1.Minggu lepas aku siasat satu kes kemalangan di tempat kerja dan pekerja ni telah pun membuat tuntutan dengan pihak Perkeso/Socso, sebab apa kes beliau yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja perlu di siasat?sebabnya apabila wujud was2 dan keraguan terhadap sesuatu kes, kes tersebut akan terus ke pegawai siasat, maka selepas itu siasatan bermula lah..Namun jika kes betul2 berlaku di tempat kerja dan terus mendapatkan rawatan pada hari yang sama, biasanya ia tidak akan menimbulkan banyak masalah,cukup dokumen yang diminta, pihak Perkeso akan membuat bayaran Inshallah..sekarang proses tuntutan amat cepat!
2.Kemalangan di tempat kerja yang menimbulkan masalah biasanya melibatkan kejadian jatuh di tempat kerja dan lewat mendapatkan rawatan, jatuh di tempat kerja tiada saksi satu hal, tiada pulak cctv satu hal dan lewat mendapatkan rawatan pulak satu hal..ia akan mengundang 1001 persoalan tambah2 lagi jika jatuh itu menyebabkan kecederaan patah anggota badan atau retak!kenapa mengambil masa dalam 2-3 hari untuk kecederaan patah tulang baru hendak dapatkan rawatan??persoalan inilah yang merumitkan tuntutan sebabnya ia menimbulkan banyak keraguan tentang lokasi sebenar kejadian jatuh berlaku..mungkin jatuh di tempat kerja dan mungkin juga jatuh dirumah!!!!keewatan mendapatkan rawatan seringkali menimbulkan banyak masalah dan kecurigaan..hangpa faham2 lah..kes2 tuntutan palsu kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya terbukti ia tuntutan palsu!
3.Nasihat aku mudah sahaja..kalau hangpa jatuh di tempat kerja terus maklumkan pada pihak majikan/pengurusan dan segeralah mendapatkan rawatan pada masa itu juga!usah bertangguh tangguh lagi...dah sakit tunggu buat apa?selepas dapatkan rawatan dan ada sahaja cuti sakit 4 hari terus minta majikan buat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi borang 34 di sertakan MC asal,puch card/rekod kedatangan bulan kemalangan yakni kalau jatuh bulan 11 maka salinan kad kedatangan kerja bulan 11 kena ahantar ke Perkeso,juga lampirkan salinan IC pekerja yang kemalangan di tempat kerja tu bersama sama slip gaji 6 bulan ke belakang sebelum bulan kemalangan!Mudah sahaja pun :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan