Selasa, 14 Ogos 2018

Sakit belakang disebabkan kerja claim Perkeso!

1.Hari ni aku siasat satu kes sakit belakang (Prolesed Intervertebral Disc-PID) yang buat tuntutan dibawah Penyakit Khidmat Perkeso..dakwanya bukan angkat berat sebab sakit belakang tapi sebab kerja beliau yang sentiasa perlu pulas/pusing injap untuk membuka dan menutup kunci tangki pembahagian air..hehe kerja macam ni aku tak terbayang pada mulanya ia cukup menyeksakan badan geng..nampak senang nampak tak berat hmm memang tak berat tapi gunakan kudrat untuk memulas kunci ni..hangpa try baru rasa macam nak terburai isi perut masa memulas trip injap dengan mengunakan kekunci T hehehe..
2.Hangpa tau dak pusing benda ni guna tenaga yang banyak..bukan sekali pusing kalau pintu tangki besar maka pusingannya ada sampai 100 kali pun geng adehhh..tak pelik kalau mengalami sakit belakang sebab buat benda ni..so sebab sakit belakang kerana kerja ni sentiasa dilakukan sejak 1988 maka adalah wajar lah beliau memohon tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso kerana beliau syak sakit belakang yang beliau alami disebabkan kerja pulas memulas ni lah..
3.Sempat jugakla tengok cara2 pulas tu hehe..bukan senang seperti hangpa nampak geng..hmmm ye la mungkin sebab ni la beliau sakit belakang..tapi ye la mungkin jugak sebab lain so..kita serah pada Jemaah Doktor Khas (JDK) kerana doktor2 pakar inilah yang akan bersidang dan akan putuskan sama ada sakit belakang yang beliau alami ini berpunca dari kerjanya atau sebaliknya..oooh ya geng yang mana tak tahu lagi berkenaan Penyakit Khidmat Perkeso ni aku habaq sat Penyakit Khidmat bi adalah penyakit yang muncul disebabkan kerja..contohnya kalau hangpa kerja di tempat yang bising pada setiap hari dulu tak pekak la ni bila kerja dah sepuluh tahun telinga jadi pekak hahahaha itulah Penyakit khidmat dan boleh buat tuntutan dengan Perkeso dengan mengambil dan mengisi borang 34 isi lah pada bahagian Penyakit Khidmat hehehe senang bukan!

6 ulasan:

  1. Assalam tuan,
    Untuk kes saya pengawai perkeso tak dtg melawat cara kerja saya. Sy lak yg buat report ke diorg. untuk kes sy bahagian cervical osytophorisis c5 disebabkan wear & tear kerja byk guna leher.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Tuan Akub hehehe,
      1.TUan dah buat permohonan tuntutan Penyakit Khidmat ke?Biasanya tuan siasatan akan dibuat selepas tuntutan tuan di hantar ke Perkeso..mcm biasala pegawai penyiasat kan Tanya tuan mcm2 terutamnya cara kerja tuan tuagas tuan dan sakit tuan tu..depa tengok cara kerja dan ambik gambar itulah yang baisa dilakukan..dalam kes tuan ni tak faham plak saya pasai pa depa tak tengok cara kerja tuan hehehe..untuk lebih adil begitulah kami siasat hingga ke tempat kerja tuan!!!

      Padam
    2. Terima kasih tuan kerana menjawab.
      Sya ada mohon sakit khidmat, selapas sy hntr permohonan sy melalui majikan, pengawai perkeso meminta sy buatkan laporan cara kerja sy, sy lah yg ambil gambr n menerangkan cara kerja semua. Sy cuma dipanggil untk beri keterangan sahaja dan wakil majiakn sho mengesahkan cara kerja saya.
      Saya sudah dirujukan ke jemaah doktor di hospital serdang n keputusan dia 0%. Atas alasan sakit sy bukan sebab ergonomik.
      Untuk mengetahuan tuan kerja sy memasang kipas siling. Tggi siling 3.6meter. Setiap hari memasang dlm 10 kipas. Meja kerja pon rendah, kena bongkokkan leher. Berkerja dlam keadaan berdiri.
      Sekarang ni dalam proses rayuan jemaah doktor.
      Cuma sy terkilan dgn sikap jemaah doktor, sy siap bwak xray tp syg melihat pon tak, tahu2 keputusannya 0%.
      Terima kasih tuam

      Padam
    3. saya sokong tuan buat rayuan!!!Inshallah saya doakan tuan Berjaya..saya faham memang sakit leher kalaus ehari pasang kipas sampai 10 pehhh leh tahan sakit tuan..Inshallah citer kat doctor masalah kerja dan sakit tuan tu supaya doctor faham situasi kerja tuan!!!

      2.Tuan lagi satu laporan Perubatan yang dikemukakan oleh Hospital yang merawat tuan juga memainkan peranan penting!!!Jemaah Doktor akan baca dan kaji laporan Perubatan itu..jika dari awal lagi laporan Perubatan telah tidak memihak pada tuan maka tipislah peluangnya..

      saya doakan tuan Berjaya JANGAN PUTUS ASA TUAN!

      Padam
    4. Terima kasih tuan,
      Laporan doktor yg merwat sy, mmg ada tulis dalam laporan perubatan sy sebagai "non ergonomic working condition".
      Sy banyk baca entry tuan psal sakit khidmat, bca info, kalau ikutkan sy lansung tak tahu psal sakit khidmat ni. Nasib ada blog tuan sggp kongsi maklumat.
      Semoga post2 tuan byk mberi manfaat kepada semua pekerja.

      Padam
    5. Saya doakan tuan Berjaya jangan putus asa..Inhsallah kalau ada kesempatan saya sentiasa cuba kongsikan sedkit sebanyak apa yang saya tahu tentang Perkeso

      Terima kasih tuan sudi singgap ke blog saya yang tak seberapa ni

      Padam