Rabu, 19 Jun 2013

nasi lada goreng kampung


1.Sakit perut sangat beb hari ni..entah macam mana hari ni aku sarapan pagi makan hidangan " Nasi Lada goreng kampung" hangpa mesti tak pernah makan kan kan hahaha..ini resepi baru hangpa leh cuba.. dijamin hangpa  tidak akan dikecewakan untuk merasai kenikmatan dan menghayati apa itu maksud kepedasan hahaha dah macam tahap leh keluar api dari mulut macam raksaksa wooo..


2.Sebenarnya makan sini best2..tapi semenjak dua menjak ni entah macam mana MUNGKIN pemilik gerai makan ni ada tanam dan mempunyai ladang lada ber ekar ekar maka lahirlah murah hati dan amat pemurahnya beliau telah mendermakan lada-lada yang ditanam diladangnya itu ke dalam nasi goreng kampung yang aku order  wakakakaka maka terjadilah situasi tsunami lada.. lada hampir banyak dengan nasi nya...pehhhhh dapat dilihat dengan jelas betapa indahnya kehijauan lada yang berkelip kelip disebalik nasi maka eloklah dipanggil Nasi Lada Goreng kampung dek kerana gerombolan gerombolan lada hijau yang banyak lagi segar telah menopoli segenap ceruk alam pinggan dan secara tidak langsung menewaskan gerombolan nasi tadi  lantas  ianya secara tidak langsung menzahirkan satu penemuan menu baru yang amat hebat dari segi rasanya dan amat wajar sekali dinamakan menu tersebut sebagai Nasi Lada goreng Kampung hahaha.. tapi awas menu ini berupaya membuat hangpa bersedih dengan relanya ..tak cool laki2 nangis depan rezeki kakakaka..berair air mata baru habis makan hahahaha..


3.Ok lah..pagi tadi bab pedas2..balik opis petang de plak bubur kacang+durian pehhhhhh inikali lah nak hilangkan rasa pedas yang masih tersisa dan melekat lekat kat bibir wakakakakakakaka macam tau tau aku kepedasan hari ni..kena bubur kacang+durian pehhhhh setel masalah pedas hohoho..


Isnin, 17 Jun 2013

siasat kes kemalangan@kampung gajah


1.Hari ke kampung gajah kluang hehehe siasat kes kemalangan macam biasala beb..kampung gajah ni tak la besar sangat..tak de pe yang nak di katakan bab kampung ni..macam kampung biasa yang lain cuma yang popular kat kampung gajah ni ada penjara hehehe boleh tahan besar jugakla penjara ni..penjara ni adalah penjara kedua di kluang selepas penjara simpang renggam..


2.Kes kemlangan melibatkan motorsikal adalah kes biasa tiap2 hari aku siasat..hari ni pun sama time nak balik kerja motorsikal yang beliau tunggang dihimpit kereta menyebabkan beliau terjatuh keatas jalan raya..kaki patah tangan pun patah adehhhh la..15 hari terlantar dalam wad beb..leh tahan jugakla kecederaannya..


3.Hari ni aku siasat 3 kes ajelah..cuaca panas beb..jerebu lagi tuuu penat tak yah cakap..3 kes pun dah bergetar tangan aku tulis stetment wooo..


4.Dek cuaca panas..rehat kejap pekena cendol best jugak beb..tak kirala ape jenis cendol asalkan leh sejukkan badan hahahahaha..tapi cendol berbatu batu ni kompem labat nak habis wakakakaka..



Ahad, 16 Jun 2013

Pertandingan Myview PERKESO 2013..jom sertai..hadiah lumayan!!!!

1.Ayuh kawan2 jom ramai2 sertainya..mana tahu kot2 leh menang $$$$ hehehe..



untuk muat turun borang dan maklumat lebih lanjut boleh ke laman web perkeso di.. www.perkeso.gov.my..ok geng aku tidoq dulu ehehe :) er er sebab perandingan ni aku tk leh masuk coz atas sebab staff adehhhh

Thanks Sinar Harian

1.Thanks Akhbar Sinar Harian..lawatan aku n my bos ke rumah waris mangsa ragut dan meninggal dunia.. mendiang tar bee lin juga di siarkan di akhbar tersebut :)
lain kali kita berurusan lagi ye :)


Sabtu, 15 Jun 2013

Hari minggu sepenuh masa untuk 3 Humaira!!!


1.Hari minggu macam biasala sepenuh masa bersama 3 Humaira..walaupun depa 3 beradik ni lasak tapi masih dalam keadaan terkawal lagi la hahaha..leh la buat terapi otak aku yang serabut time2 kerja..hari minggu jugaklah peluang kami untuk sarapan pagi bersama..yang bestnyer 3 Humaira ni punyer citarasa sama dengan aku hahaha nasi lemak tak pun mee soto..hahaha anak bapak gamaknyerrr..


hehehe..best nasi lemak kat sini..

 ketika 2 Humaira sedang menjamu selera..1 Humaira telah pun tertewas dibahu bapanya hohoho..


2. Hari ni sempat jugak ronda rumah baru aku kat Impian Casa tu hah..Alhamdulilah dah siap jugak rumah sementara aku ni hehehe, rumah sementara sebab bila balik kampung aku kompem jual rumah ni..dah pun dipasang grill..elektrik dah..Air dah..tunggu aku je nak masuk bila tak tahu lagi..hm hm..



Jumaat, 14 Jun 2013

jumaat@opis


1.Hari jumaat macam biasala setiap pagi de tazkirah kat opis aku..de la dalam setengah jam..kira ok la tu..lagi pun hari jumaat kalau tak de kes urgent biasanya aku tak keluar siasat kes..lainla kalau de kes urgent baru kena keluar..hari jumaat biasa aku in day kat opis aje tunggu rakyat jelata datang hehehe..


2.Lepas tazkirah pagi..de rezeki atas meja hahahaha..ubi kayu rebus geng...panas2.sedap wa cakap lu...mana nak cari kat opis lain???mana de hahahaha kat opis aku jugak yang de ubi kayu macam ni..best wooooo..


3.Hari ni sembahyang jumaat macam biasa kat masjid haji manan hehehe..sebelum masuk masjid bantai pisang FREE dulu hahaha..tiap2 kali jumaat de aje makan FREE tak kirala pisang ke atau mana2 buah buahan..depa sedekah kat jemaah masjid beb..pe salah kita habiskan sama sama kan kan..


hehehe pisang FREE