Jumaat, 28 Jun 2013

Lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke tempat kerja


1.Cukup terharu apabila mengenangkan dahulunya beliau mampu berjalan dan berdikari seperti insan lain namun kini segalanya berubah akibat kemalangan jalan raya yang menimpa beliau semasa beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dan ianya telah merubah hampir 100% rutin kehidupannya, begitulah nasib yang menimpa Suriani binti Ibrahim 21 tahun,yang berasal dari kampung teluk lipat endau mersing. Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasaraya borong sakan sdn bhd cawangan endau dekat sini.
2.Mengimbau kembali detik hitam kemalangan tersebut berlaku pada 20/10/2012 dalam jam 10.00 pagi,tahkala itu beliau yang bermotorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di jalan Haji arifin endau,ketika itu takdir menentukan segalanya apabila beliau yang menunggang motorsikal seorang diri untuk ke tempat kerja telah merempuh sebuah kereta yang membrek secara tiba-tiba dihadapannya.
3.Akibat kemlangan tersebut beliau jatuh ketas jalan raya dan mendapat kecederaan teruk, beliau telah dikejarkan ke Hospital Mersing dan terus dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail johor Bharu pada hari yang sama.
4.Lantaran dari kemalangan tersebut gadis sunti itu kini hanya mampu terbaring,beliau lumpuh dari pinggang hingga kebawah.
5.Saya telah menyiasat kes kemalangan insan ini dan ianya amat menyedihkan..apatah lagi beliau dari keluarga yang kurang berkemampuan..kes beliau telah saya syorkan kes bencana kerja dibawah seksyen 24(1)(A)Akta Keselamatan Sosial Pkerja 1969 (AKSP 1969).
6.Baru2 ini atas dasar sikap prihatin pengurus Pertubuhan keselamatan Sosial (PERKESO) Kluang telah berkunjung ke rumahnya dan kunjungan ini telah memberi 1001 sinar harapan,setidak tidaknya nasib beliau kini dibela oleh pihak PERKESO!!!sayu mengenangkan beliau kini tiada bantuan pihak perkeso yang menjalankan siasatan telah mengesahkan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai bencana kerja dibawah seksyen 24(1)(A)Akta Keselamatan sosial Perkeso 1969 (AKSP 1969) ini membolehkan suriani mendapat pelbagai faedah dibawah perkeso..
7.Semasa lawatan tersebut yang dilakukan dirumahnya di kampung teluk Lipat pihak perkeso kluang telah memberi bantuan awal berupa pemberian Lampin dewasa dan juga Urine Bag (beg air kencing) untuk kegunaan pekerja malang terbabit.Pemberian lampin dewasa dan juga Urine bag (beg air kencing) diberikan secara berkala kepada suriani bt Ibrahim.InsyaAllah akan ada lagi bantuan susulan bergantung pada pengesyoran pihak doktor yang mana beliau layak untuk mendapat bantuan “foldable commode wheelchair” dan juga “Geo Matt Mattres”.
8.Gambar2 lawatan saya ke rumahnya InsyaAllah akan dikeluarkan Akhbar Harian Metro sedikit masa lagi..er er aku lupa bawa kamera la beb adehhhh la..InsyaAllah bila dah terima gambar2 dari wartawan terbabit aku akan uplod kan..semoga beliau cepat sembuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan