Jumaat, 15 Disember 2017

jangan sesekali mengunakan sijil cuti sakit palsu untuk claim Perkeso!!!

1.Sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit (MC Palsu) nampaknya kini kian menjadi-jadi..selesai kes sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Perak kini muncul pula sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Melaka seperti mana yang telah dihebahkan oleh pihak PDRM Melaka melalui bahagian siasatan jenayah komersialnya..sudah tentu adanya permintaan tinggi dari pelbagai pihak terhadap Sijil Cuti Sakit Palsu ini, yang menyebabkan Sindiket ini wujud dan menjadi salah satu 'perniagaan'/'perusahaan' yang boleh mengaut keuntungan 'lumayan'..tanpa memerah keringat pun!
2.Para Pelanggan mungkin terdiri dari pelbagai latar belakang..para pekerja disektor swasta mahupun awam,pelajar dan lain2..Namun biasanya cuti sakit golongan pekerja lah yang selalu  memburunya..dengan pelbagai alasan salah satunya untuk menghalalkan percutian mereka tanpa kelulusan dari BOSS mereka..itu satu hal..jawablah dengan BOSS kalian masing2 bila telah kantoi nanti.Jika majikan mengambil tindakan memecat kalian tanpa apa2 caj ok..tapi kalau majikan melaporkan perihal tersebut pada pihak polis maka masaklah kalian..mengunakan sijil cuti skait palsu adalah menjadi kesalahan besar mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun,sebatan dan denda..berat juga hukumannya tidak berbaloi sama sekali untuk kalin terjebak dengan perkara bodoh sebegini!
3.Cuma ingin aku tegaskan dalam membuat tuntutan dengan pihak Perkeso khususnya berkaitan bencana kerja sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya dalam perjalanan pergi atau balik kerja nasihat aku cukup jelas jangan sesekali bertindak bodoh untuk mengunakan Sijil Cuti Sakit Palsu  untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, kelak kalian yang akan menanggung sengsara yang tiada kesudahan,pertamanya sudah tentu pihak Perkeso tidak akan membuat bayaran jika terbukti Sijil Cuti Sakit itu Palsu..sebabnya sebelum meluluskan pembayaran cuti sakit terhadap sesuatu kes pihak Perkeso akan meneliti kesahihan Sijil Cuti sakit tersebut termasuk Hospital/Klinik yang mengeluarkannya,nama doctor yang menandatangi sijil cuti sakit tersebut dan jika menimbulkan keraguan pihak Perkeso adalah biasa merujuk terus ke Hospital/Klinik yang mengeluarkan Sijil Cuti sakit tersebut dan kalau tak memuaskan hati lagi pihak Perkeso akan mohon laporan perubatan pesakit tersebut!maka tiada ruang untuk mereka menipu Perkeso dengan mengunakan sijil Cuti Sakit Palsu ini.
 
4.Namun begitu seandainya berlaku juga 'terlepas' hehehe dan ianya akan berjaya jua dikesan kemudian maka azab la kalian dimana setiap Sijil Sakit Palsu yang dibayar PERLU dibayar balik pada pihak Perkeso..bukan itu sahaja tindakah Mahkamah sememangnya WAJIB menunggu kalian untuk kes2 sebegini..salah satunya melalui sekysen 420 Kanun Keseksaan itu tadi..so jangan bertindak bodoh..jangans esekali hendak menyambung cuti sakit yang telah habis disambung dengan cuti sakit yang Palsu..akibatnya amat buruk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan