Jumaat, 26 Ogos 2011

Faedah Pencen ILat


1.Sebenarnya aku malas nak menulis hari ni sebab mood raya beb..nak balik kampung pagi sok hehe, Namun oleh sebab banyak sangat pertanyaan dan email yang nak tahu hal pencen Ilat maka aku nak citer sikit..tak banyak sikit je sebab aku busy nak balik kampung ni hah!Walau sikit tapi aku rasa cukup berguna dan mudah nak faham..kalau tak paham jugak tak tahu la aku hangpa masuk tadika semula la hahahaha..tu lebih Afdal orang kata hehehe


2.Sebelum aku pi lebih jauh baik hangpa tahu dulu apa makna Keilatan..dulu aku pun tak tahu apa itu makna keilatan..menatang pe la Keilatan ni tak pernah jumpa sbelum ni, jahil beb kekeke..dengan bahasa mudahnya Keilatan adalah suatu keuzuran yang serius(kalu dalam bahasa kelate gak uzur berat benarla), kekal atau tidak boleh atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.faham ko tak aku tak tahula ayat mudah dah tu..

3.Dalam Skim pencen Ilat banyak feadah2nya namun banyak yang duk tanya tentang feadah pencen Ilat je..jadi aku fokus kat faedah pencen Ilat je lah ye..yang lain2 nanti aku habaq lain kali lah.

4.Antara lain yang yang hangpa kena tahu bab2 pencen Ilat ini ianya:

• Memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
• Antara penyakit-penyakit kronik, penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma, dan sebagainya.
• Pencen ini dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis keilatan dikemukakan.
• Pencen ilat ini dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal.
• Pencen akan digantikan dengan pencen penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima pencen ilat tanpa mengira umurnya.

Macam mana nak dapatkan pencen Ilat??hehehe bukan senang dapat beb ada syarat2 nya bukan main mohon je dan terus dapat brooo..nak pinang anak orang pun bukan hangpa kompem dapat punyer kuikuikui..

syarat kelayakan pemohon:
• Belum mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilatnya diterima.
• Sekiranya telah mencapai umur 55 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja perlu buktikan keilatan terjadi sebelum umur 55 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan.
• Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
• Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.

5.Aku tak nak hurai bab2 syarat kelayakan caruman nanti kompem hangpa semua pening..dan aku rasala aku dah cerita panjang lebar dah bab2 kelayakan caruman dalam N3 aku yang lepas2 hangpa tengok cari sendirilah!Malas aku nak ulang siar benda yang sama.

6.Apa yang penting bila mana hangpa betul2 sakit dan sepertimana yang aku telah cerita diatas..uzur tahap teruk hingga tak boleh kerja la, sakit kan mana leh keje lagi :) so langkah pertama pastikan hangpa hantar Notis keilatan,Notis Keilatan tu kena hantar cepat2 beb jangan tunggu umur hangpa dah lebih 55 tahun..kalau lebih 55 tahun susah la beb..susah nak cakap nasib lu macam mana!banyak yang tak dapat kalau hantar Notis lebih umur 55 tahun!lebih umur 55 tahun tak lepas syarat kelayakan pemohon dan kalau nak cuba nasib jugak hangpa ne buktikan sakit kronik yang dihidapi tu telah melekat pada hangpa sebelum umur 55 tahun lagi!

Ala notis Keilatan tu senang je eh hangpa pi la ambik kat pejabat perkeso terdekat..percuma je brooo

7.Opsss tunggu sebelum hantar Notis Keilatan hangpa kenala siapkan dulu Laporan perubatan yang menerangkan sakit yang hangpa deritai..hangpa pi la kat mana2 hospital yang hang pa sentiasa mendapat rawatan disitu..dan belila laporan perubatan di situ dengan menggunakan Format Laporan Perubatan Perkeso..sebabnya dalam Format Laporan Perubatan Perkeso ianya cukup lengkap!

8.Maka bilamana semua dah ada jangan lupa salinan Kad pengenalan depan belakang...selepas tu hangpa bawala laporan perubatan,salinan kad pengenalan dan juga Notis Pemberitahuan Keilatan ke pejabat Perkeso berdekatan..dan hantarla disana!JANGAN SESEKALI MENGUNAKAN ORANG TENGAH DALAM SEMUA URUSAN ANDA!!!INGAT PESAN AKU ORANG TENGAH HANYA MEMBEBANKAN ANDA DAN LANGSUNG TIDAK MEMBANTU!PIHAK PERKESO MENYEDIAKAN PELBAGAI PERTOLONGAN KEPADA ANDA TANPA MEMENTA BAYARAN SE SEN PUN!MAKA JAUHILAH KHIDMAT ORANG TENGAH YANG CUBA MENANGGUK DI AIR YANG KERUH YANG CUBA MENCARI KEUNTUNGAN DARI KESUSAHAN DAN KESEMPITAN HIDUP ORANG LAIN!

9.Selepas hantar borang semuanya maka hangpa tunggulah tak lama prosesnya, anda akan dipanggil untuk ke Jemaah Doktor (JD)Jemaah doktor akan bersidang untuk menentukan hangpa betul2 menghidapi Keilatan atau tidak. Jemaah Doktor (JD) ni bukan sebarangan doktor beb..oktor pakar, jadi hangpa tak payah dok berlakon sakit la..semua dalam poket dorang jangan buang masa la woiii...ingat sama ada hangpa layak Ilat atau tidak bukan pihak perkeso tentutan namun ia ditentukan oleh Jemaah Doktor ini.

10.Bila selesai menghadiri Jemaah Doktor(JD)pihak perkeso akan memaklumkan keputusan JD(Jemaah Doktor)sama ada hangpa menghidapati Keilatan atau tidak. Jika anda disahkan menghidapati Keilatan dan caruman cukup maka dapatla PENCEN ILAT,pencen Ilat ni anda akan nimkati hinggalah hangpa pulih sepenuhnya atau kalau tak pulih2 sampaila dapat pencen Ilat sampai hangpa mati..jika hangpa mati pencen Ilat bertukar menjadi pencen Penakat untuk waris2 hangpa la. Jangan buat pening plak senang sangat ayat aku guna harap paham hehehe..bab pencen penakat dah berbuih mulut aku cerita tak faham lantak korangla!

nii contoh keputusannya..xleh tunjuk penuhla brooo..dokumen kerajaan :)

Ok lah..aku nak kemas barang2 nak balik kampung beb

selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan geng :)





Rabu, 24 Ogos 2011

Layanla gambar2 depan office aku ni hah

1.Hari ni aku temankan my bos ke rumah balu kakitangan SAJ Kluang yang terbunuh berhampiran bulatan ke Taman Sri Lambaak(T6),ia rentetan lawatan aku semalam ke rumah tersebut,but hari ni majlis penyampaian cek Faedah pengurusan mayat (fpm) dilakukan kira2 rm1500 gak la,tu hanya permulaan, nanti balunya akan mendapat pencen secara bulanan yang kami panggil sebagai pencen PENAKAT!pencen penakat sepertimana didalam catatan aku yang lalu aku dah terangkan satu persatu hangpa tak faham hangpa carila catatan lama aku tu, ala pencen pENAKAT ni pencen seumur hidup balu la..anak2 hingga umur 21 tahun atau degree yang pertama ok.hm sian balunya masih bersedih..

cek faedah pengurusan Mayat pun disampaikan

2.Balik kerja aku temankan member aku ni bayar zakat fitrah er er aku pun tumpang sekakila..satu kepala rm7.50 so de 4 kepala kena rm30..Alhamdulilah zakat dah aku tunaikan.
lama member aku ni pegang tangan amil zakat ni kekeke mcm nak pegang tangan kadi kali kedua jek kakakaka

3.Setiap kali bulan Ramadhan beginilah suasan didepan pejabat aku..adehhh apa nak buat..nak parking kereta pun jenuh mencari beb..dah la aku ni selalu kerja luar.sabarr je la..hangpa layan la..



4.Aku rasala satu2 nya pejabat PERKESO yang ada pejabat aku la mcm ni kot hehehe..layan dari atas plak hehehe..tiap2 hari godaan makanan beb..


OK aku chowww dulu beb

Selasa, 23 Ogos 2011

Tiga beradik mati lemas dipercayai ditolak ke dalam kolam takungan air

KLUANG - Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata, dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd Fawzi berkata, pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata, mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian.

Katanya polis kemudian berjaya menahan bapa kanak-kanak terbabit yang merupakan pemandu traktor di ladang berkenaan yang cuba membunuh diri dengan meminum racun.

Lelaki itu katanya turut berada di bawah pengaruh alkohol dan kini ditempatkan di Hospital Kluang untuk rawatan.

"Polis sedang menyiasat motif kejadian mengapa lelaki itu sanggup menolak anaknya ke dalam kolam yang menjurus kematian. Bedah siasat terhadap tiga kanak-kanak terbabit akan dilakukan hari ini untuk mengetahui punca kematian sebenar," katanya.

Menurut Mohd Fawzi polis sudah merekodkan keterangan ibu kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun bagi membantu siasatan dan polis sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suaminya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama

p/s: sok aku nak pi tengok bapak dia kat hospital kluang hidup lagi ka tak..lau mati caruman cukup maka warisnya dapat ppencen penakatla..hm ladang lambak ni selalu je aku masuk adehh pe la korang ni..

Alhamdulilah selesai siasat kes kemalangan maut @Taman Sri Lambak (T6)


1.Kadangkala kita sering diuji 1001 macam jenis ujian, ada ujian kecil - sekecilnya dan ada yang sebegitu hebat..cukup2 hebat dan amat memedihkan, betul kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Amat sukar untuk dijelaskan dengan kata2,jika kita mengalami dan merasainya nescaya kita akan mengentahui azabnya dugaan itu.

2.Hari ini saya masuk pejabat seperti biasa, macam biasala setiap pagi kami dahulukan hari kerja kami dengan bacaan doa..mudah-mudahan berkat kerja kami. Lepas doa terus ke bilik baru sahaja nak memulakan kerja telefon terus berdering..Saya baru sahaja dimaklumkan tentang satu kemalangan maut yang melibatkan kakitangan syarikat Air Johor (SAJ) kemalangan kereta vs kereta berhampiran bulatan Taman Sri Lambak T6, kakitangan SAJ itu terus meninggal dunia ditempat kejadian.

3.Sebaik menerima maklumat saya segera bersiap untuk ke rumah waris si mati di Taman Sri Lambak(T6) .Inilah antara tugas hakiki saya,terima maklumat terus bertindak. Dan itu jugalah yang diamalkan anggota penyiasat PERKESO di seluruh Negara.

4.Setelah sampai di rumah si mati ,saya lihat telah ramai sanak saudara dan masyarakat setempat yang berkunjung ziarah, saya faham situasi itu. Bila keadaan dah ok saya masuk kerumahnya dan disambut mesra oleh Balu si mati..saya lihat beliau cuba menguntumkan senyuman dalam keterpaksaan yang hakikatnya air mata mengalir laju membasahi pipi, ya saya cukup faham dan cukup2 faham..apatah lagi kita tak beberapa lama lagi akan menyambut hari raya..hari raya tanpa insan tersayang amat2 tidak bermakna.

5.Jenazah Allahyarham suaminya telah dikebumikan jam 10 malam tadi..ya beliau mengesahkan kemalangan yang meragut nyawa suami berlaku berhampiran bulatan T6,begitulah setiap kali kemalangan disitulah terjadi, banyak kes saya siasat disitulah tempatnya!
Saya lihat beliau masih bersedih, anak ada 2 orang yang masih mentah dan tidak memahami situasi berat dipikul Ibunya..Saya semak dokumen..saya terkedu hampir mengalirkan Air Mata namun saya gagahi jua agar air mata itu tidak tumpah di depan sanak saudaranya. Ya ini bukan kali pertama saya mengahadapi situasi sebegini..

6.Alangkah hibanya hati bila melihat dokumen yang ada rupa-rupanya Balu(Isteri si mati)adalah penerima Pencen Ilat Kami dan beliau sentiasa perlu di dialysis buah pinggangnya 3 kali seminggu..berat cukup berat dugaan yang menimpanya..2 anaknya masih kecil tidak mengerti apa2..Hari ni Ayahnya pergi mengadap Ilahi..dan Ibunya sedang bertarung Nyawa..Allahukbar, Saya sengaja enggan melihat anak2nya kerna saya tak kuat dan tak cukup gagah untuk menahan air mata dari gugur..Lantas saya terus cuba menyelesaikan amanah yang dipertanggungjawabkan pada saya agar kes tersebut selesai dengan segera,dalam hati kompem aku nak siapkan hari ini juga!

7.Saya juga terbayangkan diri saya..jika ditakdirkan saya pergi..saya amat mengharapkan rakan2 setugas membantu waris2 saya agar mendapat apa yang sepatutnya diperolehi,pesan dan wasiat ini setiap kali saya sampaikan kepada rakan setugas agar jika saya tiada mereka2 dibawah tanggungjawab saya tidak mengemis untuk sesuap nasi.

8.Lantas saya terfikir Alangkah bertambah peritnya penderitaan Insan ini jika tiada caruman PERKESO dilakukan?siapa yang akan menangung mereka?Anak2?rawatan dialysis?dan macam2 lagi???
Saya amat berharap Insan ini tabah mengharungi sisa hidupnya..Al Fatihah.

Balik je pejabat saya segera lakukan pe yang sepatutnya..dan Alhamdulilah kes selesai pada hari yang sama.

Ahad, 21 Ogos 2011

Novelis Azizi Abdullah selamat dikebumikan-Al Fatihah


KULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia hari ini akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang.

Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi.

Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu nuntuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia.

Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda. Beliau merupakan seorang pesara guru dan kemudiannya turut menjadi Ketua Editor Utusan Pengguna di Pulau Pinang.

Beliau meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.

Shahnon menyifatkan beliau telah kehilangan seorang sahabat karib yang banyak jasanya dalam dunia kesusasteraan negara di samping seorang penulis yang prolifik dan disegani di kalangan rakan-rakan.

Azizi juga pernah memenangi Anugerah SEA Write 1988.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Time sekolah dulu sempat mengunakan teks seorang tua dikaki gunung.Al- fatihah

Sabtu, 20 Ogos 2011

Socso also provides for mishaps outside working hours?


GEORGE TOWN: Social Security Organisation (Socso) contributors can apply for aid under the Mishap Pension Scheme (Skim Pencen Ilat) for accidents, mishaps or illnesses that occur outside working hours.

Social worker Chong Sin Wooi, 36, said that not many people were aware that Socso provided aid for such cases.

“The common perception is that claims can only be made for mishaps for work related injuries. So long as one is a Socso contributor for at least one-third of his career and is below the retirement age of 55, one is able to apply for such aid,” he said.

He said that this scheme included illnesses such as cancer, asthma, and heart attacks certified by doctors.

He added that Socso also provided aid for those undergoing kidney dialysis.

“Those undergoing dialysis treatment do so at least twice a week, with a charge of up to RM150 for each treatment. They can apply to have their treatments subsidised by Socso,” said Choong.

He said this at a workshop held at the Tanjung Bunga Community Development and Security Committee (JKKK) office that about 20 members took part in.

Tanjung Bungah assemblyman Teh Yee Cheu said that such workshops were good to keep the public informed and aware of their rights.

“There should be more of such workshops so that the public can fully utilise the benefits,” said Teh.


The star Saturday August 20, 2011 MYT 7:47:00 PM

Jumaat, 19 Ogos 2011

MEMBUNUH ISTERI MENIKMATI PENCEN LANTAS MENGECAPI NIKMAT KEHIDUPAN BETULKA???


1.Agak lama saya langsung tidak berpeluang untuk menjenguk diari perjalanan harian saya ni,dari hal tuntutan kerja yang menimbun hinggalah kesibukan melayan kerenah anak-anak menjadikan masa yang sentiasa tidak cukup untuk diri ini.
hm tak terlayan kerenah anak2 ni :)

saper yang tak sayang keluarga beb

kerna keluarga adalah kekuatan

kerna keluarga dibina atas dasar kasih dan sayang..hai black mentor you macam ne puasa ok ka??

nikmat kehidupan berkeluarga..

kebahagian..keriangan

2.Kira-kira 1 minggu yang lalu saya telah diberikan satu kes untuk siasatan berkaitan kes bunuh, lebih tragis kes bunuh itu melibatkan si suami yang membunuh isterinya sendiri.Ya siasatan kami cukup berbeza dari siasatan pihak berkuasa lain, kenapa ianya berbeza???kerna kami bukan untuk menghukum bahkan kami siasat dan melengkapkan beberapa dokumen untuk "membantu pembunuh itu merima apa yang seharusnya beliau terima mengikut peruntukan Akta Kami" membantu pembunuh???alangkah kejam sekali!ya sekali imbas begitulah...

3.Untuk itu seawal jam 9 pagi saya dan seorang rakan setugas telah berada di penjara Kluang untuk sesi temuduga pesalah kes bunuh tersebut,macam biasa bilamana masuk ke kawasan penjara telefon bimbit dan kemera terpaksa ditinggalkan,maka tak dapatla saya merakam sesuatu untuk kenang-kenangan saya dikemudian hari.

4.Sebenarnya sebelum berjumpa Si pembunuh ini saya sebenar-benarnya amat berat hati dan tidak sanggup untuk menolongnya atas kapasiti peribadi!untuk apa saya perlu membantu pembunuh!!!!Ya pada hari itu saya berpeluang bertanyakan macam2 persoalan yang terbuku dihati..pasai pe sesuka hati dia membunuh Isterinya???mangkuk hayun punyer orang..lu gila ka?kalu ikutkan lantak ko la brooo..lu bukan manusia ..lu kejam!!!ramai kawan2 saya katakan pada saya jika merekala..mereka takkan bantu penjenayah semacam ini!Apa nak buat itu hak pembunuh..ya walaupun beliau pembunuh namun bukan semua haknya kita nak nafikan dari sudut perundangan!itu Jelas bro.

5.Sebaik sahaja masuk pintu utama penjara saya diiring ke penjara lelaki, disitu kawalan ketat dilakukan..nak masuk kedalam penjara utama pintunya macam buka pintu Gua dalam cerita Ali Baba,punyala besar pintunya..setelah mendaftar masuk saya diiringi Unit Keselamatan penjara(UKP) ke sel tempat perjumpaan hm seingat aku satu bilik khas,peguam pun jumpa kat situlah.

6.Taklama kemudian UKP yang mengiringi saya membawa si pembunuh tersebut..hm sekali tengok banduan ni biasa sahaja,badanya kurus je,nampak baik..kecil aje pelbagai perkara terlintas dihati,bilamana dah ada didepan mata pelbagai soalan saya tanya..tak perlulah dijelaskan apa yang ditanya..ianya sulit kan beb!Namun tak dinafikan saya agak kecewa dengan beliau..walaupun saya faham beliau mempunyai masalah rumahtangga namun jalan membunuh bukan penyelesaiaan terbaik..itulah kata2 saya padanya.

7.Agak panjang lebar saya menemubual beliau sambil ditemani rakan setugas dan Unit keselamatan penjara yang langsung tidak meninggalkan kami sendirian.

8.Saya katakan padanya di Malaysia ini kamu adalah Insan yang bernasib baik!!!cukup2 bernasib baik!!!Sudahlah kamu membunuh Isteri kamu,kamu pulak disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat..hukuman cuma 16 tahun..dan apa yang lagi yang lebih mengembirakan sebaik kamu dibebaskan kamu akan menjadi OKB (orang kaya baru)saya bagitahu beliau..dalam peruntukan Akta keselamatan sosial perkerja 1969(AKSP 1969)kamu layak mendapat pencen..dengar baik2 kamu layak mendapat pencen penakat dari kematian Isteri kamu yang kamu dengan tangan sendiri telah membunuh isteri kamu!!!kamu faham tak!ya..beliau telah lama menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat..beliau dijatuhi hukuman cuma 16 tahun..2015 bebasla beliau..InsyAllah beliau akan dapat berjumpa saya diluar nanti..jika itu yang beliau mahu!

9.Dalam kes ini,beliau walaupun penjenayah,pembunuh isterinya sendiri(tanpa niat)namun disebabkan isterinya adalah PENCARUM PERKESO maka kematian isterinya itu menyebabkan sang suami pembunuh isterinya itu tadi secara automatik layak menerima pencen penakat dari kematian isterinya dan pencen penakat adalah pencen seumur hidup yang akan dinikmati beliau..hebat hebat..namun itu adalah undang2 dan itu adalah haknya!!apa nak buat!

10.Bila sahaja dapat tahu beliau akan mendapat pencen penakat dan tunggakan pencen penakat wahhh bukan main gembira lagi..macam durian runtuk..duit tersepak beb!ya walau kita geram benci menyampah dan berat hati namun HAK dan undang2 perlu dijalankan..

11.Saya sempat bergurau dengannya..lepas ni lu kaya la brooo..bebas penjara 2015 lu dah de puluhan ribu..lu dah leh kahwin baru la..lu dah leh beli kereta besar..lu boleh buat bisnes broo..but jangan ulangi kesilapan bodoh kamu yang dulu!

12.Saya tanya pasai pa dia dihukum bunuh tanpa niat (seksyen 304 kanun keseksaan)dia jawab dia mabuk itu malam baru balik karoeke maaa..dia kata isterinya curang...hm bab rumahtangga..saya tanya macam mana cara lu bunuh lu punya isteri?dia cakap wa cekik dia....mati looooooo

13.Saya sempat memberi nasihat pada beliau..ya itu kesilapan lampaunya..harap sangat ia tak akan diulangi..Ini kali kedua saya ditugaskan ke penjara..kali pertama dulu di penjara Simpang rengam juga kes sadis seorang bapa merogol anaknya..bermasalah dengan isterinya namun bila isterinya meninggal dunia akibat nahas dalam perlanan ke tempat kerja dan isteri di klasifikasikan sebagai kes bencana kerja beliau banduan ini juga menerima pencen Faedah orang tangunggan (FOT)seumur hidupnya ..kejam bukan!!!!!Namun itu juga adalah haknya yang telah termaktub didalam Akta..ya hukuman tetap hukuman..kesalahan beliau terhukum dek undang2 jenayah yang sedia ada, namun pada masa yang sama haknya di sisi perundangan kami tidak harus dinafikan..

14.Ianya cukup mudah untuk difahami..jika Isteri meninggal dan layak menerima pencen penakat atau FOT maka warisnya sudah tentu sang suami..dan anak2 yang belum mencapai 21 tahun,begitu juga sebaliknya!jelas dan amat jelas bukan..langsung tiada kompromi walaupun kematian itu melibatkan pasangan membunuh pasangan!

Nantila bila ada masa dan kelapangan saya akan huraikan bab dan persolan ini.Namun apa yang saya harapkan kes sebegini tidak menjadi tren..jangan hancurkan Institusi kekeluargaan kita..setiap masalah ada jalan penyelesainya..

15.Akhir pertemuan saya dengan banduan kes membunuh(bunuh tanpa niat)saya sempat pesan padanya..you amat bernasib baik..you tak dihukum seksyen 302..you selamat..you keluar penjara you kaya..namun you ingatla jangan sesekali ulangi perbutan sebegini lagi..tak seumur hidup kamu, kamu sentiasa bernasib baik..gunalah duit pencen ini untuk memulakan hidup baru..ada masa jika saya masih disini maka berkunjungla ke pejabat dan cari saya jika perlu khidmat nasihat!

Terima kasih banyak2 buat Jabatan penjara kluang yang sudi memberi kerjasama yang amat baik pada saya.tak lupa Unit komunikasi unit rekod penjara kluang,timbalan penguasa penjara kluang saudara Mahazir(rakan sekolah saya)unit keselamatan penjara (UKP) dan pegawai kebajikan penjara yang sudi memberi kerjasama yang penuh pada saya.

tentang bab pencen penakat dan cara2 kelayakan dan cara tuntutan telah saya ceritakan dalam post yang terdahulu...carila sendiri :)