Rabu, 27 Januari 2016

tarikh bayaran/bank in pencen Perkeso Tahun 2016@tarikh duit masuk untuk penerima pencen perkeso tahun 2016 :)


claim perkeso@pekerja penghantaran frozen food

1.Salah satu kes yang aku siasat hari ni adalah melibatkan kemalangan semasa bekerja..sebab apa  kes kemalangan semasa bekerja kena siasat?sebabnya terdapat beberapa elemen yang tak memuaskan hati dan ada ruang2 yang perlu disiasat..maknanya dengan kata mudah maklumat yang ada tak lengkap lah..jadi kena siasat dan dapatkan maklumat yang tak lengkap tersebut..takpa kalau sakit tak jadi masalah perkeso boleh pi sampai rumah hehehe macam yang aku dan rakan2 sejawat duk buat selama ni..bukan apa..saja nak permudahkan hangpa la..takkkan sakit2 nak pi opis plak hehehe..
2.Dalam kes hari ni pekerja bekerja sebagai pembantu kedai dan antara tugasnya beliau perlu membuat kerja2 penghantaran barangan yang di beli pelangan..hantar mana2 lah ke rumah atau ke restoran atau mana2 yang pelangan nak lah...kerja kat kedai frozen food biasa kena hantar ayam la..ok dalam kes kemalangan sebegini nak kena selalu ingatlah..sebelum pihak majikan hantar borang 21 (laporan kemalangan) pada pihak perkeso maka hendaklah lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki agar cepat proses tuntutan di lakukan...dalam kes ini..laporan polis tak buat,peta lakar arah perjalanan tak de,invois pembelian dari pelangan tak de,mc tak de bla bla bla pasai tula kena siasat hehehe...kalau majikan hantar semua lengkap tak la kena siasat kalau kes2 'clear' sebegini kan kan mudah geng tak susah pun..percayalah perkeso sentiasa prihatin hehehe
3.Alhamdulilah kerjasama majikan memuaskan dan banyak membantu ..baguslah apa yang dikehendaki dapat diperolehi hari ni walaupun mengambil masa jugakla dok tunggu depa sedia apa yang patut..sempat lawat tempat/lokasi kemalangan..sempat bantu lukis peta lakar arah perjalanan untuk hantar ayam ke pelangan bla bla bla..perkeso sentiasa cuba membantu pekerja yang di timpa musibah sebaik mungkin..namun macam biasalah majikan kena jugak memudahkan..bukan payah pun nak sediakan dokuemen dan maklumat2 tu...
4.Masa nak pi ke rumah pekerja ni aku sesat wakakakakaka...macam biasala kalau masuk kampong kompem berpusing2 cari rumah tak jumpa..akhirnya majikan hantar penyelamat bumi wakakakakaka salah seorang pekerja jadi penunjuk arah aku sampailah ke rumah si pekerja yang kemlangan..Inshaallah kes beliau akan diselesaikan dengan segera...