Selasa, 7 November 2017

Mak Cik India Kemalangan Semasa Balik Kerja Claim dengan Perkeso!!!

1.Salam geng hehe hari ni pi jumpa sorang mak cik india yang kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik kerja..balik dari tempat kerja nak balik ke rumahnya la maksud aku hahaha..kalau balik kerja tapi dok merayau tempat lain dan kemalangan tak boleh jugak geng kalau 'melencong' dari laluan asal hehehe..bab bab lencongan ni nanti aku citer lain kali la geng..berbalik pada mak cik india tadi sian dia geng..dah la terlibat dalam kemalangan jalan raya tambah memedihkan beliau juga ada penyakit kencing manis..ini yang sentiasa aku risau bila mana pekerja yang kemalangan depa ada plak sakit kencing manis..risau bukan apa sebab kencing manis ni kalau tercedera nak pulih ambik masa dan silap2 leh terpotong mana2 anggota badan yang cedera tu geng..hangpa kalau ada sakit kencing manis mohon hati2 la di jalan raya geng..
2.Dalam kes ini tak jadi masalah besar geng..sebab kemalangan berlaku dalam perjalanan balik kerja HENDAK pulang ke RUMAHNYA..kompem la boleh claim dengan pihak Socso/Perkeso hehe..cumanya prosedur biasa la kalau dah claim maka Perkeso/Socso akan datang mai siasat la hehe jangan dok risau tak dak apa ehhhh mai tengok2 aje ehhh kikiki..sambil2 tengok kita ambik la sikit pernyataan kemalangan tu hehehe..Tanya sikit2 bab2 anggota badan mana yang cedera dan tahap kecederaanya..lama mak cik ni dalam wad dekat sebulan geng itu la penangan kencing mana kalau terlibat dalam kemalangan lammmmbat sangat nak sembuh dan perlukan perhatian perubatan yang amat rapi geng!Tapi usah kuatir kes macam ni pihak Perkeso bayar juga jika ia disahkan betul2 bencana kerja!Macam biasalah bila berlaku kemalangan 1.Buat Laporan Polis 2.Minta majikan isi borang tuntutan dengan pihak Perkeso/Socso iaitu borang 34 3.Lampirkan rekod kedatangan bulan kemalangan tu 4.Lampirkan slip gaji 6 bulan kebelakang sebelum kemalangan 5.Lampirkan MC/Sijil Sakit Asal dan juga kena buat Peta Lakar arah perjalanan dari tempat kerja sampailah rumah hangpa kikiki..alahhh hangpa dah tahu lah benda ni aku dok ulang tiap2 kali dah ehhh tak paham tak tahu la aku kah kah kah..
3.Ada kawan2 yang sering tanya pasai pa aku ni tak habis2 dok cerita pasal Perkeso/Socso..hari2 kerja dok cakap hak Perkeso juga balik kerja aku masuk plak kat blog pun dok cerita pasai Perkeso juga hahahaha..depa kata bukan orang ambik tahu pun kah kah..kadang terfikir jugak macam kawan2 dok habaq tu but aku anggap ni aje la mampu aku wakafkan..sebar apa yang aku tahu kongsi apa yang hangpa tak tahu..mana tahu sikit sebanyak boleh membantu kan kan..takpa la orang tak baca ka..orang tak peduli ka itu lain kira lah hahaha..aku dok menulis ni bukan atas dasar nak pujian atau apa pun..hangpa dok doakan aku sihat murah rezeki panjang umur dah cukup dah ehhhh..kikiki..ada staff perkeso buat inovasi dapat pujian melambung lambung kah kah kah menjadi kesayangan ramai di puja puji kah kah kah kita tak pandai bab2 inovasi ni, jadi buat blog citer bab Perkeso ni bukan inovasi geng kah kah kah orang tak pandang ehhh kikiki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan