1.Sakit perut sangat beb hari ni..entah macam mana hari ni aku sarapan pagi makan hidangan " Nasi Lada goreng kampung" hangpa mesti tak pernah makan kan kan hahaha..ini resepi baru hangpa leh cuba.. dijamin hangpa tidak akan dikecewakan untuk merasai kenikmatan dan menghayati apa itu maksud kepedasan hahaha dah macam tahap leh keluar api dari mulut macam raksaksa wooo..
2.Sebenarnya makan sini best2..tapi semenjak dua menjak ni entah macam mana MUNGKIN pemilik gerai makan ni ada tanam dan mempunyai ladang lada ber ekar ekar maka lahirlah murah hati dan amat pemurahnya beliau telah mendermakan lada-lada yang ditanam diladangnya itu ke dalam nasi goreng kampung yang aku order wakakakaka maka terjadilah situasi tsunami lada.. lada hampir banyak dengan nasi nya...pehhhhh dapat dilihat dengan jelas betapa indahnya kehijauan lada yang berkelip kelip disebalik nasi maka eloklah dipanggil Nasi Lada Goreng kampung dek kerana gerombolan gerombolan lada hijau yang banyak lagi segar telah menopoli segenap ceruk alam pinggan dan secara tidak langsung menewaskan gerombolan nasi tadi lantas ianya secara tidak langsung menzahirkan satu penemuan menu baru yang amat hebat dari segi rasanya dan amat wajar sekali dinamakan menu tersebut sebagai Nasi Lada goreng Kampung hahaha.. tapi awas menu ini berupaya membuat hangpa bersedih dengan relanya ..tak cool laki2 nangis depan rezeki kakakaka..berair air mata baru habis makan hahahaha..
3.Ok lah..pagi tadi bab pedas2..balik opis petang de plak bubur kacang+durian pehhhhhh inikali lah nak hilangkan rasa pedas yang masih tersisa dan melekat lekat kat bibir wakakakakakakaka macam tau tau aku kepedasan hari ni..kena bubur kacang+durian pehhhhh setel masalah pedas hohoho..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan