Ahad, 2 Ogos 2015

saya tidak bisu!!!@Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd Yassin di Majlis perasmian perwakilan UMNO bahagian Kluang.


1.Saya tidak bisu….dan saya bukan berada dalam sindrom bisu!!! ‘tak kan lah sebagai Timbalan Presiden Parti saya tidak boleh bercakap apa-apa berkenaan kepentingan rakyat!!!sambil intonasi suaranya berbunyi hurm hurm hurm (seolah–olah seperti bisu)…hehehe itulah antara ucapan terbaik dan cukup menarik dari mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang di lucutkan jawatannya  iaitu Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang pada hari ini. Beliau pada mulanya mengulas akan nasihat dari kawan-kawan politiknya agar berhati-hati dalam membuat ucapan kerana beliau bukan Timbalan Perdana Menteri lagi…mana tahu akan dicari kesalahan dan ditangkap..katanya beliau pernah  menghubungi Datuk Seri Zahid Hamidi untuk bertanyakan status sama ada beliau akan ditangkap atau sebaliknya jawapan dari Datuk Seri Zahid melegakannya..itulah cabaran seorang ahli politik dan pejuang yang tulen..sanggup berjuang untuk rakyat..bukan diam seribu bahasa dan membisu tahkala pelbagai perkara yang berbangkit tidak dijawab dengan fakta dan bukti yang kukuh yang membolehkan rakyat mempercayai nya.


2.Majlis yang diadakan di kompleks pekan rabu di Bandar kluang itu di hadiri ratusan khalayak khususnya ahli UMNO bahagian Kluang. Banyak yang menarik dalam upacan beliau sebentar tadi. Namun apa yang boleh di banggakan adalah terserlah sifat penyabar beliau dalam menghadapi dugaan dan cabaran tahkala baru beberapa hari sahaja jawatannya dilucutkan, beliau kelihatan cukup sihat, cukup bertenaga dan cukup tenang melalui ujian yang agak besar dalam hidupnya sepanjang keterlibatannya dalam arena politik tanah air..kata2 beliau yang agak menyentuh hati 'saya timbalan presiden UMNO yang menegakkan Kerajaan dan takkan saya pula nak tumbangkan Kerajaan??

3.Sebagai ‘Orang lama’ dalam kerajaan/politik tanah air beliau cukup matang dan cukup masak dalam menangani pelbagai situasi Alhamdulilah beliau tidak mudah melatah dan tidak pula mengajak pengikutnya mengamuk ke jalan raya beliau pemimpin yang terbaik yang saya jumpainya, tidak jemu2 mengajak ahli bersatu padu dan setia pada parti. Di Kluang di saksikan ratusan Ahli UMNO beliau sekali lagi mengulangi tekadnya BAHAWA TAAT SETIANYA TETAP UTUH BERSAMA UMNO DAN TETAP SETIA  PADA PRESIDEN parti dan akan sentiasa membantu Presiden Parti untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum nanti. Jarang sekali kita temui pemimpin hebat seperti Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin ini..tahap kesetiaanya pada parti tidak berbelah bahagi dan tiada tolok bandingannya. Tahniah Tan Sri. Ucapan beliau juga langsung tidak menyentuh apa2 berkenaan peribadi sesiapa, tiada langsung kata2 berbentuk makian dan cercaan..ternyata beliau berjiwa besar.

4.Tahniah juga pada UMNO bahagian Kluang kerana bertindak ‘nekad’ dan ‘berani’ dalam membawa Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian tersebut pada hari ini, ini ADALAH BAHAGIAN UMNO YANG PERTAMA menjemput Tan Sri Dato Haji Muhyidin Mohd Yasin sejak bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilucutkan jawatan dalam kerajaan. Keberanian UMNO BAHAGIAN KLUANG tidak terdapat pada UMNO bahagian lain setakat hari ini..kebanyakkan  yang ada adalah membatalkan jemputannya sebaik sahaja Tan Sri Dato Haji Muhyidin dilucutkan jawatan dalam kerajaan.

5.Lain2 berita nanti akan ku update kemudian..hehehe ni bukan posting politik geng..tapi sekadar mengikuti perkembangan mutakhir saje..tulisan ini tiada kaitan dengan mana2 organisasi atau apa2 yang berkaitan dengan saya ianya sekadar pandangan peribadi saya sahaja. 'TAK KAN NAK BISU" SEPERTIMANA KATA TAN SRI DOTA HAJI MUHYIDIN MOHD YASIN hahahaha 'hurm hurm hurm' hahaha


 

Sabtu, 1 Ogos 2015

hadiri majlis 4 pasangan kahwin dan bersanding serentak@simpang renggam


1.Hari ni santai2 je ke kampung Parit Hasan Ulu Benut Simpang Rengam menghadiri majlis perkahwinan member wife aku..lagipun dah agak lama aku tak hadiri majlis kahwin sebegini terasa jugak nak makan nasi minyak free hahaha dan sikit2 terasa jugak nak rasa naik pelamin sekali lagi wakakakakakaka..
 
 
2.Pe yang menariknya majlis perkahwinan ini dilangsungkan melibatkan 4 pasangan serentak..peh seronok beb lau kahwin ramai2 begini hehehe leh berlumba lumba sape dulu dapat baby tuu..untungnya langsungkan perkahwinan serentak ni ianya mampu menjimatkan perbelanjaan mengurus makan minum jamuan hadirin dan perkara2 yang bersangkutan dengannya termasuklah tempahan DJ majlis hahaha..senang kata tak payah buat banyak kali.
 
 
3.Masa dok menikmati keenakan nasi minyak disapa pulak rakan media dari harian metro hahahaha,,,entah macam mana dia pun datang buat liputan perkahwinan 4 pasangan serentak ni...wahhhh glamer la hangpa semua hahaha masuk paperla nanti hangpa..jangan duk lupa beli harian metro la hangpa dalam minggu ni.
 
 
4.Yang seronoknya setiap kali hadir ke majlis kenduri kahwin di kampung tak lengkap rasanya jika tiada persembahan silat..hari ni juga ada persembahan silat di depan 4 pasangan pengantin tersebut...wah wah..meriah.
 
 
5.Siap majlis perut dah kenyang anak2 dah meragam nak balik so vrommm tinggalkan majlis..dalam perjalanan de plak kemalangan sesak jalan di buatnya..betul2 berlaku di depan balai polis simpang renggam hohoho..
 
 

Jumaat, 31 Julai 2015

Marhaban Impiana Casa 2015@tahun kedua

1.Alhamdulilah setelah empat hari berturut-turut mengikuti program marhaban di impiana casa taman seri impian hari ni berehat buat seketika dan bakal bersambung Isnin nanti hehehe..4 malam berturut-turut geng dengan purata penyertaan setiap rumah dalam 7-10 buah rumah adakalanya terasa penat juga hahaha lagi2 untuk aku yang sentiasa bekerja lokasi luar..walaubagaimanapun kepenatan hilang apabila dapat beramah mesra dengan rakan2 ketika menyertai marhaban dari rumah ke rumah..alhamdulilah program ini amat2 baik dan dapat mengeratkan hubungan sesame kita penduduk taman...sesungguhnya tinggal di taman ini seolah-olah tinggal dikampung halaman sendiri hahaha seronok geng..rasanya agak sukar mencari taman sebegini di kala ini pehhhh.
 
                                              Marhaban  Impiana Casa 2015
 
2.Alhamdulilah terima kasih atas kerjasama semua kawan2 yang menjayakan program ini, dari hari ke hari penyertaan semakin bertambah ramai dan ianya menunjukkan semangat untuk bersama sama saling kenang mengenali dan saling bekerjasama semakin tinggi di kalangan penduduk Impiana Casa. Ada yang tidak pernah bersua muka sebelum ini akhirnya muncul bersama sama menjayakan program ini alhamdulilah ianya satu kejayaan kita bersama syabas dan tahniah.Seronok sebenarnya melihat kejayaan program sebegini..
 
                                                  Marhaban Impiana Casa 2015
 
3.Sebenarnya Program Marhaban ini bukan tahun pertama diadakan di Impiana Casa ini adalah tahun kedua diadakan program sebegini,tahun 2014 telah diadakan program yang sama namun hanya melibatkan segelincir penghuni sahaja maklumlah pada tahun 2014 belum ramai lagi penghuni yang menetap di taman ini..hahaha aku pernah buat post untuk program Marhaban Impiana Casa 2014 kat blog aku ni..taip je la marhaban impiana casa 2014 mesti ada cerita tu hehehe so ini tahun kedua beb tapi tahun 2014 diadakan secara kecilan sahaja bukan seperti sekarang besar besaran...Alhamdulilah..
 
                                  Marhaban Impiana Casa 2014 kali pertama
 
4.Sebenarnya tuntutan kerja aku yang sangat padat yang menyebabkan aku sentiasa bekerja di luar sudah sedia maklum hari2 balik dalam keadaan kepenatan..bayangkan 3 hingga 4 kes dan lebih kurang 5-6 lokasi yang perlu dilawati pada setiap hari agak memenatkan untuk mengikuti dengan aktif aktiviti malam seperti marhaban ini, namun aku gagahkan jua untuk menghadiri kesemuanya demi kawan2 inshaAllah sehingga selesai program ini seperti di rancang.
 
                                           Marhaban Impiana Casa 2015
5.Hehe malam ni bab marhaban je ni..bab kerja akan menyusul kemudian.. lagi pun banyak perkara yang hendak di kongsikan bersama..dan aku tak kan jemu berkongsi dengan kalian kerana ianya sudah ku anggap sebagai saham untuk hari akhirat nanti..Insha Allah selagi bernyawa dan selagi berkesempatan sudah pasti pelbagai coretan berkenaan perkeso akan ku catatkan di sini sedikit sebanyak akan membatu kalian InshaAllah..
 
                                   Aktif macam mana pun kerja paling utama

Lawatan YB Menteri ke Pusat Rehabilitasi perkeso


 
1.Semalam sempat ke Pusat Rehabilitasi perkeso kat Melaka sempena lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke pusat Rehabilitasi terkemuka itu..tentang pusat rehabilitasi perkeso sudah aku ceritakan dalam post yang lepas lau tak silap 3 tahun yang lalu hahaha semasa itu pun semasa aku ke majlis pecah tanah pusat rehabilitasi ini..memang canggih dan perkhidmatan yang disediakan juga cukup2 terbaik untuk memulihkan pekerja yang kemalangan dan kembali bekerja dengan pelbagai kemahiran yang telah disediakan..kos pusat rehabilitasi ini sekitar 230 juta..tapi amat berbaloi..
 
 
2.Sempena lawatan YB Menteri Sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi ini maka pelbagai program disusun atur termasuk juga jamuan raya hahahaha sempena kita masih dalam bulan syawal..hahaha makan geng..macam2 makan ada..bab makan kita join sesekali tak kan nak keje je memanjang hahaha.
 
 
3.Dalam majlis ini juga pihak perkeso ada memberi sumbangan kepada naak-anak OB yang kurang berkemampuan.
 
 
4.Berita penuh berkenaan lawatan Menteri sumber Manusia ke Pusat Rehabilitasi perkeso kat bawah ni hah hehehe

MELAKA, 30 Julai (Bernama) -- Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal dapat kembali bekerja menerusi program 'Return To Work' sejak ia dilancarkan pada 2007 hingga Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Richard Riot Jaem.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan antara 15,447 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mendapatkan rawatan pemulihan di pusat rawatan Perkeso termasuk di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara menerusi program berkenaan.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 823 individu kembali ke alam pekerjaan, mencari pekerjaan (138), peringkat pemulihan (555) dan masih menjalankan rawatan perubatan (302).

"Daripada jumlah itu, kira-kira 74 peratus daripada mereka bekerja semula dengan majikan yang sama dan jumlah ini menunjukkan pencapaian yang amat baik melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepda pemberita selepas lawatan ke Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Riot juga berkata pembukaan Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh pada 1 Okt tahun lepas merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan merupakan usaha kerajaan untuk membela nasib dan membantu pencarum Perkeso yang mengalami kecederaan atau hilang upaya kekal mendapatkan rawatan pemulihan.

Beliau berkata objektif penubuhan pusat berkenaan di tanah seluas 22.3 hektar bertujuan menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti secara fizikal dan vokasional kepada pesakit dengan bantuan 110 tenaga kerja.

Katanya pusat ini mampu menampung 1,448 pesakit setahun selain kemudahan wad dan asrama disediakan kepada mereka yang memerlukan rawatan pemulihan secara intensif.

"Pusat ini dilengkapi pelbagai peralatan dan kemudahan canggih dan bertaraf dunia untuk memastikan mereka yang menjalani rawatan di sini dapat sembuh dan kembali bekerja," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 25 Julai 2015

tuntuan penyakit khidmat perkeso@ buat tuntutan penyakit khidmat biarlah jujur


1.Baru2 ni aku sempat siasat satu kes berkenaan tuntutan penyakit khidmat perkeso..masalah kurang pendengaran dakwa si penuntut tersebut..jadi macam baisa bila ingin membuat tuntutan penyakit khidmat maka perlulah meghantar borang tuntutan penyakit khidmat iaitu borang PKS(P)68 beserta lampiran 1 (PK)(Laporan Perubatan), dan dokumen wajib untuk tuntutan penyakit khidmat hilang pendengaran iaitu mapping noise dan juga individual hearing test..sepertimana yang pernah aku citer sebelum ni la.

2.Setelah permohonan di hantar macam biasa aku akan siasat dan membuat lawatan ketempat kerjanya..dah lama pun pekerja ni berhenti kerja, beliau bekerja di salah sebuah ladang ayam telur yang agak terkenal di kluang..oooo ya pekerja ni bekerja di ladang ayam/ternakan ayam telur..dah dekat sepuluh tahun berhenti kerja baru nak buat tuntutan..ok takpe..jadi pergilah aku buat siasatan temubual dan lawatan ke lokasi beliau bekerja..beliau sebenarnya ditempatkan di tempat memproses najis ayam jadi baja..di lading ternakan ayam tu jugak la..hehe masa masuk kat sini satu badan seluar dan baju melekat bau tahi ayam..tak de hal kerja geng..depa hari2 leh tahan ok aje..

3.Cuba bayangkan ladang ternakan ayak bising kah???tempat proses baja setakat gaul2 tahi ayam bising kahh? setelah 10 tahun berhenti kerja baru pekak kah??pekerja lain ok aje tak pekak pun..sesungguhnya tiada langsung pencemaran bunyi di ladang ternakan ayam telur ini..mesin memproses baja buangan/tahi ayam telur yang didakwa bising itu mesinya berbunyi seperti sebuah motorsikal biasa di ruangan terbuka hahaha..ya logiknya tak kan pekak dan hilangkan pendengaran pun!!!pengurus kilang/pekerja dan rakan sekerja geleng kepala hahaha bila mengentahui bekas pekerja ini mebuat dakwaaan dan tuntutan sebegitu..semua tahu dan aku sendiri merasainya langsung tak melebihi  80disebel pun..normal!!!

4.Siasatan setrusnya mendapati dakwaan kurang pendengaran itu berpunca dari rawatan kimoterapi yang diabuat disebabkan penyakit lain yang beliau hidapi dan HASIL DAN KESAN  DARIPADA RAWATAN KIMO ITU TIDAK TREMASUK DALAM TUNTUTAN PENYAKIT KHIDMAT PERKSEO!!!penyakit khidmat erkeso adalah kesan langsung dari kerja yang kita lakukan..nak tahu lebih lanjut carilah post2 aku yang terdahulu berkenaan penyakit khidmat ini. Sekarang ni berbagai bagai peluang dan pelbagai cara dorang gunakan untuk mencuba…tapi biarlah kena pada tempatnya..tiada kaitan langsung dengar kerja sengaja cuba mengada ngadakan cerita padahal telah tahu puncanya pekak itu datang dari mana adalah salah dan ianya berunsur penipuan beb boleh didakwa tu..bahkan ianya membuang masa dan waktu untuk kes2 lain yang sedang menunggu untuk disiasat..jika benar kes itu berkaitan kerja tak apalah tak menjadi masalah dan teramat dialu alukan itu hak kalian..akan tetapi JANGANLAH MENGBUANG MASA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN PALSAU SEBEGINI..ini cubaan yang boleh mengundang padah pada diri sendiri.

5.Ohhh ya..bila aku bercakap dengan beliau dalam nada perlahan/romantic kot hahaha BOLEH JUGA BELIAU mendengarnya makanya pekak kah beliau hahahaha..ada banyak cara dan baca versi intonasi suara untuk menguji kalian pekak ka tidak kan kan hahahaha..selamat hari raya beb maaf zahir batin..aku baru sahaja naik kerja rindu plak nak berkongsi pasal kerja sikit2 aje lah bukan leh kongsi semua nanti aku plak kena sound kat bos2 hahahaha..ok geng.
6.Seperti biasa My blog ..budakbakong ..tak dak kaitan langsung dengan perkeso hahahaha..saja nak berkongsi ilmu je..hahaha semua tulisan atas kapasiti peribadi kikikiki lalalalala tak berbayar tak dak iklan x dak arahan sesuka hati aku je kakakakaka

'Kenyataan Akhbar 'International Forum On Disability Management 2016'@Kuala Lumpur Malaysia


Hari bertemu pelanggan secara Maya


Ayuhhh geng jangan lepaskan peluang ini!!!!