Selasa, 25 September 2018

Ekoran penutupan Kilang Malaysia Mosaic Kluang 450 pekerja hilang Pekerjaan..Perkeso hadir membawa Sinar

1.Aku ada terbaca dalam liputan sebuah Akhbar tempatan hari ni ada dinyatakan seramai 450 orang pekerja Malaysia Mosaic Kluang akan diberhentikan kerja ekoran penutupan kilang tersebut, yang difahamkan akan dilakukan pada 1 Oktober nanti..Pertamanya tak berapa terkejut sebab dah dapat makluman awal..masa tu aku doakan ia tak menjadi kenyataan, keduanya dah kedengaran ura-ura dah pun..tapi yang mengejutkan Allahu ramainya pekerja hilang pekerjaan bertabahlah wahai rakan2 sekelian..sudah tentu kita akan bayangkan bagaimanala nasib mereka nanti..setelah diberhentikan kerja ini??Para sahabat sekelian kamu harus kuat dan perlu membantu diri kamu sendiri berusaha untuk terus bertahan kuatkan semangat carilah peluang2 kerja lain yang ada diluar sana..berusaha inshallah kalian berjaya. Apa pun 1 Oktober nanti tutupla kilang ini secara rasmi...bukan semua 1 kilang saja dari 2 kilang yang ada..tapi tu la 450 pekerja hilang pekerjaan..ramai wooo..hmm tinggal kenangan..baik sangat aku dengan big bos HR kilang ni hehehe apa nak buat kilang dah mampu bertahan lagi..ramai kawan2 yang bekerja disini :(

2.Namun pihak kerajaan tidak sesekali membiarkan pekerja yang diberhentikan ini berseorangan dalam menghadapi situasi sukar yang langsung tidak diduga serta genting sebegini ianya sebuah kilang kukuh ramai pekerjanya ratusan orang tiba-tiba gagal bertahan siapa sangka..namun pihak kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah bertindak pantas dimana sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak Majikan ,yang mana memaklumkan kilang mereka akan menutup operasi dan seramai 450 pekerja terpaksa diberhentikan maka kita (perkeso) telah bertindak segera ke kilang tersebut menemui pihak pengurusan kilang dan juga menemui pekerja kilang terbabit,bahkan bukan itu sahaja pihak Perkeso turut membantu mereka mendaftar/membuat permohonan bantuan Interim di mana bantuan RM600 sebulan diberikan kepada para pekerja yang diberhentikan ini, semalam sahaja kira-kira 200 pekerja telah pun mengisi permohonan bantuan Interim ini dari pihak Perkeso..pehhh betapa Prihatinnya Perkeso..itu la nasibla SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) telah diperkenalkan sedikit sebanyak dapat membantu!!!RM600 sebulan tu dibayar selama tiga bulan dengan syarat dalam tempoh 3 bulan tu masih gagal mendapat pekerjaan dan pekerja pula aktif mengikuti program penempatan pekerjaan dengan pihak Perkeso..kalau dah dapat kerja awal maka tiada lagi bayaran Interim untuk bulan berikutnya..hehe kena faham tu..hope dengan bantuan Perkeso ini ia mampu memberi sinar baru kepada para pekerja ni..
3.Bukan sekadar bantuan Interim sahaja para pekerja ini akan nikmati dari pihak Perkeso, bahkan mereka juga akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan baru dengan majikan yang lain melalui skim penempatan pekerjaan..percayalah kerajaan melalui pihak Perkeso sesekali tidak akan mengabaikan pekerja2 ini susah senang kita akan bersama sama mengharunginya geng..so selain mendapat bantuan dari pihak Perkeso jom kalian juga perlu membantu diri kalian sendiri ayuh bersama gembleng tenaga dan kerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dengan jayanya..kerjalah dengan majikan yang menawarkan pekerjaan kepada kalian melalui skim penempatan pekerjaan ini..Inshallah semoga di permudahkan urusannya, dengan syarat janganla pilih kerja disaat kesukaran begini...
4.Bagi pekerja yang hilang pekerjaan sebab diberhentikan kerja seperti masalah penutupan kilang sebegini kalian boleh lah membuat permohonan bantuan Interim dari pihak Perkeso..Untuk makluman hangpa semua permohonan untuk bantuan Interim ini bolehlah dibuat secara Online di https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration atau memuat turut borang tersebut atau terus hadir ke kaunter Perkeso terdekat atau hangpa pilihlah mana satu cara yang aku nyatakan tadi hehehe..jangan lupa dokumen diperlukan untuk permohonan ini adalah salinan kad pengenalan,salinan nombor akaun bank dan surat perberhentian kerja dari pihak majikan!tapi kalau tak faham jugak mai opis Perkeso lah lagi senang hahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan