Khamis, 20 Ogos 2015
Rabu, 19 Ogos 2015
segeralah lapor kemalangan pada perkeso..hargailah pekerja kamu
1.Hari
ini aku ada siasat satu kes kemalangan jalan raya…melibatkan majikan/syarikat
yang cukup besar dalam perniagaan pizza..sebuat pasal pizza jadi lapar plak
hahaha..pekerja syarikat ini bekerja sebagai penghantar pizza dalam syarikat
itu jawatanya disebut ‘rider’ bagi la apa nama pun itu tak penting..apa yang
mengecewakan yang aku nak utarakan kat sini ialah kes kemalangan ini berlaku
tahun 2013…ye tahun 2013 hari ni tahun 2015 dalam bulan Ogos dah kita ni, bayangkannnnnn
berapa ratus hari barulah laporan kemalangan pada pihak perkeso baru dibuat
untuk membuat tuntutan perkeso pada pekerja tersebut!!!!pehhhh pening aku..nak
marah pun tak guna..marah banyak alasan bla bla bla.tapi ia cukup tak
bertanggungjawab.
2.Sebenarnya
dah berkali kali aku dok cerita kat blog aku ni…tolonggggg la..sekurang
kurangnya kita jangan ambil mudah jangan bertindak kejam kepada pekerja
sebegini..hanga pa tahu tak jika perkara sebegini dibuat apa kesan pada
pekerja?apa kesan pada anak bini pekerja tu???apa kesan pada keluarga
mereka???adehhhh tak yah cakap banyakla..kalau ada rumah..rumah pun kena lelong
macam ni..kalau ade kereta..sampai bila boleh bertahan???setakat 3 bulan
aje..kompem bank akan tarik…setelah kemalangan kompem majikan tak bayar gaji…tambah2
cuti sakit beratus hari!sapa yang nak bayar???tak bayar gaji pekerja yang dah
sakit ada tanggungan..habis pekeraja nak makan apa geng…sapa nak bayar
rumah?sapa nak bayar kereta?sapa nak bagi makan anak bini kalau yang dah
berkeluarga???aku benar2 kesian kalau dapat kes sebegini..tolongla peka dan
ambil berat hal kebajikan pekerja kalian…tak tahu mustahil!
3.Marah
pun tak guna mentang2 majikan besar la katakana..bos2 dah kaya raya…hal pekerja
jarang nak ambik peduli hal kejabikan mereka…tapi bukan semua majikan
begitu..namun akhir2 ni banyak yang aku jumpa macam nil ah…4 bulan baru nak
hantar laporan kemlangan…jenuh la kais pagi makan pagi la pekerja macam ni..lau
ada simpanan pun boleh habis..
4.Dalam kes yang aku siasat ni kejadian tahun 2013 berlaku di Ipoh perak..pekerja tu dah balik kampong ke negeri asalnya dah pun dah x leh kerja dah pun cacat kekal selepas kejadian kemalangan semasa bekerja tersebut…aku pi jumpa pekerja ni…soal siasat semula nak tanya kejadian tahun 2013 terkial kial dia nak jawab…bendanya dah lama beb..
5.Kesiannn..kecederaanya
juga teruk..sehingga kini beliau gagal mendapatkan kerja lain untuknya sebab
kecederaan kekal yang beliau terima disebabkan kemalangan semasa bekerja
menyebabkan majikan lain tak terima beliau bekerja…kompem pening baca ayat aku
kat perenggan ni wakakakaka sebab emosi nak marah bercampur geramla ni!!!
6.Untuk majikan sebegini
tindakan kompaun serta tindakan Mahkamah menanti anda..perlu diingat kemalangan
jalan raya melibatkan kerja harus dilapor kepada perkeso dengan kadar
segera..tidak lewat dari tempoh 3 bulan..lepas aje 3 bulan kompaum rm1000…di
tempat kerja tak boleh lebih 1 bulan…
7.Hmmm lebih 1 bulan kompaun
rm1000, itu kompaun aje dulu tapi jangan ingat hangpa lepas begitu sahaja..tindakan
Mahkamah belum lagi…walaubagaimana pun dalam ketegasan ada budi bicaranya…tengok
macam manala…setakat sebulan ok lagi..aku selalu pesan pada majikan seandainya
pekerja kemalangan cukup mudah..dapat aje 4 hari cuti sakit/mc terus lapor
kemalangan tersebut pada pihak perkeso…YANG SUSAH SANGAT NAK IKUT KENAPA!!!!! Payah
sangat ke nak lapor kemalangan pada perkeso???suasah sangat ke???adeeeh..er er
aku dok marah hangpa pun aku bukan dapat pe pun dapat dosa aje ni wakakakaka
tapi takpa la..janji mudah2 han lepas ni jika berlaku kemalangan pada pekerja
cepat2 lah hantar borang laporan kemalangan pada pihak perkeso..tolonglah
pekerja kamu…kasihanilah mereka..bukan kasihan kat aku…aku tak nak apa2..aku
nak ilmu ini akan jadi pahala untuk aku bawa bekal ke akhirat
nanti..InsyaAllah.
8.Kes
yang aku siasat ni walau pun kejadian tahun 2013 dan baru sahaja dilapor pada
pihak perkeso pada ogos 2015 ianya tetap di proses..siasatan telah lengkap
dijalankan InsyaAllah bayaran akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Selasa, 18 Ogos 2015
Seminar Kelestarian Keselamatan Negara@INTAN Wilayah Selatan
1.Hohoho
hari ini tiada sesi siasatan dijalankan sebab aku hadir ke seminar
Kelestarian Keselamatan Negara “Cabaran Dalam Menangani Isu ISIS di
Malaysia” hehehe berat jugak tajuk seminar hari ni..cukup aku tak
suka benda-benda yang serius ni hahaha..Seminar Kelestarian
Keselamatan Negara ini diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) Kampus Wilayah Selatan di Kluang Johor...tak jauh pun hari2
aku duk pusing tang tu jugak ehhh
2.Ohhh
ya..untuk makluman peserta seminarnya terdiri dari kalangan
kakitangan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang selebihnya aku
tak tahulah..rasanya semua kaki tangan awam kot hehehe segak bergaya
nampaknya..2 ahli panel yang terlibat dalam seminar pada hari ini
adalah YBhg Dato'Prof Hj. Mahamad Naser bin Disa iaitu Ketua Pengarah
Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebelum ni aku pun tak tahu
menatang apa itu IKSIM hahahaha hari ni baru tahu adehhh banyak yang
aku tertinggal rupenye.. dan panel kedua ialah YDH Dato' Ayob Khan
bin Mydin Pitchay iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter
Terrorism Polis Diraja Malaysia.Hohoho bahagian yang sentiasa
bergerak aktif mencegah apa yang dikatakan 'pengganas'...aku pun
masih keliru hahaha yang berjihad itu tak semuanya penganas...yang
melaungkan negara mereka negara keamanan dan polis dunia juga
sebenarnya menaja penganas juga seperti israel hahahaha..tapi betulll
jihad bukan sahaja dengan senjata..bukan dengan perbuatan
kejam...banyak lagi boleh berjihad..jihad dalam ekonomi,jihad dalam
ilmu dan banyak lagi lah..
3.Ucaptama
seminar pada hari ni disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato Seri
Jamil Khir bin Baharom iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seminar yang berlangsung jam 9.00 pagi ini telah berlarutan sehingga
jam 1.30 tengahari.Apa yang menarik walaupun aku tak berapa nak
setuju bab 1MDB yang diceramahnya namun bab2 agama aku suka Menteri
ni ceramah hahaha.. tak berubah masih seperti cara beliau sebelum
masuk politik seketika waktu dahulu..ceramahnya jelas..berfakta dan
tidak mengantuk untuk didengar...tapi bila masuk bab politik mual nak
muntah aku jadinya hahahaha..bab tanah tabung haji aku tak nak
komenla..mereka2 yang terlibat lebih mengentahuinya..kita terlepas
didunia..di akhirat belum tentu selamat hehehe..lagi pun bukan bidang
aku nak letakkan value tanah sekian sekian hahahaha..
4.Banyak
isu hal2 keselamatan Negara telah diulas dalam seminar pada hari
ni... terutamanya dari YDH SAC Dato Ayob Khan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman..menurut beliau banyak jugaklah
tangkapan2 yang geng2 Counter Terrorism Bukit Aman
lakukan..kebanyakkan yang ditangkap dikatakan hendak ke syria untuk
sertai ISIS..menurut Dato Ayob ni lagi kebanyakan dari mereka adalah
terdiri dari golongan bijak pandai..ada lelaki dan ada
perempuan..mungkin mereka terpengaruh dengan jihad..seperti aku
katakan tadi banyak yang keliru tentang jihad..depa nak
berjihad..mungkin caranya salah..aku pun tak tahu niat mereka..hanya
mereka dan Allah maha mengentahuinya..rasanya jabatan agamalah yang
perlu memainkan peranan cukup penting untuk memperjelaskan,
memperbetulkan dan memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya bab2
berkenaan jihad ini...
5.Hehehe
sebenarnya banyak yang disampaikan tapi bab2 keselamatan Negera ni
tak berani la aku nak nyatakan kat sini hahahaha..lagi pun seminar
tadi terlalu ringkas nak kejar masa katanya hahaha jadi bukan semua
dapat djelaskan dan diterangkan..1MDB kakakakakaka biarkan si luncai menjaga labu dan labinya muhahahaha..semua orang tahuuu
Isnin, 17 Ogos 2015
Mangkuk tandas@penyakit khidmat perkeso
1.Minggu lepas banyak sangat majlis rasmi termasuklah program Kembara Mahkota Johor(KMJ 2015) so tak sempat la geng nak update apa yang patut..naik kerja hari ni baru kelam kabut nak selesaikan kes..hahaha dah mula bertimbun kes yang perlu disiasat adehhhh..mau tak mahu nak kena selesaikan segera..kebajikan pekerja harus dijaga itu aku pegang sejak dulu sampai kini..
2.Untuk hari ni Alhamdulilah aku selesai siasat 3 kes kemalangan jalan raya dan 1 kes melibatkan tuntutan penyakit khidmat perkeso..3 kes kemalangan jalan raya yang aku siasat hari ni tak da la menarik sangat untuk dikongsikan..lagi pun aku percaya hangpa semua dah hebat dan luas ilmu pengentahuan bab2 tuntutan kemalangan jalan raya melibatkan tuntutan dengan pihak perkeso..hehehe rasanya kalau asyik dok jenguk blog aku ni kompem tak de masalah kot..leh faham kot..tak pun hangpa kompem bosan sebab aku dok citer pasai kes kemalangan aje kat sini kan..hahahaha tak menarik untuk dibaca..
3.Kes penyakit khidmat yang aku siasat hari ni melibatkan seorang pekerja kilang yang bekerja sebagai operator di bahagian pembuatan mangkuk tandas...hehehe jangan dok gelak kerja ni ok beb gaji leh tahan dan yang pasti halal..cukup untuk menyara keluarga...kerja la apa sekalipun janji halal alhamdulilah itu rezeki kita kan..buat mangkuk tandas best jugak hehehe..sekali masuk kilang ni penuh dengan magkuk tandas..baru ku tahu bagaimana ianya dibina hahahaha...mangkuk tandas.
4.Dikatakan pekerja ni sentiasa bekerja dalam keadaan berdiri dan lama kelamaan lutut beliau mula sakit..lama-lama bertambah sakitnya..pekerja ni dah lama bekerja sejak tahun 1988 lagi..lama juga tu..mangkuk tandas yang dihasilkan juga adalah seberat 10kg setiap satu..beliau mengadu masalah utamanya sakit lutut disebabkan berdiri lama..lalu siasatan dibuat macam kebiasaannya...dan hasilnya akan dikemukakan kepada pihak cawangan perubatan dan pemulihan perkeso sebelum di rujuk kepada Jemaah doctor untuk menentukan sakit yang dihidapi oleh pekerja ini ada bersangkutan dengan kerja yang dilakukanya atau sebaliknya.
5.Namun untuk hari ni penyakit kencing manis yang beliau hidapi juga boleh jadi punca juga beliau sakit lutut disamping faktor usia dan juga faktor berat badan beliau yang agak tidak ideal dengan ketinggian yang beliau miliki juga mempengaruhi sakit lutut tersebut....hehehe berat badan beliau kompem tak dapat ditanggung lututnya aku rasa..berat badan 91kg dengan ketinggian 150cm agak tidak ideal rasanya..mungkin dapat mungkin tidak bergantung pada Jemaah Doktor...hasil siasatan aku tak leh la nak kongsikan kat sini hehehe...SULIT wooooo nanti aku kena woooo..cukup untuk berkongsi ilmu dan pengentahuan aje boleh la..sakit2 disebabkan kerja boleh tuntut penyakit khidmat perkeso.
Isnin, 10 Ogos 2015
Putus Jari Kaki kena pembahagi jalan@tuntutan PERKESO/SOCSO
1.Apa
khabar mat2 motor..harap2 semuanya sihat belaka, hehehe ramai kawan2 kita pi
kerja dengan menunggang motorsikal..jimat minyak beb cepat sampai..tak dak lagi
yang pi kerja tunggang unta tau kuda setakat ni kakaka..aku pun kalau boleh nak
tunggang motorsikal tak tahan geng…hari2 minyak kena tuang..pokai aku..hari ni
aku nak berkongsi sikit pasal satu kes yang aku siasat berkenaan dengan
kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motorsikal ketika dalam perjalanan
hendak ke tempat kerja.
2.Kes
ini unit sikit pasai tu aku nak kongsi hahahaha lagipun tuan badan bagi
kebenaran jadi ok la leh kongsi la hehehe..citernya begini..dalam perjalanan
nak ke tempat kerja kedai maks audara dia je pun..pekerja ni tunngang
motorsikal mcm hari2 kebiasaanya..namun tabiat pekerja ni tiap kali pi kerja
pakai selipar je…naik motor pun bantai selipar..jadi nak dijadikan cerita
semasa dalam perjalanan pi kerja tibalah untuk membelok masuk ke jalan/laluan
ke tempat kernya dah dekat dah nak sampai Cuma kena belok masuk jalan seberang
je adala dalam 50 meter tapi kena lintas jalan jugakla..masa nak lintas mcm
biasala dia berhenti tempat lintas jalan ada pembahagi jalan maka letaklah
kakinya di bucu pembahagi jalan…time tak dak kereta dia nak mulakan perjalanan
Vrooooooommm tipa2 jari kakinya terasa ngilu sakit bila tengok ada darahhh
keluar..rupa2nya batu pembahagia jalan yang serpih di bucunya tajam rupanya dah
bergesel menyebabkan jari kakinya luka parah juga…sekali fikir macam tak logic pun ada kejadian ni hahaha tapi semakan dengan pihak2 perubatan dan agensi berkenaan memang betul kejadian ni berlaku..
3.Bawak
pi hospital kena potong buang yang cedera parah tu….pehhhh teruk juga lukanya geng…hmm nasihat
aku pakai la kasut bila naik motorsikal ianya lebih selamat Inshaallah..dalam kes ini ianya dikira bencana kerja sebab berlaku juga kejadian kemalangan itu dengan objek pembahagia jalan namun siasatan rapi tetap dibuat untuk pastikan betul2 kompem kejadian itu benar2 berlaku hehehe pelik sebab jari kakinya yang tengah yang luka bukannya ibu jari kaki tau yang nombor dua tu..sudah tentu boleh buat tuntutan dengan perkeso jika ianya benar2 berlaku dan perlu buat laporan polis tentang kejadian tersebut jangan malu2 citer yang sebetul betulnya pada pihak polis dan sertakan juga peta lakar arah perjalanan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja itu..pihak majikan pula akan lengkapkan borang 21 disertakan salinan slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan macam yang dah aku citer sebelum ini la...
Sabtu, 8 Ogos 2015
Perkeso@Program Advokasi tarell Kluang
1.Alhamdulilah Jumaat
lalu sempat ke Kilang Terall Kluang untuk adakan program Advokasi perjalanan selamat
ke tempat kerja. Program diadakan sempena minggu keselamatan kilang tersebut. Alhamdulilah
kami dari pihak perkeso Kluang telah
diberi layanan yang cukup baik dari pihak kilang/tuan rumah.
2.Majlis
bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.00 petang, kami diberi satu slot khusus
untuk membicarakan tentang perjalanan pergi/balik tempat kerja dengan selamat. Alhamdulilah
pelbagai perkongsian maklumat telah diberikan moga2 ia sedikit sebanyak
membantu dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam perjalanan pergi
dan balik kerja kilang tersebut.
3.Dalam
majlis ini juga pihak perkeso dengan bermurah hati menyumbangkan kira2 18
topi kaledar keselamatan untuk 18 penunggang motorsikal yang telah dikenal pasti
terlebih dahulu. Topi kaledar ini berkualiti dan menepati ciri2 keselamatan
yang ditetatapkan..nilainya RM63 setiap satu,cukup berbaloi untuk yang berjaya
memilikinya semalam.
4.Hahaha ayat standart hari ni beb kui kui kui..
Rabu, 5 Ogos 2015
langgar palang besi pos kawalan keselamatan@tuntutan kemalangan perkeso
1.Alhamdulilah
semalam sempat selesaikan 3 kes siasatan kemalangan jalan raya yang berkaitan
tuntutan dengan pihak perkeso, dalam 3
kes kemalangan yang disiasat ada la satu kes yang agak menarik perhatian aku
hehehe..kes kemalangannya berlaku di Ladang See Sun renggam..Ladang See Sun ni
milik Kumpulan Kuala Lumpur Kepong Berhad..Ladang Kelapa sawit geng.
2.Dalam
kes ini seorang pekerja telah terlibat dalam kemalangan di dalam perjalanan
hendak ke tempat kerjanya di Ladang sawit tersebut..dengan menunggang
motorsikalnya..tak laju la sebab jalan ladang mana leh nak laju ladang jalan
tanah merah la..kelajuan ade la dalam 40-50 kilometer sejam..masa tu beliau guna jalan ladang milik
majikannya la..kalau jalan ladang buat masa ni tak memerlukan laporan polis
untuk buat tuntutan dengan perkeso..tapi kalau jalan luar kena macam biasa la..wajib
laporan polis beb..undang2 jalan raya tu.
3.Tiba2 dalam perjalanan nak ke tempat kerja tersebut dalam keadaan hujan renyai2 ( sebenarnya baru lepas hujan lebat ) beliau yang lengkap memakai helmet sebaik sahaja meghampiri pos kawalan keselamatan ladang tempat kerjanya beliau mendakwa di panah petirrrr kuat bunyinya gedebummmmmm kena dahinya adehhhhh jatuhla pekerja ini ke atas jalan ladang tu…betul betul betul berlaku di depan pondok kawalan ladang/pos kawalan keselamatan ladang yang dijaga oleh polis bantuan ladang/pengawal keselamatan ladang.
3.Tiba2 dalam perjalanan nak ke tempat kerja tersebut dalam keadaan hujan renyai2 ( sebenarnya baru lepas hujan lebat ) beliau yang lengkap memakai helmet sebaik sahaja meghampiri pos kawalan keselamatan ladang tempat kerjanya beliau mendakwa di panah petirrrr kuat bunyinya gedebummmmmm kena dahinya adehhhhh jatuhla pekerja ini ke atas jalan ladang tu…betul betul betul berlaku di depan pondok kawalan ladang/pos kawalan keselamatan ladang yang dijaga oleh polis bantuan ladang/pengawal keselamatan ladang.
4.Lepas
kejadian berlaku ramailah yang datang membantu sebab time tu ramai pekerja
dalam perjalanan hendak masuk kerja..maka orang yang datang awal membantu sudah
pasti polis bantuan ladang/pengawal pondok kawalan keselamatan yang pekerja itu
jatuh di depannya…maka katanya pekerja tu dia dipanah petir lalu jatuh bersama
motorsikalnya…hahahaha tergelak-gelak la orang2 yang datang nak membantunya
kesian jugak kat pekerja ni dalam sakit2 pun dorang gelak wakakakaka…pakkkk
cikkkkkkk…pakcik BUKAN DIPANAH PETIR LAAAAA..yang pakcik pi LANGGAR PALANG BESI
KESELAMATAN POS keselamatan ladang sape yang suruhhhhhh wakakakakakakaka, palang
besi beb kerassss wooooo…gedebummmm mau tak kuat bergegar palang besi tuuu..terkejut
pengawal tu hahahaha palang besi tu lau masuk ditempat yang betul tak kan kena
punyerrr.
5.Sebenarnya
pekerja ini telah melanggar palang besi pos keselamatan di depan pondok
pengawal/pintu masuk ladang yang beliau hari2 melaluinya hahahaha..mungkin juga
beliau salah masuk bahagian yang sepatutnya beliau masuk..bahagian yang
sepatutnya beliau masuk lebih tinggi namun pekerja ni pi langgar palang plak
hahahaha gedebumla bunyinya kuat plak tu…luka teruk juga palang besi beb..kena
11 jahitan kat kening dahi kanan hehehe..yang nak gelak tu pada mulanya dia leh
kata kena panah petirrr hahahaha macam2..betul kata orang malang tidak berbau
hahaha kemalangan boleh terjadi di mana-mana sahaja…hehehe pak cik ni malu n
tak bagi gambarnya di publish kat sini wakakakakakaka..jadi tak leh la nak
masuk sini wakakakakaka.Walau apa pun kecuaianya kes ini tetap bencana kerja..dan perkeso akan membuat bayaran mengikut faedah2 yang sepatutnya beliau layak.
Langgan:
Catatan (Atom)