Khamis, 20 September 2012

siasat kes hilang pendengaran@penyakit khidmat


1.Dah 2 hari aku berkampung kat sebuah Kilang dalam Ladang sawit ni..pening aku nak siasat kes tuntutan Penyakit Khidmat dorang ni..7 kes nak siasat serentak leh mati aku..pi mai pi mai dua hari jugakla berpusing pusing dalam Kilang di Ladang ni. Heran aku macam mana banyak sangat kes pekak berlaku kat sini..hm hm bagi aku la ada yang betul2 pekak disebabkan pekerjaan tapi ada jugak yang sengaja nak cuba dan nak jadi pekak walaupun hakikatnya tak pekak kakakaka..depa tak tahu aku dah dilatih bab2 siasatan ni adehhhh pesan aku jangan la nak cuba2 jika sememangnya tidak pekak jap lagi pekak dan badak jadi pekak badak sungguh baru hangpa tau...teringat kata2 bekas bos aku dulu kakakakakaka aku kata pekak badak dia kata pekak gajah wakakakakakaka adehhhla..Yela tak semua kawasan dalam Kilang di Ladang ni bising kan kan kan..ada le


2.Berbalik pada sesi siasatan aku dalam dua hari kat Kilang di dalam Ladang ni banyak jugak pengajaran dan cara kerja depa ni yang agak tidak betul khususnya dalam bab2 aspek keselamatan..ye betul pengunaan mesin dan jentera kadangkala meengeluarkan bunyi bising adakalanya melebihi 103 disebel beb..tinggi tuuuuuuuuuu hangpa bayangkan kalau 8 jam duk lalui penyeksaan bunyi 103 disebel adehhhhla bangunan runtuh kat sebelah pun leh tak dengar beb..


3.Tapi apa yang mengecewakan alatan pelindungan telinga seperti ear plug yang dibekalkan adalah tidak sepadan dengan tahap bunyi bising yang dihasilkan oleh mesin dan jentera disini..Ear plug murah dan tidak berkualiti ini seolah olah tidak meghargai jasa dan sumbangan pekerja..jika sayangkan pekerja dan jika ingin pekerja sayangi mereka maka seharusnya mereka menyediakan peralatan yang cukup bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka..ini tidak ear plug seumpama pakai buang dan rendah kualiti ini tidak mampu menyelamatkan telinga para pekerja dari tahap kebisingan yang melampau ini..nahhhh kesannya berderet buat tuntutan akibat pekak pendengaran!!!!!



4.Umumnya ramai telah sedia maklum akan kes hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berlebihan di tempat kerja boleh membuat tuntutan dengan pihak perkeso???.Occupational Noise Induced Hearing Loss (NIHL) ini banyak terjadi melibatkan sektor perkilangan yang banyak mengunakan mesin2 besar dan jentera yang mengeluarkan bunyi bising yang melampau lantas menyebabkan pekerja hilang pendengarannya!


5.Cara tuntutanya cukup mudah..hangpa pi la ambil borang kat pejabat perkeso terdekat...tapi yang pekak secara semula jadi jangan dok gatal tangan nak pi ambil plak beb..ni yang aku habaq ni pekak atau hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berlebihan di tempat kerja beb...yang pekak sebab tahu telinga tersumbat jugak jangan dok gatal tangan nak pi ambik borang jugak hahahaha..er er nama borang tu adalah borang penyakit khidmat beb..


6.Sebaik ambik borang Laporan Penyakit Khidmat maka hangpa suhla majikan isi....dan dalam borang tu ada laporan perubatan yang berkaitan untuk penyakit khidmat..maka suruhla doktor yang berkelayakan yang merawat hangpa isi er er er ni doktor bukan calang2 beb leh isi Laporan Perubatan berkaitan Penyakit khidmat ni beb...ianya hanya boleh diisi oleh Occupational Health Doctor je hangpa jangan duk suruh tabib cina ka  dukun ka atau doktor biasa ka isi benda ni..pakar sakit pun janagan jangan sekali hehehehe..



7.Lau berkaitan tuntutan penyakit khidmat berkaitan hilang pendengaran ni nak kena ada gakla Noise Mapping tu beb..biasala nak jugak tengok tempat bising tu kan kan kan mana tahu asyik kena tengking kat isteri hari2 pun leh jadi pekak jugak kan kan kan wakakakakaka..biasala lau tengok initial noise exposure monitoring tu hah..leh tahu la hangpa duk bahagian2 mana dan tahap berapa kebisingnya nyerrrr...Monitoring ni pun bukan orang sebarangan buat beb....biasanya lau kilang tu kompem ada konsultan khas yang buatla..yang pakar dalam bidang berkaitan ni la..lepas siap isi maka hantarla permohonan tuntutan penyakit khidmat berkaitan hilang ppendengaran itu ke pejabat perkeso terdekat beserta salinan kad pengenalan hangpa la..dan jugak borang 10(borang tuntutan tu hah) er er er laporan pekak personal pun nak ada terrrrrr sulit wooooooo ni aku tunjuk contoh je lah..nama manusia terlibat dan kompeni aku padamkan hahahahaha



8.Ok la cukupla setakat tu tak paham hangpa pi pejabat perkeso la...aku nak tidoq  dulu..sok masuk ladang lagi hah!hehehehe sambil2 siasat kadang kala perlukan ketenangan fikiran hahahaha...boleh pusing 1 round jadila...



tahap kepanasan dalam badan perlu din stabilkan hahahahaha..cendol bakar sat..hilangkan dahaga beb




Tiada ulasan:

Catat Ulasan