Isnin, 20 Mei 2013

kali pertama aku dalam akhbar tamil tq beb!!!



1.Hari ni 3 akhbar utama berbahasa tamil melaporkan kes yang aku siasat..hehehe serentak dengan itu gambar aku jugak ade la terpampang kat situ wakakakakaka..hm tapi dah biasa da macam ni cuma bezanya akhbar tamil ni aku tak paham hehehe akhbar tempat bahasa melayu leh la aku paham pe yang ditulis..kalaupun nak faham nak ne tanya orang india la jawabnya hehehe..thanks akhabar tersebut!!!!


2.Cerita asal kes tersebut dapat liputan meluas..


Ahad, 19 Mei 2013

Majlis ramah mesra persatuan anak kelantan cawangan simpang renggam meriah!!!


1.Alhamdulilah hari ini diberi kesempatan untuk hadir ke majlis suai kenal@ramah mesra Persatuan Anak Kelantan perantauan malaysia (PERAKAN) cawangan simpang renggam.Alhamdulilah kehadiran amat2 membanggakan..Ini kalilah peluang kita untuk mengeratkan hubungan silatulrahim sesama kita..bukan setakat berbual2 sambil bertanya khabar antara satu sama lain,apa yang penting semangat ukhwah persaudaraan antara kita perlu dieratkan lagi, diharapkan selepas ini lebih banyak lagi aktiviti2 dapat dianjurkan..InsyaAllah jika tiada keuzuran tak mungkin saya lepaskan peluang2 untuk bersama saudara-saudara sekalian hehehe..


2.Sebut pasal majlis tadi..terima kasih banyak2 pihak penganjur khususnya tuan rumah @taman berjaya simpang renggam hehehe..memang bersemangatlah!!!tak kenal pun dah jadi macam kenal lama hahaha..inilah keistimewaan kita yang tiada pada orang lain..yang harus kita pertahankan sampai bila-bila!!!


3.Majlis yang dihadiri lebih 200 anak kelantan sekitar simpang renggam cukup meriah..lebih2 lagi hidangan serati gulai pehhhhhhh sedap beb, dah lama tak makan serati gulai ni..ditambah dengan labu wawawawa makin mengundang nafsu makan tahap tertinggi hahahaha..sayang sekali pergerakan terbatas..susah juga bawa anak kecil ni nak makan tambah2 pun susah kakakaka nak snap gambar lagi la susah adehhhhh

hehehe rugi tak datang awal hehehe snap gambar tak banyak geng..  :)

Sabtu, 18 Mei 2013

santai kenduri kahwin@leh jumpa sanak saudara



1.Alhamdulilah hari ni sempat hadir ke majlis kenduri kahwin, ramai sanak saudara dari kampung tiba..pehhh jauh perjalanan mereka tempuh..apa nak buat hehehe sesekali jalan jauh2 ni best jugak beb..depa dari kelantan..mai johor jauh tu beb..nak lepak umah aku penuh hahaha sib baik de homestay..Alhamdulilah semua terurus..tempat tido plak selesa..bagus homestay ni..satu rumah leh muat 20 orang cuba bayangkan hahaha..RM180 semalam sapa nak bagi beb..parking dalam kawasan rumah sahaja leh masuk 6 biji kereta pehhhhh..puas hati.


2.Majlis kenduri ni betul kata orang leh eratkan hubungan silatulrahim antara sanak saudara hehehe yang mana tak rapat jadi rapat..yang dulunya tak kenal jadi kenal..syukur Alhamdulilah..


3.Makanan tempat kenduri macam biasala..sama dengan tempat kenduri yang lain..cuma kalau kat kampung lagi best masakan boleh buat secara gotong royong..kalau kat bandar alamaknya tempah catering la..


4.Majlis diadakan di dewan besar kat dataran tasik putih kluang, tetamu cukup ramai yang hadir..tapi yang tak bestnya lau bawa anak kecil macam aku ni nak makan pun susah hehehe..makan banyak pun leh jadi tak kenyang beb..


hehehe..baik aku makan dari snap depa dok sanding kakakaka..


Jumaat, 17 Mei 2013

rawatan pertama selepas kemalangan adalah penting untuk perkeso


1.Macam biasa hari2 sibuk hahahaha..tak dak yang menarik nak kongsikan selain dari pelbagai versi cerita bab2 kemalangan semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..hm susah nak cakapla kempen dah banyak  buat,kursus dah banyak buat dah nasib nak kemalangan nak buat macam ne...kemlangan nak pi kerja ni tak kira jantina dan umur ..kalau nak jadi maka jadi jugak..patah sana patah sini dah biasa dah :)


2.Satu je nasihat aku kalau dah terlibat dalam kemalangan tak kiralah kemalangan jalan raya atau kemalangan industri yakni ditempat kerja hangpa janganla duk tangguh nak pi hospital..cepat2 la hangpa pi  buat rawatan kat mana2 hospital atau klinik swasta pada hari yang sama..jangan duk tunggu 2-3 hari baru nak pi hospital nanti menyusahkan pihak perkeso nak buat siasatan dan kalau dah tunggu sampai 3 hari baru nak pi hospital maka sudah pastilah wujud pelbagai andainya akan bermain difikiran pegawai penyiasat  perkeso berkenaan tuntutan hangpa buat..sebab utama mengapa hangpa tak dapat rawatan pada hari sama kemalangan berlaku....last2 nanti silap2 kes tuntuan ditolak..so berhati2la..banyak kes penipuan juga berlaku dalam bab2 sebegini so jangan salahkan pihak perkeso jika kes ditolak atas kesalahan sendiri..lainla jika ada bukti yang kukuh mengapa lewat mendapat rawatan sedangkan kemalangan telah berlaku???mengapa hendak tunggu 2-3 hari baru nak ke hospital?????hangpa pun boleh fikir antara logik dengan tidak..hm hm..hm hm macam2 kes yang aku siasat sekarang ni melibatkan kes penipuan dalam  tuntutan kemalangan dengan pihak perkeso,sudah-sudahla dengan cerita yang nak direka tu hahaha sekali aku tengok gerak geri pun dah leh agak beb cerita rekaan ka betul...KESUDAHANNNYA HANGPA AKAN DIDAKWA BEB KOMPEM!!!DAH LA DUIT TUNTUTAN TAK DAPAT KENA PLAK DAKWA MAHKAMAH AKAN JATUH HUKUM SILAP2 MASUK PENJARA WOOOOOO..SO NASIHAT AKU JANGAN CUBALA NAK BUAT2 CERITA BOHONG DAN BUAT TUNTUTAN DENGAN PERKESO...JANGAN CUBA2 NAK CARI KESUSAHAN PADA DIRI SENDIRI ,jangan mengundang bala beb hehehe,itu sekadar nasihat hahahahaha amat berguna tu jangan memain..tengok akak ni sian dia ni kemalangan betul2 tau...


Rabu, 15 Mei 2013

selesai kes kemalangan maut km 4 jalan nitar-mersing..sememangnya perkeso memang prihatin!


1.Hari ni macam biasa jadual full beb..dari pagi sampai ke petang..oh ya hari ni jugak aku sekali lagi ke rumah balu selvakumaran a/l sellamuthu yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 4 Jalan Nitar-Mersing..cuma lawatan kali ni disertai bos aku dan beberapa wartawan dari akhbar tempatan berbahasa tamil, lawatan kali ni diadakan sempena penyerahan cek bayaran Faedah prngurusan mayat (FPM) kepada balu mendiang..seperti aku nyatakan beberapa hari lepas kes ini disiasat segera sebaik sahaja pihak kami menerima maklumat dari paparan akhabar tempatan dan kes selesai disiasat pada hari yang sama..


2.Sepertimana telah aku nyatakan semalam kes ini diklasifikasikan sebagai bencana kerja kes FOT dimana balu akan menerima Faedah Orang tangungan yak ni pencen FOT untuk seumur hidupnya...ini kerana kemalangan yang menimpa mendiang suaminya berlaku semasa beliau bekerja..aku rasa dengan pencen FOT yang diberikan dari pihak perkeso kepada balu si mati ini rasanya sudah cukup untuk menyara kehidupannya..


3.Oleh sebab itulah aku selalu nasihatkan agar kalian terus membuat aduan pada pihak perkeso sekiranya majikan kalian tidak mencarum kalian..ingatlah cxaruman dengan pihak perkeso adalah wajib..bukan sahja kerana peruntukan undang2 namun juka demi masa depan keluarga kalian..



Selasa, 14 Mei 2013

Lagi berkenaan soal jawab berkaitan tuntutan perkeso di akhbar..

1.Hehehe lagi berkenaan soal jawab perkara2 berkaiatan tuntutan perkeso..hangpa baca paper sinar harian 13 mei ade tulis..ni aku letak kat bawah ni...tapi lagi lengkap penjelasan aku rasanya hahahaha pe pun layan je lah..


Kesatuan kakitangan perkeso terima anugerah kesatuan sekerja cemerlang 2013!!!


1.Syukur, Alhamdullilah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya, Kesatuan Kakitangan PERKESO telah sekali lagi menempa sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang Tahun 2013 sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS Peringkat Kebangsaan 2013 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan pada 1 Mei yang lalu. 



2.Majlis sambutan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Naib Canselor USIM, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja CUEPACS seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


3.Sesungguhnya, anugerah ini amat bermakna bagi Kesatuan Kakitangan PERKESO kerana buat pertama kalinya dinobatkan sebagai penerima anugerah semenjak 20 tahun Kesatuan ini ditubuhkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli-ahli Kesatuan khususnya yang sentiasa menyokong dan berada di belakang kepimpinan Tuan Presiden, Tuan Azman Tuan Yaacob dan barisan AMJK dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahlinya.

Sabtu, 11 Mei 2013

selesai siasat kes -AJAL HANTAR MINYAK 30 TAN!!!

1.Alhamdulilah selesai siasat kes kemalangan maut melibatkan pemandu lori tangki minyak sawit terbabas dan terbalik di KM 4 jalan mersing-nitar..sejak akhir2 ni banyak jugak kes melibatkan kenderaan berat terbabit dalam kemalangan..dalam kes kemalangan maut yang aku siasat ni pemandunya meninggal dunia di tempat kejadian..terbabas dan terbalik tanpa melibatkan kenderaan lain..sebaik sahaja kes ini dilaporkan di dalam harian metro aku serta merta diarah untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes tuntutan ni pada hari yang sama pehhhhhh..tapi syukurla kes ini mendapat kerjasama yang tak berbelah bagi dari majikan pemandu yang maut tersebut...akhirnya kes berjaya diselesaikan pada HARI YANG SAMA!!!hohoho..

2.Hm sempat buat lawatan sambil2 buat siasatan di rumah simati...mayat mendiang pada ketika ni baru aje nak dihantar ke tempat pembakaran..

3.Kes ni telah selesai disiasat..balu si mati akan menerima pencen Faedah Orang Tangungan untuk seumur hidupnya...betapa bagusnya jika kalian mencarum dengan perkeso..kalian akan sentiasa dilindungi...PESAN AKU CUKUP MUDAH JIKA KALIAN BEKERJA PASTIKAN MAJIKAN KALIAN MENCARUM NAMA KALIAN DENGAN PERKESO..SEANDAIKAN MAJIKAN GAGAL MENCARUM NAMA KALIAN MAKA KALIAN PERGILA KE PEJABAT PERKESO TERDEKAT UNTUK MEMBUAT ADUAN..

Khamis, 9 Mei 2013

Sambutan World OSH Day Peringkat PERKESO 2013


1.Pada 29 April 2013 lalu, Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Ibu Pejabat PERKESO telah mengadakan Sambutan World OSH Day Peringkat PERKESO 2013 bertempat di Dewan Persidangan Tingkat 8, Menara PERKESO. Tema sambutan bagi tahun ini adalah “The Prevention of Occupational Diseases”.

2.Majlis perasmian World OSH Day Peringkat PERKESO 2013 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pengerusi Lembaga PERKESO. Turut hadir pada majlis perasmian sambutan ini adalah YBhg. Datuk K. Selvarajah, Ketua Eksekutif PERKESO, Dato' Dr. Mohammed Azman Mohammed, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Ibu Pejabat serta Ketua-ketua Bahagian, Pengarah PERKESO Negeri Kuala Lumpur, Pengarah PERKESO Negeri Selangor dan anggota PERKESO di Ibu Pejabat.

3.Atur cara majlis sambutan dimulakan seawal jam 8.45 pagi dengan sesi ceramah yang bertajuk “The Prevention of Occupational Diseases”, telah disampaikan oleh Dr. Jalal Dahalan, seorang pakar ergonomik yang dijemput khusus daripada ErgoWorks Sdn. Bhd. Atur cara kemuncak adalah perasmian majlis sambutan yang telah berlangsung tepat jam 11.10 pagi.

4.Selepas merasmikan majlis sambutan tersebut, YBhg. Datuk Abu Huraira seterusnya menyampaikan pula baucar Program Saringan Kesihatan (HSP) kepada anggota yang layak diikuti dengan penyampaian Peralatan Pelindung Diri (PPE) kepada Pengarah PERKESO Kuala Lumpur dan Pengarah PERKESO Selangor.

5.Alat pelindung diri seperti ‘safety shoe' dan 'safety helmet' akan dibekalkan kepada semua Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pemeriksa PERKESO yang menjalankan tugas rasmi luar pejabat bagi melindungi diri mereka dari sebarang bentuk 'hazard' dan risiko kemalangan.

6.YBhg. Datuk Pengerusi Lembaga juga sempat meluangkan masa untuk melawat ruang tapak pameran di lobi Menara PERKESO yang melibatkan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan NIOSH. Klinik Chateral And Khoo yang merupakan klinik panel HSP pula telah menyediakan perkhidmatan ujian saringan kesihatan. Di samping itu, seramai 67 orang anggota PERKESO telah mengambil bahagian untuk menderma darah kepada Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur.

Syabas dan ucapan setinggi terima kasih kepada anggota yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Sambutan World OSH Day Peringkat PERKESO 2013 pada kali ini.