Ahad, 24 Disember 2017

terharu terima tunggakkan pencen penakat perkeso berjumlah RM159 ribu

1.Seorang Isteri langsung tidak menyangka rupanya caruman Perkeso yang dibuat oleh majikan arwah suaminya menyebabkan beliau layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kematian suaminya..itu pun beliau hanya menyedari boleh dan layak membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kira kira 9 tahun selepas kematian suaminya..kisah sebegini mungkin ada lagi dan lagi ini kerana walau pun pelbagai kempen penerangan,taklimat dan hebahan yang dilakukan pihak Perkeso saban tahun,namun masih belum benar2 mampu untuk 'sampai' ke segenap lapisan masyarakat..pelbagai program Perkeso turun padang melalui program seranta dan program Perkeso bersama pemimpin dan masyarakat setempat masih belum betul2 nampakkan impak ke segenap lapisan masyarakat bawahan..atau mungkin yang hadir pada sesi ceramah penerangan hanya mendengar disitu serta hanguk2 jeling2 makan2 dan balik dan tidak menyebarkan pada kawan2 ahli masyrakat yang lain..Ahhh ini hanya perpepsi dalam fikiran aku saja hahaha...namun inilah cabaran serta hakikat yang sentiasa dihadapi untuk menyedarkan masyarakat tentang hak2 mereka apabila mencarum dengan Perkeso..
2.Berbalik pada Isteri kematian suami tadi..beliau yang tinggal di salah sebuah kampong di Kahang Kluang telah kematian suami sejak tahun 2008, suaminya meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan ianya tiada kaitan dengan kerja sebenarnya..maka sangkaan beliau kalau suami meninggal disebabkan tidak bekerja atau bekerja sendiri tidak boleh dan tidak layak untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, lantas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan selepas kematian suaminya..masa itu beliau hidup susah dan dibantu adik beradiknya yang lain kerana beliau tidak bekerja bergantung sepenuhnya pada Suami dan mempunyai 2 anak yang masih kecil dan belajar darjah 5 dan 2..kematian suami tahkala anak masih kecil besar dugaan dan cabaranya..
3.Namun satu hari beliau terbaca di ruangan facebook yang mengatakan kematian suami atas apa sahaja sebab boleh dibuat tuntutand engan pihak Perkeso sekiranya layak dari segi kelayakan umur dan juga layak dari segi kelayakan caruman..bertitik tolak dari maklumat itulah beliau cuba bertanya rakan sekampungnya yang juga telah membuat tuntgutan Pencen Penakat Perkeso juga atas kematian suami, bertindak atas maklumat itu beliau memberanikan diri untuk hadir ke pejabat Perkeso kluang untuk membuat semakan dikaunter pejabat Perkeso itu pada 10.12.2017 yang lalu alangkah terkejutnya beliau setelah semakan mendapati Arwah suaminya mempunyai bilangan caruman yang mengcukupi untuk membolehkan beliau membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso..beliau pada hari itu terus membuat tuntutan dan pihak Perkeso Kluang telah memproses tuntutan pada hari yang sama dan pada hari yang sama bayaran faedah Pengurusan Mayat berjumlah rm1500 dibayar kepada beliau..
4.Geng..bukan itu sahaja jumlah yang beliau dapat dari Perkeso..faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah rm1500 itu hanya permulaan sahaja..beliau seterusnya layak menerima tunggakkan pencen Penakat arwah suamiunya sejak dari tarikh kematian suaminya 9 tahun lalu dan jumlah tunggakkan Pencen Penakat itu dibayar pada hari ni yang terkumpul lebih Rm159 ribuuuuuuuuuu!!!Alhamdulilah!Beliau juga menerima Pencen bulanan sehingga beliau meninggal dunia..yakni Pencen Penakat berjumlah rm1400 sebulan!Inilah hak beliau yangs epatutnya beliau perolehi sejak 9 tahun yang lalu..geng ayuhhhh ketahuilah hak2 anda sekelian..periksa anak2 suami isteri sahabat handai apakah telah membuat caruman dengan pihak Perkeso?hangpa belum terlambat geng..cepatlah bertindak!!!
5.Sempat bertemu muka dengan beliau di rumah mertuanya semalam..beliau sungguh terharu..dan tidak lekang dari bibirnya mengucap syukur dan berterima kasih pada pihak Perkeso..katanya wang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk pembelajaran anak anaknya..geng salahs atu sebab blog aku ini sentiasa update cerita2 sebegini khususnya hal2 berkaitan Perkeso kerana inilah salah satu perjuangan aku..panjang perjuangan ini harapnya ia mampu membantu ramai orang diluar sana untuk lebih faham tentang faedah yang disediakan Perkeso...hohoho ianya cacatan ikhlas untuk pencari maklumat Perkeso hehe..dan ianya tiada kaitan langsung dengan organisasi atau mewakili organisasi tempat aku bekerja hahaha...

5 ulasan:

  1. alhamdulilah..rezeki,kisah yg menarik utk dikongsi bossku

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bos itu hak kita..ramai yang tak tahu mereka layak untuk dapat!!!

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam.. Sy nk tnya mslah sy ni.
    Sy mngidap sakit belakang dn lutut.. Msih lg buat rawatan kt sptal selayang.. apakh pesakit mcam sy ni layak tuk mohon pencen ilat ini..
    Stu lg brkenann dgn suami sy.. Dia ada mslah hypertyroid... apakh dia jugak layak tuk buat permohonan ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam semoga puan dan suami puan sihat dan kembali bertenaga

      1.Permohonan Pencen Ilat sesiapa sahaja boleh mohon asalkan cukup syarat kelaykan caruman dan juga syarat kelayakan umur belum mencapai 60 tahun!

      2.Nasihat saya puan dan suami boleh ke pejabat perkeso terdekat untuk membuats emakan kelayakan tersebut dan jika memenuhi syarat kelayakan itu maka puan dan suami boleh mohon..sila la puan buat tuntutan itu hak kita.

      Padam