Isnin, 25 April 2011
Ada hikmah saya disini
1.Rutin kerja aku tak pernah berubah..hampir setiap masa dan ketika kerja aku sentiasa menuntut aku berada dilokasi-lokasi tertentu khususnya untuk menjalankan amanah yang diberi..namun hari ni cukup berlainan..hati aku cukup tersentuh..kucing sapa plak niiii bikin kacau mood dah wei..
2.Aku dah biasa dan terbiasa sangat didedahkan dengan pelbagai kes kemalangan dari sekecil kemalangan hinggalah melibatkan kematian beberapa pekerja serentak..itu sudah biasa..begitu juga dengan pelbagai kategori penyakit..juga sudah biasa..itu lumrah itu jalan yang aku pilih..banyak hikmahnya percayalah..hari demi hari aku berjumpa dengan pelbagai kes yang ternyata memberi 1001 keinsafan 1001 pengajaran 1001 nikmat betapa besarnya nikmat Allah berikan pada diri dan kelurga aku..Alhamdulilah..setiap detik aku lalui setiap kes yang diamanahkan aku selusuri..pengajarannya aku jadikan panduan hidup..cukup2 menginsafkan InsyaAllah..seringkali aku membantu dan menunaikan amanah yang ditugaskan..sebolehnya secepat yang mungkin!dan jika ditakdirkan aku juga mendapat musibah manalah tahu aku asyik duk siasat kes kemalangan je kot2 aku plak yang kena maka aku juga mengharapkan perkara yang sama..keluargaku anak biniku pun mengharapkan sebegitu..jangan duk buat2 lambat..kesian..itu amanah..sian anak bini aku..
3.Dipendekkan cerita aku ke mersing lagi hari ni..sejak-akhir-akhir ni banyak kes kemalangan jalan raya yan melibatkan jalan mersing batu pahat..sememangnya diakui jalan mersing-batu pahat amat berbahaya..dengan jalanya yang macam ular kena palu bengkok sana bengkok sini..yang menambahkan lagi tahap berhantunya jalan maut ni sikap pemandu tu sendiri..haram jadah!
4.semasa aku dalam perjalanan nak siasat kes pun aku leh tengok gaya pemanduan depa ni memang lagak hendak membunuh diri!kalau dorang membunuh diri dengan melibatkan dorang saja takpa..itu hadiah bermakna untuk orang jenis macam ni..tapi jika melibatkan orang lain macam mana????hangpa nak masuk kubur hangpa masuk kubur sorang2 jangan duk nak libatkan orang lain!!!pandu kereta lori macam dah tak dak pedoman macam dah hilang akal!ada ka patut bawak mcm ni adeiiii
5.Persingahan pertama aku adalah di telekom mersing..dulu kejadian kemalangan maut yang melibatkan 3 pekerja telekom mersing aku yang siasat..2 meninggal dunia dan kedua dua yang meninggal itu warisnya dah pun dapat pencen FOT yakni pencen itu dibayar seumur hidup untuk isteri dan untuk anak yang berada di bawah umur 21 tahun..aku ke mersing pagi ni untuk berjumpa dan soal siasat pemandu kereta yang satu-satunya yang masih hidup..Jasni Ahmad namanya..kes ini sepatutnya disiapkan awal namun dek kerna pemandu itu masih dalam keadaan trauma maka aku tangguh sehinggalah aku dapat berjumpa dengannya pada hari ni..beliau cukup menunjukkan kemajuan yang tinggi dari aspek pemulihan..nampak gaya dia cukup bersemangat untuk teruskan hidup..Alhamdulilah..dulu ramai yang katakan beliau juga akan mati..bahkan tahlil disekolah anaknya telah dibuat untuknya!hangpa layan gambar dia dulu untuk dijadikan iktibar..
6.Mengikut laporan media kata si pemandu ini mengantuk..ya ka???aku tanya dia lantas dia nafikan..hakikatnya beliau terperasan ada seperti lori masuk ke laluannya??adakah ianya kebetulan apabila ia mengelak terus masuk ke laluan bertentangan??faktanya begitula..beliau masuk laluan lori..unsur2 hantu syaitan kita tolak ketepi..ya ramai orang kata laluan ni banyak ganguan..aku juga ada kenangan di laulan ni..takpala biarla rahsia..
7.Ramai orang yang aku jumpa katakan dan nasihatkan aku pandu berhati-hati jika melalui jalan jambatan kecil hutan gunung arong...baca apa yang patut..hakikatnya ada kebenaran..banyak kemalangan disitu..yang terbaru hari ni melibatkan treler juga melibatkan kematian ditempat yang sama!!!!Jasni pulih sebegitu cepat cukup diluar jangkaan aku..katanya ini peluang ke dua Allah berikan padanya...aku juga sentiasa berfikiran sebegitu...satu hari mungkin....aku sentiasa di jalan raya itu yang aku risaukan hari demi hari...jasni ni kelakar jugak orangnya..aku dalam hati memang hairan macam mana dia cepat pulih???itu tanda kebesaran Allah la beb..kebesaran Allah!yaaa itu peluang kedua yang jangan dipersiakan jasni...
8.Dari telekom mersing aku ke kampung hubong bersangkutan laporan Harian metro bertarikh 21 april 2011...kisahnya begini..
(aku cedok kat metro hehehe)
SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang suri rumah, Roziah Ismail, 37, yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga selepas suami tempat bergantung lumpuh akibat kemalangan ketika bekerja.Dia sekeluarga yang tinggal di Kampung Hubong Endau Mersing, Johor, kini perlu membanting tulang empat kerat selepas suaminya, Nasir Abu Bakar, 46, yang bekerja sebagai tukang rumah terjatuh dari bumbung ketika menjalankan tugas hujung tahun lalu.
Lebih malang lagi apabila Nasir terbabit dalam kemalangan motosikal seminggu kemudian yang mengakibatkan kecederaan pada tulang belakangnya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga selama lebih 20 tahun itu mempunyai tanggungan 12 anak berusia antara setahun hingga 19 tahun. Mereka kini hanya menumpang tinggal di sebuah rumah atas belas ihsan ketua kampung terbabit.
Roziah yang bekerja sebagai pembantu kebun di kebun sayur jiran dengan pendapatan RM10 sehari berkata, suaminya tidak dapat ke hospital selepas kejadian itu dan hanya mendapatkan khidmat urutan tradisional disebabkan masalah kewangan.
***Nak cerita penuh hangpa cari sendiri lah weiii***
6.Sebaik sampai ke depan rumah aku disambut 11 daripa 12 anaknya adeiii..Allahuakbar sayu mata memandang..berat lagi bahu yang mengalas harapan..melangkah masuk kerumah yang diberi untuk duduk atas belas ihsan tu cukup terharu sekali..siasat punya siasat..rupanya dia pekerja kampung..buat kerja2 kampung so mana ada caruman socso??? ..so aku tak dapat nak buat apa walaupun hakikatnya diri semamangnya meronta ronta untuk membantu..8 anaknya bersekolah..bayangkan...bayangkan betapa beratnya kesusahan..kepayahan..itu semua dugaan Allah..hadapilah dengan 1001 ketabahan..nun disudut hati aku bergenangan air mata..sebelum melangkah kaki untuk ke tugasan selanjutnya aku sempat memberi sumbangan peribadi..bagi aku tak salah kita membantu..kekayaan rezeki melimpah ruah bukan untuk kita sorang...bersabarla bang..itu dugaan
bersabarla kak itu juga ujian..
maafkan saya kak..maafkan saya bang..maafkan abang wahai adik-adikku..bersabarla menghadapi dugaan ini..
2 kes lagi tak menarik hehehe tak yah kongsi la dengan hangpa...4 kes aku pi hari penat sangat2...perut da lapaq kasi bantai dulu lah!!!
banyak yang aku nak kongsi disebalik kes2 yang aku handle..but aku tak cukup masa dan ruang..nantilah..yang pasti kompem hangpa leh menitis air mata punyer...hidup ni tak lama..yang kaya usahhla berlagak..tak kemana pun eh!!!
Ahad, 24 April 2011
Mati seminggu sebelum Nikah
MERSING: “Jaga diri awak baik-baik,” itu pesan terakhir Mohd Fadli Suliman, 26, kepada tunang yang bakal dikahwini minggu depan, Siti Salwani Jamaluddin, 20, sebelum dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Felda Nitar-Mersing di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kereta Perodua Kancil dipandu Mohd Fadli ke tempat kerja bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier dari arah bertentangan.
Akibatnya, Fadli tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Salwani berkata, sebelum kejadian, Fadli pulang ke rumah keluarganya yang berhampiran dengan kediamannya di Felda Nitar 2 untuk makan tengah hari.
“Fadli berkerja di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau, Kluang, sebagai pekerja pembersihan dan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.
“Selesai makan, Fadli terus ke rumah saya sebelum berpesan supaya saya menjaga diri, tidak sangka itu pesan terakhirnya sebelum dia dijemput Ilahi,” katanya ketika ditemui di Hospital Mersing.
Menurut Salwani, semua persiapan untuk melangsungkan perkahwinan sudah siap dan dia tidak menyangka hasrat mereka berumahtangga tidak kesampaian.
“Kami mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat tetapi Tuhan lebih sayangkannya,” katanya.
Ibu Fadli, Salmah Ali, 60, berkata, sebelum kejadian, anaknya itu berkelakuan pelik kerana tidak menghabiskan nasi dihidang.
“Dia tidak pernah berkelakuan sedemikian tetapi saya tidak mengesyaki akan berlaku sesuatu yang buruk.
“Saya memang terkilan kerana tidak dapat melihat anak naik pelamin namun menganggap apa yang berlaku ini sebagai takdir dan reda dengan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Kancil dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Harrier itu.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.
Menurut beliau, pemandu Toyota Harrier yang berusia lingkungan 50-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
***
Bagi pihak perkeso kes ini telah diambil tindakan serta merta dan ahasil siasatan akan diketahui sedikit masa lagi..ini kerna ada penemuan maklumat baru yang cukup berbeda dengan laporan berita yang dikeluarkan oleh media cetak***
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kereta Perodua Kancil dipandu Mohd Fadli ke tempat kerja bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier dari arah bertentangan.
Akibatnya, Fadli tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Salwani berkata, sebelum kejadian, Fadli pulang ke rumah keluarganya yang berhampiran dengan kediamannya di Felda Nitar 2 untuk makan tengah hari.
“Fadli berkerja di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Hijau, Kluang, sebagai pekerja pembersihan dan dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.
“Selesai makan, Fadli terus ke rumah saya sebelum berpesan supaya saya menjaga diri, tidak sangka itu pesan terakhirnya sebelum dia dijemput Ilahi,” katanya ketika ditemui di Hospital Mersing.
Menurut Salwani, semua persiapan untuk melangsungkan perkahwinan sudah siap dan dia tidak menyangka hasrat mereka berumahtangga tidak kesampaian.
“Kami mengimpikan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat tetapi Tuhan lebih sayangkannya,” katanya.
Ibu Fadli, Salmah Ali, 60, berkata, sebelum kejadian, anaknya itu berkelakuan pelik kerana tidak menghabiskan nasi dihidang.
“Dia tidak pernah berkelakuan sedemikian tetapi saya tidak mengesyaki akan berlaku sesuatu yang buruk.
“Saya memang terkilan kerana tidak dapat melihat anak naik pelamin namun menganggap apa yang berlaku ini sebagai takdir dan reda dengan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Kancil dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Harrier itu.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat Mersing dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.
Menurut beliau, pemandu Toyota Harrier yang berusia lingkungan 50-an hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
***
Bagi pihak perkeso kes ini telah diambil tindakan serta merta dan ahasil siasatan akan diketahui sedikit masa lagi..ini kerna ada penemuan maklumat baru yang cukup berbeda dengan laporan berita yang dikeluarkan oleh media cetak***
Sabtu, 23 April 2011
perangkap laju polis tidak bersembunyi lagi
SHAH ALAM - Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, arahan tersebut sudah dikeluarkan dan anggota polis akan berada di jalan raya bagi mempraktikkan pendekatan itu.
“Kita tidak akan sorok-sorok lagi dengan bersembunyi di sebalik tiang atau pokok sebelum mengeluarkan sebarang saman.
“Kita akan berada di tempat-tempat terpilih yang dapat dilihat pengguna jalan raya dan mengeluarkan saman secara terus jika mereka melakukan kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini semalam.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini, di mana ada anggota polis menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian lalu menahan pesalah trafik.
Khalid berkata, pihaknya melihat pendekatan ini sebagai satu alternatif mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan patuh pada peraturan lalu lintas.
“Sebelum ini, pengguna jalan raya hanya akan patuh pada peraturan bila nampak polis, tetapi akan langgar undang-undang bila polis tiada.
“Kita pilih cara ini agar mereka lebih serius dan tidak memandang remeh terhadap peraturan dan undang-undang yang sudah ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, selain daripada peningkatan kehadiran polis, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan.
Sabtu, 16 April 2011
TAIB AKHIRNYA KEKAL JUA
Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketua menteri Sarawak yang paling lama memegang jawatan itu, mengangkat sumpah untuk penggal baru malam ini – tidak sampai sejam selepas Barisan Nasional (BN) mencatatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10.
BN Sarawak memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri sekitar 9.45 malam manakala majlis mengangkat sumpah diadakan kira-kira 45 minit kemudian.
Taib, 75, menyandang jawatan itu sejak 1981 dan genap 30 tahun 26 Mac lalu.
Pada pilihan raya negeri hari ini BN Sarawak pimpinannya mendapat 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala Bebas satu.
Ketua Menteri keempat Sarawak itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini.
Sementara majlis mengangkat sumpah dengan cepat ini mengejutkan ramai, isu peralihan kuasa melibatkan Taib ini menjadi bahan kempen pilihan raya kali ini.
Pembangkang menggesa beliau mengumumkan penggantinya dan tarikh peralihan kuasa.
Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilakukan dengan segera selepas pilihan raya negeri.
Bagaimanapun, pada keesokan hari, Taib berkata peralihan kuasa akan diadakan dalam beberapa “tahun lagi.”
Taib yang lahir pada Mei 1936 di Miri juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.
PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya kali ini.
Taib juga merupakan ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun tetapi kerusinya diambil alih oleh anaknya pada 2008.
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 dan 18 Disember lalu telah mengahwini seorang wanita Lebanon berusia lingkungan 30-an.
Jumaat, 15 April 2011
TAIB MAHMUD LIABILITI SEPERTI WAN MOKHTAR AHMAD DI TERENGGANU
1.Selepas tsunami politik Mac 2008, arena politik negara menyaksikan satu lagi detik penting yang akan menjadi ukuran populariti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
2.Jika tiga tahun lalu, sekitar 11 juta orang pengundi menyertai gelanggang memberi mandat pada pilihan raya umum ke-12, yang turut menyaksikan pilihan raya Dewan Undangan Negeri semua negeri kecuali Sarawak, hari ini hampir sejuta pengundi menjadi harapan kepada kedua-dua perikatan itu dan juga calon-calon Bebas — dalam pilihan raya negeri Sarawak yang paling sengit.
3.Pun begitu, pilihan raya hari ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak lebih 30 tahun.
Kepimpinannya genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa — membawa kepada keluarga dan rakan-rakannya mengumpulkan kekayaaan.
Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini — hari penentuan — sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.
ceramah pakatan rakyat mendapat sambutan luar biasa kali ni
4.Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006.
5.Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.
6.Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.
Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
7.Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.
Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”
8.Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan.
9.Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya.
Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa.
10.Kenyataan ini yang dikeluarkan pada malam Ahad lalu membuktikan isu Taib mendominasi pilihan raya negeri ini, yang buat pertama kali sengit dalam sejarah negeri Sarawak itu yang mempunyai penduduk tidak sampai tiga juga orang.
Bagaimanapun seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan Najib itu, Taib berkata, beliau bersedia melepaskan kedudukannya dalam “beberapa tahun.”
Menurut pemimpin-pemimpin veteran seperti Lim Kit SIang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang pernah berada dalam kerajaan sebelum dipecat pada September 1998, ini bukan kali pertama cakap-cakap mengenai peralihan kuasa muncul.
Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa Taib pernah membuat janji-janji sedemikian tetapi tidak pernah menunaikan.
11.Najib dengan jelas melihat Taib sebagai liabliti dalam pilihan raya. Malah beberapa pemimpin Umno kanan yang ditemui awal tahun lalu juga pernah melahirkan pandangan sedemikian, ketika wujud desas-desus pilihan raya negeri akan diadakan pertengahan tahun lalu.
12.Jika tidak, berbanding sebelum ini, ini kali pertama seorang perdana menteri dan timbalannya menghabiskan sebahagian besar masa mereka membantu jentera BN termasuk tidak mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu.
Perkara ini juga diperakui oleh media-media yang prokerajaan pusat dan BN.
Laporan Bernama Online malam tadi menyebut, mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang hari ini (semalam), Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
“Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Menteri Kewangan.
Kata laporan itu, Najib telah muncul sebagai tunggak kempen BN selepas pembangkang melancarkan “serangan” bertalu-talu terhadap tempoh lama Taib Mahmud memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.
13.Bertolak daripada dakwaan dan label Taib sebagai “liabiliti” kepada BN kali ini, laporan-laporan media memetik pemimpin parti komponen BN sendiri melemparkan kenyataan bahawa jika BN Sarawak gagal memperlihatkan kembali prestasi lalu khususnya membabitkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Umno, MCA dan Gerakan akan mengembangkan sayap masing-masing ke bumi Kenyalang ini.
14.Meskipun ada yang menganggap bahawa pilihan raya ini hanya pungutan suara ke atas kepimpinan Taib, tetapi ada juga yang melihat mandat hari ini juga akan menjadi ujian kepada kredibiliti dan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Najib. Tahun ini genap dua tahun Najib menjadi perdana menteri dengan gagasannya itu.
Populariti beliau dikatakan masih tinggi, dalam lingkungan 69 peratus sebagaimana diumumkan oleh kajian Merdeka Center akhir tahun lalu. Najib sendiri cuba mengadakan pertemuan dengan masyarakat Kristian di Sarawak bagi menyelesaikan isu Alkitab.
15.Sebagaimana dikatakan oleh presiden Aliran, P. Ramakrishnan, kerajaan persekutuan sendiri berkempen di Sarawak.
Jika Taib gagal di Sarawak hari ini, ia juga dilihat sebagai petanda kepada gagasan 1 Malaysia Najib.
Sebagaimana pernah dikatakan awal bulan ini kepada Reuters oleh Najib, keputusan malam ini akan menjadi penentu dan kayu ukuran kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 - yang pertama di bawah kepimpinan Najib.
OPERASI BERTERUSAN KESAN MAJIKAN INGKAR
Saya petik dari Utusan:
MERSING 8 April - Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) mengingatkan para majikan yang ingkar membuat caruman pekerja dengan badan itu agar segera berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan dalam Ops Kesan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara.
Operasi tersebut dilancarkan dengan tujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Perkeso serta memastikan setiap majikan dan pekerja yang layak mendaftar dengannya.
Pengurus Perkeso Kluang, Dundang Undong berkata, Ops Kesan yang dijalankan tahun ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana ia diperluaskan sehingga ke waktu malam.
"Bagi Mac tahun ini, operasi lebih tertumpu kepada pengusaha restoran dan kedai makan yang menjalankan perniagaan pada waktu malam di sekitar bandar Kluang, Simpang Renggam dan Ayer Hitam," katanya kepada pemberita ketika operasi dijalankan di sini, baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, 350 majikan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, lapan notis tawaran kompaun berjumlah RM5,500 telah dikeluarkan.
"Notis tawaran kompaun berkenaan dikeluarkan atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dengan Perkeso," katanya.
Tambah beliau lagi, statistik menunjukkan majikan di kawasan Kluang telah mula sedar tentang kepentingan mendaftar dan mencarum dengan Perkeso sebagai langkah untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.
"Operasi ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa serta akan diperluaskan lagi ke kawasan taklukan seperti Mersing, Endau dan kawasan-kawasan lain," katanya lagi.
ANTARA MENGHARGAI DAN DIHARGAI
1.Rata-rata manusia yang hidup di alam maya ini ingin diri mereka dihargai tak kirala perempuan mahupun lelaki, bahkan tidak keterlalauan jika kiranya dikatakan binatang pun ingin dihargai dan disayangi. Namun, bukan semua insan dapat menikmati erti sebuah perhargaan apatah lagi ‘dikasih sayangkan ‘ dalam konteks saling menghargai. Ini kerana terkadang kita semua menanti untuk dihargai sehingga kita lupa, kita alpa kita keliru dan dikelirukan oleh tomahan hasad dengki,dikelirukan oleh cakap-cakap fitnah dibelakang, dikelirukan oleh persepsi negatif pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri ataupun kadang-kadang kita buat-buat lupa antara sengaja mahu pun tidak bahawa kita kita sendiri perlu untuk menghargai insan lain, jangan ingat kita sahaja yang perlu untuk dihargai..anak2 buah kita sebenarnya memerlukan kita..itulah yang kebanyakkannya kita lupa..Namun percayalah ianya masih belum terlambat untuk mengambil langkah awal lantas menghargai apa yang ada didepan mata..Isteri dan suami pun perlu saling menghargai jugak beb...jangan tunggu sang suami je...reti2 la bahasa..
2.Walaupun begitu, tidaklah semua orang inginkan penghargaan melangit..bukan mahukan segunung pujian..bukan dambakan pengiktirafan berprestij..bukan bukan itu semua! Cukup sudah sekadar ucapan "terima kasih". Ini sudah memadai bagi sesetengah orang. Dari pengalaman saya dalam banyak-banyak kes yang saya kendalikan belum ada seorang pun mengucapkan perkataan terima kasih...telah 7 tahun!!!7 tahun agak lama untuk mendengar perkataan itu..mahal sangat kah untuk ia diucapkan???
3.Takpala saya Ihklas untuk mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal..takpa la.saya reda ini jalan yang saya pilih saya reda pada tiap2 hari deringan telefon saya tidak henti berdering tahkala waktu makan minum waktu rehat saya siang dan malam mereka tak jemu-jemu bertanyakan kes mereka, mereka membuat muka sedih meratap dan merayu..itu belum dapat keputusan siasatan..bila semua selesai sedikit ucapan terima kasih pun tidak..bahkan jika berjumpa dijalanan mampuih tegur pun tidak..usahkan senyum!!!Alhamdulilah saya tetap menghambakan diri pada rakyat..ini jalan yang saya pilih..antara dihargai dan menghargai saya tetap dambakan keberkatan dari yang maha Esa..Untuk dihargai itu adalah naluri Manusia biasa..agak bodoh dan jahil jika manusia itu tiada langsung mempunyai perasaan untuk dihargai..itu bukan manusia itu syaitan bekali.
4.Bila insan rasa dirinya dihargai, mereka selalunya sanggup berkorban apa saja, dalam banyak perkara kepada orang yang menghargainya. Pertolongan dengan mudah kita perolehi darinya, malah dia kadang-kala boleh menjadi insan terakrab yang kita miliki. Manusia bila rasa dihargai, dia akan menghargai berlebih-lebih lagi. Tapi, jangan lupa, semua manusia ada yang bersifat berbalik dari semua itu; Bila kita menghargainya, dia menganggap kita mengampunya & ingin mengambil kesempatan keatas dirinya.itu bodek2 tak mainla..bagi kat pemimpim politik yang maha Auta saja bab-bab bodek ni..depa semua dah cukup arif dalam bidang sebegini rupa..
4.Oleh hal demikian, biar apa yang dikata orang, biar apa yang dibuat orang, biar apapun terjadi, kita tetap perlu tanamkan nilai murni dalam diri agar kita tidak melakukan yang tidak sepatutnya kepada orang lain, sebaliknya teruskan untuk menghargai insan di dunia ini selagi nyawa dikandung badan... DOAkan mereka, pasti perkara yang baik akan terjadi padanya & pada kita. TAHNIAH BUAT MEREKA YANG MENGHARGAI
5.Sebetulnya..semangat harga menghargai dikalangan manusia kian luntur...percayalah.
Langgan:
Catatan (Atom)























