Isnin, 19 September 2016

Bebas cuti sakit sepanjang 2015 hoyehhhh alhamdulilah!

1.Salam gang hahaha lama betoi aku balik kampong raya Haji tahun ni hahahaha lebih 1 minggu wooo..kalau da balik kampong semua bab2 keje dan blog ni semua x peduli dah hahaha betul2 menikmati percutian kampong pehhhh aman sentosa kah kah kah..
 
2.Bila bercuti lama dan lama juga tak buka blog maka bila nak buka blog takut dan ngeri jadinya bahahahaha..biasanya kalau lama tak buka blog kompem beratusla pertanyaan dari kawan2 yang dok bertanya pasal tuntutan perkeso..Inshaallah akan di jawab satu persatu..maafla lambat nak reply cuti wooooo hahaha..
 
3.Alhamdulilah syukur banyak2 bila naik kerja hari ni dapat pulak surat penghargaan dari Jabatan hahaha sebab kerja tahun lepas tak pernah ambil MC kikiki Cuti sakit geng hahaha Alhamdulilah perkeso begitu menghargai para kakitangannya thanks perkeso hehehe..dapat la sijil simpinan premium BSN alhamdulilah..pun begitu tiap2 tahun meman aku jaga bab mc/cuti sakit ni bukan apa kalau ambik cuti sakit bermakna rosak perancangan kerja aku..segala temujanji dengan para penuntut faedah perkeso..lagipun kes2 mereka perlu didahulukan..makanya biasanya jika aku demam sekalipun tetap nak pi kerja untuk uruskan tuntutan2 yang belum selesai...mmm bukan mudah geng..apa pun thanks perkeso hehehedapat penghargaan begini pun Alhamdulilah

Isnin, 5 September 2016

Serangan stroke yang teruk eloklah mohon pencen ilat dengan perkeso

1.Akhir-akhir ini berlaku banyak kes serangan 'stroke' di tempat kerja, senang cakap ia berlaku di tempat kerja,untuk mengelakkan majikan dan pekerja pening sama ada boleh claim atau tidak maka mai la aku nak habaq sikit la berkenaan tuntutan perkeso melibatkan serangan 'stroke' di tempat kerja ni.Untuk makluman jika berlaku serangan 'stroke' di tempat kerja ia bukannya satu kejadian 'kemalangan' semasa bekerja mengikut istilah 'kemalangan' dalam Akta Keselamatan social pekerja 1969(AKSP 1969), sebabnya ia melibatkan serangan penyakit dan bukannya 'kemalangan' semasa bekerja..kemalangan contohnya terpijak paku di tempat kerja..kejadian terpijak paku adalah kemalangan,jatuh dari kerusi ditempat kerja ia kemalangan,kena pisau di tempat kerja ia adalah kemalangan bla bla bla..BEZA di sini adalah serangan 'stroke' adalah 'penyakit'/'serangan penyakit' dan bukannya kemalangan..aku faham mungkin ada yang pening hehehe..oleh yang demikian jika berlaku serangan 'stroke' di tempat kerja adalah kurang tepat untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso terutamanya dengan mengisi borang 21(laporan kemalangan),tapi kalau nak cuba tiada masalah tiada sesiapa yang menghalang hehehe aku cuma bagi pendapat dari pengalaman aku saje..itu pandangan peribadi aku la hehehe ni bukan pandangan jabatan tauuuu takut wooooo nanti hangpa salah faham kikiki..sekadar pandangan peribadi..ada tuntutan yang lebih betul dan lebih afdal dan cerah peluangla berbanding tuntutan kemalangan jika melibatkan serangan stroke yang teruk..senang cakap banyak kes tuntutan stroke semasa bekerja di tolak sebab ia bukan kemalangan(SEKALI LAGI AKU HABAQ INI ADALAH PANDANGAN BERDASARKAN PENGALAMAN AKU)
2.NAMUN untuk serangan 'stroke' yang teruk yang menyebabkan lumpuh sepenuhnya saya nak bagi nasihat yang penting...sila rujuk ke pejabat perkeso terdekat dengan membawa salinan Kad Pengenalan yang orang kena serangan 'stroke' itu dan buat semakan di pejabat perkeso terdekat untuk MENYEMAK KELAYAKAN CARUMAN PERMOHONAN PENCEN ILAT..ini kerana seandainya di serang 'stroke' yang teruk sehingga lumpuh sepenuhnya maka PELUANG ADALAH CERAH untuk mendapat PENCEN ILAT dari pihak perkeso dari membuat tuntutan kemalangan yang biasanya 'akan'di tolak kerna ia bukan 'kemalangan'. OK geng macam aku bagitahu tadi langkah awal sila ke pejabat perkeso terdekat buat semakan kelayakan dari segi caruman dahulu bila layak dari segi caruman pastikan UMUR BELUM CAPAI 60 TAHUN!bila kedua syarat itu di penuhi maka ambil lah borang TUNTUTAN PENCEN ILAT di pejabat perkeso tersebut dan isilah borang tersebut beserta Laporan Perubatan dan bila Laporan Perubatan siap maka hantarlah ke pejabat perkeso...mcm biasalah lepas tu tunggu kita akan rujuk pesakit ke JEMAAH DOKTOR(JD) pihak Jemaah Doktor akan membuat pemerikasaan dan akan memutuskan seseorang itu di sahkan Ilat atau sebaliknya..jika di sahkan ILat pesakit 'stroke' yang lumpuh itu akan diberi PENCEN bulanan sepanjang hidupnya..InshaAllah!!!ayuh bantu kawan2 yang tak tahu tentang ini!!!
3.Ohhhh ya kalau dah ada yang telah 'terbuat' tuntutan kemalangan akibat serangan 'stroke'di tempat kerja dengan menghantar Borang 21 dan kes tuntutan di tolak maka aku sarankan jika 'stroke' itu menyebabkan berlaku kelumpuhan yang menyebabkan pekerja tidak boleh bergerak atau lumpuh maka sila lah mohon tuntutan pencen ilat!!!ayuhhhh mohon TAPI DENGAN SYARAT CUKUP KELAYAKAN DARI SEGI CARUMAN DAN UMUR TIDAK LEBIH 60 TAHUN!!!
4.Sekadar itu sahaja nak aku kongsikan hari ni..sebab banyak la ni yang kena serangan stroke...bantulah mereka2 yang tidak tahu ini agar ia mendapat HAK HAK mereka..aku hanya dapat membantu berkongsi maklumat begini sahaja lah..ilmu aku ni tak banyak tapi boleh la untuk dikongsikan..kalau tersalah maafla aku hehehe..INI sekadar Pandangan PERIBADI bukan nak NASIHAT atau bagi JALAN YANG TAK BETUL hahaha.

Jumaat, 2 September 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 59 peringkat Daerah :)


 
1.Salam geng aduhh2 maaf geng ada banyak soalan2 dari kawan2 kita yang tak sempat aku nak jawab ni rasa bersalah plak ni geng.. dalam sehari dua ni banyak kerja sikit geng..lagi pun internet kawasan aku ni jap OK jap KO kakakaka apa nak buat hahaha pasai tu la banyak yang tak sempat nak jawab..maafkan la aku huhuhu..mampus kali ni hahahaha harap2 sempat jawabla..
 2.Oh ya geng pada tanggal 31 ogos yang lalu macam biasala tak terlepas aku nak kena pi majlis sambutan hari kemerdekaan Negara kali yang ke 59..peringkat daerah la..hehehe pi la kita kakaka..pagi2 dah bertolak..kalau bertolak lambat makanya kena parking keta jauhhh woo jenuh nak menapak jalan kaki hahaha..sampai2 aku la yang datang awal hahahaha tunggu la geng2 aku sampai dulu baru leh masuk baris..baris static aje pun hahaha..tiap2 tahu dok macam tu la geng2 kami ni kakaka
 3.Hmm tiap2 tahun jugak aku sambut merdeka peringkat daerah ni kena duduk atas pentas..apa nak buat arahan hahahaha kena ikut woooo..duduk atas pentas ni dah sekian lama tapi perasaan malu tetap ada hahaha maklumlah kita budak kampung aje..duduk dengan geng2 VIP ni buat kita amat2 rasa rendah diri huwaaaa sob sob..rendah tak rendah pun tiap2 tahun macam ni la kah kah kah..takpa sebenarnya tu adalah pehargaan terima dengan penuh kesyukuran hahaha..sambil2 duduk atas pentas sambil2 jeling2 geng aku kat bawah kah kah kah..sabo2 hangpa lagi untung duk bawah leh duduk woooo atas pentas mana leh duduk penat diri wooo hahahaha.
 4.Sambutan merdeka kali ke 59 tahun ni macam biasala macam tahun2 lepas..cuma kalau kat tempat aku ni kurang sikit kot hahahaha..geng2 pancaragam pun dah tinggal satu..tahun lepas ada 2-3 geng pancaragam ala yang main muzik la tuuu hehehe..tapi tahun ni koir depa best..aku lupa plak daris ekolah mana tapi memang sedap di dengar depa dok nyayi macam lagu patriotik.