Rabu, 17 November 2010

teluk gorek camp site tanjung resang mersing

1.Oleh kerana sudah terbiasa di mersing maka telah ramai sahabat dan kenalan disini. Bermacam-macam kerja mereka. Ada kerja makan gaji,ada juga yang menjadi nelayan dan tidak kurang juga ada yang membuka chalet dan resort.

2.Abe li antara salah satu sahabat yang membuka chalet/resort disini.tidak terkira rasanya dah berapa puluh kali aku mengunjungi resortnya,dari zaman tiada elektrik dan tiada air sehinggalah kini semua kemudahan asas telah ada.Air dan Elektrik 24 jam.Dulu air dibeli guna tangki SAJ kini air terus dari paip.selesa sungguh!

3.Bukan tujuan untuk mengiklankan chalet beliau disini,namun aku bangga beliau salah satu pengusaha chalet yang berjaya.polis,badan-badan kerajaan,sekolah,intitut pendidikan guru,universiti,guru-guru,majlis tempatan banyaklah...semuanya memilih untuk membuat program disini.



4.Abe li pengusaha chalet ini juga menyediakan tapak perkhemahan yang cukup luas dan selesa.Aku dah 3 malam berkhemah di tepi pantai memang best!


5.Anda tidak perlu bimbang untuk mandi disini.ombaknya perlahan kerana ianya pantai dikawasan teluk.Airnya cetek kerana pantainya landai.Aku mandi air setakat lutut je adeiii.


6.Penat nak menulis tengok gambar dah la.




7.Tak rugi jika anda ke sini!








8.Macam ne nak ke sana?nah ambik peta ni..
 
9.Ok cukup disini dulu.jom bercuti dalam malaysia.murah je kat sini :)

13 ulasan:

  1. murah tu brp agaknya ye bajet? ambo suka benda yg murah2

    BalasPadam
  2. 1 malam 100 chalet ..nak lagi murah khemah disediakan sewa rm20 satu khemah..lagi best kalau berkhemah :)

    BalasPadam
  3. lepas ni boleh cuba tidur dlm khemah pulak...best sgt mersing..

    BalasPadam
  4. kalau masok dtg kat sana ,,berapa nk kena bayar...

    BalasPadam
  5. Masuk dalam percuma je..but nak bermalan kena bayar chalet ada..khemah pun ada

    BalasPadam
  6. as salam agak2 macam mane care kalau saya nak booking terkebih dahulu???adkakh abang mempunyai nombor phone challet itu????jika ada tolong beri bolehh???

    BalasPadam
  7. wasalam:boleh hubungi terus pemilik resort en.rosli ditalian 0197543222 atau 07 7945312

    BalasPadam
  8. macam mane nk hubungi chalet ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh hubungi terus pemilik resort en.rosli ditalian 0197543222 atau 07 7945312

      Padam
    2. Salam.. kawan cuma nak bertanya..
      Berapa khemah yang disediakan? sewaannya?
      Berapa chalet yang disediakan? sewaannya?
      Maximum berapa ramai boleh dduk dkat chalet?
      berapa pula klu sewa whole chalet?
      teringin nk wat function dkat sne..

      Padam
    3. wasalam en khairi khemah banyak jangan risau..berminat boleh berhubung terus pemilik resort en.rosli ditalian 0197543222 atau 07 7945312

      wasalam

      Padam
  9. jenuh senget kepala nak tengok map ...haha
    TQ bro.. helpful info..

    BalasPadam
  10. hi...homestay utk 1day berapa ye...tq...=)

    BalasPadam