Khamis, 2 Februari 2017

kaya mengejut selepas 16 tahun hidup susah@pencen penakat Perkeso@tanjung resang!

1.Salam geng..harap hangpa semua sihat hendaknya hehe aku alhamdulilah masih diberi kesihatan yang terbaik syukur..adalah batuk2 sikit mabuk limau gong xi fa coi bekali hahaha..geng kelmarin aku ada buat lawatan bersama big bos ke kampong tanjung resang Mersing hehehe yang tahu depa tahu la kampong tu kat mana yang tak tahu takpa la hahaha.. sebenarnya kampong ni agak terkenal dengan keindahan pantainya..banyak juga resort kat sini dan cantik2 serta murah belaka..hm aku dah biasa sangatla ke kampong ni, namun bukan tujuan aku nak kongsi bab2 kecantikan pantai mahupun kecantikan orang kampong ni hahaha cerita banyak2 kan tak pasai2 sangkut plak jadi orang tanjung resang kan wakakaka..hmm berbalik pada bab kunjungan aku dengan big bos ke kampong ni sebab nak ziarah sambil sampaikan cek dekat satu keluarga kat kampong ni..hm pasni aku habaqla cek apa hehehe..cek pasti cek perkeso la takkan cek dari kompeni plak kikikiki..ini bukan cek ang pow raya cina ni..
2.Geng..pelbagai usaha penerangan tentang Perkeso dan faedah2 Perkeso telah diberikan dan disampaikan ke segenap lapisan masyarakat tak kiralah masyarakat yang dok kat Bandar,bandaraya ibu kota mahupun di kawasan luar Bandar..masuk ke kampung2..panggil tok2 penghulu tok ketua2 kampong melalui program bersama pemimpin masyarakat bla  bla bla sampaikan ceramah kat depa dengan harapan depa masa turun padang boleh habaq kat penduduk kampong anak2 buah depa..buat lagi pelbagai promosi dan program tentang perkeso di pelbagai media kikiki jutaan kos nya..tapi ada lagi yang masih tercicir dari mendapat maklumat tentang Perkeso..selagi hayat ada Inshallah aku akan sampaikan apa yang aku tahu supaya kes2 sebegini yang akan aku habaq sekejap lagi tak akan berulang...aduhhh sedih!maafkanlah daku jika gagal jumpa kalian sebelum ini!!!
3.Kisahnya begini..di kampong tanjung resang ni ada seorang makcik..sudah tua geng..umurnya 63 tahun..kira kira 16 tahun yang lalu iaitu tahun 2002...16 tahun geng..16 tahun lalu suaminya telah meninggal dunia,16 tahun tu bukan jangkamasa pendek geng....sebab sesak nafas katanya punca kematian..meninggalkan makcik ni bersama 3 orang anak..susah kehidupanya geng..dapat bayangkan macam mana kesusahan untuk besarkan anak2 bila tempat bergantung telah tiada...yaa kita pas ni leh tengok sampai hari ni beliau susah dan sia sia kesusahan masih ada hingga kini..2 hari lepas dengan dibantu Allah s.w.t..digerakkan mak cik ini untuk ke pejabat Perkeso untuk membuat semakan caruman Perkeso arwah suaminya yang meninggal dunia kira2 16 tahun lalu..arwah suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan/jaga/pak guard..jadi datangnya beliau ke pejabat Perkeso di temani anak2..bila tiba di pejabat Perkeso maka mak cik ni buatlah semakan..Allahuakbar rupa rupanya arwah suami makcik ni pernah mencarum dengan pihak Perkeso dan apa yang lebih mengejutkan caruman allahyarham layak dari segi kelayakan caruman dan kelayakan umur menyebabkan beliau layak mendapat Pencen Penakat dari pihak Perkeso..pehhhhh 16 tahun!!!16 tahun baru sedar dan 16 tahun sengsara sepatutnya beliau telah lama menikmati apa yang beliau sepatutnya dapat!mungkin factor tempat tinggal sikit ke pedalaman..aduhhh berkemungkinan tak sampai maklumat bla bla bla mungkin juga masyarakat setempat tak tahu arwah adalah pencarum Perkeso aduhhh maka terlepas pandang jadinya..banyak lagi kerja yang perlu kami lakukan dan lakukan..hebah dan hebah dan hebah maklumat..api tu la bukan semua mahu dengar bila kita nak kongsi berkenaan Perkeso..ada saja alasan ada saja yang buat pekak..cabaran..aku suka cabaran tu takpa!
4.Setelah semakan dibuat dan arwah suaminya layak maka kami segera memproses tuntutan Pencen Penakat arwah suami makcik ini dengan segera..dan dalam tempoh dua hari selesai diproses tuntutan itu..alhamdulilah..hangpa tahu berapa makcik tu dapat?yaaaa duit itu takkan dapat menebus kesusahan yang beliau anak2 hadapi sebelum ini..namun ia sikit sebanyak melegakan..allahuakbar diusia2 emas sebegini sempat lagi merasai haknya..ya haknya!pencen bulanan dibayar sejak dari tarikh kematian arwah suaminya..jumlah 79 ribu lebih!Pencen bulanan semasa akan terus masuk ke akaunnya sebanyak rm400 lebih sebulan!Allah senang hati melihat makcik ni gembira..tungggu ada lagi ada lagi nak habaq ni..hangpa tahu dak mak cik ni sebelum kematian Suaminya kira kira 16 tahun lalu anaknya meninggal dunia dulu?anaknya meninggal tahun 2001 akibat kemalangan jalan raya...aduhhh adakah anaknya juga layak Pencen Penakat Perkeso??
5.Hari yang sama 2 hari lalu sambil menyemak kelayakan Caruman Pencen Penakat arwah suaminya pihak kami juga membuat semakan terhadap kelayakan caruman arwah anaknya yang meninggal dunia pada tahun 2001..Allahuakbar semakan mendapati rupa rupanya anak makcik ni yang meninggal dunia tahun 2001 juga layak mendapat Pencen Penakat!!!!!maknanya  arwah suami layak pencen penakat,Arwah anak juga layak pencen penakat!!lalu terus kami proses tuntutan itu pada hari yang sama dan Berjaya diselasaikan dalam tempoh singkat..hangpa tahu dak perkeso bayaq pencen penakat tu bermula dari tarikh kematian arwah anaknya..16 tahun lalu jumlah pencen terkumpul rm44 ribu lebih!!!Pencen bulanan semasa akan terus dibayar ke akaun makcik ni..bla bla bla..ada lagi kedua dua arwah juga dibayar Faedah Pengurusan Mayat rm1500 setiap satu(khairat kematianlah kalau bahasa biasa)
6.Pencen Penakat ini untuk bulan semasa akan dibayar terus ke akaun bank mak cik ini untuk sepanjang hayatnya@sehingga mak cik tu meninggal dunia la..bab pencen Penakat Perkeso ni dah berbuih mulut aku dok cakap..dah berpuluh kali aku cerita kat blog aku ni dah beribu ribu aku sampaikan kat masyarakat..harap sangat ia membantu..nak pergi bagitahu sorang sorang tak termampu aku Allahuakbar..
7.Jadinya kelmarin tu aku dan big bos berkunjung ke rumah mak cik ini untuk sampaikan cek bayaran yang terkumpul untuk arwah suami dan arwah anaknya..banyak jumlahnya..ratusan ribula tapi ya la macam aku katakana tadi ia tidak mampu untuk menebus kepayahan hidupnya selama 16 tahun yang lalu!Pesan aku mudah je..kalau kerja pastikan majikan carumkan kalian dengan Perkeso..pesan kat anak bini kalau meninggal dunia sila lah buats emakan dengan Perkeso semak kelayakan caruman untuk tuntut Pencen Penakat Perkeso..kita bantu sesame kita kita kongsi maklumat yang kita tahu tak rugi tuan2..

Ahad, 29 Januari 2017

tiara desaru seaview resident@cuti tahun baru cina 2017

1.Salam geng..macam biasa setiap kali tahun baru cina aku ambil peluang untuk bawak anak2 jalan2 kikiki nak balik kampong cuti baru 3 hari mana nak dan geng kikiki nunnn kampong jauh di Kelantan nuh hahaha 12 jam perjalanan wooo jenuh sakit pinggang.. so tahun baru cina tahun ni aku bawa anak2 pi kat desaru aje lah malas nak pi jauh2 hahaha kalau pi jauh masak la dengan jalan jam nyer kikiki tak kuasa aku nak layan jalan jam ni hahaha..kan tak pasal2masuk line emegency karang kakakaka..wowoooo kena saman woo jangan dok main2 time2 gst ni hahaha
2.Yo tahun baru cina kali ni puas aku dok tngok web banyak hotel dah penuh area desaru aduhhh..mau tak mau terpaksa cuba la satu hotel baru hahaha Tiara Desaru Seaview Resident nama hotel baru tu kikiki memang betul2 baru hotel ni kikiki belum pernah aku tempeh hotel ini sebelum ni,tentang harga pula boleh tahan harganya mana taknya aku pi time raya cina bahahaha..ambil bilik classic suite kena rm550 geng tu untuk satu malam aduh duh duh duh sakit dada macam ni hahaha..tapi nyer la kena dengar harganya bilik luas geng..selesa la untuk aku enam beranak ni hahaha..ada ruang tamu ada bilik ok la selesa..
3.Dalam bilik semua kemudahan ada la,semua ada peti ais ada,ada dua tv,ada 2 kipas,ada 2 air cond aduhh lengkap lah..yang x dak adalah telefon dalam bilik hahahaha,yang tak dak juga adalah kopi the dan gula kena bawa sendiri dan yang unik juga kat sini tak de disdiakan sarapan pagi wakakakakaka mungkin sebab hotel ni masih baru depa taks empat setting lagi kot hahaha..hentam aje la labu..kat sini sunyi jauh sikit dari hotel2 yang lain hehehe lepas bulatan ambil kiri jalan nak pi tanjung balau ala dekat aje ehh
4.Kolam untuk mandi ada 3 hahahaha selesa geng boleh la buat anak2 mandi puas2 kat kolam tiara desaru seaview residence ni..ada kolam besaq ada kolam panjang mana2 lah janji hangpa suka kikiki..ohhh ya buat hangpa yang suka BBQ kat sini banyak pondok2 bbq disediakan entahlah aku tak Tanya plak kena caj ke tak hahaha aku dok rasa kena caj tu hahaha..
 
kikiki kaunter hotel :)betul2 baru kan kan
 

buat rakan2 berbangsa cina..selamat tahun baru cina geng:)


Isnin, 23 Januari 2017

susulan kes pasangan pengantin baru rentung@perkeso cari dan bantu

1.Tentu hangpa masih ingat kes kemalangan maut yang melibatkan pasangan pengantin baru yang bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan  lalu terbabas dan keretanya terbakar dan pasangan tersebut rentung terbakar di km 86.1 Felcra Sungai Ara Mersing Johor..Kejadian tu baru sahaja berlaku,hm kira2 seminggu  yang lalu..masa tu pada sebelah malamnya boleh dikatakan semua chanel tv dok lapor berita ni dan pada malam tu jugak majikan mereka hubungi aku..bagus majikan depa ni,no hal malam pun kita tetap kerja..malam tu jugak kumpul maklumat yang ada..terus buat semakan kelayakan Pencen Penakat sebab depa terlibat dalam kemalangan jalan raya bukan disebabkan kerja, dengan kata lain semasa kemalangan berlaku depa berdua ni dalam urusan perjalanan untuk urusan peribadi, difahamkan nak ke  gelang patah...Alhamdulilah pasangan ini kedua-duanya adalah pencarum Perkeso dan semakan mendapati caruman kedua duanya layak untuk tuntutan Pencen Penakat Perkeso..malam tu aku dah fikir esok kompem kedua-dua keluarga mesti busy uruskan jenazah..takpa hari pertama biarkan mereka tenangkan fikiran dan perasaan dulu..hari kedua aku cuba hubungi waris kedua-duanya alhamdulilah depa semua memberi kerjasama yang amat baik..mudah kerja aku..hajat di hati nak segera selesaikan kes ni,dan aku minta depa kumpulkan dokumen yang patut..maklumlah kebanyakan dokumen penting ada yang di simpan dalam kereta dan terbakar bersama pasangan pengantin baru tersebut..aduhhh takpa aku nasihat waris mereka kumpul apa yang patut esoknya hari ketiga aku nak turun ke rumah arwah pengantin lelaki dan arwah pengantin perempuan..arwah pengantin perempuan ibunya tinggal di perumahan PPRT Sri Pantai,manakala arwah pengantin lelaki tinggal di Felda Tengaroh 3..huh panjang plak mukadimah aku ni..
2.Seperti di janjikan hari ke tiga selepas kejadian barulah aku ke rumah keduanya..itu pun setelah dimaklumkan oleh keluarga waris bahawa semua dokumen telah ada, dah depa minta bantu apa yang perlu so vrommmm secepat kilat pi la ke Mersing..niatnya perlu selesaikan hari tu jugak! so rumah pertama yang aku singgah adalah rumah arwah pengantin perempuan di PPRT Sri Pantai arwah Suzana Jumri..hehehe pusing2 tak jumpa rumah, last2 call adik arwah ambil aku kat Masjid Sri Pantai alhamdulilah baik adik arwah ni, so pergilah aku ke rumahnya..tinggal di perumahan PPRT maknanya keluarga ni bukan orang senang maka niat hati aku mesti selesaikan dengan cepat..moga2 sikit sebanyak usaha ni mampu meringankan beban waris yang tinggal..masuk aje dalam rumah aku disambut ibu arwah Suzana binti Jumri..bla bla bla ceritala aku apa yang patut..aku kalau bab cerita payah nak berhenti hehehe dan mula la semak2 dokumen yang perlu dan pada masa sama ibu arwah pun bla bla bla cerita apa yang patut kat aku..ooooo fahamlah aku rupanya ini adalah perkahwinan kali kedua arwah..untuk perkahwinan kali pertama arwah telah dikurnikan 2 orang anak comel berusia 8 dan 11 tahun..aduhhh sedih plak aku lihat anak arwah..masih bersekolah..masa aku pi rumahnya anak-anak ni tak pi sekolah mungkin masih rindukan mamanya..sob sob sedih tengok anak2 ni kehilangan ibu..Allahukbar..
3.Ohhh ya oleh kerana arwah ada anak(dari perkahwinan terdahulu) maka Pencen Penakat untuk arwah ini akan jatuh pada anaknya sehingga anak itu berumur 21 tahun dan jika anak-anak tersebut berjaya lanjutkan pelajaran ke IPT maka bayaran Pencen Penakat tersebut akan dibayar sehinggalah anak-anak tersebut memperolehi Ijazah Sarjana Muda pertama..syukur alhamdulilah sedikit sebanyak aku yakin dengan Pencen Penakat ini ia mampu meringankan beban keluarga ini terutamanya anak-anak arwah yang ditinggalkan...ohhh ya siap kumpul maklumat lepas itu bermulalah sesi isi borang apa yang patut..alhamdulilah akhirnya selesai juga dekat kul 1 jugak la hehehe perut dan berbunyi kikiki. cari kedai makan dulu sebelum ke rumah seterusnya.ooohh ya bayaran faedah Pengurusan mayat bagi pihak pengantin perempuan ibu arwah yang tuntut..rm1500 perkeso bagi..selain itu pencen bulanan..untuk anak-anak arwah Inshallah akan dapat.
4.Selesai rumah arwah Isteri di PPRT Sri Pantai menghala pula aku ke Felda Tenggaroh 3,jauh jugakla perjalanan dari dua tempat ni hehe.so tiba di sana disambut ayah arwah mohd farid pak cik tumpang..ohh ya arwah ni adalah pekerja di SAJ Mersing,alhamdulilah layanan amat baik dan semua dokumen2 yang diperlukan berjaya diperolehi so macam kat rumah pertama tadilah sesi isi borang apa yang patut..selesai dekat petang jugak la beb hahaha,tapi takpa..petang pun petanglah janji hati puas dapat membantu..penat tu tak sah kiralah hehehe namanya kerja..
5.Dan selang 3 hari kemudian aku kembali lagi ke rumah mereka hehe lawatan kali kedua..untuk kali ni bukan berseorangan hehehe dengan bos sekali daaa kikiki sebab nak sampaikan cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat kepada kedua dua keluarga waris, Alhamdulilah masing2 dapat Faedah Pengrusan Mayat rm1500,dan bagi kedua dua anak pasangan itu Inshallah Pencen Penakat akan mereka perolehi pada setiap bulan..Hmm apa itu pencen penakat?hehehe dah banyak kali aku dok cerita bab Pencen Penakat ni,Pencen Penakat ni jika kematian itu tiada kaitan dengan kerja cukup dari segi kelayakan caruman dan berumur bawah 60 tahun semasa kematian..Pencen Penakat ni kalau suami mati isterila yang dapat pencen(seumur hidup tuu)begitulah sebaliknya dan anak2 akan juga dapat syer bahagian anak sehingga umur 21 tahun bla bla bla nak tahu carilah dalam blog ni aku ada post khas tentang pencen ini kikiki..huh tak larat nak menaip dah hehehe sambung lain kali geng :)

Selasa, 17 Januari 2017

pokok delima socso dah bebuah :)


1.Kadang2 bila badan penat otak penat baik kerja aku suka dok tengok pokok2 yang aku dok tanam hahaha..sedar tak sedar dah besar2 semuanya pokok2 tu hahaha tapi tu la kurang kasih sayang jugak pokok2 ni hahahaha mau dak nye kuar pagi..bila balik kerja dah hampir magrib hahaha..nak pegang cangkul time tu dah tak larat wooo..setakat tengok boleh le..tapi tu la pokok2 ni memahami kesibukan tuan nya hahahaha..Alhamdulilah da ada yang belajar bebuah kikiki paling best tengok pokok delima tepi rumah..cepat betoi membesar hahaha siap bebuah lak tu Alhamdulilah sejuk mata memandang pokok delima socso namanya kah kah kah..hari minggu baru la boleh bagi tumpuan kat pokok2 ni,time tu la nak membaja,nak merumput bla bla bla kikiki.
2.Ohh ya hari ni aku baru balik dari selesaikan satu kes tragis di Mersing hm hangpa mesti tahu kan kes sepasang suami isteri terbakar dan rentung dalam kereta selepas depa terlibat dalam kemalangan jalan raya..pasangan suami isteri tu baru kahwin bulan Oktober yang lalu..Allahuakbar sayu plak aku..cerita mereka berdua Inshallah sikit masa lagi aku up kat blog ni..tapi aku lega,syukur banyak2 sebab diberi kesempatan selesaikan kes ini dengan cepat Alhamdulilah dapat juga membantu keluarga ini..Inshallah cerita ni akan di update sikit masa lagi...satu pesan aku 'jika berlaku kematian dibawah umur 60 tahun pergola ke pejabat perkeso terdekat untuk buat semakan kelayakan caruman'...mana tahu arwah layak Pencen Penakat..begitu la kes yang akan aku ceritakan nanti...tunggu geng

Isnin, 16 Januari 2017

balu terharu dan bersyukur terima Pencen Penakat Perkeso

1.Hari ni bersama rakan2 pimpinan masyarakat setempat ke sebuah kediaman di bandar tenggara untuk menyerahkan cek pembayaran Pencen Penakat Perkeso Alhamdulilah ramai jiran tetangga dan juga masyarakat setempat yang hadir, boleh sama sama memberi sokongan kepada balu Allahyarham yang baru meninggal dunia disebabkan sakit jantung, seperti yang aku terangkan sebelum ni, jika kematian berlaku dibawah umur 60 tahun dan mempunyai kelayakan caruman yang cukup maka balu/duda layak untuk menerima Pencen Penakat dari Perkeso Alhamdulilah percayalah ia sangat membantu untuk meneruskan kehidupan..
2.Dengan adanya kunjungan2 sebegini aku yakin sedikit sebanyak masyarakat sekeliling akan sedar dan maklum akan perihal wujudnya Pencen Penakat Perkeso ini..rugi kalau tak tahu..itu hak kita selalu dok tanya saya carum perkeso untuk apa kalau saya tak kemalangan hahaha ini lah salah satunya..bila kita mati belum capai 60 tahun inshallah anak bini kita ada pendapatannya :) Hehehe ringkas malam ni penat geng kikiki