Khamis, 13 September 2018

Cedera Ketika bersukan Mewakili Syarikat Boleh Claim Perkeso!!!

1.Akhir-akhir ni banyak pula soalan dari rakan-rakan kita, yang dok bertanya kat blog aku ni berkenaan kemalangan dan kecederaan yang berlaku ketika pekerja terbabit menyertai acara/pertandingan sukan mewakili majikan/syarikat/jabatan dalam pelbagai acara sukan sama ada boleh claim dengan Perkeso atau tidak hahaha..ramai geng yang dok tanya..aku rasa dah banyak kali dok habaq tapi takpa sebab hangpa tanya jadi aku habaq sekali lagi hehehe semoga ia boleh sikit sebanyak membantu hangpa menambah ilmu berkenaan Perkeso ni..terutama sekali geng2 HR( Sumber Manusia) ni biar depa celik sikit tentang apa yang kita patut dapat dari Perkeso itu hak kita kan kan..tuntut selagi dibenarkan tuntut hehehe.
2.Macam ni..yang aku maksudkan ni adalah kecederaan ketika hangpa terlibat dalam acara2 sukan yang mana dalam acara tu hangpa mewakili team majikan hangpa,baik sebagai contoh hangpa main bola sepak mewakili kilang cawangan A dan bertemu plak dengan team kilang cawangan B dari majikan yang samala..main2 bola pong pang pong pang tiba2 kena terjah kikiki patah kaki hahahaha maka kecederaan ketika bermain sukan mewakili majikan itu adalah boleh claim dengan pihak Perkeso!!!itu hanya contoh la banyak lagi la contoh lain..katalah hangpa ada karnival sukan di mana Zon Selatan lawan Utara main lah sukan apa pun bila cedera ketika pertandingan mewakili majikan maka boleh claim dengan Perkeso ingat aku cakap ni boleh CLAIM!!!
 
3.Cara buat tuntutan macam biasalah geng..minta majikan hangpa la buat tuntutan dengan mengunakan borang 34 Perkeso...haaa isi bahagian kemalangan..kat situ bagitahu la kecederaan apa dan bagaimana kejadian berlaku..contohnya ketika sedang menyertai pertandingan badminton mewakili kilang A lawan Kilang B tiba2 raket yang di pegang lawan telah terkena kepala saya lalu pecah kepala hahahaha boleh aje claim..hahahaha itu contoh oiiit hahaha banyak lagi lahhh..hahaha
4.Tapi kena ingatla geng bila mana nak buat claim ni macam biasalah..hangpa kena usaha la sikit..pastikan MC/Cuti Sakit kena ada 4 hari la..pastu dilampirkan bersama bukti-bukti hangpa terlibat dalam pertandingan sukan tu..contohnya gambar pertandingan,senarai nama peserta,jadual pertandingan..haaaa tak susah senang sangat fotostat aje surat2 atau email berkenaan pertandingan yang hangpa serta yang pasti ia mesti Mewakili pihak majikan!!!kalau main suka2 main2 kampong main2 lepas kerja dengan kawan2 ITU TAK BOLEH CLAIM hahahaha..yang aku dok habaq ni claim kecederaan kerana menyertai sukan rasmi yang dianjurkan majikan!!!!hahahaha yang dianjur pati polik kampong sorry bro tak leh claim kalau hangpa cedera lagi2 kalau dok gaduh bagai kah kah kah..
5.Tak susah pun tuntutan ni,bila tuntutan di hantar macam biasa kita cepat aje buat siasatannya dan jika benar hangpa cedera ketika pertandingan itu maka sudah pasti setiap cuti sakit yang hangpa terima akan dibayar oleh pihak Perkeso..bukan itu sahaja bil2 perubatan pun Perkeso bayar,pemulihan dan sebagainya..naaaaa prihatin kan Perkeso!!!sapa nak bagi sebaik Perkeso ni hehehe..jangan kata susah bila kita tahu ia menjadi amat amat senang geng..tak faham lagi mai tanya aku ni hah!!!
 
 
 

2 ulasan:

  1. Salam. Nak tanye kene submit skali original MC kepada Perkeso? sebab nanti original MC nk kene submit ke HR. Dan MC belum habes lg, takut nnt diperlukan sebagai reference kat mane2..Boleh submit copy MC ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Tuan,

      1.MC original WAJIB diserahkan kepada pihak PERKESO melalui HR syarikat TUAN..so tak de masalah apa pun hehehe..tuan bagi kat HR tuan MC Original dan HR tuan akan bagi kat PERKESO MC itu kikiki..ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB pihak majikan..pekerja kemalangan depa lah yang akan isi borang 34 bagi tuan ITU KERJA HR biarla depa buat kerja sikit.

      wasalam

      Padam