1.Salam kemerdekaan ke 61 geng,sayangi Malaysiaku hehehe..selamat berehat disamping keluarga tersayang,hari cuti katakan kikiki..geng maaflah aku nak habaq sikit berkenaan kesedaran di kalangan majikan terutamanya majikan-majikan yang terdiri dari pengusaha-pengusaha kantin-kantin sekolah, kantin-kantin kilang dan kedai2 makan terhadap kepentingan mendaftar perniagaan dan membuat caruman Perkeso untuk pekerja-pekerja mereka masih berada pada tahap kurang memuaskan lagi banyak lagi yang tak mendaftar dengan Perkeso walaupun telah mengentahui akan fungsi dan kewajiban mereka mendaftar pekerja dan membuat caruman kepada Perkeso..ini banyak berlaku terutamanya di kawasan2 bandar kecil dan sederhana kecil macam tempat aku ni hah..hehe aku percaya tempat hangpa pun sama.. tak tahu la depa mungkin ambil ringgan bab2 Perkeso ni..orang kata tak kena maka tak buat la rileks2 dulu kikiki..dah kena maka baru nak menyesal..tapi menyesal tu biasanya terpaksa dibayar dengan harga tinggi..umpamanya berlaku kemalangan melibatkan kehilangan nyawa baru nak daftar Perkeso hm hm masa tu tiada gunanya lagi geng..jangan ingat kantin2 sekolah atau kantin2 kilang atau warung pekerjanya tidak terdedah pada kemalanga di tempat kerja atau kemalangan jalan raya??hohoho la ni nak habaq mai kemalangan ni macam2 cara dan gaya boleh berlaku..yang tak terfikir boleh jadi pun ia terjadi masa kini..
2.Ambik contoh yang mudah..sepanjang bulan Julai 2018 kami di Perkeso Kluang telah menjalankan Operasi Pemutihan..di mana majikan diberi tempoh sebulan untuk mendaftar perniagaan mereka tanpa dikenakan sebarang tindakan kompaun..masa diberi sebulan tu amat2 memadai..la ni jangan dok habaq pasai tak tahu lah kena daftar Perkeso..tak de masa lah nak daftar..tu alasan2 nak menunjukkan kita masih dok dalam gua..orang duk dalam gua pun tahu maklumat2 terkini zaman2 la ni kanak pun dah pandai selpi ni hahaha..so alas an bukan2 tu buat aku mengantuk ada la adeiii..so dalam tempoh pemutihan tu biasalah tak dak sambutan la sebab benda free dan tak kena kompaun kikiki bila habis tempoh pemutihan..bermula 1 Ogos 2018 yang lalu dan berakhir 30 Ogos 2018 OPS Kesan untuk mengesan majikan2 ingkar ini terus digerakkan..dalam Ops itu kebanyakkan di periksa sudah pasti targetnya tadi..hasil pemeriksaan terhadap kantin2 sekolah dan pengusaha makanan/warung/kedai makan tadi sebanyak 117 premis telah dilawati dan di periksa..dari jumlah tu sebanyak kira-kira 49 kompaun telah dikeluarkan melibatkan kantin2 sekolah dan pengusaha makanan yang gagal mendaftar Perniagaan mereka dengan Perkeso walaupun mempunyai sekurang-kurangnya 1 pekerja!!!49 kompaun ini melibatkan 49 pengusaha!!!!!pehhhh..banyak kan geng..bukan bab kompaun nak cerita tapi bab kesdaran kita masih di takuk lama walaupun pelbagai usaha dibuat..hangpa tahu kalian tahu akan Perkeso dan funsinya dan akan kewajibannya untuk mendaftar dengan Perkeso supaya pekerja terbela namun hangpa masih mengambil sikap tunggu dan tunggu dengan harapan Perkeso tidak membuat Operasi dan hangpa selamat...tahun depan benda yang sama hangpa ulang sampai habis kontrak tender hahaha..sayangnya hangpa tak tahu sebenarnya hangpa belum benar-benar MERDEKA lagi dalam erti kata sebagai majikan yang bertanggungjawab!!!!hangpa zalim pada Pekerja dengan tidak melindungi pekerja hangpa dengan tidak mebuat caruman dengan Perkeso..jika berkaku apa2 kemalangan dan kematian hangpa sanggup ke membela nasib anak2 bini pekerja hangpa buat seumur hidup mereka???Jom masih belum terlambat untuk mendaftar pekerja2 kalian dengan Perkeso..ayuhh kunjungi mana2 pejabat Perkeso terdekat..hangpa serah diri Inshallah tak kena kompuan hehehe..apa yang lebih penting pekerja kalian dilindungi Perkeso :)
Salam kemerdekaan ke 61
Sayangi Malaysiaku
Sayangi keluarga
Sayangi PekerjaMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan