Ahad, 16 Januari 2011

DUN tenang@tahniah kak mala (Normala Sudirman) bekas Guru pemulihan khas


1.Seperti dijangka banyak pihak PAS meletakkan calon wanita iaitu Cikgu Normala Sudirman( biasa panggil kak mala je) untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.Pengumuman baru je dibuat sebentar tadi oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

2.Cikgu Normala merupakan ketua Muslimat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Cikgu Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

3.Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

4.Buat cikgu mala selamat berjuang...saat manis dapat berkomunikasi dalam FB group Pemulihan khas tak akan dilupakan!thanks kerana sudi berkongsi idea dan Ilmu!

2 ulasan:

  1. Bro! sampaikan salam tahniah buat cikgu mala. Semoga PAS berjaya menambah kerusi di Johor. Buktikan bahawa Johor bukan lagi kubu kuat BN.

    BalasPadam
  2. my bro:InsyaAllah...doakan kita beroleh kemenangan dikubu pihak musuh

    BalasPadam