1.Alhamdulilah hari ni selesai siasat kes kemalangan maut melibatkan pekerja syarikat air johor(SAJ) Agensi Mersing..pekerja terbabit bekerja sebagai pembaca meter yang meliputi kawasan mersing,tenggaroh,nitar dan kawasan sekitarnya..agak susah jugak aku nak cari rumah arwah ni..nun masuk ke dalam kampung tenglu mersing...sib baik adik arwah tunggu aku tepi jalan..lau tak kompem sesat aku.
2.Sabtu lalu adalah tugasan terakhir beliau dimana ketika beliau dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Felda Nitar 1 beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 4 Jalan Mersing-Nitar..dimana motorsikal yang ditunggang beliau bertembung sebuah treller dari arah bertentangan..KM 4 jalan Mersing -Nitar selalu sahaja popular dengan kemalangan maut..hm pelik jugak aku..
3.Kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bencana kerja..yang melayakkan Ibu beliau dan adik2 dibawah umur 21 tahun layak mendapat pencen faedah Orang tanggung (FOT) dari pihak perkeso..
Salam.Pertanyaan.Saya mengalami masalah kurang pendengaran,2 kali pegi jumpa doctor pakar tapi masih tak baik.Doctor mensyorkan saya mengunakan alat bantuan pendegaran.saya boleh dikategorikan OKU Boleh tak saya buat tuntutan dengan perkeso sekiranya saya tak tahu ape puncanya penyakit saya,tempat kerja tidak mengeluar bunyi yang bising sangat..telah bekerja selama 15 tahun
BalasPadamwasalam...rosak/hilang pendengaran yang boleh di buat tuntutan dengan pihak perkeso adalah terbatas kepada hilang pendengaran akibat kerja dikawasan bunyi bising yang melampau...ia terdedah secara langsung..umpamanya kerja mengendali jentera mesin yang mengeluarkan bunyi bising yang sentiasa...oleh yang demikian saya berpendapat tuntutan sepertimana yang tuan nyatakan adalah tiada berkaitan dengan pihak perkeso.
Padamwasalam