Sabtu, 22 September 2018

RM140 Trip Island Hopping berbaloi@Team Aluha Mersing


1.Dengan berbekalkan trip RM140 dari team Aluha boat Service Mersing, hangpa boleh pusing2 sambil snorkling beberapa buah pulau yang menarik kat Mersing Johor,jangan pandang rendah pada harga pakejnya yang rendah ituuu hahaha.. sememangnya harga terendah pernah aku temui untuk satu2 pakej snorkling setakat ini..snokling sambil pusing beberapa pulau yang menarik..bukan tu aje..termasuk sarapan pagi,makan tengahari yang terbaik setakat ini..trip termasuk makan minum hahaha..jarang2 ditemui tapi di Mersing sememangnya ada :)

2.Hmmm sebenarnya nak citer hehehe hari ni dengan gigihnya lepas subuh pandu kereta sorang2 pi Mersing..tak jauh pun dari rumah aku ni..dalam 1 jam perjalanan aje nak laju2 tak boleh geng lori banyak pagi2 jalan Kluang-Mersing tu..tiba Mersing walaupun ada disediakan sarapan pagi oleh penyedia pakej, aku macam biasa tak  lepaskan peluang makan nasi dagang best kat Mersing ni hehehe..lepas makan nasi dagang perut da kenyang baru pi jeti hehehe..jam 9.30 pagi dah naik bot hehehe maka bermula lah episode round2 pulau untuk trip kali kedua sebenarnya..


 
3.Setiap kali pi trip team Aluha depa tak jemu2 menyediakan aktiviti hiking walaupun dalam trip round island dan snorkling hahaha so buat kaki2 hiking leh la sekadar nak keluar peluh sambil menikmati view menari dari atas pulau cantik beb..jika trip pertama dulu aku ikut depa pi hiking di pulau tinggi yang mana bila kita hiking pulau tinggi atasnya ada air terjun..leh mandi2 dan kali ni tak masuk pulau tinggi..kita dibawa pula ke pulau seribuat hehehe hiking jugakla kat situ..hiking kat pulau seribuat ni ok la boleh la keluarkan peluh hahaha nak kata mencabar takla mencabar sangat.. namun bila sampai kat atas tuuu Allahuakbar cantik pemandangannye hehehe..buat kaki2 yang suka bergambar boleh la snap bebanyak gambar yang hangpa suka..hehehe hiking kat sini ada tali n ada trek ok aje pompuan leh naik dengan jaya nye kikikiki..sebelum mendaki depa bagi sarapan pagi...hangpa tahu depa bagi sarapan pagi apa??nasi dagang,mihun goreng,buah2 an minum..Allahuakbar kenyang buat kali kedua aku kah kah kah..



4.Selesai aktiviti hiking di pulau seribuat kami berlepas plak ke destinasi seterusnya ke ke sandbank pulau seribuat hehehe macam beting pasir yang panjang dan bersih..kat sini boleh bergambar..boleh mandi sepuasnya air cantik..hehehe tapi tak snokling kat sini..mandi dan jalan2 atas beting pasir yang memutih tu boleh melegakan keserabutan untuk seketika kah kah kah..



5.Lepas bosan lepak2 di sandbank kami dibawa pula ke pulau hujung hahahaha kat sini baru bermulanya episod snokling berjemaah hahaha pulau hujung airnya cantik jernih..kat sini boleh tahan coral2 boleh dikata menarik jugak..ikan pun banyak gak geng..geram aku macam nak tangkap bawa balik goreng pum sodap kot..sepsis nemo dan ada juga ikan menatang apa besar2 aku tah tahu namanya hahahaha..puas snorkling kami dihidangkan makanan tengahari pehhh lepas makan makan best wooooo bila snorkling perut cepat lapar..lapar aje dah ada makan tengahari terhidang apa nak kata lagi dengan pekej RM140 aku kira ia berbaloi la..hahaha best layan mamat bawa bot hahahaha professional..dua kali ikut trip ni Alhamdulilah best layan bot yang depa pandu pehhhh terangkat siot hahaha basah!!!



6.Berjam juga snokling di pulau hujung..lepas tu pi pulak pulau tengah hahaha kat sini snorkling lagi sampai lebam hahahaha..banyak ikan kat sini tapi coral kurang..ikan banyak..ka aku yang tak jumpa coralnya hahahaha..kami pergi lima bot..kelima-lima bot membuatkan suasana meriah penuh dengan 'geng kami' yang hakikatnya aku pi sorang2 aje hahahaha..last destinasi kami ke pulau Besar hehehe..kat pulau besar ni aktivitu bebas..maka berjalan lah aku menjelajah dari satu resort ke satu resort hahaha kalau lah masa panjang diberi kat sini mau aku pi jalan sepelusuk kawasan di pulau besar ni..hahahaha niat hati nak jumpa penduduk nak jumpa penghulu hahahaha tak sempat geng oiiit..hm kat sini sempatla pi jalan2 resort asenia, d coconut dan beberapa resort lain di pulau besar..hm tu la lain kali kalau sempat aku nak jelajah kat kampung2 di pulau besar ni hehehe mana tahu leh buat program kat sini kan kan





 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan