Jumaat, 30 November 2012

hujan lebat sikit kluang terus banjir kilat..ada yang tak kena dengan sistem perparitan!

1.Semalam dalam jam 4 petang hujan lebat tak henti-henti dalam 2 jam jugakla..masa tu aku kat dalam pejabat lagi sib baik tak keluar mana2 masa tu...depan pejabat air dah melimpah...hm hm sistem perparitan tak betul aku rasa..

2.Aku ingat tak dak apa2 la..tapi bila nak balik hm hm separuh jalan nak balik umah aku dah tengelam aiyaaaaa terkandas setengah jam jugak beb nak tunggu air surut...ini bukan kali pertama dan aku yakin ini bukan kali terakhir jika tiada langkah langkah yang lebih konkrit diamnbil oleh pihak berkuasa untuk mengatasinya..salah satu sebab utama adalah sistem perparitan yang cukup2 lemah di kawasan ini..adehhh penat macam ni hujan sikit terus banjir kilat!
3.gambar yang aku muat kat sini dirakam semalam beb..bukan gambar2 lama...wakil2 rakyat yang berkaitan hangpa jangan duk selimut dikala masa hujan tolong2 jenguk apa yang patut!!!!ya hujan tetap hujan hangpa kena cari jalan nak perderaskan air tu mengalir beb bukannya time hujan hangpa lena diulit INTAN..tak lama lagu nak PRU13..hangpa lena maka hangpa akan lena buat selamanya hehehehe nak kekal kerusi sory la beb..



hilang pendengaran akibat kerja ditempat bising leh claim perkeso


1.Hari ni aku selesai siasat 3 kes berkaitan tuntutan penyakit khidmat..ketiga-tiga kes penyakit khidmat yang aku siasat hari ni berkaitan masalah hilang pendengaran latau dengan kata lain leh kata pekak lah dengan kata mudahnya..dalam ketiga-tiga kes yang aku siasat tu ada yang pekak sebelah telinga dan ada yang pekak badak terus hehehe kedua-dua dah tak dengar apa dah..nak cakap dengan depa ni macam nak pecah peti suara aku..pehhh cabaran cabaran hahahaha ...hehehe pakai kasut keselamatan dulu sebelum masuk kilang mcm aku ni hah hahahaha..

2.Nak tahu apa punca depa bertiga ni mengalami masalah hilang pendengaraN???hm hm punca utama sudah tentulah suasa tempat depa ni kerja..suasana tempat kerja ni langsung tak membahagiakan hahaha (tak bahagia bab bising je lah huhuhu) dalam sebuah kilang sawit yang begitu bising. dengan bunyi mesin serta jentera ditambah dengan engine kilang pehhh.. sememangnya amat memeritkan dan membosankan.hm hm mengalahkan lapangan terbang bekali tahap kebisingannya..aku masuk kilang ni sekajap je mcm nak pecah telinga...masuk kilang kejap bila keluar kilang telinga aku dah tak dengar apa sekejap hahahaha..tahap kebisingan di tempat depa ni bekerja mencapai 103 disebel dan lebih..boleh tahan la bisingnya ,cikgu aku dulu pun bising jugak hahaha tapi tak la bising macam kilang ni.walaunpun cikgu aku dulu pot pet pot pet jugak huhuhu.Apa yang amat menyedihkan walau pun dah tahu kilang dan suasana kerja sini bising namun   alat pelindungan telinga yang dorang ni pakai amat tak menjamin bahkan boleh dikatakan tak berguna langsung serta gagal berfungsi dengan baik..sepatutnya depa pakai "ear plug" yang lebih berkualiti..bukan 'ear plug yang biasa sebegini untuk tahap kebisingan yang melampau..ear plug yang berkualiti rendah tak mampu untuk menghalang kesan kebisingan yang melampau, apatah lagi ianya berterusan..berbelas tahun bahkan berpuluh tahun kerja di tempat sebegini..

3.Akibatnya mereka betiga telah pekak buat selama lamanya..yaaa pekak atau hilang pendengaran disebabkan kerja di tempat bising boleh claim atau buat tuntutan dengan pihak perkeso melalui tuntutan penyakit khidmat..namun wang ringgit bukan segalanya beb..hilang pendengaran ni bermakna hilang satu deria yang cukup bermakna dalam hidup!leh lata hilang nikmat hidup jugakla..

4.Berkaitan tuntutan penyakit khidmat dan cara-cara hendak buat tuntutan penyakit khidmat yang berkaitan pekak atau hilang pendengaran telah aku catatkan dalam blog aku ni..pandai-panndai hangpala cari sendiri..semua dah aku tunjuk dengan lengkap sekali..carila kat sini mesti jumpa.

Selasa, 27 November 2012

Ops kesan perkeso@kluang 2012 hari terakhir

1.Hari ni hari terakhir ops kesan 2012 bagi pejabat aku hehehe..lepas ni aku boleh tumpukan perhatian khusus 100% untuk kerja aku plak hehehe biasala kerja bab penyiasatan plak..pehhh penat berjalan kaki  hari ni beb..macam nak tercabut kaki..hari terakhir ops kesan perkeso 2012 ni kami bantai premis2 perniagaan kat Kluang Mall plak hahahaha banyak tuuuu ambil masa dari kul 10.00 pagi sampai 4 petang baru habis satu bangunan ni huh...banyak kedai sungguh..tapi kedai melayu adehhhhh tak sampai 10 kot hm hm..


2.Setelah dilancarkan 1 November 2012 yang lalu ops kesan perkeso 2012 bagi pejabat aku boleh dikira berjaya mencapai sasaran..banyak juga majikan yang berjaya dikesan dan banyak juga telah diambil tindakan..dan banyak juga yang telah menyerah diri secara sukarela..Alhamdulilah yang menyerah diri hangpa selamat hahahaha..yang tak menyerah diri kompaun dalam tangan beb..sebab hangpa degil dan zalim pada pekerja!

3.Operasi mengesan majikan ingkar yang masih gagal mendaftar perusahaan dengan perkeso bukan berhenti disini sahaja..bahkan ia akan diperhebatkan dari semasa ke semasa. .terpulang atas budi bicara Pejabat aku tu la hahaha..yang pasti akan sentiasa ada..dah tu kerja kita orang hehehe. nak buat macam mana lagi.,bukan apa tujuan ops kesan ni bukan nak menghukum pun tapi demi memastikan setiap pekerja dilindungi..nasib pekerja terbela jika berlaku  apa-apa kemalangan yang tidak diingini..hangpa golongan majikan tolongla paham..hangpa dah kaya raya perah tenaga pekerja senang lenang takkan nak lindungi pekerja dengan bayaran caruman yang cukup-cukup kecil pun tak boleh...kalau tak boleh atau hangpa menafikan hak pekerja maka hangpa memang zalim beb...sebut pasal zalim kita jangan contohi kezaliman Israel laknatullah..maka berbaik baikla pada pekerja kita..

4.Hehehe time operasi ni la waktu makan kami tak menentu adehhhh..adakala tak sempat makan beb..adakala makan tengahari pun dah jam 3 petang..huh nak buat macam mana tak cukup masa beb..takpala janji kerja kita settle

5.Harap dengan operasi demi operasi yang dilakukan ini akan membolehkan majikan sedar akan keppentingan membuat caruman dengan pihak perkeso..aku dah tak larat nak nasihat dah..dalam paper dalam tv semua jenis media dah banyak kali citer bab2 wajib mebcarum dengan perkeso ini...degil juga tak dak cara lain la beb kita bincang kat mahkamah la hahahaha...opsss sebut pasal mahkamah baru aje minggu lepas 4 majikan di kluang didakwa atas kesalahan gagal mendaftar perusahan mereka dengan perkeso..so andaikata kita ni majikan cepat la bertindak jangan sampai nak kena masuk maahkamah baru merayu sana merayu sini...nak tarik balik kes wakakakakakak dikala saat itu tiada guna lagi rayu merayu beb


wasalam
hm hm aku nak niaga benda ni la ..mcm best je ni


Sabtu, 24 November 2012

hujung minggu :)

1.Sesekali hilangkan boring kat Kluang Walk tengok konsert sempena Astro fiesta hahahahaha
2.hehehehe malam ahad layan AFF Suzuki Cup plak beb..Malaysia lawan Singapura :) Ingat nak pi stadium tapi tak de selera selepas seri dengan bangladesh huh..dengan bangladesh pun leh seri adehhhh letih macam ni

Jumaat, 23 November 2012

Akhirnya Orang minyak ditangkap..

Alhamdulilah akhirnya tertangkap jua...huh ganas beb..yang paling ganas manusia kejam ni leh pi masuk kuarters jabatan hutan dan rompak samun rogol bunuh...semua kejam belaka berlaku kat kuarters plak tu..lagi elok terus tembak je penjenayah macam ni..


Rabu, 21 November 2012

restoran gulai kawah popular di kluang


1.Hang pa pernah tak makan Nasi Gulai Kawah???rasanya semua biasa makan kan kan tapi bukan semua tempat ada Nasi gulai kawah ni..peh nasi gulai kawah memang best beb..boleh la hang pa try bagi yang tak pernah try tu hehehe..keenakan masakan dan daging gulai kawah ni tak leh citer memang terasa habisss..

2.Aku kalau tak pekena nasi gulai kawah 1 kali dalam seminggu tak sah beb.,bukan kata tahap gaban la hahaha tapi memang nak kena makan.hehehe macam mana pun nak ne pi makan nasi gulai kawah ni..hm hm  tapi tak capai tahap kronik lagi la hahaha..tapi nasib baik kat Kluang ni ada jual nasi gulai kawah ni..pehhhh kat Kluang ni satu satunya nasi gulai kawah yang tersedap dan terkenal adalah terletak di barisan blok L Perumahan Flat Haji Manan tu hah..hm dekat dengan Hotel Ailang tu hah hehehe rumah flat Haji manan tu  tak susah pun nak cari mai Kluang kompem jumpa lah..rumah flat tengah bandar senang cari beb..terletak tak jauh dari stesen keretapi Kluang..nama restoran tu Nasi Gulai kawah & Asam Pedas Haji Ishak hehehehe aku tak tipu beb..gulai kawah kat sini 5 bintang sedap wooooooo..tak menyesal hangpa cuba..aku bukan apa cuma nak kongsi2 keenakan masakan masyarakat kita je ni..


3.Gulai kawah kat tempat lain area johor ni aku tak pernah jumpa lagi..betul2 tak jumpa tapi kat Kluang ni satu daerah kluang dah tau Nasi gulai kawah ni memang sedap..tak payah nak pi belah pantai timur..mai kat Kluang pun dah berbaloi hehehe..betul2 tak mengecewakan beb..

4.Tapi satula..yang tak bestnye lau pi lambat kompem habis hm hm..tapi aku tak pelik habis gulai kawah aku bantai sup tulang..sup tulang pun ade tapi kalau lambat jugak kompem habis hahahaha..sup tulang pun memang kaw kaw beb...sedap jugak!hm hm tapi kalau lambat habis leee..ni pun time aku pi dah nak habis dah..

5.Sebab sedap lah tak heran kul 2.00 petang dah habis hm hm...

Selasa, 20 November 2012

Jalan pintas renggam -bandar tenggara macam kena BOM!


1.Hehehe lama tak masuk sini..sekadar singgah jawap soalan kawan2 adala..tak sempat beb..habis cuti seminggu naik kerja dah macam nak penggsan aku..pehhh banyak kes nak ne siasat..dan bertimbun dah ehhh mampus wa kali ini beb kakakaka..lagipun pun OPS Kesan Perkeso 2012 juga masih berjalan seperti biasa..pasai tu balik kerja penat sangat..so tak dan nak catat pe pun kat sini..yang sebtulnya banyak yang nak dimaklumkan..tunggula bilamana ada sedikit kelapangan nanti ok.

2.Hari ni aku tak join Operasi OPS Kesan sebab aku nyer kes dah banyak perlu disiasat dengan segera..so hari ni aku pi siasat kes kat simpang renggam dan juga bandar tenggara..apa yang aku nak utarakan kat sini pada hari ni bukan berkaitan kes yang aku siasat hari ni tapi aku nak habaq sini kat wakil2 rakyat khususnya Ahli parlimen simpang renggam dan Parlimen sembrong tu hah hehehehe hangpa tolongla..tolongla beb turun tengok jalan PINTASAN DARI RENGGAM NAK PI BANDAR TENGGARA (masuk renggam keluar felda Ulu belitong) peh jalan tu teruk siot..hang tolong ye tengok2 dan buat ape yang patut ye YB..mau mampus aku tadi terjun sana terjun sini..sib baik tak bocor tayaq kereta wa beb...lu orang kompem tak guna jalan tu kan kan kan..biasala kami rakyat je guna hahahaha..

3.Bukan apa jalan tu adalah jalan singkat nak pi bandar tenggara beb..dekat aje kalau guna jalan tu..namun malangnya jalan itu akhir-akhir ini ehem ehem baru tadi aku lalu jadi cerita ni cukup setakat aku lalu tadi kakakakaka mana tahu balik tadi hangpa dah baiki aku tak tahu la kakakaka..tapi kompem hangpa tak baiki lagi punyerrrrr..bila lagi nak baiki beb..pilihanraya dah dekat tuuuu..cuba hangpa pi tengok jalan tu dah MACAM KENA BOM MORTAR DAH EHHHH..ada sesetengah lubang macam dah KENA PELURU MERIAM DAH!

4.Bagi yang naik kereta ok lagi...lori ok lagi..tnaik KERETA KEBAL LAGI OK DAN AFDAL..Tapi kalau  naik motorsikal habislahhhhhh dah banyke kes kemalangan aku setiap kat jalan ni beb...tolongggggla baiki  jalan tu kadar segera..jenuh aku nak siasat kes kemalangan kat sini..beb

wasalam
hm hm sian kat keta aku tadi YB!..balik singgah makan kat cendol bakar stesen keretapi kluang sat hehehe kasi cool yang panas YB hm hm

Khamis, 15 November 2012

buang bayi bila gejala ini akan berakhir???

Hm..dulu riuh rendah pasal statistik buang bayi..dulu setiap kali exam SPM kompem ada bab2 karangan /esei berkenaan gejala sosial dan buang bayi..ni soalan karangan wajib ade !!!tapi kini dah lali bekali dah tak dak statistik dah kot..soalan Exam SPM pun la ni duk main 1 Malaysia memanjang hahahaha :) dulu siap nak adakan bank bayi lagi..yang dah buat pusat kat melaka tu aje..tu pun tak nampak lagi keberkesananya..dalam minggu ni plak pusat Kebahagian wanita dan remaja (KEWAJA) pula di serbu JKM adehhhh JKM ni pun satu hal depa bukannyer nak tolong atau bantu apa yang patut..yang tak kena tolong perbetulkan..aku tengok KEWAJA ni berjaya dalam melaksanaan fungsinya..mengapa setelah sekian lama baru nak serbu??

hm hm apa la nasib KEWAJA selepas ni..harap2 depa dibenar beroperasi macam biasa dan harap sangat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)bantu apa yang patutla..bukan setakat tau nak sita aje..patutnya depa bantu ...hehehe katanya Rakyat didahulukan kan kan kan