1.Tuntutan Penyakit Khidmat ni senang aje nak faham hehe tak susah pun untuk hangpa memahaminya..dalam blog aku ni dah banyak kali dok bicarakan bab tuntutan penyakit khidmat kalau tak paham lagi nak kena sekeh ni bahahahaha..geng penyakit khidmat ni adalah penyakit yang ada dalam jadual kelima socso..ada lah jenis2 penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit khidmat yang sudah pasti penyakit itu muncul disebabkan kerja..alaaa kalau kerja tempat bising hari2 bertahun tahun lama2 pekak tu penyakit khidmat la tuuu kikii..
2.Tapi ada juga pekerja yang dapat penyakit secara semula jadi..penyakit diwarisi keturunan seperti asma,darah tinggi dan lain2 ia bukan penyakit khidmat..namun banyak yang dok hantar hahaha hangpa ni main hentam aje hahaha..apa pun kalau dah hantar kat perkeso/socso mau tak mahu kita kena siasat macam biasala..tak leh nak tolok macam tu aje geng..baru adil baru dinamakan Perkeso itu Prihatin hehehe.
3.Macam dalam kes aku siasat hari ni adalah kes rabun mata..sebenarnya pekerja ni rabun mata/penglihatan sejak umur 8 tahun lagi..masa umur 8 tahun dah kena pakai kaca mata..sooo bila dewasa bila dah kerja dia pi kata rabun matanya sebab kerja ..sebab tengok computer...iya la semua kerja sekarang guna computer..tapi itu la bila kita siasat kita tengok semua sekali termasuk sejarah perubatannya..macam aku habaq tadi walau kita tahu matanya rabun dari kecil namun kalau dah hantar kita kena proses macam biasa...kena siasat macam biasa dan kena buat lawatan ke tempat kerja macam biasa..yang putusnya nanti adalah pihak Jemaah Doktor Khas yang akan bersidang sama ada kes ini boleh disahkan mengalami penyakit khidmat atau tidak...tapi macam aku habaq tadi penyakit khidmat adalah penyakit yang disebabkan kerja!!!kalau sakit tu semuala jadi..sakit yang dah ada ia bukan penyakit khidmat!Senang aje nak faham kan geng :)
Salam tuan...sy pernah operation slip disc & penah klaim socso tuk penyakit khidmat pada 2012..sy cuma nk tny tuan cara tuk klaim bg kli kedua
BalasPadamwasalam TUan:
Padam1.Tuan..semasa mohon penyakit khidmat tahun 2012 dulu adakah permohonan tuan telah disahkan mengidap atau mengalami penyakit khidmat oleh pihak Perkeso?sudahkah perkeso melalui Jemaah Doktor Khas(JDK) telah memberi % kepada tuan??
hehehe nanti tuan reply balik tauuuu
salam tuan, ya perkeso sahkan sy mengakami penyakit khidmat dan jemaah doktor memberikan 5% kpd sy..
PadamYer tuan. .Sy disahkan penyakit khidmat dan jemaah doktor memberikan 5% kpd sy..
PadamUntuk kes penyakit khidmat tiada claim kedua tuan,bayaran 5% itu diberi adalah untuk penyakit khidmat KEKAL yang tuan alami dan ia akan KEKAL buat selama lamanya dengan kata lain x kan pulih..NAMUN jika selepas 3 tahun JIKA penyakit khidmat itu BERTAMBAH TERUK...TERUK DARI sebelumnya KIAN PARAH maka tuan boleh lah buat ULANGKAJI SEMULA kes tuan tersebut dengan ke pejabat Perkeso dan mohon ulangkaji kes tuan.
Padamwasalam
Salam tuan..saya ada hantar notis tuntutan penyakit khidmat (slipped disc) pada awal bulan ogos dan semakan dengan pusat khidmat pelanggan perkeso kes saya telah dihantar ke bahagian pemulihan untuk pandangan.apa makna nya tuan?
BalasPadamUntuk makluman juga saya pernah menerima faedah HUS/HUK untuk kes kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja pada thun 2015.
wasalam tuan,
PadamSemoga tuan cepat sembuh
1.Untuk makluman tuan adalah perkara biasa atau prosedur biasa apa bila tuntutan penyakit khidmat dibuat pegawai Perkeso akan buat siasatan dengan mengambil pernyataan tuan,pernyatan majikan tuan ada adakan lawatan ke tempat kerja.
2.Selepas itu hasil siasatan dan penemuan semasa siasatan akan dihantar ke Unit Cawangan Perubatan dan Pemulihan Perkeso (CPP) untuk pandangan doktor2 pakar kami..selepas mendapat pandangan dari doktor2 kami maka barulah kes tuan akan dirujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK)
4.Jangan risau tuan inshallah tuan akan dirujuk ke JDK untuk memutuskan sam ada slip disc yang tuan alami itu BERPUNCA dari kerja atau sebaliknya.
Wasalam
Terima kasih tuan diatas penerangan yang diberikan.
BalasPadamSama2 tuan,semoga tuan cepat sembuh sihat seperti sedia kala
Padam