1.Hari ni masuk ke salah sebuah kilang kelapa sawit kepunyaan felda kikiki FGV dengan tepatnya..masuk ke kilang kelapa sawit bukan bermakna aku nak beli minyak sawit depa oooo tidakk kikiki tidak sama sekali geng haha sebab sini bukan minyak sawit yang siap2 boleh jual ianya masih dalam bentuk mentah lagi depa panggil CPO..hm nak tengok anak dara jauh sekali wakakakaka sebab tak de..kalau ade buleh la juga bahahaha..anak dara mana la nak kerja dalam kilang kelapa sawit kan kan laki2 semuanya kecuali pejabat la hahaha..oi oi oi sesekali melencung jauh kikiki..geng hari ni masuk kilang sawit sebab nak jalankan siasatan seperti biasalah yakni siasatan tuntutan/claim Perkeso/Socso berkaitan kes hilang pendengaran/pekak/kurang pendengaran/pekak badak dan seumpamanya hahaha..kebanyakkan kes2 kurang pendengaran/pekak/pekak badak dan buat2 pekak adalah tertumpu dibahagian tertentu sahaja dalam kilang kelapa sawit ini mahupun kilang2 sawit yang lain..tak jauh beza antara satu kilang sawit dengan kilang sawit yang lain pehhh masak sangat dah aku main dengan kilang2 sawit ni kikiki..strilizer,press,engine room,water pump adalah tempat/bahagian yang biasa mengeluarkan bunyi yang bising..kadang kala mencapai 98db..bising lah tu!!!..sikit2 ada la di bahagian bengkel tapi tak la sampai pekak badak haha..buat2 pekak tu inshallah ada la..
2.Geng sesungguhnya dah acap kali aku dok terangkan kat sini untuk kes hilang pendengaran/kurang pendengaran/tak dengar sikit sikit disebabkan kerja hari2 yang kita lakukan maka tuntutlah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat,untuk kes hilang pendengaran dan seumpamanya seperti badak yang pekak maka dokumen yang biasa perlu di isi adalah borang 34 Perkeso..borang ni pihak majikan isi jadi hangpa tak yah nak sibut2 isi lah kikiki..bersama sama borang 34 mesti dilampirkan laporan perubatan untuk masalah pendengaran itu tadi so jangan dok gatal2 pi hospital minta laporan perubatan kerana demam atau laporan perubatan kerana bersunat!!!ia tiada kaitan mesti mohon yang betul2 hahahaha..laporan perubatan untuk pekak dan badak!
3.Selain laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat itu untuk pekak/kurang pendengaran ini mesti juga dilampirkan keputusan Audiometric testing hehehe serta mapping noise atau peta2 menunjukkan tahap2 kebisingan yang ada di kilang itu hehe ini penting sebab kita nak tengok tempat mana pekerja bekerja dan adakah ia terdedah pada kebisingan secara langsung atau tidak hehehe kalau kerja pejabat suasana biasa mana ada enjin kat dalam pejabat kalau pekak itu maknanya tiada kaitan dengan kerja la mungkin telinga masuk air kot kikikiki hahahahahaha..itu tak boleh la claim kikikiki..siap dokumen2 yang diperlukan tu maka hnatarla ke pejabat Perkeso yang hangpa sayangi semua hahaha..
4.Dalam kes hari ni pak cik ni memang ada unsur pekak dan badaknya..haha sempat jugakla aku meninjau masuk ke kawasan kerja..memang macam tu la aku suka masuk dan cari punca2 bising tu..apa nak buat da nama kerja..ada orang suka dan ada yang tak suka kah kah kah..ada aku peduli kah kah kah setakat penolong pengurus tak heran gua beb..satu surat saman dari gua lu boleh gugur beb!lahad datu lu pi kelak kah kah kah tapi setakat hari ni kerjasama dari pihak majikan Alhamdulilah amat baik sekali mudah dan cepat selesaikan kerja macam ni kikiki..selepas siasatan selesai hangpa kena tunggu satla nanti Perkeso akan rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) dan Jemaah Doktor Khas inilah yang akan menentukan pekak dan badak yang dialami itu berpunca dari kerja atau factor lain seperti jangkitan virus penyakit dan sebagainya iaitu bukan kerana kerja..factor umur pun leh pekak /kurang ppendengaran juga kan macam bapa aku daaaa hahaha..Namun kalau terbukti pekak itu disebabkan kerja maka pihak JDK akan membuat keputusan dan akan memberi % atas kecacatan pekak itu mengikut kadar pekak tu lah dan barulah pihak Perkeso akan buat bayaran selepas itu hahaha...cukupla untuk malam ni nanti sambung lagi ye hahhaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan