Rabu, 15 Mei 2013

selesai kes kemalangan maut km 4 jalan nitar-mersing..sememangnya perkeso memang prihatin!


1.Hari ni macam biasa jadual full beb..dari pagi sampai ke petang..oh ya hari ni jugak aku sekali lagi ke rumah balu selvakumaran a/l sellamuthu yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 4 Jalan Nitar-Mersing..cuma lawatan kali ni disertai bos aku dan beberapa wartawan dari akhbar tempatan berbahasa tamil, lawatan kali ni diadakan sempena penyerahan cek bayaran Faedah prngurusan mayat (FPM) kepada balu mendiang..seperti aku nyatakan beberapa hari lepas kes ini disiasat segera sebaik sahaja pihak kami menerima maklumat dari paparan akhabar tempatan dan kes selesai disiasat pada hari yang sama..


2.Sepertimana telah aku nyatakan semalam kes ini diklasifikasikan sebagai bencana kerja kes FOT dimana balu akan menerima Faedah Orang tangungan yak ni pencen FOT untuk seumur hidupnya...ini kerana kemalangan yang menimpa mendiang suaminya berlaku semasa beliau bekerja..aku rasa dengan pencen FOT yang diberikan dari pihak perkeso kepada balu si mati ini rasanya sudah cukup untuk menyara kehidupannya..


3.Oleh sebab itulah aku selalu nasihatkan agar kalian terus membuat aduan pada pihak perkeso sekiranya majikan kalian tidak mencarum kalian..ingatlah cxaruman dengan pihak perkeso adalah wajib..bukan sahja kerana peruntukan undang2 namun juka demi masa depan keluarga kalian..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan