Selasa, 4 September 2018

kemalangan tempat kerja perlu dapatkan rawatan segera!

1.Hahaha banyak yang dok tanya aku berkenaan  boleh atau tidak claim dibuat bila mana lewat dapatkan rawatan selepas alami kemalangan di tempat kerja..hehe jawabnya boleh pasai pa tak boleh jika benar berlaku kemalangan di tempat kerja!!!sudah pasti boleh geng sapa habaq tak boleh hahaha tu hak kita!!!boleh sahaja claim dengan Perkeso namun macam aku selalu dok nasihat hangpala..bila berlaku kemalangan di tempat kerja jatuh ke atau ditimpa barang berat ke menyebabkan berlaku kesakitan,bengkak pada anggota badan jangan dok tangguh untuk dapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital pada hari tu jugak!ini selain untuk memastikan hangpa dapat rawatan awal untuk kecederaan hangpa dan satu lagi ia cukup membantu menyenangkan hangpa membuat tuntutan degan pihak Perkeso ia lah jatuh hari ni..hari ni jugak pi hospital bukan tunggu 2-3 hari tangan dah bengkak dan lebam dan tak leh angkat tangan baru nak pi hospital!!!hahaha..geng pilihlah jalan yang senang jangan pilih jalan berliku liku hahahaha..tangguh 2-3 hari nanti macam2 leh syak kat hangpa kikiki..
2.Macam kes aku jumpa hari ni pun sama,jari kelingking tangan kiri retak di hempap kotak ketika kemas dan susun barang kat stor tempat kerja..selepas kejadian sakit2 sikit aje..dia tak pi dapatkan rawatan..sebelah malam dah mula denyut2 esoknya tak pi lagi hospital sebaliknya terus datang kerja seperti biasa hahaha..3 hari kemudian bila dah tak boleh tahan jari dah bengkak baru lah terkial kial pi klinik..pi klinik doctor kata retak baru lah kelam kabut pi hospital...hehe dapat cuti sakit lama plak tu aiyaaa..so kalau dah 3-4 hari kejadian baru pi hospital baru pi rawatan bukan tak boleh claim boleh sahaja geng..cuma rumit sikit siasatannya..tu yang aku selalu nasihat pi dapat rawatan segera di mana mana klinik atau hospital jika berlaku kemalangan di tempat kerja tak kiralah kecil ka besar ka kemalangan tu..
lambat kan dapat rawatan..kena 9hb..retak tuuu..pi hospital 13hb??ini yang rumit sikit..kalau hangpa pun hangpa akan syak macam2 kan kan kan..sooo nak senangkan dan tak nak rumitkan tuntutan macam aku cakap tadi kemalangan aje terus dapatkan RAWATAN hari yang sama!hehehe selesai masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan