Khamis, 23 November 2017

Program Perkeso bersama pemimpin Masyarakat@ Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing

1.Alhamdulilah..hari ini 23 November 2017 selesai satu lagi program untuk memberi pendedahan,penerangan,pencerahan dan kesedaran kepada anggota2 masyarakat setempat khususnya anggota2 masyarakat di kampung2 dalam kawasan Parlimen Mersing  berkenaan Perkeso atau Socso dan faedah2 yang disediakan oleh Organisasi tersebut secara keseluruhannya. Alhamdulilah Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat adalah satu wadah untuk kami turun padang menyampaikan maklumat2 berkenaan Perkeso kepada pemimpin masyarakat setempat dan dengan harapan mereka yang diberi taklimat dan penerangan ini akan menyampaikan pula pada ahli masyarakat yang lain, untuk tahun ini bagi daerah Kluang kami adakan program ini di Teluk Gorek Chalet & Camp Site di Teluk Gorek Tanjung Resang Mersing, program penerangan kali ini khas diadakan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang terdiri dari ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing. Berbanyak terima kasih Puan Alwiyah atau aku lebih mesra panggilnya Kak Awi yang sudi menerima baik program kami ini...thanks Puan!
2.Kalau dah dinamakan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga sudah pasti ahli-ahli majlis ini terdiri dari golongan wanita hehe itu sudah pasti..ia sasaran kerana mereka inilah yang sering berdampingan rapat dengan ahli masyarakat khususnya isteri2 dan suri rumah tangga..mereaka berpontensi menjadi penyebar maklumat yang baik!!! Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah diadakan dengan jayanya..Alhamdulilah. Pada aku inilah program Perkeso bersama Pemimpin Masyarakat yang terbaik pernah diadakan..terbaik dari segi penyertaan Ahli2 Pemimpin Masyarakat yang mengambil bahagian, apakan tidak kami yang pada mulanya target hanya 60 orang penyertaan sahaja, namun yang datang alhamdulilah melebihi 76 orang huhuhuhu amat amat teruja mengenangkan kembali betapa meriahnya sambutan yang diberikan, keaktifan mereka serta minat mereka yang begitu mendalam untuk mengentahui faedah faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso membuatkan aku cukup terharu..sepanjang program berlangsung dapat aku perhatikan ia diadakan dalam suasana yang cukup harmoni, yang sangat santai namun 'riuh rendah' dengan pertanyaan yang tidak henti2 dengan pelbagai soalan demi soalan di lontarkan dari ahli Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing ini..ya mereka benar benar dahagakan maklumat dan benar benar ingin mengentahui tentang Perkeso agar dapat disebarkan pada masyarakat setempat khususnya golongan wanita di kawasan parlimen Mersing!!
3.Terkenang aku masa-masa yang lalu..ini masa lalu lahhh..Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat yang terdahulu tidak seberapa meriah pada hari ini kikiki kita ceramah panggil 'orang-orang kuat'  di kampung-kampung...kikiki bila kami jemput mereka yang terdiri dari ketua-ketua kampung..kebanyakkan mereka terlelap dan tertidur apabila ceramah baru masuk minit ke 20 kah kah kah mungkin dek 'factor usia' so cepat mengantuk dibuatnya hehehehe..bukannya berminat untuk mendengar apa yang kami sampaikan hahaha..kadang2 tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa itu..bayangkan anggota kami menyampaikan ceramah didepan..mereka dibelakang sembang pasal projek bla bla bla buat longkang bla bla bla kontrak pembersihan sekolah kah kah kah..kah kah kah itu amat tidak beretika..nescaya depa pulang dengan tangan kosong!!sepatutnya hadir mendengar dengan baik dan balik ke kampong halaman masing-masing sampaikan pula kepada anak2 mukim supaya jika berlaku apa apa kejadian mereka boleh maklumkan hak2 mereka jika anak mukim itu mencarum Perkeso..mereka boleh membantu sampaikan maklumat tentang Perkeso kepada anak2 mukim yang sakit kronik..dan sudah tentu Perkeso akan memberi khidmat yang terbaik untuk anak mukim mereka...namun kalau datang sekadar borak apa yang kamu dapat???Hahaha itu dulu lahhhh..hahaha yaaa itu dulu geng..la ni kalau yang tak minat depa awal2 tak mai dah bahahaha..ya ceramah kami x dak sediakan apa2 elaun..ceramah kami x dak sediakan makanan best2 ..apa yang kami janjkan ceramah kami penuh dengan maklumat2 untuk anak mukim kamu yang sepatutnya mereka harus tahu!!!
4.Terima kasih sekali lagi buat ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing, geng..hangpa telah memberikan 1001 sinar dan harapan bahawa Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat ini adalah salah satu wadah yang berkesan untuk menyebarkan seluas mungkin faedah2 yang disediakan oleh pihak Perkeso kepada ahli2 masyarakat setempat!Anda membuktikan program pencerahan ini menarik dan menghiburkan lebih dari itu ia akan mendorong kalian untuk mengembleng tenaga membantu angota masyarakat yang lain!Tahniah!terima kasih atas perhatian yang diberikan sepanjang program berlangsung..hangpa memang terbaik setakat yang aku jumpa pada hari ini!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan