Khamis, 20 Januari 2011

PRK ke 15 di N27 Merlimau


1.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

2.Takziah kepada keluarga arwah dan Alfatihah sedekahkan untuk Allahyarham ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam sebentar tadi. Sama-samalah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat.Walaupun kita berbeda ideologi politik namun dalam bab sebegini kesedihan harus dikongsi bersama..

3.Aku bukan bermaksud untuk tergesa-gesa untuk membicarakan soal pilihanraya kecil, namun di sini disertakan Keputusan Penuh Pilihanraya Umum 2008 yang lalu bagi DUN Merlimau mana la tahu ianya berguna hehehe..lepas ni agaknya bertimbun-timbun pulak la projek segera di merlimau gamaknya...tabur janji lagi la..modal apa la UMNO nak bawa kat sini hahaha tak kan modal politik pembangunan lagi kot..kata melaka maju..

N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)

4.Nampak gaya berjuta-juta plak la duit rakyat habis dek projek segera..agak2 najig demam la kot lepas ni..baru je tenang nak mula..berjankit ke merlimau..dan sedia menunggu kota seputeh kedah kekekeke

Ahad, 16 Januari 2011

DUN tenang@tahniah kak mala (Normala Sudirman) bekas Guru pemulihan khas


1.Seperti dijangka banyak pihak PAS meletakkan calon wanita iaitu Cikgu Normala Sudirman( biasa panggil kak mala je) untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.Pengumuman baru je dibuat sebentar tadi oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

2.Cikgu Normala merupakan ketua Muslimat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Cikgu Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

3.Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

4.Buat cikgu mala selamat berjuang...saat manis dapat berkomunikasi dalam FB group Pemulihan khas tak akan dilupakan!thanks kerana sudi berkongsi idea dan Ilmu!

Khamis, 13 Januari 2011

badi penyapu masih melekat pada Khir toyo


1.Masih segar dalam ingatan aku tentang gambar diatas, seingat akula gambar ini diambil sempena penganugerahan Hadiah penyapu kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHs)mereka menerima Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 dalam bentuk penyapu,alangkah hibanya mereka dikala itu dan sudah tentu 2 orang hamba Allah yang menerima anugerah penyapu itu tak kan melupai bahkan akan mengingatinya sehingga ke akhir hayat..sungguh kejam khir toyo dikala itu, dikala dia berada di puncak tampuk kekuasaan maruah orang dipijak-pijaknya.

2.Kini siapa khir toyo????adat dunia jika sudah tiada kuasa, ibarat pokok rendang maka kura-kura pun boleh memanjatnya...itulah kita hidup ni jangan anggap kuasa yang ada pada kita akan kekal buat selama-lamanya..ingatlah pada satu ketika nanti kita akan dibawah juga..kita tak akan sentiasa mampu menonggkat langgit yang biru..ingatan itu bukan hanya untuk khir yang ternyata kini menerima balasan atas perbuatannya akibat kealpaan dan keghairahan mengunakan kuasa yang ada.Bahana ada kuasa ni cukup tinggi..jangan rasa kita ada kuasa kita melakukan pelbagai perkara tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain, tak kirala siapa kita..ketua jabatan ka..atau guru besar ka!Nah sekarang siapa khir?agaknya jual tempe goreng la lepas ni..uik nak cabut gigi kat klinik khir mahal ooooooo jangan main-main beb!

3.Kini khir tololtoyo jatuh bertimpa-timpa..sudahla menhadapi pertuduhan rasuah berkenaan lot banglo yang dimilikinya..beliau juga hilang jawatan sebagai timbalan pengerusi UMNO, perancang stategi UMNO selangor dan yang terbaru lagi memalukan dari penerima hadiah penyapu yang khir kurniakan dulu..gamaknya 2 penerima hadiah peyapu kompem terseyum lebar hahaha apa taknya hari ni khir tiada title datuk seri lagi..sebelum ini khir beria-ia menwar war kononya beliau dengan sukarela menyerahkan buat sementara pingat SPMS yang membawa gelaran Datuk seri, namun hari ini bagai ledakan bom amat mengerunkan sudah pasti lebih mengerunkan dari menerima hadiah penyapu dari khir,apabila Penyerahan balik Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran “Dato' Seri” kepada Dr Khir Toyo, adalah sebenarnya atas arahan Sultan Selangor dan bukannya 'penyerahan sementara' seperti yang didakwanya.Keputusan berkenaan dibuat oleh baginda setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor pada 11 Januari lalu yang memutuskan darjah itu digantung, kata Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan hari ini.Aaaaaa mana mau letak muka khir tolol(dalam bahasa kelate tolol ada maksud)begitu la malunya 2 pegawai yang menerima peyapu dari khir maka khir hari ini lebih malu dan hampir hilang semuanya berbanding dengan 2 pegawai yang khir malukannya mereka dulu...

4.Rasanya belum terlambat untuk 2 pegawai yang menerima 2 batang penyapu dari khir di era kejatuhan UMNO sebelum pru 12 dulu dapat kiranya mengembalikan semula 2 penyapu tersebut untuk di simpan rapi oleh khir dirumahnya..opsss Istana khir@rumah agam yang mustahil aku dapat bina sekiranya makan gaji..orang politik lain la masuk kiri kanan atas depan semua mereka bedal!Rasanya dua batang penyapu tu ada lagi kan???? bak kata SAUDARA Tukiman Nail yang budiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu
Selangor (YDP MDHS) menyatakan “Saya letak penyapu itu dalam pejabat
sebagai inspirasi serta iktibar kepada saya dan kakitangan.” Betul ke? Jika
betul kenapa berkata begini: “Sesiapa pun memang sukar hendak menerima
penyapu sebagai hadiah tetapi saya bersifat budiman, naik juga dengan
perasaan macam-macam...” aku tak pernah lupa kata-kata saudara tukiman ini..jika aku anak beliau aku pasti......tak sanggup ayah aku diperlakukan sebegitu....agak-agak khir nak naik pentas terima semula ka peyapu ni???

hm jika hilang pilihla mana satu..

opsss ni peyapu rumah aku tak boleh bagi ye

Rabu, 12 Januari 2011

Hasan Ali ternyata bebal dalam banyak hal


1.Hari ini media menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang antara lain menyatakan, beliau boleh bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."
"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah.

2.hebat hasan Ali..hang memang hebat..bagusla PAS mempunyai pesuruhjaya macam hang!Keyataan Hasan Ali diberi lipuatan meluas media Umnoapco dan hasilnya mampu memecah belahkan perpaduan pakatan rakyat diselangor seolah olah sidang DUN berkenaan pindaan Mengembalikan kuasa raja sedikit bermasalah...atau hasan ni tak suka pindaan kot????beliau seumpama gunting dalam lipatan..dikala rakyat dijalan raya menuntut penurunan harga barang dimana kelibat beliau wahai hasan???dikala rakyat ke jalan raya memprotes isu air selangor dimana muka kamu hasan???

3.Agaknya hasan ni bermimpi..bermimpi ingin memeluk UMNO bekali..pergilah hasan tiada siapa yang bakal menangisi kepemergianmu ke sisi UMNO jika kehadiranmu nyata menyusahkan parti disaat kita menghadapi pelbagai rintangan dan tembakan fitnah dari segenap sudut!Musuh dari luar parti jika mereka hentam kita tak megapa itu kerja depa..namun jika pesuruhjaya sendiri belot..aduhhhh ini kes teruk!sudah tiba masanya beliau harus ditukar atau pru 13 dipencenkan sahaja!

Selasa, 11 Januari 2011

Kuasa beli@penurunan pendapatan boleh guna isi rumah

1.Sejak akhir-akhir ini rantaian geng2 pengeluar/pekilang/pemborong dan peruncit bukan main galak lagi menaikkan harga pelbagai jenis barangan,mereka tanpa belas kasihan dan secara semberono meletakkan harga tanpa dapat dikawal mana2 agensi kerajaan seolah-olah negara ini bapak dia yang punyer..begitu hebat penangan kapitalis, disitu ada permintaan disitulah ada penawaran, hakikatnya budaya boikot yang cuba disuntik kedalam minda rakyat malaysia nyata tidak berhasil bilamana kesemua barangan keperluan asas naik harga!nak boikot pebenda nya!nak salahkan mereka 100 peratus mustahil, ada benar kata mereka faktor kos pengankutan menjadi alasan khususnya kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini.

2.Aku nak muntah bilamana iklan dari KPDNHEP menyuruh pengguna jadi bijak hahaha nak jadi penguna bijak macam mana jika ke seluruh kedai harga semuanya naik?????lembu pun lebih cerdik dari pemikiran kementerian ni!dah la menterinya kaki penipu..sekejap kata minyak tak naik..last2 tang tu jugak naik!Kementerian ni aku syorkan ditukar nama la ..bukan lagi kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna..kerna mereka bukan lagi pelindung kepada pengguna!Ubah je jadi kementeri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal kenaikkan harga barang!itu lebih sinonim!

hm shoping kat zon ria la jawabnya..boleh sikit berjimat..siannn anak2

cuci mata je la..

3.Dulu kuasa beli rakyat khususnya yang berpendapatan rendah pada pra stabil kini adakah lagi kuasa beli mereka!!!!!kuasa beli sudah tidak releven lagi dan rakyat telah hilang kuasa beli pada realitinya seolah olah menjadi pengemis jalanan pada satu hari nanti...jangan pula ada menteri menyuruh rakyat tanam kelapa sawit untuk mendapatkan minyak masak murah, jangan pula suruh rakyat tanam bawang untuk dapatkan bawang murah, dan jangan suruh rakyat buat kilang susu tepung bayi sendiri untuk dapatkan susu murah dan jangan suruh rakyat bina kilang pamper sendiri untuk dapatkan pamper murah...bak kata Mustapa anak mamat jeli suruh rakyat makan ubi kaytu dikala beras naik harga..itu jalan penyelesaikan pemikiran tahap budak tadika la..baik tak payah jadi pemimpim jika masalah rakyat dibalingkan kepada rakyat semula untuk diselesaikan!

nak jadi penguna yang bijak pusing sana pusing sini sampai anak pun da mengantuk la..boringla tu bekali

sara tak nak beli bah..sara nak tengok je..boleh kan kan

4.Aku tak kata orang lain susah mungkin rakyat yang suka pada kerajaan mereka tak mengeluh dan tak marah bahkan amat suka jika kerajaan naikkan harga barangan..peh bagusnya dorang ni ya..nak jugak aku jumpa jenis rakyat macam ni!Aku ni etrgolong dalam rakyat yang hampir hiolang kuasa beli dan jika kuasa beli dah hampir hilang isu pendapatan boleh guna juga kian terjejas..apatah lagi tabungan isu rumah!Zaman ni zaman berkira orang kata..10 sen dah cukup besar kini..duit semakin sukar dikawal..jika pun kira rajin pusing sana pusing sini untuk membandingkan harga khususnya untuk dapatkan harga rendah penat je pusing harga sama je..namun jika beza 10 sen pun dah kira bernasib baik.

5.Ada juga yang mengatakan Ubah gaya hidup!hahahaha..sape yang perlu ubah gaya hidup!!!malas aku nak sentuh bab ubah gaya hidup...hahaha rakyat marhaen nak ubah gaya hidup jadi melarat ka apa???

aku bawa kabutar je macam ne nak ubah gaya hidup..

pekerja biasa..


abah kata nak beli barang ne cermin diri dulu ikut kemampuan hahahaha..bukan cermin diri lagu tu la sara woi

6.Rakyat macam aku kini bukan lagi mengejar barangan jenis kehendak..dah tak main dah kehendak2 ni..kami nak penuhi keperluan asas je ..itu pun dah cukup perit!ya kita ada gaji namun gaji naik barang naik 3 kali ganda ..apa lagi yang kita ada???pilihan apa lagi yang ada?pehhh masa naikkan gaji posmen bukan main bangga sana sini diwar warkan namun tahkala masa yang sama keperluan asas naik harga 3 kali ganda..tak dak makna naik gaji la macam tu..mana tabungan isi rumah jika begini jadinya..opsss tak hairan jika dulu kita mampu membeli pelbagai aset kini tidak lagi...cukup bulan bukan menghitung berapa RM tabungan isu rumah tapi tak dak RM lagi nak hitung..hebat kerajaan kita menjaga kebajikan rakyat!kehebatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata..

ini kehendak ka keperluan..hm kehendak ni mama..kita tengok je ye hahahaha..tunggu kempen sale

bah mama masuk tengok katalog ye hehehehe..akhirnya tunggu sale next kempen

sale girl berjaya meyakinkan sara bahawa baju ni benar2 murah hahaha


kerajaan perlu telus bukannya main sorok2 sebegini dalam mengawal harga

7.Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..
Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..kapitalis sukar lagi dikawal disaat ini..nampak gaya kerajaan kian takut ugutan,bantahan dari golongan peniaga dari takut akan bantahan rakyat..rakyat miskin hina inilah yang memastikan kedudukan mereka di kerusi emput parlimen atau DUN..dasar lupa daratan!


jangan kentut rakyat dengan tipu helah kamu..

kerana..hidup ini bukan buat selama-lamanya..begitu juga parti politik dan kerajaan pasti berkubur..

realiti

jangan duk cakap belawok gak ismail..

Isnin, 10 Januari 2011

Elok bebenar makan2 kat opis je..

1.Sabtu lepas sepatutnya aku pagi-pagi lagi dah berlepas ke kampung punggur rengit, ada majlis buat anak sepupu, mak saudara dari jauh bukan kepalang gembira dek kerana menerima cucu pertama..itulah putaran roda kehidupan yang telah di tetapkan oleh yang Maha Esa..yang lama pasti berganti...itu hakikatnya.

2.Namun dek kerana ada sedikit aktiviti kekeluargaan di pejabat maka aku pergi ke sana sedikit lewat..takpa nak buat macam mana janji dapat ke dua-dua majlis tanpa mengecilkan hati mana-mana pihak!Macam biasala nak tunggu dua puteri aku ni bangun maka agak lewat sikit keluar untuk bersiap ke pejabat.Nur Qaisara humaira dan Nur Qaleesya Humaira..pening kepala den!

3.Jam 9 pagi dah kuar hehehe aku dan wife serta Nur Qaisara humaira tak sempat makan da..ikut perjanjian jam 10.00 pagi dah de kat v bow kluang parade but lapar punyer pasal kita orang singgah makan kat Kluang Rail Coffe kat sebelah opis je la..but aku tak tahu nak makan apa kat sini sebab dah terlalu biasa..hm hm nampak gaya my wife n Qaisara je nampak berselera sekali makan...depa ni bantai cukup..hm bukan depa yang nak de pertanding..hm lebih plak dua beranak ni hahahaha..

hm berselera mama makan..

mama cepatla sara nak makan jugak la..

ni yang sara tunggu..roti stim pehhhhhh

4.Malas aku nak tulis pasal game hari tu coz dah ada dalam N3 yang lalu..N3 ni bab pasal makan je hahahaha..balik dari game..dengan muka kepenatan dan puas dek kerana acara kami telah berjaya diselesaikan setelah game ni berlanjutan dari tahun 2010 hujung akhirnrya awal 2011 pehhh punyerla lama game sukan kami kan kan..dimulakan dengan ping pong,congkak,dat,karom,dam dan boling peh...liga beb liga!

5.Balik pejabat...inilah keadaannya hehehehe..ini bukan hari keje oooooo


mak aik ni kaunter opis aku ka..

pehhh banyak makanan..mcm2 ada mengalahkan hidangan hotel oooo

hm..tunggu nak makan ekk




pe pun majlis kalau buat kat opis kompem best..ada orang kononya mau grand maka dibuat di luar dan beratus2 RM habis..membazir la beb...bagus buat kat premis kita sendiri..sendiri buat sendiri makan sendiri gegar..hahahaha tak payah nak glamer2 pi majlis just nak makan je merantau kesana ke mari...saat ekonomi dan pendapatan kita kian menjadi sempit dan amat menyulitkan dikala nilai mata wang tidak sebesar dulu nilainya..langkah sebegini elok di praktikkkan..asalkan matlamat utama mengeratkan silaturahim tercapai!itu sudah cukup membanggakan dari bermegah gilang gemilang meraikan sesuatu dengan pembaziran...pembaziran sudah pastinya rakan syaitan kakakakaka...x yah nak bermegah megah seolah mau bina itu menara 100 tingkat la kakakakaka


sebut pasal keje Alhamdulilah..walaupun aku sesekali sahaja berada di opis but aku happy mempunyai staff@kerani yang sentiasa menurut perintah..itu dah cukup baik!!!

aik..budak sara ni buat jelingan tajam tu kakakaka mybe terkejut tengok result jatuhan pin abah beliau muaaaahahahahahahahaha

but..dalam kerja ni pelbagai ragam manusia kita jumpa..adakala Unta padang pasir lebih berhati mulia dari manusia...bla bla bla sana bla bla sini..unta jugak yang baik

ceh ceh patutla aku kalah budak botak ni jampi bola aku kakakakka aiyaaa..ni ejen team kuning ni hahahaha

Sabtu, 8 Januari 2011

Layan boling dan melawat anak sepupu

1.sebenarnya hari ni agak malas nak bangun awal, malam tadi berjaga tido pun lewat malam seawal pagi la tu..namun terpaksa gagahi jugak coz hari ni aku de pertandingan boling la..nak wak mcm ne

2.sesekali bawa keluarga bermain boling ni seronok la beb..puas n leh hilangkan stress..

3.hm...banyak memori indah n saat manis antara aku dan permainan ini dikala masa belajar di usm dulu..kini semua tinggal kenangan..kenangan yang tak boleh dilupakan dikala bermain luncur ais di bukit jambul..sememangnya best!!!!

4.Aku main boling saje2 nak memenuhi jadual perlawanan je..dah lama tak main..dulu boleh la main..nak kata hebat tak la tapi ok!!!

tambah-tambah lagi de penyokong setia disisi

ni peyokong fanatik aku hahahaha..bola masuk longkang pun tetap kata abah menang abah menang hahaha kompem fanatik!!



ibu-ibu yang anak depa ni bakal didalam kelas yang sama hahaha

team abah sara

team merah (musuh abah sara ) hehehe

team kuning ( kuat ambik gambar je )

hadiah jadi rebutan hehehe

setia menanti abah beraksi

sokongan tanpa jemu hehehe


5.balik lawan boling aku bergegas pi tengok anak sepupu yang baru lahir...




penat nak tulis kekekeke