Jumaat, 19 Ogos 2011

MEMBUNUH ISTERI MENIKMATI PENCEN LANTAS MENGECAPI NIKMAT KEHIDUPAN BETULKA???


1.Agak lama saya langsung tidak berpeluang untuk menjenguk diari perjalanan harian saya ni,dari hal tuntutan kerja yang menimbun hinggalah kesibukan melayan kerenah anak-anak menjadikan masa yang sentiasa tidak cukup untuk diri ini.
hm tak terlayan kerenah anak2 ni :)

saper yang tak sayang keluarga beb

kerna keluarga adalah kekuatan

kerna keluarga dibina atas dasar kasih dan sayang..hai black mentor you macam ne puasa ok ka??

nikmat kehidupan berkeluarga..

kebahagian..keriangan

2.Kira-kira 1 minggu yang lalu saya telah diberikan satu kes untuk siasatan berkaitan kes bunuh, lebih tragis kes bunuh itu melibatkan si suami yang membunuh isterinya sendiri.Ya siasatan kami cukup berbeza dari siasatan pihak berkuasa lain, kenapa ianya berbeza???kerna kami bukan untuk menghukum bahkan kami siasat dan melengkapkan beberapa dokumen untuk "membantu pembunuh itu merima apa yang seharusnya beliau terima mengikut peruntukan Akta Kami" membantu pembunuh???alangkah kejam sekali!ya sekali imbas begitulah...

3.Untuk itu seawal jam 9 pagi saya dan seorang rakan setugas telah berada di penjara Kluang untuk sesi temuduga pesalah kes bunuh tersebut,macam biasa bilamana masuk ke kawasan penjara telefon bimbit dan kemera terpaksa ditinggalkan,maka tak dapatla saya merakam sesuatu untuk kenang-kenangan saya dikemudian hari.

4.Sebenarnya sebelum berjumpa Si pembunuh ini saya sebenar-benarnya amat berat hati dan tidak sanggup untuk menolongnya atas kapasiti peribadi!untuk apa saya perlu membantu pembunuh!!!!Ya pada hari itu saya berpeluang bertanyakan macam2 persoalan yang terbuku dihati..pasai pe sesuka hati dia membunuh Isterinya???mangkuk hayun punyer orang..lu gila ka?kalu ikutkan lantak ko la brooo..lu bukan manusia ..lu kejam!!!ramai kawan2 saya katakan pada saya jika merekala..mereka takkan bantu penjenayah semacam ini!Apa nak buat itu hak pembunuh..ya walaupun beliau pembunuh namun bukan semua haknya kita nak nafikan dari sudut perundangan!itu Jelas bro.

5.Sebaik sahaja masuk pintu utama penjara saya diiring ke penjara lelaki, disitu kawalan ketat dilakukan..nak masuk kedalam penjara utama pintunya macam buka pintu Gua dalam cerita Ali Baba,punyala besar pintunya..setelah mendaftar masuk saya diiringi Unit Keselamatan penjara(UKP) ke sel tempat perjumpaan hm seingat aku satu bilik khas,peguam pun jumpa kat situlah.

6.Taklama kemudian UKP yang mengiringi saya membawa si pembunuh tersebut..hm sekali tengok banduan ni biasa sahaja,badanya kurus je,nampak baik..kecil aje pelbagai perkara terlintas dihati,bilamana dah ada didepan mata pelbagai soalan saya tanya..tak perlulah dijelaskan apa yang ditanya..ianya sulit kan beb!Namun tak dinafikan saya agak kecewa dengan beliau..walaupun saya faham beliau mempunyai masalah rumahtangga namun jalan membunuh bukan penyelesaiaan terbaik..itulah kata2 saya padanya.

7.Agak panjang lebar saya menemubual beliau sambil ditemani rakan setugas dan Unit keselamatan penjara yang langsung tidak meninggalkan kami sendirian.

8.Saya katakan padanya di Malaysia ini kamu adalah Insan yang bernasib baik!!!cukup2 bernasib baik!!!Sudahlah kamu membunuh Isteri kamu,kamu pulak disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat..hukuman cuma 16 tahun..dan apa yang lagi yang lebih mengembirakan sebaik kamu dibebaskan kamu akan menjadi OKB (orang kaya baru)saya bagitahu beliau..dalam peruntukan Akta keselamatan sosial perkerja 1969(AKSP 1969)kamu layak mendapat pencen..dengar baik2 kamu layak mendapat pencen penakat dari kematian Isteri kamu yang kamu dengan tangan sendiri telah membunuh isteri kamu!!!kamu faham tak!ya..beliau telah lama menjalani hukuman penjara atas kesalahan membunuh tanpa niat..beliau dijatuhi hukuman cuma 16 tahun..2015 bebasla beliau..InsyAllah beliau akan dapat berjumpa saya diluar nanti..jika itu yang beliau mahu!

9.Dalam kes ini,beliau walaupun penjenayah,pembunuh isterinya sendiri(tanpa niat)namun disebabkan isterinya adalah PENCARUM PERKESO maka kematian isterinya itu menyebabkan sang suami pembunuh isterinya itu tadi secara automatik layak menerima pencen penakat dari kematian isterinya dan pencen penakat adalah pencen seumur hidup yang akan dinikmati beliau..hebat hebat..namun itu adalah undang2 dan itu adalah haknya!!apa nak buat!

10.Bila sahaja dapat tahu beliau akan mendapat pencen penakat dan tunggakan pencen penakat wahhh bukan main gembira lagi..macam durian runtuk..duit tersepak beb!ya walau kita geram benci menyampah dan berat hati namun HAK dan undang2 perlu dijalankan..

11.Saya sempat bergurau dengannya..lepas ni lu kaya la brooo..bebas penjara 2015 lu dah de puluhan ribu..lu dah leh kahwin baru la..lu dah leh beli kereta besar..lu boleh buat bisnes broo..but jangan ulangi kesilapan bodoh kamu yang dulu!

12.Saya tanya pasai pa dia dihukum bunuh tanpa niat (seksyen 304 kanun keseksaan)dia jawab dia mabuk itu malam baru balik karoeke maaa..dia kata isterinya curang...hm bab rumahtangga..saya tanya macam mana cara lu bunuh lu punya isteri?dia cakap wa cekik dia....mati looooooo

13.Saya sempat memberi nasihat pada beliau..ya itu kesilapan lampaunya..harap sangat ia tak akan diulangi..Ini kali kedua saya ditugaskan ke penjara..kali pertama dulu di penjara Simpang rengam juga kes sadis seorang bapa merogol anaknya..bermasalah dengan isterinya namun bila isterinya meninggal dunia akibat nahas dalam perlanan ke tempat kerja dan isteri di klasifikasikan sebagai kes bencana kerja beliau banduan ini juga menerima pencen Faedah orang tangunggan (FOT)seumur hidupnya ..kejam bukan!!!!!Namun itu juga adalah haknya yang telah termaktub didalam Akta..ya hukuman tetap hukuman..kesalahan beliau terhukum dek undang2 jenayah yang sedia ada, namun pada masa yang sama haknya di sisi perundangan kami tidak harus dinafikan..

14.Ianya cukup mudah untuk difahami..jika Isteri meninggal dan layak menerima pencen penakat atau FOT maka warisnya sudah tentu sang suami..dan anak2 yang belum mencapai 21 tahun,begitu juga sebaliknya!jelas dan amat jelas bukan..langsung tiada kompromi walaupun kematian itu melibatkan pasangan membunuh pasangan!

Nantila bila ada masa dan kelapangan saya akan huraikan bab dan persolan ini.Namun apa yang saya harapkan kes sebegini tidak menjadi tren..jangan hancurkan Institusi kekeluargaan kita..setiap masalah ada jalan penyelesainya..

15.Akhir pertemuan saya dengan banduan kes membunuh(bunuh tanpa niat)saya sempat pesan padanya..you amat bernasib baik..you tak dihukum seksyen 302..you selamat..you keluar penjara you kaya..namun you ingatla jangan sesekali ulangi perbutan sebegini lagi..tak seumur hidup kamu, kamu sentiasa bernasib baik..gunalah duit pencen ini untuk memulakan hidup baru..ada masa jika saya masih disini maka berkunjungla ke pejabat dan cari saya jika perlu khidmat nasihat!

Terima kasih banyak2 buat Jabatan penjara kluang yang sudi memberi kerjasama yang amat baik pada saya.tak lupa Unit komunikasi unit rekod penjara kluang,timbalan penguasa penjara kluang saudara Mahazir(rakan sekolah saya)unit keselamatan penjara (UKP) dan pegawai kebajikan penjara yang sudi memberi kerjasama yang penuh pada saya.

tentang bab pencen penakat dan cara2 kelayakan dan cara tuntutan telah saya ceritakan dalam post yang terdahulu...carila sendiri :)

2 ulasan:

  1. sadis sungguh cerita itu. Rasanya kurang adil. Saya bantah sama sekali. Kena buat pindaan undang2 nih. Patutnya klayakn tbatal skiranya waris trlibat dgn jnayah. Mrk yg layak trm cumalah ank2.

    pesal anugerah insani nmpak comel d sini bbanding original?

    BalasPadam
  2. so shy lady:ambo pun bersetuju..tapi apo nak buat..harap2 ia bukan satu trend..kalu tak habislaaa isteri2 takpunsuami yang bergaji besor :)

    hahaha anugerah Insani make up kot kakakaka..ober dapat bergambar dengan blek mentor kakakakaka

    BalasPadam