Rabu, 10 Februari 2016

minggu lepas banyak siasat kes penyakit khidmat :)

1.Hahaha masih dalam mood raya cina..kakaka dengan kata lainya aku masih bercuti geng..time bercuti macam ni la baru leh jenguk2 blog sat..maaf banyak2 lambat sikit nak reply segala komen2 kat inbox...sory geng..akan jawab satu persatu..pelan2 kayuh hahaha..kakaka kena jaga baby geng huwaaaa..
                                       Sakit belakang beb..berat bahan kimia ni
2.Lagi pun blog aku ni asyik dok citer pasai perkeso perkeso dan perkeso kakakaka aku rasa hangpa pasti bosan wakakakaka...takpa takpa..ni saje lah yang aku leh citer..nak citer pasai lain aku tak tahu kakakaka..Minggu lepas mcm biasala buat siasatan kes..untuk minggu lepas kes tuntutan banyak kepada tuntutan penyakit khidmat perkeso..penyakit khidmat macam yang aku pernah bagitahu sebelum ni la..penyakit yang di sebabkan kerja yang kita lakukan hari2 bertahun2 lamanya..hahaha contoh kerja tempat mempunyai mesin kilang yang besar dan mengeluarkan bunyi bising..lama lama bertahun2 kerja lama lama pekak badak kakaka hilang pendengaran atau kurang pendengaran itulah penyakit khidmat hahahaha banyak dah aku dok bagi conoh dalam blog ni hangpa cari lahhh.
                                     mesin buat pembentungan..bising sangat2
3.Pelbagai kes penyakit khidmat yang aku siasat minggu lepas..ada kes penyakit khidmat hilang pendengaran disebabkan kerja di kawasan bising..ada penyakit khidmat sakit belakang back pain back ache disebabkan kerja2 berat atau factor ergonomic ada juga sebab katarak mata disebabkan oleh kerja...banyak lahhh
 
4.So bila pihak perkeso dapat tuntutan macam ni...pertamanya kes akan di daftar dan akan diberi pada pegawai untuk siasat...selesai siasatan barulah di rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK)jika ianya penyakit tu berpunca dari pekerjaan..kalau bukan disebabkan pekerjaan biasanya akan dihantar ke cawangan perubatan dan pemulihan untuk pandangan..kalau dah tak de kaitan dengan kerja maka tak boleh la buat tuntutan geng...hehehe senangkan..kadang2 kita sendiriakan tahu apa sebenar punca sakit kita tu...kalau main bola sepak petang2 menyebabkan sakit maka tiada kaitanla dengan kerja kan..
                                     sakit belakang factor egonomik..duduk lama2
5.Banyak kawan2 bertanya pihak Jemaah Doktor Khas hanya sentuh dan tengok sekejap jee  dan suruh keluar kan kan kan..sebenarnya pihak Jemaah Doktor Khas telah mengkali setiap kes melalui laporan perubatan yang hangpa kemukakans emasa membuat tuntutan tersebut...depa dah kaji..dah study..cuma panggil untuk lihat..dan ada kalanya depa ni ada tanya2 juga dan ada juga buat ujian..depa tengok kes2 juga la..bab Jemaah Doktor (JD) dan Jemaah doctor Khas (JDK) ada aku bincang dalam blog ni..cari la ada tuu hahaha..Ok lah nanti de masa aku update lagi k.Hehehe nak taip panjang2 tak sempat geng..anak kecil biasala jap2 nangis jap2 kacau hahahaha...buat setakat mampu aje la...semata mata nak sampaikan info untuk kawan2..mudah mudahan aku dapat pahala..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan