Sabtu, 29 Jun 2013

Final Piala FA 2013@Perlu diakui penyokong JDT memang terbaikkkk


1.Pehh baru sampai rumah dari stadium bukit jalil..Final Piala FA tahun ni teruk jugak kesesakannya..entry kali ni aku tak nak ulas bab2 game malam tadi sebab semua orang dah tengok game malam tadi hehehe..but apa yang aku nak cakapkan dari tahun ke tahun dak perubahan dari segi trafik aliran penonton keluar stadium..bertembung antara satu dengan lain tu biasa tapi melalui jalan sama untuk ke tempat parking kereta adalah satu hal yang amat membosankan!!!apa sebabnya???sebabnya tersesak bersesak dan disesakkan dengan puluhan ribu penonton kedua-dua belah pihak keluar hanya melalui satu jejantas yang sama untuk ke tempat parking@stadium hoki dan sekitarnya...kesian aku tengok kanak2 kecil, golongan anak2 kecil ini ramai antaranya menangis kepanasan dan kesesakan..adehhh panas dan lemas dalam asakan orang ramai yang berasak asak!!!yang pengsan golongan wanita usah cakapla...berusung sana berusung sini..pi belah sana sesak pi bawa belah sini pun sesak..pengsan dalam kepanasan.Hebat penangan Final Piala FA 2013..itu tak termasuk lagi 2 penyokong kelantan cedera akibat jatuh kedalam longkang yang agak dalam stadium...tu pun bahana bersesak sesak dan bertolak tolak..1 darinya cedera parah...


2.Itu baru bab kesesakan...bukan kesesakan kereta beb tapi kesesakan manusia berjalan dari satu arah...adehhhh la..ini tahun ini kali final memang luar biasa wa cakap lu..akibatnya jam 7.00 pagi tadi baru aku sampai rumah!!!

3.Tapi dalam keperitan ada manisnya..buat pertama kali aku tengok penyokong bola yang cukup berdisiplin dalam memberi sokongan pada pasukan..belum pernah ada lagi penyokong bola sepak sehebat penyokong pasukan JDT..walaupun aku penyokong fanatik kelantan tapi bab sokongan penyokong JDT pada pasukan mereka amat tiada tolak bandingnya...itu kita kena akui..bahkan tidak hairan rasanya jika mereka bakal ditabalkan penyokong terbaik di malaysia tahkala ini...jika hangpa berada di bukit jalil malam tadi dari jam 6 petang pelbagai bentuk chat yang mereka lakukan begitu menarik perhatian sekali,bahkan segala bentuk chating yang dilakukan mereka begitu mengkagumkan!!!!bukan sahaja terpegun bahkan aku kagum bagaimana mereka melatih kesemua penyokong JDT yang terdiri dari puluhan ribu itu melakukan pelbagai aksi yang melibatkan penyertaan dari keseluruhan penyokong?????depa memang hebat!!!kalau hangpa berada di stadium bukit jalil hangpa pasti terpesona dan kagum dengan pelbagai aksi penyokong JDT pamerkan..aku yakin kat kaca TV mungkin tak tunjuk secara keseluruhan sebab depa tumpukan pada game..gamabr aku snap depa duk dedikasikan ucapan hari jadi TMJ tuuuu


4.Persoalannya bolehkan kesmua penyokong kita meniru gaya mereka???ya semua penyokong mana2 negeri memang fanatik..tapi kelebihan penyokong JDT amat jelas dan ketara!!!


5.Er r nanti bab game malam tadi aku buat entry lain beb mengantuk woooo

Jumaat, 28 Jun 2013

Yess dapat jugak tiket ke Final Piala FA 2013!!!


1.Akhirnya penantian berakhir hehehe dapat jugak tiket final piala FA antara Kelantan vs JDT..tiap2 tahun aku tak terlepas game final..tahun ni Alhamdulilah walaupun berlaku kekalutan dalam pembelian tiket2 final di kedua-dua negeri Alhamdulilah aku dapat jugak!!!


2.Tahun ni lagi special tiket Final Piala FA aku dikirim melalui khidmat drebar lori treller beb wakakaka..ini bagusnya kalau kita bersahabat dengan semua orang..kerja susah boleh jadi senang..Esok pagi2 lagi aku nak bertolak ke Stadium bukit jalil..doakan perjalanan aku selamat pergi dan balik..catatan perlawanan dan warna warni perlawanan akhir InsyaAllah akan aku catatkan disini sekembali dari layan game tersebut hehehe..pe yang penting GOMO KELATE GOMOOOOOO!!!

Lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja


1.Cukup terharu apabila mengenangkan dahulunya beliau mampu berjalan dan berdikari seperti insan lain namun kini segalanya berubah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa beliau semasa beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dan ianya telah merubah hampir 100% rutin kehidupannya, begitulah nasib yang menimpa Suriani binti Ibrahim 21 tahun,yang berasal dari kampung teluk lipat endau mersing. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasaraya borong sakan sdn bhd cawangan endau dekat sini.
2.Mengimbau kembali detik hitam kemalangan tersebut berlaku pada 20/10/2012 dalam jam 10.00 pagi,tahkala itu beliau yang bermotorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di jalan Haji arifin endau,ketika itu takdir menentukan segalanya apabila beliau yang menunggang motorsikal seorang diri untuk ke tempat kerja telah merempuh sebuah kereta yang membrek secara tiba-tiba dihadapannya.
3.Akibat kemlangan tersebut beliau jatuh ketas jalan raya dan mendapat kecederaan teruk, beliau telah dikejarkan ke Hospital Mersing dan terus dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail johor Bharu pada hari yang sama.
4.Lantaran dari kemalangan tersebut gadis sunti itu kini hanya mampu terbaring,beliau lumpuh dari pinggang hingga kebawah.
5.Saya telah menyiasat kes kemalangan insan ini dan ianya amat menyedihkan..apatah lagi beliau dari keluarga yang kurang berkemampuan..kes beliau telah saya syorkan kes bencana kerja dibawah seksyen 24(1)(A)Akta Keselamatan Sosial Pkerja 1969 (AKSP 1969).
6.Baru2 ini atas dasar sikap prihatin pengurus Pertubuhan keselamatan Sosial (PERKESO) Kluang telah berkunjung ke rumahnya dan kunjungan ini telah memberi 1001 sinar harapan,setidak tidaknya nasib beliau kini dibela oleh pihak PERKESO!!!sayu mengenangkan beliau kini tiada bantuan pihak perkeso yang menjalankan siasatan telah mengesahkan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai bencana kerja dibawah seksyen 24(1)(A)Akta Keselamatan sosial Perkeso 1969 (AKSP 1969) ini membolehkan suriani mendapat pelbagai faedah dibawah perkeso..
7.Semasa lawatan tersebut yang dilakukan dirumahnya di kampung teluk Lipat pihak perkeso kluang telah memberi bantuan awal berupa pemberian Lampin dewasa dan juga Urine Bag (beg air kencing) untuk kegunaan pekerja malang terbabit.Pemberian lampin dewasa dan juga Urine bag (beg air kencing) diberikan secara berkala kepada suriani bt Ibrahim.InsyaAllah akan ada lagi bantuan susulan bergantung pada pengesyoran pihak doktor yang mana beliau layak untuk mendapat bantuan “foldable commode wheelchair” dan juga “Geo Matt Mattres”.
8.Gambar2 lawatan saya ke rumahnya InsyaAllah akan dikeluarkan Akhbar Harian Metro sedikit masa lagi..er er aku lupa bawa kamera la beb adehhhh la..InsyaAllah bila dah terima gambar2 dari wartawan terbabit aku akan uplod kan..semoga beliau cepat sembuh..

Rabu, 26 Jun 2013

selesai siasat kes kemalangan maut pembaca meter air SAJ Mersing

1.Alhamdulilah hari ni selesai siasat kes kemalangan maut melibatkan pekerja syarikat air johor(SAJ) Agensi Mersing..pekerja terbabit bekerja sebagai pembaca meter yang meliputi kawasan mersing,tenggaroh,nitar dan kawasan sekitarnya..agak susah jugak aku nak cari rumah arwah ni..nun masuk ke dalam kampung tenglu mersing...sib baik adik arwah tunggu aku tepi jalan..lau tak kompem sesat aku.

2.Sabtu lalu adalah tugasan terakhir beliau dimana ketika beliau dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Felda Nitar 1 beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 4 Jalan Mersing-Nitar..dimana motorsikal yang ditunggang beliau bertembung sebuah treller dari arah bertentangan..KM 4 jalan Mersing -Nitar selalu sahaja popular dengan kemalangan maut..hm pelik jugak aku..

3.Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bencana kerja..yang melayakkan Ibu beliau dan adik2 dibawah umur 21 tahun layak mendapat pencen faedah Orang tanggung (FOT) dari pihak perkeso..


Sabtu, 22 Jun 2013

Pengumuman penutupan sekolah2 di kluang akibat jerebu pada 24 jun 2013

Aku copy paste dari web ppd kluang :)
 
TINDAKAN SEGERA : PENUTUPAN SEKOLAH PADA HARI ISNIN 24 JUN 2013

Disediakan oleh: MOHD NAZIR BIN ABD RAHMAN
Kandungan :

Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-sekolah daerah Kluang. Adalah dimaklumkan bahawa penutupan sesi persekolahan pada hari Isnin 24 Jun 2013 bagi semua semua sekolah daerah Kluang. Semua guru dan murid dicutikan kecuali Pengetua, Guru Besar dan staf bekerja seperti biasa. Makluman untuk maklumat terkini berkenaan jerebu akan dimuat turunkan dalam portal PPD Kluang dari masa ke semasa. Sumber : Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kluang. Sekian terima kasih.

Khamis, 20 Jun 2013

program seminar seranta perkeso kluang 2013


1.Alhamudilah walaupun dalam keadaan penat namun selesai juga menjayakan Program Seminar Seranta peringkat pejabat perkeso Kluang bagi tahun 2013 dengan jayanya.Kali ini pengisiannya seperti tahun2 yang lalu tiada perubahan yang ketara.Para penceramah pula terdiri dari agensi yang sama seperti pihak PDRM melalui cawangan Trafik, pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak perkeso sendiri.


2.Seramai lebih kurang 100 peserta yang mewakili pelbagai syarikat,sektor industri dan juga perladangan mengambil bahagian dalam program seranta ini.Program yang dimulakan tepatn jam 9.30 pagi ini selesai dalam jam 5.00 petang.Program ini diadakan dewan jupiter hotel prime city kluang.


3.Melalui program ini pelbagai penerangan dapat diberikan secara langsung kepada peserta melibatkan aspek2 tuntutan perkeso,aspek keselamatan jalan raya dan keselamatan ditempat kerja dan juga prosedur dalam membuat laporan polis selepas kemalangan berlaku.


4.Program sebegini mampu bukan sahaja memberi pendedahan yang cukup luas kepada pihak majikan dan juga pekerja berkenaan cara2 tuntutan dengan pihak perkeso, namun ianya juga menjadi titik tolak perhubungan yang erat antara pihak majikan,pekerja dan juga pihak perkeso dalam bersama sama mengurangkan kadar kemalangan melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja juga kemalangan ditempat kerja.


5.Terima kasih juga buat semua majikan dan para pekerja yang sudi hadir dalam menjayakan program ini..adalah diharapkan kerjasama erat ini akan berterusan hendaknya.


Rabu, 19 Jun 2013

nasi lada goreng kampung


1.Sakit perut sangat beb hari ni..entah macam mana hari ni aku sarapan pagi makan hidangan " Nasi Lada goreng kampung" hangpa mesti tak pernah makan kan kan hahaha..ini resepi baru hangpa leh cuba.. dijamin hangpa  tidak akan dikecewakan untuk merasai kenikmatan dan menghayati apa itu maksud kepedasan hahaha dah macam tahap leh keluar api dari mulut macam raksaksa wooo..


2.Sebenarnya makan sini best2..tapi semenjak dua menjak ni entah macam mana MUNGKIN pemilik gerai makan ni ada tanam dan mempunyai ladang lada ber ekar ekar maka lahirlah murah hati dan amat pemurahnya beliau telah mendermakan lada-lada yang ditanam diladangnya itu ke dalam nasi goreng kampung yang aku order  wakakakaka maka terjadilah situasi tsunami lada.. lada hampir banyak dengan nasi nya...pehhhhh dapat dilihat dengan jelas betapa indahnya kehijauan lada yang berkelip kelip disebalik nasi maka eloklah dipanggil Nasi Lada Goreng kampung dek kerana gerombolan gerombolan lada hijau yang banyak lagi segar telah menopoli segenap ceruk alam pinggan dan secara tidak langsung menewaskan gerombolan nasi tadi  lantas  ianya secara tidak langsung menzahirkan satu penemuan menu baru yang amat hebat dari segi rasanya dan amat wajar sekali dinamakan menu tersebut sebagai Nasi Lada goreng Kampung hahaha.. tapi awas menu ini berupaya membuat hangpa bersedih dengan relanya ..tak cool laki2 nangis depan rezeki kakakaka..berair air mata baru habis makan hahahaha..


3.Ok lah..pagi tadi bab pedas2..balik opis petang de plak bubur kacang+durian pehhhhhh inikali lah nak hilangkan rasa pedas yang masih tersisa dan melekat lekat kat bibir wakakakakakakaka macam tau tau aku kepedasan hari ni..kena bubur kacang+durian pehhhhh setel masalah pedas hohoho..


Isnin, 17 Jun 2013

siasat kes kemalangan@kampung gajah


1.Hari ke kampung gajah kluang hehehe siasat kes kemalangan macam biasala beb..kampung gajah ni tak la besar sangat..tak de pe yang nak di katakan bab kampung ni..macam kampung biasa yang lain cuma yang popular kat kampung gajah ni ada penjara hehehe boleh tahan besar jugakla penjara ni..penjara ni adalah penjara kedua di kluang selepas penjara simpang renggam..


2.Kes kemlangan melibatkan motorsikal adalah kes biasa tiap2 hari aku siasat..hari ni pun sama time nak balik kerja motorsikal yang beliau tunggang dihimpit kereta menyebabkan beliau terjatuh keatas jalan raya..kaki patah tangan pun patah adehhhh la..15 hari terlantar dalam wad beb..leh tahan jugakla kecederaannya..


3.Hari ni aku siasat 3 kes ajelah..cuaca panas beb..jerebu lagi tuuu penat tak yah cakap..3 kes pun dah bergetar tangan aku tulis stetment wooo..


4.Dek cuaca panas..rehat kejap pekena cendol best jugak beb..tak kirala ape jenis cendol asalkan leh sejukkan badan hahahahaha..tapi cendol berbatu batu ni kompem labat nak habis wakakakaka..



Ahad, 16 Jun 2013

Pertandingan Myview PERKESO 2013..jom sertai..hadiah lumayan!!!!

1.Ayuh kawan2 jom ramai2 sertainya..mana tahu kot2 leh menang $$$$ hehehe..



untuk muat turun borang dan maklumat lebih lanjut boleh ke laman web perkeso di.. www.perkeso.gov.my..ok geng aku tidoq dulu ehehe :) er er sebab perandingan ni aku tk leh masuk coz atas sebab staff adehhhh

Thanks Sinar Harian

1.Thanks Akhbar Sinar Harian..lawatan aku n my bos ke rumah waris mangsa ragut dan meninggal dunia.. mendiang tar bee lin juga di siarkan di akhbar tersebut :)
lain kali kita berurusan lagi ye :)


Sabtu, 15 Jun 2013

Hari minggu sepenuh masa untuk 3 Humaira!!!


1.Hari minggu macam biasala sepenuh masa bersama 3 Humaira..walaupun depa 3 beradik ni lasak tapi masih dalam keadaan terkawal lagi la hahaha..leh la buat terapi otak aku yang serabut time2 kerja..hari minggu jugaklah peluang kami untuk sarapan pagi bersama..yang bestnyer 3 Humaira ni punyer citarasa sama dengan aku hahaha nasi lemak tak pun mee soto..hahaha anak bapak gamaknyerrr..


hehehe..best nasi lemak kat sini..

 ketika 2 Humaira sedang menjamu selera..1 Humaira telah pun tertewas dibahu bapanya hohoho..


2. Hari ni sempat jugak ronda rumah baru aku kat Impian Casa tu hah..Alhamdulilah dah siap jugak rumah sementara aku ni hehehe, rumah sementara sebab bila balik kampung aku kompem jual rumah ni..dah pun dipasang grill..elektrik dah..Air dah..tunggu aku je nak masuk bila tak tahu lagi..hm hm..



Jumaat, 14 Jun 2013

jumaat@opis


1.Hari jumaat macam biasala setiap pagi de tazkirah kat opis aku..de la dalam setengah jam..kira ok la tu..lagi pun hari jumaat kalau tak de kes urgent biasanya aku tak keluar siasat kes..lainla kalau de kes urgent baru kena keluar..hari jumaat biasa aku in day kat opis aje tunggu rakyat jelata datang hehehe..


2.Lepas tazkirah pagi..de rezeki atas meja hahahaha..ubi kayu rebus geng...panas2.sedap wa cakap lu...mana nak cari kat opis lain???mana de hahahaha kat opis aku jugak yang de ubi kayu macam ni..best wooooo..


3.Hari ni sembahyang jumaat macam biasa kat masjid haji manan hehehe..sebelum masuk masjid bantai pisang FREE dulu hahaha..tiap2 kali jumaat de aje makan FREE tak kirala pisang ke atau mana2 buah buahan..depa sedekah kat jemaah masjid beb..pe salah kita habiskan sama sama kan kan..


hehehe pisang FREE


Khamis, 13 Jun 2013

penjawat awam berstatus kontrak dan sementara/sambilan wajib mencarum perkeso bermula 1 jun ini!


thanks harian metro :)

1.Lawatan aku ke rumah keluarga mendiang Tar Bee Lin dilapor akhbar Harian Metro..Thanks banyak2 geng..lu orang banyak membantu kami :)


2.Hehehe hari ni jugak aku siasat kes kemalangan macam biasala hari2 dok ulang benda sama geng tapi kemalangan dok jadi macam tu jugak ehhh...hari ni sedih tengok anak muda ni sampai kemek kepala dek jatuh motorsikal...hm hm tak larat nak nasihat dah eh..slow2 pun dan nak jadi jadi jugak ehhh..banyak kes kemalangan jalan raya melibatkan perjalanan balik dan pergi kerja beb..sebut pasal kemalangan pergi dan balik kerja..hangpa jangan lupa bila mana terlibat dalam kemalangan dan hangpa dapat kecederaan cepat2pi buat rawatan dulu kat hospital dan lepas tu sila lah makluman pada pihak majikan dengan segera!!!!


3.Pasal apa aku suruh hangpa maklumkan pada majikan dengan segera..sebabnya jika hangpa lambat maklumkan kepada majikan maka LAPORAN KEMALANGAN KOMPEM MAJIKAN LAMBAT HANTAR...kalau majikan lambat hantar laporan kemalangan macam mana la hangpa nak buat tuntutan dengan perkeso???hahaha kesudahannya sakit dapat..duit plak habis hehehe..ada kereta silap2 kena tarik tak bayaq ansuran hehehe..satu lagi kalau hangpa lambat maklumkan kepada majikan yang hangpa kemalangan dan majikan plak lambat isi borang laporan kemalangan..lebih 3 bulan kompem kena kompau hehehehe...kompem wooooooo..

ehem ehem pesanan pihak penaja sat kakaka..


Rabu, 12 Jun 2013

7 JDT 1 MPK@stadium kluang


1.Macam biasala hari ni siasat kes sampai ke Felda Layang2 kat simpang renggam tu hah..macam2 kes yang aku jumpa hari ni..dari kes kecederaan biasa sampaila kepada kes kematian..ya la tiap2 hari siasat kes kematian orang..satu hari nanti mungkin juga giliran aku sendiri plak entahla..


2.Hari ni aku tak bawa banyak kes untuk disiasat..sekadar 3 kes sahaja..itu pun dah buat aku pening juga..penat tangan nak menulis fakta kes..sakit otak duk fikir macam2 lagi adehhh..kejar sini kejar sana sampai pencen macam ni lah gamaknya..kuli sampai ke tua hehehe.


3. Ohhh ya hari ni nak hilangkan penat nyer pasai aku jamu mata aku tengok perlawanan  bola sepak persahabatan geng Johor Darul Takzim (JDT) lawan geng pilihan majlis Perbandaran Kluang (MPK)..pehhh cukup ramai hadirin beb..hahaha demam bola gamaknya depa ni ehh penuh satu stadium kluang sampai ke trek jugak ehhh hehehe..


4.Padang stadium kluang ni walaupun mengunakan padang rumput tiruan tapi nampak dengan mata kasar aku macam beralun la..hahaha macam tak rata gamaknya...ka mata aku yang rosak entahla hehehe tak sedap mata nak tengok game macam ni kat padang yang agak macam beralun je..mungkin mata aku kot..tapi inilah stadium mengunakan rumput tiruan pertama kat johor aku rasa...baru beb.


5.Berbalik pasal perlawanan persahabatan JDT lawan MPK ni aku rasa separuh masa pertama memang best...tapi masih separuh masa kedua geng MPK dah tak nak melawan dah ehh hahahaha teruk kena isi beb..itu pun aku rasa sebab kes penjaga gol MPK yang first dikeluarkan..lau tak susah juga geng JDT nak score...masuk penjaga gol gantian habis beb hahahaha kerjanya asyik pungut bola dalam gawang sendiri hehehe..keputusan 7 JDT berbalas 1 beb adehhhhh laaa.


6.Ape pun seronok jugak tengok gelagat orang kluang penuh membanjiri stadium kluang hari ni..hebat depa ni..bagus jugak dapat meriahkan suasana bola sepak di negara kita ni..hahaha terhibur dengan gelagat depa ni ramai2 sokong geng MPK hahahaha