Khamis, 28 Disember 2017

Selamat menyambut tahun baru 2018!!!

 
Salam geng..tak lama dah nak masuk tahun baru 2018 tinggal 4 hari lagi dah..banyak jugak la tak capai apa nak nak di capai tahun ni macam tu la tiap2 tahun adehhh..hm banyak jugak soalan dari kawan2 yang dok Tanya kat blog ni tak sempat nak jawab semua..aku cuba geng jawab satu satu..tapi tu la ambik masa sikit geng sebab banyak sangat yang dok tanya..tapi tak pa aku suka hangpa dok tanya macam2 Inshallah akan cuba dijawab..tapi ambik masa sikit geng..bukan sikit banyak nak kena jawab hahaha..
 

Ahad, 24 Disember 2017

terharu terima tunggakkan pencen penakat perkeso berjumlah RM159 ribu

1.Seorang Isteri langsung tidak menyangka rupanya caruman Perkeso yang dibuat oleh majikan arwah suaminya menyebabkan beliau layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kematian suaminya..itu pun beliau hanya menyedari boleh dan layak membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kira kira 9 tahun selepas kematian suaminya..kisah sebegini mungkin ada lagi dan lagi ini kerana walau pun pelbagai kempen penerangan,taklimat dan hebahan yang dilakukan pihak Perkeso saban tahun,namun masih belum benar2 mampu untuk 'sampai' ke segenap lapisan masyarakat..pelbagai program Perkeso turun padang melalui program seranta dan program Perkeso bersama pemimpin dan masyarakat setempat masih belum betul2 nampakkan impak ke segenap lapisan masyarakat bawahan..atau mungkin yang hadir pada sesi ceramah penerangan hanya mendengar disitu serta hanguk2 jeling2 makan2 dan balik dan tidak menyebarkan pada kawan2 ahli masyrakat yang lain..Ahhh ini hanya perpepsi dalam fikiran aku saja hahaha...namun inilah cabaran serta hakikat yang sentiasa dihadapi untuk menyedarkan masyarakat tentang hak2 mereka apabila mencarum dengan Perkeso..
2.Berbalik pada Isteri kematian suami tadi..beliau yang tinggal di salah sebuah kampong di Kahang Kluang telah kematian suami sejak tahun 2008, suaminya meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan ianya tiada kaitan dengan kerja sebenarnya..maka sangkaan beliau kalau suami meninggal disebabkan tidak bekerja atau bekerja sendiri tidak boleh dan tidak layak untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, lantas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan selepas kematian suaminya..masa itu beliau hidup susah dan dibantu adik beradiknya yang lain kerana beliau tidak bekerja bergantung sepenuhnya pada Suami dan mempunyai 2 anak yang masih kecil dan belajar darjah 5 dan 2..kematian suami tahkala anak masih kecil besar dugaan dan cabaranya..
3.Namun satu hari beliau terbaca di ruangan facebook yang mengatakan kematian suami atas apa sahaja sebab boleh dibuat tuntutand engan pihak Perkeso sekiranya layak dari segi kelayakan umur dan juga layak dari segi kelayakan caruman..bertitik tolak dari maklumat itulah beliau cuba bertanya rakan sekampungnya yang juga telah membuat tuntgutan Pencen Penakat Perkeso juga atas kematian suami, bertindak atas maklumat itu beliau memberanikan diri untuk hadir ke pejabat Perkeso kluang untuk membuat semakan dikaunter pejabat Perkeso itu pada 10.12.2017 yang lalu alangkah terkejutnya beliau setelah semakan mendapati Arwah suaminya mempunyai bilangan caruman yang mengcukupi untuk membolehkan beliau membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso..beliau pada hari itu terus membuat tuntutan dan pihak Perkeso Kluang telah memproses tuntutan pada hari yang sama dan pada hari yang sama bayaran faedah Pengurusan Mayat berjumlah rm1500 dibayar kepada beliau..
4.Geng..bukan itu sahaja jumlah yang beliau dapat dari Perkeso..faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah rm1500 itu hanya permulaan sahaja..beliau seterusnya layak menerima tunggakkan pencen Penakat arwah suamiunya sejak dari tarikh kematian suaminya 9 tahun lalu dan jumlah tunggakkan Pencen Penakat itu dibayar pada hari ni yang terkumpul lebih Rm159 ribuuuuuuuuuu!!!Alhamdulilah!Beliau juga menerima Pencen bulanan sehingga beliau meninggal dunia..yakni Pencen Penakat berjumlah rm1400 sebulan!Inilah hak beliau yangs epatutnya beliau perolehi sejak 9 tahun yang lalu..geng ayuhhhh ketahuilah hak2 anda sekelian..periksa anak2 suami isteri sahabat handai apakah telah membuat caruman dengan pihak Perkeso?hangpa belum terlambat geng..cepatlah bertindak!!!
5.Sempat bertemu muka dengan beliau di rumah mertuanya semalam..beliau sungguh terharu..dan tidak lekang dari bibirnya mengucap syukur dan berterima kasih pada pihak Perkeso..katanya wang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk pembelajaran anak anaknya..geng salahs atu sebab blog aku ini sentiasa update cerita2 sebegini khususnya hal2 berkaitan Perkeso kerana inilah salah satu perjuangan aku..panjang perjuangan ini harapnya ia mampu membantu ramai orang diluar sana untuk lebih faham tentang faedah yang disediakan Perkeso...hohoho ianya cacatan ikhlas untuk pencari maklumat Perkeso hehe..dan ianya tiada kaitan langsung dengan organisasi atau mewakili organisasi tempat aku bekerja hahaha...

Khamis, 21 Disember 2017

Tarikh Bayaran Pencen Perkeso bagi tahun 2018

1.Salam Geng hehe ramai sangat yang dok bertanya bila jadual/tarikh bayaran masuk/bank in bagi Pencen Perkeso akan keluar untuk  bayaran Pencen Perkeso tahun 2018..nahhh kat sini aku lampirkan tarikh-tarikh bayaran Pencen Perkeso bagi tahun 2018 untuk rujukan tuan2 puan2 pakcik2 abang2 kakak2 yang aku sayangi sekelian ..hehe semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu kalian :)
 
 

Rabu, 20 Disember 2017

Daftarlah dengan Portal Assist Perkeso..hihi Let Me Assist You..

1.Salam geng hope hangpa semua sihat macam biasa hehe..hari ini aku terlibat dalam 'OPS Daftar Portal Assist' Perkeso hehehe 'Let Me Assist You' senang cerita hari ini adalah hari kesemua pegawai Perkeso turun padang ke premis2 majikan yang telah daftar dengan Perkeso namun belum mendaftar dengan Portal Assist dan membuat caruman yang cara lama menggunakan kaunter bank jadinya bila daftar Portal Assist ini maka semua urusan majikan dengan pihak Perkeso boleh dilakukan secara online terutamanya melibatkan bayaran caruman, bayaran fclb,pendaftaran pekerja dan sebagainya..mudah urusan hanya dihujung jari andaaa hehe dan amat mudah untuk mendaftar sebagai penguna Portal Assist nih, jangan dok risau tak tentu hala jangan dok kata buta IT atau apa2, benda ni tak guna apa2 pengentahun IT yang tinggi hehehe..cukup boleh tahu layar Portal jadilah kikiki..amboiii zaman2 FB ni tak dak yang tak tahu semua dah mahir bebenor dah bab IT nih..semua taukeh2 ada email ehhhh..kan kan
2.Rata2 majikan yang aku lawati hari ni Alhamdulilah memberi kerjasama yang amat baik.hehe depa duk ucap banyak2 tima kasih sebab sanggup pi pejabat depa dah tolong isi borang pendaftaran Portal Assist hehe..geng sebenarnya bukannya susah sangat pun untuk mendaftar sebagai pengguna Portal Assist ni..cukup mudah cuma sebenarnya depa ni tak dak masa nak pi pejabat Perkeso dan sikap depa yang suka tunggu saat saat akhir hahaha penyakit ni memang dah sebati dengan rakyat kita kan kan hahaha..geng mai nak habaq untuk daftar Poral Assist ni hangpa kena isi borang untuk buat Pendaftaran Portal Assist ni..borang nya kalau dah pegawai Perkeso pi kedai2 hangpa memang dia dah bawa siap2 la borang tu hahaha siap  tunggu nak isi kan aje, bahkan tolong bantu lagi hangpa isi tau...alaa borang tu pun kalau isi tak sampai 5 minit dah siap!!!!!!amat mudah aku habaq hang so tak dak alasan benda ni hangpa boleh lewat2 kan pendaftarannya cukup senang!bila dah isi borang maka hangpa tunggulah Perkeso akan hantar email kat hangpa dalam email tu lah akan ada ID dan kata laluan yang nak masuk ke Portal Assist tuh!!!haha lebih kurang FB la ada ID dan katal laluan geng kikikiki..dah dapat ID dan kata laluan maka dah boleh lah guna Portal Assist tu..kan kan senang sangat ehhhh..
3.Geng kalau hangpa tak daftar menggunakan Portal Assist maka hangpa akan ditimpa masalah geng kikiki kalau di timpa angau bercinta tak pa lagi..syok baru..ni kalau ditimpa masalah tak leh buat bayaran caruman ni parah sikit geng hahaha sat lagi jadi tunggakkan caruman lagi parah geng hehehe pastu mula la deman fclb akan menjelma hahaha..sebab apa aku dok kata lagu tuuuu sebabnya bermula Januari tahun 2018 (tahun depan) Perkeso dah tak keluarkan borang pembayaran caruman (Borang 8A) hahaha tak dak Borang 8A nak bayar caruman macam mana???bank pun tak terima bayaran dah geng hahaha..semuanya dilakukan melalui Portal Assist!!!maka nasihat aku segeralah mendaftar dan menjadi pengguna Portal Assist..percayalahhh ia akan memudahkan urusan hangpa kemudian hari!!!semuanya dihujung jariiiiii hehehehe..
4.Kalau hangpa rasa tak dak masa ditambah dengan sedikit rasa 'malas' dan rasa berat nak berkunjung ke mana-mana Pejabat Perkeso terdekat, atau malas nak buka laman web Perkeso untuk muat turun borang pendaftaran Pengguna Portal Assist maka dengan penuh harapan hangpa tunggulah Pegawai Perkeso datang ke  premis/ pejabat/kedai hangpa untuk tolong membantu hangpa dengan membawa borang pendaftaran Portal Assist dan sekali gus membantu hangpa mengisi borang pendaftaran tersebuttttt hehehe bab kata bos2 kami 'Let Me Assist You'  kikiki kami dengan senang hati sepenuh jiwa akan membantu hangpa semua hoyehhhhhhhhh...ayuh daftar sebagai pengguna Portal Assist Perkeso geng!!!!
 Nahhh klik sini kalau2 rajin nak ambik borang pendaftaran Portal Assist Perkeso hehehe
https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf

Ahad, 17 Disember 2017

Skuad Perkeso Prihatin:: Waris kemalangan 5 maut terima bayaran Perkeso

1.Salam geng harap hangpa semua sihat disamping keluarga tersayang..gunalah masa yang ada untuk menyayangi keluarga kalian. Alhamdulilah hari ni sempat berkunjung ke rumah keluarga yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut yang meragut 5 nyawa yang berlaku di km 176 Jalan Johor Bharu-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya Segamat. Kemalangan berlaku pada 12.12.2017 dalam jam 6.11 petang. Berita kemalangan maut ini telah tersebar pada hari yang sama, melalui pelbagai media..salam takziah buat keluarga yang terlibat..kemalangan tersebut mengorbankan pemandu kereta Perodua Viva Muhamad Abu Dujanah bin Dzulkrinain (anak kedua dari 11 beradik) dan Isterinya serta 3 anak pasangan tersebut. Sejujurnya aku dan penduduk Kluang mengenali keluarga ini yang terkenal dengan menjalankan perniagaan kebab..biasa jumpa mereka di pasar malam kawasan Kluang dan juga bazar ramadhan..kebab mereka boleh tahan sedapnya dan satu satunya gerai kebab yang pernah aku jumpa di Kluang setakat hari ini..ingat kebab maka teringatlah pada mereka..
2.Berbalik pada cerita kemalangan tadi, sebaik mendapat maklumat kejadian kemalangan tersebut, team Skuad Perkeso Prihatin negeri Johor segera membuat semakan pada hari kejadian itu juga..untuk makluman team ini sentiasa berhubungan antara satu dengan lain walaupun selepas waktu bekerja!Hasil semakan mendapati Allahyarham Muhamad Abu Dujanah adalah pencarum Perkeso dan semakan mendapati Allahyarham memenuhi syarat umur iaitu belum mencapai umur 60 tahun dan syarat kelayakan bilangan caruman untuk membolehkan kes tersebut di proses dibawah Tuntutan Pencen Penakat. Untuk makluman juga sering aku hebahkan bahawa Pencen Penakat adalah Pencen yang dibayar secara bulanan ekoran kematian atas sebab bukan bencana kerja,maknanya mati atas sebarang sebab sama ada kemalangan atau mati tanpa sebab boleh membuat tuntutan pencen penakat jika memenuhi syarat umur dan syarat bilangan caruman itu tadi!
3.Dalam kes kemalangan maut ini..5 dari mangsa kemalangan tersebut meninggal dunia, Namun Alhamdulilah seorang mangsa iaitu anak kepada pasangan ini yang berumur 3 tahun masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu..Doa banyak2 semoga anak ini diberi kekuatan dan kembali sihat!!!Anak ini Inshaallah akan dijaga kebajikannya oleh pihak Perkeso dimana melalui faedah Pencen Penakat, anak ini akan memperoleh haknya iaitu Pencen Penakat yang dibayar secara bulanan dari kematian bapanya yang akan dimasukkan ke dalam akaun penjaganya iaitu atoknya(bapa Muhamad Abu Dujanah)Encik Dzulkrinain bin Yusoh..bayaran pencen Penakat ini akan dibayar sehingga anak ini berumur 21 tahun atau sehingga pengajian Ijazah Sarjana muda..anak ini jika Berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Inshallah boleh mohon pinjaman pelajaran dengan pihak Perkeso.
4. Ya tuan tuan..wang bukan segala-segalanya ia tidak akan mampu untuk mengantikan kesedihan apatah lagi kehilangan orang tersayang..namun hidup perlu diteruskan..lawatan ke rumah Keluarga Allahyarham di kampong Mengkibol Kluang ini adalah kali kedua..kali pertama semasa 14.12.2017 yang lalu dimana team Skuad Perkeso Prihatin Kluang ke rumah mereka untuk mendapatkan dokumen2 untuk melengkapkan tuntutan Pencen Penakat, dan ianya diselesaikan hari yang sama!! dan hari ini lawatan kali kedua untuk menyampaikan cek faedah Pengurusan mayat (FPM) kepada warisnya...FPM dibayar sekali sahaja iaitu RM2000, dan ia bakal disusuli kemudianya dengan pencen Penakat secara bulanan akan dibayar..seperti yang aku nyatakan tadi sehingga anak Allahyarham berumur 21 tahun.
 
5.Tuan-tuan..kemalangan ini bukan berlaku semasa bekerja atau semasa perjalanan hendak pergi kerja atau balik kerja! Kemalangan ini berlaku tiada kaitan langsung dengan kerja..Namun ketahuilah tuan2 Perkeso menyediakan satu faedah untuk kematian sebegini melalui tuntutan Pencen Penakat..syarat2nya seperti yang aku dok bagitahu tadi..namun pokoknya/yang pentingnya mencarum lah dengan pihak Perkeso kerana disitulah akan terbelanya keluarga kita jika berlaku perkara tidak diingi sebegini..wahai majikan carumlah pekerja hangpa dengan Perkeso..tak banyak tuan2..tak faham maka rajin rajinla berhubungan dengan pihak Perkeso..jangan risau depa baik2 belaka..tuan2 Tanya Tanya la khabar anak2 kita saudara mara kita yang bekerja tu pastikan depa mencarum dengan Perkeso..dengarlah nasihat yang tak berbayar ikhlas dari aku ni..banyak dah aku dok lihat kes2 sebegini..Kalau majikan hangpa tak nak jugak mencarum ayuh secara diam2 buat aduan ke pejabat Perkeso terdekat, Jangan risau kita tahu dan cukup tahu dan amat suka mengambil tindakan kepada majikan zalim sebegini..

Jumaat, 15 Disember 2017

jangan sesekali mengunakan sijil cuti sakit palsu untuk claim Perkeso!!!

1.Sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit (MC Palsu) nampaknya kini kian menjadi-jadi..selesai kes sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Perak kini muncul pula sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Melaka seperti mana yang telah dihebahkan oleh pihak PDRM Melaka melalui bahagian siasatan jenayah komersialnya..sudah tentu adanya permintaan tinggi dari pelbagai pihak terhadap Sijil Cuti Sakit Palsu ini, yang menyebabkan Sindiket ini wujud dan menjadi salah satu 'perniagaan'/'perusahaan' yang boleh mengaut keuntungan 'lumayan'..tanpa memerah keringat pun!
2.Para Pelanggan mungkin terdiri dari pelbagai latar belakang..para pekerja disektor swasta mahupun awam,pelajar dan lain2..Namun biasanya cuti sakit golongan pekerja lah yang selalu  memburunya..dengan pelbagai alasan salah satunya untuk menghalalkan percutian mereka tanpa kelulusan dari BOSS mereka..itu satu hal..jawablah dengan BOSS kalian masing2 bila telah kantoi nanti.Jika majikan mengambil tindakan memecat kalian tanpa apa2 caj ok..tapi kalau majikan melaporkan perihal tersebut pada pihak polis maka masaklah kalian..mengunakan sijil cuti skait palsu adalah menjadi kesalahan besar mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun,sebatan dan denda..berat juga hukumannya tidak berbaloi sama sekali untuk kalin terjebak dengan perkara bodoh sebegini!
3.Cuma ingin aku tegaskan dalam membuat tuntutan dengan pihak Perkeso khususnya berkaitan bencana kerja sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya dalam perjalanan pergi atau balik kerja nasihat aku cukup jelas jangan sesekali bertindak bodoh untuk mengunakan Sijil Cuti Sakit Palsu  untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, kelak kalian yang akan menanggung sengsara yang tiada kesudahan,pertamanya sudah tentu pihak Perkeso tidak akan membuat bayaran jika terbukti Sijil Cuti Sakit itu Palsu..sebabnya sebelum meluluskan pembayaran cuti sakit terhadap sesuatu kes pihak Perkeso akan meneliti kesahihan Sijil Cuti sakit tersebut termasuk Hospital/Klinik yang mengeluarkannya,nama doctor yang menandatangi sijil cuti sakit tersebut dan jika menimbulkan keraguan pihak Perkeso adalah biasa merujuk terus ke Hospital/Klinik yang mengeluarkan Sijil Cuti sakit tersebut dan kalau tak memuaskan hati lagi pihak Perkeso akan mohon laporan perubatan pesakit tersebut!maka tiada ruang untuk mereka menipu Perkeso dengan mengunakan sijil Cuti Sakit Palsu ini.
 
4.Namun begitu seandainya berlaku juga 'terlepas' hehehe dan ianya akan berjaya jua dikesan kemudian maka azab la kalian dimana setiap Sijil Sakit Palsu yang dibayar PERLU dibayar balik pada pihak Perkeso..bukan itu sahaja tindakah Mahkamah sememangnya WAJIB menunggu kalian untuk kes2 sebegini..salah satunya melalui sekysen 420 Kanun Keseksaan itu tadi..so jangan bertindak bodoh..jangans esekali hendak menyambung cuti sakit yang telah habis disambung dengan cuti sakit yang Palsu..akibatnya amat buruk!

Selasa, 5 Disember 2017

Suami Isteri Kemalangan balik kerja segera claim Perkeso/Socso@Felda Ulu Dengar

1.Hari ni aku siasat satu kes kemalangan ketika dalam perjalanan balik kerja..maka masuklah aku ke felda ulu dengar sebab yang teribat dalam kemalangan tu tinggal kat sini..mm yang terlibat dalam kemalangan balik kerja ni pula adalah pasangan suami isteri, ya la tempat kerja sama satu kilang lah..so hari2 pi dan balik kerja sama2 si isteri sentiasa membonceng motorsikal yang ditunggang suaminya..nak dijadikan cerita dalam perjalanan balik kerja tu kira2 lebih kurang 8.30 malam ketika depa berdua ni sedang naik motorsikal dalam perjalanan balik kerumah mereka, tiba di simpang jalan maka keluarlah sebuah hilux tanpa toleh kiri dan kanan berdetum langgar pasangan suami isteri ni..melambung jugakla depa berdua ni..sedar2 dah ada kat hospital dekat sebulan jugak masuk wad!
2.Si Isterilah yang mengalami kecederaan teruk patah peha kiri dan kanan..si Suami pun patah jugak..dalam kes macam ni kesian geng2 dua2 terlantar..so kita segera siasat kes ini untuk selesaikan tuntutan/Claim Perkeso/Socso depa ni dengan segera,Inshallah 2-3 hari lagi dapatlah bayaran cuti sakitnya!Thanks juga buat majikan mereka ni cepat jugakla depa lapor kemalangan pada pihak Perkeso..nasihat aku kat majikan2 di luar sana tu..jika pekerja hangpa terlibat dalam kemalangan pergi atau kemalangan semasa balik kerja ayuhhh segeralah buat laporan kemalangan pada pihak Perkeso/Socso..jangan duk tangguh2 geng..dapat aje 4 hari MC/cuti sakit dari Hospital/Klinik segeralah hantar dokumen tuntutan tersebut jangan sesekali tunggu dan tunggu sehingga pekerja sihat baru nak hantar claim!!!itu kejam namanya!tak susah pun nak lapor kemalangan kat Perkeso ni geng..sapa kata susah dia sebenarnya mencipta alas an demi alasan kononya itu susah ini susah!!!tak reti mai baca blog aku dok citer hari2 tak faham lagi pi la mana2 opis Perkeso depa ajar sampai faham!!!!dan khidmat itu adalah sentiasa PERCUMA sampai bila bila!!!
3.Kejam kepada pekerja hangpa lahhhh kalau tunggu sehingga pekerja sihat baru nak claim kan Perkeso untuknya..dah la tu ada juga majikan nyer suruh plak pekerja yang kemalangan itu pi ambil borang tuntutan kat Perkeso dan isi borang sendiri tinggalnya majikan sign/tanda tangan sahaja oiiii oiii INI TIDAK BOLEH adalahs alah sama sekali!!!majikan yang kena buat semua tu!!!!apa guna ada Jabatan Sumber Manusia (HR) kalau depa tak boleh buat benda ni???...Geng yang terlibat dalam kemalangan ini sudah tentu cedera patah sana dan patah sini..depa perlu makan dan minum juga depa perlu menyara keluarga ada anak..depa juga nak bayar bil itu dan ini rumah kereta bla bla bla..maka cepatlah buat laporan kemalangan kat Perkeso dan hantarlah borang 34 bersama sama mc/cuti sakit,peta lakar arah perjalanan pekerja dari kilang ke rumah,laporan polis,slip gaji 6 bulan sebelum kemaalngan dan rekod kedatangan kerja bulan kemalangan Inshaallah Perkeso akan bertindak segera memproses tuntutan itu ,la ni cepat geng!!!ingat pesan aku tuuuu jangan tunggu pekerja sihat baru terhegeh hegeh nak buat claim dengan Perkeso..jangan tunggu berbulan bulan..dapat aje 4 hari MC terus hantarrrrrr..hehehe panjang sikit berleter malam ni kah kah kah..sesekali geng kikikiki

Isnin, 4 Disember 2017

Kemalangan Maut dalam perjalanan balik kerja dan claim dengan Perkeso

1.Sibuk sikit geng, adehh banyak yang nak citer kat hangpa semua ni tapi tak sempat geng..maklumlah dah hujung2 tahun ni makin banyak kes plak geng hehe apa nak buat kerja sokmo tanpa henti itu adalah Amanah..Ohhh ya geng minggu lepas sempat aku pi siasat satu kes kemalangan maut ketika dalam perjalanan balik kerja..kes ni aku dapat tahu pun melalui liputan pihak media..so tanpa menunggu maklumat dari pihak majikan esoknya aku pi dengan muka selambanya ke syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja..sebab dah tahu dari media jadi tak payahla tunggu2 majikan hantar borang 34. hehe aku pi sana dan tolong depa isi sekali borang 34 tu. Untuk makluman hangpa semua , la ni semua kes tuntutan/claim dengan pihak Perkeso menggunakan satu  borang sahaja iaitu borang 34! Isi borang ini tak susah amat senang sekali geng!
2.So masa aku pi syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja,Alhamdulilah majikan melayan dengan baik so aku tolong depa isi borang 34 tersebut dan ambil semua dokumen yang diperlukan masa tu jugak..seperti slip gaji enam bulan sebelum bulan kemalangan,salinan puch card bulan kemalangan,salinan ic pekerja..so selesai dalam tengahari jugakla kat tempat majikan ni..selesai tempat majikan aku pi plak ke rumah keluarga pekerja ni di kampong tengah renggam..Alhamdulilah lepas jumpa keluarga aku tolong depa isi apa yang patut dan terangkan apa yang patut termasuk ambil salinan ic ibu dan bapanya,salinan surat mati arwah,salinan buku bank bapa arwah sebab depa nak wang Pencen Faedah Orang tanggungan ini masuk kedalam akaun bank bapanya..ambik salinan ic dan surat beranak adik2 arwah dibawah umur 21 tahun sebab adik2 arwah layak dapat syer pencen faedah orang tanggungan ini juga sebab arwah masih bujang!Alhamdulilah semua urusan selesai hari yang sama dalam satu hari sahaja!!!!haha gembira ku dapat bantu selesaikan apa yang patut cuma dalam satu hari sahaja!!!
3.Esoknya kami ke rumah keluarga ini lagi untuk menyampaikan cek faedah pengurusan mayat! FPM berjumlah rm2000,selepas itu depa kedua ibu bapa arwah anak menerima pencen faedah orang tanggungan (FOT) sepanjang hayat mereka..manakala syer adik2 arwah plaks ampai umur 21 tahun..ooooo ya hang pa tau dak kalau kemlangan jalan raya pergi balik kerja atau semasa bekerja melibatkan kematian Perkeso memproses faedah hangpa dalam bencana kerja dan jika meninggal dunia waris akan mempeoleh Faedah Orang Tanggungan (FOT)..besar pencen ini geng :)

Rabu, 29 November 2017

balik kerja terus pulang ke rumah..jangan melencong..kemalangan susah nanti nak claim Perkeso!

Kemalangan dalam perjalanan balik kerja harapnya tiada lencongan ke mana2 tempat yang tak sepatutnya hangpa pergi..maksud aku kalau dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas kerja maka hangpa pulangla ke rumah terus hehehe..seandainya perjalanan itu dari tempat kerja hendak balik ke rumah, tiba-tiba Isteri atau Ibu kalian call minta beli kek di sebuah kedai yang terletak jauh dan melepasi rumah hangpa..dengan kata lain dah melencong ke arah lain dari rumah kita yang hendak dituju itu, dan jika berlaku kemalangan maka ianya sama sekali bukan dalam liputan Perkeso untuk dibawah skim bencana kerja!ianya cukup jelas!..kesian aku dengan anak muda ini..dalam perjalanan balik kerja ibunya call minta belikan kek di Bandar dan beliau pun menungganglah motorsikalnya menuju ke arah kedai yang dimaksudkan ibunya itu dan melencong jauh dari laluan dari pulang ke rumahnya..jauh melencomg dan nasib tak baik kemalangan..bila kita siasat arah perjalanan jelas melencong jauh dari laluan sebenar pulang ke rumahnya dengan kata lain rumahnya telah dilintasinya untuk ke Bandar..kalau begini tak dapatla buat apa2 sebab memang bukan bencana kerja mengikut Akta Keselamtan Sosial Pekerja 1969..melainkan jika kemalangan itu meragut nyawanya dan beliau cukup dari segi kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun maka layaklah untuk memohon Pencen Penakat.

Selasa, 28 November 2017

7100 Pekerja Hilang Pendengaran disebabkan kerja tahun lalu-JKKP Pehh!!!

1.Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),menyatakan pada tahun lalu iaitu tahun 2016 didapati sebanyak kira-kira 7,100 pekerja telah mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja mereka,jujurnya angka yang diberikan oleh pihak JKKP ini agak membimbangkan apatah lagi trend ini menunjukkan peningkatan kes hilang pendengaran dari tahun ke tahun yang boleh dianggap serius,sebagai contoh tahun 2015  sebanyak 5000 kes hilang pendengaran yang disebabkan kerja..ia jelas menunjukkan peningkatan demi peningkatan..jujurnya tiada satu pun pekerja yang akan mendambakan untuk hilang pendengaran..ia sebenarnya boleh dielakkan dengan mengambil langkah2 yang perlu termasuk memakai alatan perlindungan diri (PPE) seperti ear plug sebagai contoh! Namun jika terjadi juga masalah sebegini apakah langkah seterusnya kalian harus lakukan..adakah hanya berdiam diri sahaja?adakah hanya menjadi rutin pada setiap tahun melalukan pemeriksaan tahap pendengaran tanpa mengambil langkah2 untuk menuntut hak kita dengan pihak Perkeso?atau ada yang masih tidak tahu...
2.Jujurnya banyak kes-kes yang ditemui, yang mengalami masalah hilang pendengaran ini melibatkan pekerja Industri2 membuat botol,logam,tin,kuari,alat ganti kereta dan akhir2 ini kes2 melibatkan kilang memproses minyak kelapa sawit dan juga kilang menghasilkan mosaic..kebanyakkan kes2 hilang pendengaran ini biasanya melibatkan seseorang pekerja yang bekerja di sesuatu kilang yang mengeluarkan/terdedah kepada pencemaran bunyi bising yang berpanjangan untuk tempoh yang agak lama..kes2 hilang pendengaran tidak wujud untuk sehari atau setahun bekerja..adalah biasa untuk tempoh 5-10 tahun atau berbelas tahun barulah kesan-kesan hilang pendengaran ini mula dikesan apabila menjalani ujian rutin keatas pendengaran pekerja dilakukan..dan biasanya untuk sesebuah kilang mereka menyediakan mapping noise untuk menunjukkan kawasan2 yang berisiko terdedah kepada pencemaran bunyi yang bising ini!
3.Apa hak-hak kalian semua apabila disahkan hilang pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan???Hehehe seringkali aku nyatakan di blog ini bahawa jika sekiranya kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja maka mohon majikan kalian untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi Borang 34 dimana tuntutan yang wajar dilakukan dengan pihak Perkeso adalah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat!!!Jangan kuatir jangan risau jangan gundah gulana tuntutan Penyakit Khidmat ini tidaklah rumit seperti yang di gambarkan, prosesnya tak susah jangan kalian dengar nasihat-nasihat yang bersifat negatif..cukup senang sahaja untuk dilakukan..langkah pertama macam aku nyatakan tadi, mintalah majikan kalian untuk mengisi borang 34 Perkeso, untuk kes Hilang Pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan maka majikan perlu sertakan bersama mapping noise, keputusan hearing test pekerja terbabit,dan juga mengemukakan laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat (guna laporan perubatan dengan mengunakan format yang disediakan pihak Perkeso)..
4.Apabila kesemua dokumen yang ingin dilampirkan bersama Borang 34 Perkeso telah lengkap sepenuhnya maka hantarlah ke mana-mana pejabat Perkeso yang kalian biasa berurusan..setelah itu tunggulah pihak Perkeso akan memanggil kalian, untuk dirujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) dan pihak JDK lah yang akan menentukan kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan kerja atau sebaliknya, dan jika diputuskan hilang pendengaran disebabkan kerja maka pihak JDK akan putuskan % untuk kecacatan hilang pengengaran tersebut..disini apa yang diputuskan pihak JDK adalah dibawah bidang kuasa mereka tanpa campur tanggan pihak Perkeso.

Sabtu, 25 November 2017

jatuh di tempat kerja segeralah dapatkan rawatan hari yang sama untuk mudahkan claim Perkeso

1.Minggu lepas aku siasat satu kes kemalangan di tempat kerja dan pekerja ni telah pun membuat tuntutan dengan pihak Perkeso/Socso, sebab apa kes beliau yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja perlu di siasat?sebabnya apabila wujud was2 dan keraguan terhadap sesuatu kes, kes tersebut akan terus ke pegawai siasat, maka selepas itu siasatan bermula lah..Namun jika kes betul2 berlaku di tempat kerja dan terus mendapatkan rawatan pada hari yang sama, biasanya ia tidak akan menimbulkan banyak masalah,cukup dokumen yang diminta, pihak Perkeso akan membuat bayaran Inshallah..sekarang proses tuntutan amat cepat!
2.Kemalangan di tempat kerja yang menimbulkan masalah biasanya melibatkan kejadian jatuh di tempat kerja dan lewat mendapatkan rawatan, jatuh di tempat kerja tiada saksi satu hal, tiada pulak cctv satu hal dan lewat mendapatkan rawatan pulak satu hal..ia akan mengundang 1001 persoalan tambah2 lagi jika jatuh itu menyebabkan kecederaan patah anggota badan atau retak!kenapa mengambil masa dalam 2-3 hari untuk kecederaan patah tulang baru hendak dapatkan rawatan??persoalan inilah yang merumitkan tuntutan sebabnya ia menimbulkan banyak keraguan tentang lokasi sebenar kejadian jatuh berlaku..mungkin jatuh di tempat kerja dan mungkin juga jatuh dirumah!!!!keewatan mendapatkan rawatan seringkali menimbulkan banyak masalah dan kecurigaan..hangpa faham2 lah..kes2 tuntutan palsu kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya terbukti ia tuntutan palsu!
3.Nasihat aku mudah sahaja..kalau hangpa jatuh di tempat kerja terus maklumkan pada pihak majikan/pengurusan dan segeralah mendapatkan rawatan pada masa itu juga!usah bertangguh tangguh lagi...dah sakit tunggu buat apa?selepas dapatkan rawatan dan ada sahaja cuti sakit 4 hari terus minta majikan buat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi borang 34 di sertakan MC asal,puch card/rekod kedatangan bulan kemalangan yakni kalau jatuh bulan 11 maka salinan kad kedatangan kerja bulan 11 kena ahantar ke Perkeso,juga lampirkan salinan IC pekerja yang kemalangan di tempat kerja tu bersama sama slip gaji 6 bulan ke belakang sebelum bulan kemalangan!Mudah sahaja pun :)

Khamis, 23 November 2017

Program Perkeso bersama pemimpin Masyarakat@ Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing

1.Alhamdulilah..hari ini 23 November 2017 selesai satu lagi program untuk memberi pendedahan,penerangan,pencerahan dan kesedaran kepada anggota2 masyarakat setempat khususnya anggota2 masyarakat di kampung2 dalam kawasan Parlimen Mersing  berkenaan Perkeso atau Socso dan faedah2 yang disediakan oleh Organisasi tersebut secara keseluruhannya. Alhamdulilah Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat adalah satu wadah untuk kami turun padang menyampaikan maklumat2 berkenaan Perkeso kepada pemimpin masyarakat setempat dan dengan harapan mereka yang diberi taklimat dan penerangan ini akan menyampaikan pula pada ahli masyarakat yang lain, untuk tahun ini bagi daerah Kluang kami adakan program ini di Teluk Gorek Chalet & Camp Site di Teluk Gorek Tanjung Resang Mersing, program penerangan kali ini khas diadakan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang terdiri dari ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing. Berbanyak terima kasih Puan Alwiyah atau aku lebih mesra panggilnya Kak Awi yang sudi menerima baik program kami ini...thanks Puan!
2.Kalau dah dinamakan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga sudah pasti ahli-ahli majlis ini terdiri dari golongan wanita hehe itu sudah pasti..ia sasaran kerana mereka inilah yang sering berdampingan rapat dengan ahli masyarakat khususnya isteri2 dan suri rumah tangga..mereaka berpontensi menjadi penyebar maklumat yang baik!!! Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah diadakan dengan jayanya..Alhamdulilah. Pada aku inilah program Perkeso bersama Pemimpin Masyarakat yang terbaik pernah diadakan..terbaik dari segi penyertaan Ahli2 Pemimpin Masyarakat yang mengambil bahagian, apakan tidak kami yang pada mulanya target hanya 60 orang penyertaan sahaja, namun yang datang alhamdulilah melebihi 76 orang huhuhuhu amat amat teruja mengenangkan kembali betapa meriahnya sambutan yang diberikan, keaktifan mereka serta minat mereka yang begitu mendalam untuk mengentahui faedah faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso membuatkan aku cukup terharu..sepanjang program berlangsung dapat aku perhatikan ia diadakan dalam suasana yang cukup harmoni, yang sangat santai namun 'riuh rendah' dengan pertanyaan yang tidak henti2 dengan pelbagai soalan demi soalan di lontarkan dari ahli Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing ini..ya mereka benar benar dahagakan maklumat dan benar benar ingin mengentahui tentang Perkeso agar dapat disebarkan pada masyarakat setempat khususnya golongan wanita di kawasan parlimen Mersing!!
3.Terkenang aku masa-masa yang lalu..ini masa lalu lahhh..Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat yang terdahulu tidak seberapa meriah pada hari ini kikiki kita ceramah panggil 'orang-orang kuat'  di kampung-kampung...kikiki bila kami jemput mereka yang terdiri dari ketua-ketua kampung..kebanyakkan mereka terlelap dan tertidur apabila ceramah baru masuk minit ke 20 kah kah kah mungkin dek 'factor usia' so cepat mengantuk dibuatnya hehehehe..bukannya berminat untuk mendengar apa yang kami sampaikan hahaha..kadang2 tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa itu..bayangkan anggota kami menyampaikan ceramah didepan..mereka dibelakang sembang pasal projek bla bla bla buat longkang bla bla bla kontrak pembersihan sekolah kah kah kah..kah kah kah itu amat tidak beretika..nescaya depa pulang dengan tangan kosong!!sepatutnya hadir mendengar dengan baik dan balik ke kampong halaman masing-masing sampaikan pula kepada anak2 mukim supaya jika berlaku apa apa kejadian mereka boleh maklumkan hak2 mereka jika anak mukim itu mencarum Perkeso..mereka boleh membantu sampaikan maklumat tentang Perkeso kepada anak2 mukim yang sakit kronik..dan sudah tentu Perkeso akan memberi khidmat yang terbaik untuk anak mukim mereka...namun kalau datang sekadar borak apa yang kamu dapat???Hahaha itu dulu lahhhh..hahaha yaaa itu dulu geng..la ni kalau yang tak minat depa awal2 tak mai dah bahahaha..ya ceramah kami x dak sediakan apa2 elaun..ceramah kami x dak sediakan makanan best2 ..apa yang kami janjkan ceramah kami penuh dengan maklumat2 untuk anak mukim kamu yang sepatutnya mereka harus tahu!!!
4.Terima kasih sekali lagi buat ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing, geng..hangpa telah memberikan 1001 sinar dan harapan bahawa Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat ini adalah salah satu wadah yang berkesan untuk menyebarkan seluas mungkin faedah2 yang disediakan oleh pihak Perkeso kepada ahli2 masyarakat setempat!Anda membuktikan program pencerahan ini menarik dan menghiburkan lebih dari itu ia akan mendorong kalian untuk mengembleng tenaga membantu angota masyarakat yang lain!Tahniah!terima kasih atas perhatian yang diberikan sepanjang program berlangsung..hangpa memang terbaik setakat yang aku jumpa pada hari ini!!!
 

Isnin, 20 November 2017

Program Seranta Perkeso Kluang 2017

1.Salam kawan2 harap hangpa semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, Hari ni 20 November 2017 telah berlangsungnya Program Seranta peringkat pejabat Perkeso Kluang yang telah diadakan di dewan pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang..thanks pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang bagi guna dewan hangpa yang cantik tu hehe..untungla dewan besooo.Program Seranta Perkeso ini sebenarnya diadakan pada saban tahun ianya diadakan khas untuk 'mengumpul' majikan dan mereka2 yang terdiri daripada kakitangan bahagian sumber manusia syarikat dengan kata lain mereka inilah yang terdedah/terlibat secara langsung dan tidak langsung berurusan dengan pihak Perkeso..belit2 ayat lantak hangpa la paham ka dak hahaha..
2.Macam biasa pada kali ini kami menjemput seramai yang boleh  peserta yang terdiri majikan/wakil mereka untuk diberi ceramah serta penerangan bab2 berkaitan Perkeso..ada bab tentangan caruman/majikan dan ada juga bab2 yang berkaitan faedah dan isu2 terkini berkenaan Perkeso ianya la ni banyak sangat pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Perkeso dengan pelbagai faedah baru yang diperkenalkan sampai kadang2 aku pun lupa aku kerja kat Perkeso ka kat pejabat jabatan kebajikan masyarakat banyak sungguh faedah2 yang terbaik yang disediakan oleh pihak Perkeso la ni..hahaha takpa kita belajaq sama-sama Inshallah..sebab itu dalam apa jua program aku lebih suka bercakap tentang faedah/perkara2 yang disediakan oleh pihak Perkeso untuk pencarum mereka dari berbicara bab lain kikiki..haha bab2 bayaran caruman biaq pi lah depa tauke2 yang bayar itu tanggungjawab depa namun bab tuntutan faedah itu kita kena tahu sebab itu hak kita..ada kala kita sebagai majikan namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila pekerja terlibat dalam bencana kerja dan mula lah tanya situ dan sini dan mula lah percaya pada ajaran sesat yang bukan2 dan akhirnya percaya bahawa claim Perkeso itu susah dan maha menyakitkan hati kikiki  hahaha itu ajaran sesat dan maha menyesatkan..itu sebab pelbagai program penerangans eperti program seranta ini dibuat agar majikan dan pekerja peka dan sentiasa update pengentahuan mereka tentang Perkeso.
3.Pelbagai tomahan dan andainya yang diberi kerana percaya pada mereka2 yang tidak mahir dan tidak tahu akan hal2 berkaitan tuntutan Perkeso lantas terikut ikut sudahnya kesian pekerja tauke kata tak boleh claim hahaha padahal benda boleh claim..come on bro kalau tak pandai mai tanya jangan dok buat pekerja macam tu hahaha..ada yang dok tanguh sehari dari sehari lama2 berbulan lamanya dok peram dok tunggu bila nak mai idea nak buat tuntutan untuk pekerja depa..aduhhh aiii..ada juga yang diambil kesempatan oleh ajen2 entah jadah datang dari mana kononya depa boleh membantu pihak majikan untuk membuat tuntutan dengan caj tertentu..oiiii oiii ini semua karut!!!!berurusan terus dengan pihak Perkeso ianya tiada sebarang caj di alam nyata atau tersembunyi hahaha..biaq kami ajar hangpa sampai pandai yang mana gelap kami terangkan benda tak susah jangan dok fikir susah!!!
4.Program seranta ini tak la makan masa yang lama..cukup separuh hari sahaja tapi Inshallah kesannya amat baik dan ternyata banyak membantu pihak majikan dalam menambah ilmu pengentahuan tentang faedah2 dan cara2 tuntutan boleh dilakukan jika terjadi apa2 bencana kerja pada pekerja mereka..jujurnya aku cukup teruja apabila ramai majikan2 yang hadir dengan riak muka yang ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan...ini perkembangan yang amat baik..dulu kalau ceramah ahli politik ramai yang dengar la ni da berubah depa lebih suka dok mai dengar ceramah Perkeso depa lebih percaya untuk dengar berbanding ceramah politik hahahahahahahaha..ia lah kalau asyik politik bosan gak bro..!!!kikiki
 

Khamis, 16 November 2017

Hidupkan Enjin Motorsikal dan jatuh di depan rumah pekerja claim dengan Perkeso/Socso

1.Salam geng..hari ni aku masuk ke ladang Kempas Klebang,ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation Bhd..ladang ini terletak tak jauh dari pekan Paloh kira dekat aje tak jauh hehe..dari pekan Paloh selepas pintu gerbang pekan Paloh hangpa belok kanan maka itulah ladang Kempas Klebang hehehe..pejabatnye nak kena masuk dalam ladangla bukannya ada kat tepi jalan tu hehe jalan tanah merah sikit aje la..pastu bila dah masuk ladangnya jalan dah berturap..kalau aku masuk ke ladang macam biasala sudah pasti la berkait dengan kes2 tuntutan/claim Perkeso hehe..hari2 macam ni lah kerja aku..nak cari sesuap nasi geng :)
2.Biasanya kalau aku masuk ladang untuk kes-kes kemalangan pekerja ladang aku lebih suka berjumpa terus dengan Pembantu Perubatan ladang (HA) hehe sebabnya apa sahaja kes kemalangan yang terjadi di ladang depa akan rujuk dengan pembantu perubatan ladang terlebih dulu dan jika kecederaan teruk barulah dirujuk ke Hospital dan kalau kecederaan hanya luka2 biasa depa akan diberi rawatan di situ aje la..sebabnya dalam setiap ladang ada klinik ladang nya sendiri..jadinya pembantu perubatan ladang lebih tahu apa yang terjadi dan tahap kecederaan pekerja yang terlibat dalam kemalangan tu haha macam tu lah kiranya hahaha..Alhamdulilah setakat ni banyak2 pembantu perubatan ladang yang aku jumpa baik2 belaka..nak dapat maklumat2 dari depa pun senang!
3.Kes hari ni adalah kes kemalangan motorsikal ketika pekerja nak pi bekerja..kerja ladang ni depa ro call(himpunan pagi sebelum masuk kerja) seawal jam 6.30 pagi geng..so akak ni dari kuaters ladang nak pi tempat ro-call tu lah, keluar rumah naik motorsikal dan terus hidupkan enjin motorsikal tanpa sedari motorsikal tersebut dalam keadaan 'bergear' hahaha betul ka dak bahasa aku tu lantak hangpa lah hahaha jadinya bila dalam 'keadaan' telah bergear maka terus jalan dengan laju motor tu kedepan tanpa sempat berbuat apa2 oleh pekerja ni lalu jatuhla beliau dihempap motorsikal pada kaki kirinya hahaha nak dijadikan cerita patah tulang tapak kaki kirinya beb hahaha jangan main2 nampak macam biasa je hahaha..motorsikal kalau dihidupkan dalam gear ni bahaya wooo kalau ada pokok kat depan dengan pokok2 tu boleh disebatnya hahaha..kalau kat depan ada parit mahu melompat masuk parit motor tu beb..
4.Dalam kes sebegini apabila kita keluar sahaja rumah untuk ke tempat kerja walaupun berlaku kemalangan di depan rumah ianya di kira sebagai bencana kerja..sebab kita dah nak pi kerja kan kan hehe dan boleh dibuat tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso!!!Nahhh dalam kes akak ni dia dari rumahnya di kuaters ladang keluar rumah nak pi kerja naik motor hidupkan motor dalam gear terus bergerak laju lalu jatuh ia adalah bencana kerja dan pihak Perkeso akan bayar cuti sakitnya dibawah faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan jika ada cacat kekal maka boleh lah buat tuntutan Hilang upaya Kekal (HUK) pula hehehe..macam mana nak claim socso/Perkeso mudah aje caranya kalau hangpa kerja minta aje majikan isi borang 34  tu..itu tanggungjawab majikan yang kena isi dan lapor pada pihak Perkeso..kalau depa enggan atau tak nak lapor pada Perkeso hangpa boleh terus buat aduan pada mana mana pejabat Perkeso terdekat!!!
 

Rabu, 15 November 2017

Pekak kerana kerja dan claim dengan Perkeso

1.Hari ni masuk ke salah sebuah kilang kelapa sawit kepunyaan felda kikiki FGV dengan tepatnya..masuk ke kilang kelapa sawit bukan bermakna aku nak beli minyak sawit depa oooo tidakk kikiki tidak sama sekali geng haha sebab sini bukan minyak sawit yang siap2 boleh jual ianya masih dalam bentuk mentah lagi depa panggil CPO..hm nak tengok anak dara jauh sekali wakakakaka sebab tak de..kalau ade buleh la juga bahahaha..anak dara mana la nak kerja dalam kilang kelapa sawit kan kan laki2 semuanya kecuali pejabat la hahaha..oi oi oi sesekali melencung jauh kikiki..geng hari ni masuk kilang sawit sebab nak jalankan siasatan seperti biasalah yakni siasatan tuntutan/claim Perkeso/Socso berkaitan kes  hilang pendengaran/pekak/kurang pendengaran/pekak badak dan seumpamanya hahaha..kebanyakkan kes2 kurang pendengaran/pekak/pekak badak dan buat2 pekak adalah tertumpu dibahagian tertentu sahaja dalam kilang kelapa sawit ini mahupun kilang2 sawit yang lain..tak jauh beza antara satu kilang sawit dengan kilang sawit yang lain pehhh masak sangat dah aku main dengan kilang2 sawit ni kikiki..strilizer,press,engine room,water pump adalah tempat/bahagian yang biasa mengeluarkan bunyi yang bising..kadang kala mencapai 98db..bising lah tu!!!..sikit2 ada la di bahagian bengkel tapi tak la sampai pekak badak haha..buat2 pekak tu inshallah ada la..
2.Geng sesungguhnya dah acap kali aku dok terangkan kat sini untuk kes hilang pendengaran/kurang pendengaran/tak dengar sikit sikit disebabkan kerja hari2 yang kita lakukan maka tuntutlah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat,untuk kes hilang pendengaran dan seumpamanya seperti badak yang pekak maka dokumen yang biasa perlu di isi adalah borang 34 Perkeso..borang ni pihak majikan isi jadi hangpa tak yah nak sibut2 isi lah kikiki..bersama sama borang 34 mesti dilampirkan laporan perubatan untuk masalah pendengaran itu tadi so jangan dok gatal2 pi hospital minta laporan perubatan  kerana demam atau laporan perubatan kerana bersunat!!!ia tiada kaitan mesti mohon yang betul2 hahahaha..laporan perubatan untuk pekak dan badak!
3.Selain laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat itu untuk pekak/kurang pendengaran ini mesti juga dilampirkan keputusan Audiometric testing hehehe serta mapping noise atau peta2 menunjukkan tahap2 kebisingan yang ada di kilang itu hehe ini penting sebab kita nak tengok tempat mana pekerja bekerja dan adakah ia terdedah pada kebisingan secara langsung atau tidak hehehe kalau kerja pejabat suasana biasa mana ada enjin kat dalam pejabat kalau pekak itu maknanya tiada kaitan dengan kerja la mungkin telinga masuk air kot kikikiki hahahahahaha..itu tak boleh la claim kikikiki..siap dokumen2 yang diperlukan tu maka hnatarla ke pejabat Perkeso yang hangpa sayangi semua hahaha..
 
4.Dalam kes hari ni pak cik ni memang ada unsur pekak dan badaknya..haha sempat jugakla aku meninjau masuk ke kawasan kerja..memang macam tu la aku suka masuk dan cari punca2 bising tu..apa nak buat da nama kerja..ada orang suka dan ada yang tak suka kah kah kah..ada aku peduli kah kah kah setakat penolong pengurus tak heran gua beb..satu surat saman dari gua lu boleh gugur beb!lahad datu lu pi kelak kah kah kah tapi setakat hari ni kerjasama dari pihak majikan Alhamdulilah amat baik sekali mudah dan cepat selesaikan kerja macam ni kikiki..selepas siasatan selesai hangpa kena tunggu satla nanti Perkeso akan rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) dan Jemaah Doktor Khas inilah yang akan menentukan pekak dan badak yang dialami itu berpunca dari kerja atau factor lain seperti jangkitan virus penyakit dan sebagainya iaitu bukan kerana kerja..factor umur pun leh pekak /kurang ppendengaran juga kan macam bapa aku daaaa hahaha..Namun kalau terbukti pekak itu disebabkan kerja maka pihak JDK akan membuat keputusan dan akan memberi % atas kecacatan pekak itu mengikut kadar pekak tu lah dan barulah pihak Perkeso akan buat bayaran selepas itu hahaha...cukupla untuk malam ni nanti sambung lagi ye hahhaha