Jumaat, 27 April 2018

Bengkel Skuad Perkeso Prihatin 2018

1.Agak kepenatan sikit geng..dan agak lama serta tak berkesempatan untuk masuk ke blog ni,banyak sangat masa di tumpukan pada kerja dan keluarga aduhhh betul2 tak berkesempatan..Oh yaaa hari ni aku baru sahaja pulang dari menghadiri bengkel penyeragaman dan pengemaskinian semula SOP Skuad Perkeso Prihatin yang diadakan di Hotel Pasific  Regency Kuala Lumpur..Alhamdulilah banyak yang di bincangkan dan diputuskan pada bengkel tersebut..sudah pasti akan memberi impak positif..Inshallah Skuad ini akan memainkan peranan besar dalam menyelesaikan kes2 yang mendapat liputan media,NGO dan pimpinan Masyarakat dengan kadar segera Inshallah.
2.Sebenarnya Skuad Perkeso Prihatin ini adalah Skuad yang diwujudkan untuk bertindak segera apabila mendapat sebarang maklumat berkenaan Pencarum Perkeso yang ditimpa musibah dan kematian disebabkan kerja dan juga kematian bukan disebabkan kerja..sakit teruk dan lain2..dapat sahaja berita tak kira dari sumber mana sekali pun Skuad ini akan bertindak segera membantu Pencarum mereka Inshallah Skuad ini betul2 pantas dalam membuat kerja yang diamanahkan pada mereka..beribu ribu kes telah rerjaya diselesaikan skuad ini dalam jangkamasa  tidak lebih dari 7 hari sepertimana ditetapkan keatas Skuad ini!!!!
3.Hehehe ada masa nanti aku nak ulas satu persatu berkenaan kejayaan2 skuad ini Inshallah hehehe tu pun lau ada masa geng hehehe..

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2018


Sabtu, 14 April 2018

Fishing Bay Resort Teluk Buih Mersing 2018

1.Salam geng lama tak menulis hehehe, semalam kebetulan ada majlis kahwin di Mersing, so aku ambil kesempatan alang2 nak ke Mersing pi kenduri kahwin, aku bawa anak2 sekalai untuk bercuti walaupun sekadar 1 malam sahaja, 1 malam cukup lah!..bagi anak-anak mandi kolam dan laut sekali..so resort yang terbaik yang boleh hangpa pilih untuk resort yang mempunyai kolam dan laut di Mersing yang best adalah Fishing Bay Resort di Teluk Buih Mersing!
 
2.Geng..sebelum aku ke resort yang terletak di teluk buih Mersing ni ada jugak la aku tengok google view dari mereka2 yang pi sini hehehe ada positif ada negative..itu biasa la geng itu pendapat masing2 lah..tak pi kita tak tahu kalau pi baru tahu orang kata kikiki..sebab aku pun tinggal Kluang saje jadi tak jadi hal lah..tak bagus lain kali tak yah pi kan kan..lagi pun sebenarnya resort ni aku dah berkunjung 2-3 kali atas urusan keje kikiki..masa tu tak dak kolam lagi tapi la ni dah ada kolam agak cantik!hmm lama sebenarnya tak datang sini..
 
3.Aku daftar masuk resort jam 2.00 petang selepas Jumaat..pehhh makin cantik resort ni!!!Aku ambil resort Duluxe Room mengadap betul2 pantaiiiii..cukup muat untuk kami suami isteri dan 4 anak2 kecil kikiki..apa yang istimewa bilik ni hanya ada 4 sahaja yang betul2 tepi laut dan mengadap pantai hahaha..buka aje pintu bilik laut di depannya dan tinggal kat bilik ini bertemankan derungan ombak yang menghempas pantai huhuhuhu best geng!!!bilik luas!angin laut masuk bilik habaq hang!
 
 
4.Kawasan resort aku amat suka,tenang dan amat cantik geng..kawasan luas hangpa nak buat family day amat sesuai geng..kawasan redup..parking kenderaan langsung tak jadi masalah parking depan resort/depan bilik kita lahhhh hehehe..macam biasala aku tengok malam2 ramai yang bbq depan bilik aje huhuhu seronokla hangpa aku bawa budak2 ni mana la nak bbq bagai kikiki..
 
5.Pantainya ok cantik,tak kotor sepertimana dakwaan vmereka2 yang dah mai kikiki aku baca view dari yang terdahulu..pantai bersih la geng,cantik dekat plak dengan bilik..anak aku pas puas mandi pantai depa pi bantai mandi kolam plak..Alhamdulilah masa aku pi kolam bersih!!!kolam bersih dan pantai cantik...tenang tengok pulau tak jauh dari bilik aku tu!

6.Hehehe sarapan pagi depa sediakan untuk yang bermalam..alhamdulilah ada macam2 jugakla..kueh teow goring,kuih muih ,nasi lemat dan buah2..nasi lemak sedappppp sangat aduhhhh..geng kalau hangpa nak mai sini baik hangpa bawa tong ikan siap2 sebab sebelah resort ada jeti nelayan kampong yang jual ikan segar..betul2 segar geng!!!segar dan murah!!!