Sabtu, 31 Disember 2016

Selamat tahun baru 2017

Hehehe selamat tahun baru geng..diam tak diam dah nak masuk tahun ke 7 dah blog aku ni kikiki tetap wujud tanpa iklan kakaka..selamat tahun baru geng2 semua..
hehehe yang bawah ni ucapan tahun baru dari my big boss :)

Selasa, 27 Disember 2016

Jadual Tarikh Bayaran Pencen Perkeso/Socso tahun 2017


Salam Geng..Nahhh ini dia jadual pembayaran Pencen Perkeso untuk tahun 2017 jadualini termasuklah semua penerima-penerima pencen perkeso  seperti Pencen penakat,Pencen Ilat,Pencen Faedah Orang Tanggunggang dan lain2 lah..senang cakap ni tarikh2 duit pencen perkeso akan masuk bagi tahun 2017 :
 

Ahad, 25 Disember 2016

Program gotong royong dan lawatan pemantauan denggi skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian 2016

1.Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang sekali lagi menganjurkan program gotong royong serta lawatan pemantauan denggi dari rumah ke rumah di setiap rumah di dalam perumahan ini,program gotong royong ini merupakan program terakhir untuk tahun 2016 yang telah diadakan dengan jayanya pada 23 disember yang lalu..alhamdulilah sambutan macam biasala boleh la kata dengan jayanya bahaha..hehehe kita buat kita anjur kita yang sertainya kikiki..penduduk punye sambutan macam biasala kakakaka..duduk dan lihat dari dalam rumah kah kah kah dulu kini dan mungkin selamanya begitula..tahniah la ahli2 combi Impiana Casa geng2 KRT Impiana Casa sekurang kurangnya kita dah ambil langkah yang baik untuk mencegah penularan denggi..sebab nyamuk ni depa tak kenal yang mana suka terlibat dalam gotong royong dan yang liat nak terlibat kah kah kah..kalau nyamuk ni leh kenal pasti mangsanya ok la jugak bahahahaha
 
 
2.Dalam aktiviti gotong royong ni telah terlebih dahulu dikenal pasti kawasan2 yag amat berisiko untuk menjadi tempat /pengkalan pembiakan nyamuk hahaha..tempat yang dikenal pasti iaitu di sekitar taman2 permainan dan juga di rumah2 yang melakukan pengubah suain rumah namun selepas ubah suai rumah dilakukan banyak bahan2 binaan dibiarkan bersepah sepah mcm tu aje...bak kata depa ni nak jadi penternak nyamuk yang berjaya kah kah kah..di kawasan taman permainan pula penemuan sungguh mengejutkan mana tidak macam mana dalam tong sampah penuh dengan air kotor..sampah tak pernah diambil hahaha..aduii time gotong royong ni lah jumpa semuanya hahaha..jumpa bagi yang datang gotong royong aje la kikiki..
 
3.Lawatan skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang juga dilakukan dari rumah ke rumah untuk memberi nasihat dan panduan pada para penduduk selain itu edaran bahan2 bercetak berkenaan denggi juga dilakukan..hehehe harap2 depa baca la kikikiki..

 
Terima kasih juga buat pejabat kesihatan daerah kluang yang banyak memberi bantuan dan bimbingan khususnya untu perjalanan skuad Combi kami hehehe tak lupa juga pihak Swcop yang banyak member kerjasama dalam menjayakan program sebegini hehehe..untuk penduduk ada masa kami gotong royong lagi untuk hangpa semua kah kah kah..tu la saya pun penat juga bekerja ke hulu ke hilir tapi alhamdulilah untuk bakti dengan masyrakat setempat tidak sesekali saya lupa kah kah kah..
 
 
 

Jumaat, 23 Disember 2016

derita kanser tahap 4 skuad pantas perkeso bertindak segera!


1.Amat perit apabila ketua bagi sesebuah keluarga terlantar sakit akibat  derita kanser tahap 4..hm kanser tahap 4 ni teruk beb..hanya mampu terbaring dan tidak lagi mampu untuk bekerja..apatah lagi mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah,pehh perit beb dalam situasi keadaan ekonomi masa kini aduhh perit memang perit..hanya mengharapkan si isteri yang bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel motor mana mungkin mampu untuk beli itu dan ini apatah lagi tahkala musim cuti persekolahan bakal berakhir..ialah nak beli baju sekolah perlukan duit..nak jaga si suami yang sakit..nak beli pamper untuk suami nak belanja rawatan buat suami aduhhh tak dapat bayangkan..pening beb..kadang-kadang tak termampu dibuatnya..rebah beb rebah..pening tak terdaya kita nak berfikir..

2.Itulah situasi yang dihadapi sebuah keluarga di taman Indah Jaya Kluang Johor..tapi alhamdulilah sebaik berita ini sampai ke pengentahuan pihak kami khususnya dari laporan media cetak seperti Harian Metro dan juga maklumat dari pemimpin masyarakat setempat pihak kami khususnya dari Skuad Pantas Perkeso segera bertindak dengan membuat semakan dari segi kelayakan caruman untuk permohonan Pencen Ilat untuk si suami yang mengidap kanser tahap 4 itu dan dari semakan itu skuad ini telah mendapati si suami mempunyai caruman yang mengcukupi untuk memohon pencen ilat dari pihak perkeso lantas tindakan serta merta telah  lawatan ke rumah pencarum perkeso ini segera dilakukan untuk memberi bantuan alatan pemulihan peringkat awal untuk si suami ini, antara bantuan awal yang diberi adalah berupa kerusi roda,bekalan pamper dan juga urine bag..lain2 bantuan bakal menyusul Inshallah..bayaran Pencen Ilat/Pencen bulanan pula bakal menyusul jika sekiranya pihak Jemaah Doktor (JD) mengesahkan si suami ini sememangnya tidak lagi mampu untuk bekerja lantas disahkan menghidapi keilatan..tindakan ke arah itu sedang diusahakan secepat mungkin!

3.Si Isteri nyata terkejut dengan tindakan pantas pihak perkeso dalam memberi bantuan ini hahaha katanya'sepantas kilat pihak perkeso memberi tindak balas' hahaha inilah Skuad Pantas perkeso..smemang pantas setakat ni kakaka..kuad ini ditubuhkan untuk bertindak segera keatas apa2 sahaja maklumat yang diperolehi sama ada dari media masa atau maklumat awam,maklumat dari pemimpin setempat khususnya melibatkan bencana kerja/sakit kronik yang dihadapi oleh pencarum perkeso!Penubuhan Skuad ini ternyata memberi Impak yang cukup besar dalam membantu pencarum perkeso yang mengalami musibah..
4.Hari ini pula keluarga ini sekali lagi dibantu oleh Umno Bahagian Kluang dan pasaraya besar Econsave kluang...depa dibawa membeli belah pakaian persekolahan..Alhamdulilah ringan beban buat sementara waktu...tahniah Umno bahagian Kluang hangpa berbeza dari bahagian lain kakaka..Tahniah memang cakna rakyat
 

Isnin, 19 Disember 2016

boleh ke sakit hernia claim dengan perkeso?


1.Salam geng..sejak akhir2 ni banyak kes2 sakit Hernia di rujuk kepada pihak perkeso khususnya untuk buat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat,namun harus diketahui bukan semua kes2 tuntutan penyakit khidmat untuk penyakit Hernia berkaitan dengan kerja yang dilakukan setiap hari..pendek kata banyak kes tuntutan hernia ni berpunca dari sebab lain dan bukan sebab kerja..antara sebab biasa adalah faktor merokok yang kronik hehehe 1 kotak untuk 1 hari boleh dikira teruk tuu dan sebab semulajadi...hehehe faktor perubatan tak pandai aku nak jelaskan hangpa tanya doktor lah kakaka..sebab semulajadi kadang2 bayi umur 7 bulan pun kena hernia ni...depa mana kerja berat lagi bayi katakan hehehe..
2.Masalah Hernia yang boleh dibuat tuntutan di bawah tuntutan penyakit khidmat adalah Hernia yang disebabkan seseorang yang sentiasa terdedah kepada kerja2 yg memerlukan setiap hari angkat barang2/benda berat hari hari dok angkat bebanan berat contohnya hari2 dok angkat tong gas sebab ia kerjahantar gas ke rumah pelanggan kikiki,hari2 dok pikul kayu yang berat2 sebab dia kerja tukang kayu bla bla bla lama2 kena Hernia...yang aku sebut tadi sebahagian contoh sahaja banyak lagi kerja2 berat@maksud aku kerjanya perlu angkat benda berat angkat dan diangkat secara manual ingat tu angkat guna tulang 4 kerat barulah kalau kena hernia boleh buat tuntutan dibawah tuntutan penyakit khidmat dengan perkeso...kalau kerja berat tapi hangpa dok angkat guna forklif itu kalau kena hernia jangan dok gatal2 nak claim dengan perkeso la hahahaha..macam aku cakap tadi kerja angkat benda/barang berat angkat guna tulang 4 kerat...kerja ni dilakukan setiap hari geng bukan sesekali angkat aje hehehe sesekali angkat tak jadi apa sebab Hernia tak terus jadi mengejut :)

Jumaat, 16 Disember 2016

Smurf Inn Cameron Highlands 2016



1.Smurf Inn Cameron Highlands salah sebuah resort baru yang terdapat di Cameron Highlans lokasinya terletak di Tanah Rata,cuti sekolah baru2 ni sempat juga berkunjung ke sini dan sempat menginap selama 2 malam..Alhamduliah di murahkan rezeki boleh lah bawa anak2 jalan2..tengok dari luar resort ni nampak unik juga hehehe tapi bila masuk ke dalam tak da la sangat uniknya..biasa2 sahaja nak kata menarik tak la juga hehehe tapi boleh la untuk mereka2 yang gemarkan suasana inggeris kikiki..inggeris la sangat hahaha, akan tetapi suasana pemandangan luar tak dinafikan cantik wooo hahahaha..cuma untuk parking kereta terhad sikit...lambat2 hangpa kena parking kereta kat luar hehehe
2.Selama 2 malam aku menginap kat sini aku awal2 dah tempah bilik family room hahaha..tempah call terus resort dan x payah bayar apa2 pun..bayar kat kaunter semasa check in..cukup senang urusanya..namun aku ingatkan family room tu besar hahaha bila masuk dalam baru tahu bahahaha nasihat aku kalau hangpa bawa anak 2-3 orang x payah la tempah bilik ni...sempit beb maha sempit adehhh nak solat x dak ruang jadinya..kena solat kat surau..surau plak muat2 1 orang pada satu2 masa hahaha..x la canggih seperti di khabarkan..cuma kalau hangpa nak selesa dan nak menikmati suasana inggeris aku syor hangpa ambil bilik premium suite,family suite,executive suite hehe yang lain hancur sempit beb memang sempit wa cakap luuu.

3.Sarapan pagi kat sini ok la hehehe boleh la mcm kat hotel2 yang lain..suasana cafenya boleh tahanla tak besar dan ianya selesa hehe sebab aku selalu bangun awal pagi2 dah pi sarapan maka orang tak ramaila hahaha..depa seronok tidoq sejuk katakan,menu sarapan pagi macam selalu dihidang kat mana2 hotel nasi lemak,mee goreng bla bla tapi tak la banyak sangat pilihan hehehe..bubur2 ni tak dak la kakakaka..aku nyer bawa baby mahu tak mahu 2 malam dok situ kena tapau bubur dari marrybrown sokmo la kakaka mujur dekat tak jauh dari resot ni.
4.Daya tarikan resort ni sebab salah satunya bahagian luarnya cantik itu aje aku rasala maklumlah aku nyer mood spoil dek bilik aku yang sempit adeii..dari segi pemandangan luar cantikla jugakla pemandangan binaanya kikiki boleh la untuk bergambaq suka2 dengan keluarga hahaha aku dok tengok pun depa ramai2 dok bergambaq kat sini le..
kikiki..lagi gambaq bahagian luar
hahaha ada jugak tempat2 untuk kita lepak2 di depan resort ni hehehe

rates harga bilik Smurf Inn Cameron Highland masa aku pi tu time cuti sekolah mahal sikit hehehe kalau harga biasa mcm dalam iklan ni le







Khamis, 15 Disember 2016

Alat Pemulihan seperti pampers dewasa diberi percuma oleh perkeso atas pengesyoran doktor!



1.Salam geng hangpa tahu dak selapas kejadian sesuatu kemalangan berlaku tak kiralah kemalangan berlaku di tempat kerja atau kemalangan berlaku semasa balik kerja ka nak pi kerja ka pastu dalam kemalangan itu hangpa mengalami kecederaan yang teruk contohnya koma berpanjangan ka atau lumpuh ka bla bla bla..selain dari tuntutan untuk bayaran cuti sakit dan rawatan, hangpa tau dak perkeso juga ada menyediakan barang@alat2 pemulihan contohnya pamper@lampin dewasa pakai buang, susu khas,kerusi roda,tilam khas, urine bag bla bla bla..hangpa tauuu dak?tau ka dak ni!!!sebab apa aku tanya ni sebab ada yang masih tak tahu benda2 ni ada dan diberi dengan percuma oleh pihak perkeso dengan pengesyoran dari doktor yang merawat hangpa..lagi2 pengesyoran itu datangnya dari pihak Jemaah Doktor (JD)

2.Dalam satu kes yang aku pi melawat rumah pencarum perkeso yang terlibat dalam kemlangan jalan raya semasa dalam perjalanan nak balik kerja ni, pencarum ni dah hampir setahun lumpuh sepenuhnya..dan sehingga kini pihak perkeso masih membuat bayaran cuti sakitnya (MC) itu ok..namun rupa-rupanya keluarga depa ni tak tahu bahawa alat pemulihan yang perkeso sediakan adalah percuma dan depa tak minta plak aduhh..padahal pencarum ini mermerlukan pamper secara berkala kerana pencarum ni lumpuh tak boleh bergerak dan tak boleh bercakap makan minum hanya susu khas sahaja..dalam lawatan ke rumah pencarum ni aku dah jelaskan mereka layak menerima susu khas dari perkeso dan layak dapat pamper secara berkala dari perkeso habis bekalan itu boleh ke perkeso ambik secara percuma kerana memo dari doktor ada menyebut pesakit ni memang perlu kepada alatan tersebut sayangnya keluarga depa simpan memo tu.aduh nasib la lawatan hari ni dapat menyelesaikan masalah ni,hari yang sama bekalan pamper dihantar ke rumah beliau! dan lain2 bekalan akan menyusul seperti susu khas dan sebagainya!

3.Nasihat aku kalau la dapat memo dari pihak doktor yang menerangkan pesakit layak menerima alatan2 tersebut jangan simpan memo tu bawalah ia ke pejabat perkeso Inshallah kami bagi alatan tu dengan percuma...bah kan ianya diberi secara berkala lagi...tak tahu takpa pi la tanya2 kat pejabat perkeso depa akan terangkan jangan risau..tanya la depa tu..itu hak kita!

kanser tulang tahap 4 kampung shari simpang renggam@skuad pantas perkeso cari dan bantu!


1.Salam Geng hope semua sihat belaka,hari ni ada satu kes viral melibatkan seorang suri rumah yang mengidap kanser tulang tahap 4..tup tup masuk plak ke group whasap skuad pantas perkeso maka berkebetulan aku berada di lokasi yang berhampiran dengan kes viral ini maka pergila siasat betul ke tidak viral itu....tak susah cari rumah beliau sebab aku dah biasa jalan2 kawasan ni..Allahuakbar tabahla wahai saudari semoga saudari sembuh seperti sedia kala..besar ujian hidupnya..anak2 masih kecil kuatkan semangat saudari..aku sampai rumahnya di depan sebuat tahfiz terletak di lorong warisan jalan masjid lama kampung shari simpang renggam Johor..semasa aku pergi umahnya ramai kawan2 nya datang menziarah..beliau aku tengok letih lesu dan tak bermaya..sakit tuu Allahuakbar..terbaring aje..rehatla..

2.Dari info skuad pantas perkeso johor jelas viral kes ni ada benarnya dan setelah semakan dibuat beliau layak untuk memohon pencen ilat perkeso..semasa aku sampai ke rumahnya di sambut ibu mertuanya..telah aku terangkan panjang lebar dan memberi nasihat agar segera membuat tuntutan pencen Ilat dengan pihak perkeso..InshaAllah kami akan jaga pencarum kami..kami akan bela pencarum kami!Itu amanah dipertanggungjawabkan pada kami!buat puan Azura binti Shafee kuatkan semangat puan!!!

3.Untuk kes sebegini prosedurnya tetap sama perlu membuat permohonan dengan mengisi borang tuntutan pencen Ilat..isi borang..dan seperti biasa perlu di lampirkan dengan Laporan Perubatan..Inshallah kes ini akan di rujuk ke Jemaah Doktor pada kadar segera setelah kesemua dokumen yang diperlukan telah disediakan, jom kawan2 kita doakan agar beliau diberi kesihatan dan ketabahan untuk melawan sakitnya.

Rabu, 14 Disember 2016

Hahaha kena block...takpa la :)



1.Salam geng hahaha lama aku bercuti kali ni hahaha blog pun dah lama tak update,banyak soalan dari kawan2 yang belum sempat jawab..Inshallah akan aku jawab sikit demi sikit hahaha banyak sangat geng soalan..takpa banyak soalan lagi aku suka nak jawab sebab itu lubuk pahala buat aku..cuti biasala geng time2 cuti sekolah macam ni lah boleh cuti puas2 dengan anak2 hahaha tu pasal tahun ni cuti sekolah aku cuti puas2 hahaha..bab cuti nanti aku update kemudian kikiki.
2.Balik dari cuti hajat dan niat hati nak buka la laman blog aku ni kat opis aku kat perkeso..konon2 nya dah lama tak update tak tengok komen2 dan pertanyaan kawan2 namun apa boleh buat pihak perkeso pun dah pandai berkira dengan blog aku bahahahaha..dulu aku boleh buka blog aku kat opis perkeso la ni depa pi BLOCK blog aku hahaha tahniahla perkeso hangpa block blog aku hahaha maknanya kalau pi opis perkeso aku nak buka blog guna PC aku guna internet depa dah tak boleh dah kawan2 takpa la aku leh aje update guna P1 aku ni takpa la habis DATA kita diam la selagi ada kita guna la apa nak buat..selamanya ni pun aku update guna P1 ni aje la..habis data diamla hahaha..adoiii nak buka blog kat opis dah tak lehhhh huwaaaaaaaaaaaa..blog lain boleh plak dibuka kat opis aku sob sob sob huwaaaaaaaaa

Rabu, 30 November 2016

bulan kualiti dan inovasi Perkeso peringkat Perkeso Kluang 2016

1.Hehehe hari ni diadakan majlis sambutan bulan kualiti dan inovasi Perkeso peringkat pejabat Perkeso bagi daerah Kluang kikiki macam biasala tiap2 tahun ada buat majlis ni..dimulakan dengan bacaan perutusan Dato Ketua Eksekutif Perkeso bla bla bla pastu lafaz ikrar bla bla bla hahaha..bahawasanya kami bla bla bla hahaha..majlis sebegini menambahkan lagi semangat kami untuk membantu pencarum2 kami hahaha..tambah2 lagi bila pencarum kami dilanda musibah kemalangan hehehe..lani dah tak ada kes2 yang lewat di proses geng..sekarangs emua kes tuntutan/claim socsoi laju aje dapat KECUALI jika kes2 itu bermasalah seperti tidak lengkap dokumen dan penuntut sendiri yang sukar memberi kerjasama haha yang tu tak leh buat apa la..
2.Hari ni jugak sambil2 buat sambutan bulan kualiti dan inovasi ada jugak dibuat acara sisipan, hahahaha sambutan hari lahir staf2 Perkeso Kluang kikiki amacam hari ni dapat makan cake free geng hehehe ..sedap woooo kikiki..bos yang belanja thanks bos kikiki secret recipe woooo..benda2 macam ni mampu mengeratan hubungan sesama staff haha makan free mau tak rapat hahahaha..

3.Yo..minggu depan aku balik kampung hahaha..balik kelantan geng 1 minggu so kalau balik kampung maka tak de la aku nak jenguk blog ni selama seminggu hahahaha..selamat bercuti la buat kawan2 yang turut saa bercuti sempena cuti sekolah ni hahaha

Ahad, 27 November 2016

kamunting beach resort melaka

1.Hari jumaat lalu aku ke kamunting beach resort melaka..geng2 tempat kerja wife buat fmly day so mau tak mau kena join gak la hehehe..kawasan tu tak asing sangat sebab leh kata tiap2 bulan aku turun ke melaka..ala 2 jam perjalanan aje da sampai..tak la jauh..duk bermalam kat resort ni ok la..boleh la untuk penginapan bajet..untuk tidoq no hal la..pantai tak jauh dari resot depan aje..time aku pi ombak leh tahan tapi leh la mandi..lagi pun kat pantai ni leh la buat apa2 aktiviti sebab kawasannya luas jugakla..
2.Kikiki time pi orang tak ramai lagi sebab cuti sekolah baru nak mula..so sempatla merasa naik banana bot ulang ulang kali hahaha..wokeyyy wooo kakakaka naik dengan anak2 leh hilang stress wooo kikikiki..ni kalau jatuh time macm ni cedera socso tak cover ni bahahaha
dan dikala kakaknya naik banana bot berulang kali..si adiknya berpasir pasir hinga ke kepala hahahaha

Rabu, 23 November 2016

Duty hari ni@claim socso/perkeso

Hahaha hari ni bertugas kat opis aje geng kikiki bila duty kat opis maka tak leh kuar mana-mana leee kikiki..sepanjang hari duty jumpa sesiapa saja yang nak jumpa aku le kikiki yang tak nak jumpa takpa la alhamdulilah leh buat kerja2 lain bahahahaha..hangpa kalau pi opis perkeso/socso dan ada masalah yang nak tanya yang tak boleh diselesaikan di kaunter hadapan mai jumpa pegawai bertugas mcm ni lah (maksud aku pegawai bertugas di setiap pejabat lah bahaha)..hahaha Inshallah depa yang bertugas ni akan sedaya upaya selesaikan masalah dan ketidakfahaman yang kita hadapi kikiki..jangan duk malu2 nak jumpa kalau nak tanya apa2..baik depa ni kakaka..mai la nak sembang2 gak :)

Selasa, 22 November 2016

Gatal seluruh badan kerana mandi di tempat kerja@claim perkeso/socso

1.Hehehe 2 hari lalu aku ke kampung cik wook sri pantai Mersing..macam biasala buat siasatan kes tuntutan/claim perkeso..tapi kes ini lain dari kes2 biasa ..agak rumit sikit sebab punca sakit tak diketahui secar jelas sebab depa ni buat tuntutan kemalangan di tempat kerja hehehe..antara kata depa ni@'dakwaan' dan agakan 'rasa-rasa' pesakit katanya beliau mandi di tempat kerja iaitu di tandas sebuah sekolah menyebabkan kulitnya gatal2..hm hm tapi pelik kalaulah air yang didakwanya tercemar...kompem satu sekolah termasuk guru2 dan murid2 akan alami gatal2 hahaha tapi tak plak guru atau murid2 alami apa yang pakcik ni alami..depa tak dak apa pun..
2.Tapi takpa setiap tuntutan yang dihantar kita akan proses dan siasatan akan dilakukan sehingalah diketahui puncanya..jika benar sebab pencemaran air tersebut menyebabkan pakcik ni alami gatal2 teruk diseluruh badan maka sudah tentu bayaran akan dibuat..namun sebaliknya jika tidak kerana air tercemar maknanya ada la sebab lain hehehe maka takde la bayaran dibuat sebab lain tu bukan sebab kerja atau kena di tempat kerja dengan kata lain tiada berlakunya kemalangan di tempat kerja..susah jugak nak siasat ni sebab ia libatkan banyak pihak ni termasuk agensi2 lain lagipun tak dak saksi dan agak tak munasabah juga kalau sekali fikir...kalau air benar2 tercemar takkan depa nak lepaskan air tu untuk kegunaan di sekolah?kalau air tercemar kompem sekolah tutup hahaha...takpa takpa untuk berlaku adil kes2 sebegini perlu kepada medical report kita tengok apa puncanya jeng jeng jeng :)

IFDM 2016@perkeso tuan rumah

Ayuhhhh Sedang berlangsung sekarang!!!