Khamis, 7 November 2013

wahai majikan semua..janganla tangguh2 hantar laporan kemalangan


1.Semalam aku ke mersing..buat siasatan untuk beberapa kes kemalangan..dari beberapa kes yang aku siasat tersebut maka terpikat aku pada satu kes kemalangan yang menimpa pada seorang pekerja ni..beliau bekerja sebagai pencuci di sala sebuah badan berkanun di mersing...majikannya dapat tender dan menmpatkan beliau bekerja disitu..kerja sebagai tukang cuci..mulia kerjanya..

2.alkisah dalam bulan 5 tahun ini beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motorsikalnya seperti biasa..namun malang tidak berbau..dalam lebih kurang 50 meter hendak sampai ke pejabat yang beliau ditempatkan bertugas tiba-tiba motorsikalnya dilanggar JCB geng..pehhh JCB wa cakap lu..melambung jatuhla beliau diatas jalan..hancur tulang kakinya!!!


3.Apa yang aku nak bangkitkan disini..kemalangan berlaku bulan 5 yang lalu...hangpa tahu tak majikan hanya hantar borang tuntutan kemalangan pada pihak perkeso pada bulan 10!!!!! pehhhhh 5 bulan geng baru nak hantar!!!!ape kejadnya tunggu 5 bulan????hangpa tahu tak sepanjang tempoh 5 bulan tu pekerja ni hanya terlantar dirumah???tak dak punca pendapatan???nak makan apa geng???suami plak nelayan!!!bil perubatan nak kena bayar???rumah tak yah cakapla susah...



4.Aku nak nasihat sikitla kat majikan2 ni...jika pekerja kalian ditimpa kemalangan melibatkan kerja janganla tunggu sampai berbulan-bulan baru nak submit borang tuntutan pada pihak perkeso..kesianla kat pekerja geng...hangpa tahu ka depa pun nak hidup macam hangpa jugak..depa ada keuarga dan anak2 jugak..kesianla tunggu 5 bulan baru nak dapat bantuan...INI BUKAN SILAP PERKESO TAPI SILAP MAJIKAN YANG LEWAT HANTAR TUNTUTAN KEMALANGAN!!!dah berpuluh kali aku habaq tapi duk buat jugak perkara sama..kesian la golongan pekerja macam ni..

5.Dalam kes ini aku dah cuba sedaya upaya selesaikan dengan segera..harap sangat ia memberi sedikit sinar pada beliau...

1 ulasan:

  1. moga ALLAH merahmati usaha anda ini..amin

    BalasPadam