan dan juga perkhidmatan yang akan disediakan di pusat Rehabilitasi Perkeso ini apabila ianya siap kelak.Projek ini bermula pada september 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada september 2013..dah tak lama lagi la tu. Antara perkhidmatan dan juga kemudahan yang disediakan di Pusat Rehabilitasi Perkeso apabila ianya siap kelak adalah seperti berikut:
a. Klinik Rehabilitasi
b. Program Pemulihan fizikal
c. Program Pemulihan Vokasional
d. Program Return to work
e .Program Pemulihan industri
f. Program kaunseling
g. Program Khidmat sosial
h. Wad jagaan Harian
i. Pusat pembangunan dan penyelidikan teknologi Rehabilitasi
j .Pusat pembuatan prostetik dan Ortortik
k .Asrama
l. Kawasan Rekreasi
m. Program latihan hidup berdikari.
Tapak Projek Pusat Rehabilitasi Perkeso
4.Apa dia Pusat Rehabilitasi Perkeso ni? Kos pembianaan pusat itu saja dah mencecah RM 238 juta??? secara ringkasnya pusat ini akan menyediakan kemudahan rawatan pemulihan yang lengkap termasuk dari sudut fizikal dan Vokasional kepada pencarumnya (pencarum Perkeso), senang cakap hangpa pastikanla majikan hangpa semua mencarum dengan perkeso! senang cerita jika hangpa dilanda bencana kerja dan mendapat kecederaan yang teruk maka hangpa akan cuba dipulihkan semula disini dan akan dipulihkan agar hangpa leh kembali semula ke alam pekerjaan seperti sediakala hendaknya...itu dengan kata mudahla...sebab sebelum ini semua kes perkeso yang melibatkan kes pemulihan yang memerlukan ianya dirujuk ke pusat rehabilitasi kepuanyaan hospital awam dan swasta...kalau dah ada sendiri maka lagi la senang nak urus dan kendalikan kes!
menunggu ketibaan Ketua Menteri Melaka
5.Pusat Rehabilitasi ini yang merangkumi keluasan sekitar 22.26 hektar ini juga akan meliputi bagunan pentadbiran, bangunan Rehabilitasi Perubatan ,Pusat latihan kesihatan, dewan makan, asrama dan juga Bangunan Rehabilitasi vokasional.
6.Adalah diharapkan dengan terbinanya pusat Rehabilitasi ini ia dapat membolehkan Perkeso meningkatkan lagi mutu penyampaian faedah Pemulihan kepada Orang berinsurans (pencarum) dan sekaligus berusaha untuk memulihkan mereka sedaya upaya untuk mempastikan mereka kembali ke alam pekerjaan.
rest jap..makan tengahari@subaidah nasi kandar
Solat jumaat@Masjid A'alami@MITC
hehehe asyik makan je bro ni..driver penat :)
@Masjid selat Melaka
rest jap..makan tengahari@subaidah nasi kandar
Solat jumaat@Masjid A'alami@MITC
hehehe asyik makan je bro ni..driver penat :)
@Masjid selat Melaka
Bye Melaka...de masa aku berkunjung lagi :)



















