1.Salam gang..lama tak menulis sembang panjang2 ni..macam biasala kalau menulis pun tak lari dari tajuk perkeso la hehe tajuk yang harap2 memberi pahala di kemudian hari nanti, hangpa boring ka bosan ka itu bukan masalah aku kalau rasa jemu hehe takpe jangan baca..hm cuaca panas menyebabkan kadang2 kita leka dalam membuai perasaan haha..sambil berputar2 fikiran tak tahu
bagaimana nak mula tulisan hari ni...ermm apa pun terlebih dulu
ribuan terima kasih buat team perkeso khususnya encik kamal,team kluang easy
bikers dan juga team JPJ Kluang serta team Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom..peh panjang sikit citer hari ni geng..terima kasih sebab apa?hehehe mai nak kongsi cerita sikit...
2.Sebenarnya telah banyak usaha2
dilakukan pihak perkeso sama ada melalui media cetak dan eloktronik mahupun
usaha secara individu untuk menerangkan pelbagai maklumat2 berkaitan perkeso
kepada penduduk isi bumi di Malaysia ni,namun begitu rupa rupanya masih banyak
yang masih tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu walaupun pelbagai
hebahan,promosi dan program2 turun padang yang perkeso lakukan termasuk program
perkeso bersama pemimpim masyarakat dan sebagainya..namun mana silapnya ramai
anggota masyarakat terutama kawasan kampung masih tidak mengentahui akan faedah
dan kebaikkan perkeso.Tak tahu nak kata apa dah..terangkan kebaikkan perkeso pada
ketua kampung sudah,terangkan kebaikan perkeso kat Ajk Kampung sudah, terangkan kebaikan perkeso kat Ajk KRT
sudah bla bla bla sama aje masih ada yang juga mangsa tercicir. .maksud aku terlepas pandang..(aku sama sekali tak menyalah kan sesapa dalam hal ini harap faham ia adalah tulisan peribadi tanpa wakili tempat aku bekerja ingat tuuuu tulisan peribadi hehehehe hahaha lamakan aku kena marah plak)
3.Nak dijadikan cerita..dalam bulan
ramadhan yang lalu..satu team konvoi jelajah ramadhan dari gabungan anggota JPJ
Kluang dan Team kelab motor besar kluang hehe Kluang Easy Bikers telah
mengadakan program mereka..masuk ke kampung untuk program jelajah ramadhan memberi
bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik di kampung rahmat
kluang…dalam program itu dengan kuasa Allah mereka berjumpa dengan satu
keluarga..dimana salah seorang penghuninya terlantar sakit..pakcik Ma’at bin
Pardi namanya..dah lama tuan2..dikatakan beliau sakit sejak tahun 2011 lagi
kesian..lama dan amat lama..keluarga ini tidak membawa pak cik yang sakit itu
ke Hospital untuk mendapatkan rawatan..alasan biarla aku tak
nyatakan..sakitnya agak teruk tuan2..tak mampu berkata-kata dan hanya terbaring
lesu..lama tuan2 sejak 2011..mereka tiada anak..tinggal bersama bapa mertua
yang telah uzur..Isterinya bekerja kampung sahaja..
4.Nak dijadikan cerita dan dengan
pertolongan Allah dalam team tersebut ada juga pihak media yang begitu rapat
hubunganya dengan pihak perkeso dan segera menyalurkan maklumat ke pejabat
perkeso..setelah pihak perkeso mendapat maklumat tersebut team skuad pantasnya
segera ke rumah pesakit ini dan hasil semakan caruman mendapati pesakit pernah
mencarum perkeso sehingga tahun 2011 dan semakan kelayakan caruman mendapati
layak untuk menuntut pencen Ilat..
5.Serentak dengan itu juga pihak
perkeso segera menghubungi Ambulans..thanks geng2 Hospital Enche Besar Hajjah
Khalsom..mereka amat terbaik dengan memberi tindakan yang cepat..ambulans
segera di hantar ke rumah pesakit dan pesakit segera di hantar ke Hospital
untuk mendapatkan rawatan..Alhamdulilah..pantas tindakan dari Hospital Enche
Besar Hajjah Khalsom..
6.Ceritanya tidak habis di situ
geng…selepas mendapatkan rawatan..pihak perkeso segera mengatur pesakit ini
untuk di rujuk ke Jemaah Doktor untuk menentukan sama aada pesakit layak
mendapat pencen Ilat atau sebaliknya..tiba harinya Alhamdulilah Pihak Jemaah
Doktor telah memutuskan pesakit ini di sahkan mengidap keilatan dan serentak
dengan itu beliau layak mendapat pencen Ilat dari perkeso..tuan2 pencen Ilat
ini adalah pencen bulanan yang akan dibayar pihak perkeso sepeanjang hayatnya
jika beliau masih sakit dan tiada perubahan..selain itu bukan pencen bulanan
sahaja bahkan pesakit ini juga telah diberi Elaun Layanan Sentiasa (ELS) di
bawa penjaga pesakit ini akan dibayar secara bulanan sebanyak RM500
sebulan!bayaran ELS itu belum lagi termasuk dengan Pencen Ilat untuk pesakit
tersebut..Alhamdulilah..
7.Tuan2 pesakit ini bukan sahaja
menerima pencen secara bulanan..BAHKAN pesakit juga menerima pelbagai bantuan
lain dari pihak perkeso antaranya katil KHAS,tilam KHAS,susu KHAS,Pampers, dan baynyak
lagi..Allahuakbar!!!alatan pemulihan ini diebri secara berkala..macam pampers
habis akan diberi habis guna akan diberi Alhamdulilah perkeso terbaikd alam
menjaga kebajikan pekerja..
8.Namun soal bantuan pelbagai
alatan pemulihan dan wang pencen itu soal kedua..namun mengapa perkara sebegini
sering terjadi!!!pelbagai kempen pelbagai promosi dah di jalankan..mengapa masih
ada masyarakat tak tahu dan tidak ingin ambil tahu tentang perkeso?Ok..salah
satu contoh cukup jelas..perkeso telah berulang kali adakan program perkeso
bersama pemimpin masyarakat yang mana saban tahun dikumpulkan semua ketua
kampung,penghulu,AJK taman dan KRT untuk menerangkan faedah2 perkeso namun apakah
mereka menyampaikan maklumat dan info pada anak2 “buah” mereka???kalaulah mereka sampaikan aku
percaya perkara sebegini tak berlaku…tapi mereka pun ada kerja juga kita fahamla mereka busy…kerja
hakiki mereka..tapi kan kalau lah kita ni ketua kampung AJK kampung…ada sahaja
anak2 “buah”kita sakit kronik tak boleh kah sampaikan info ini pada pihak
perkeso?atau ke pejabat perkeso untuk membuats emakan kelayakan caruman?atau nasihatkan keluarga yang terlibat agar cuba2 bertanyakan pada pihak perkeso? ahhhhh pening…kalaula semua berjalan bagai di rancang alangkah baiknya…opssss aku bukan nak salahkan ketua kampong wooo woooo jangan salah falam hehehe..jangan salah faham woooooo..
9.Aku bukan nak salahkan mereka..ye
la..masing2 ada kerja..kita di pihak perkeso juga tiada cukup info untuk masuk
ke kampung2 mencari pesakit2 yang seandaikan ada caruman boleh mohon pencen
Ilat..sakit Kronik maksud aku..kalaulah masyarakat prihatin dan tahu bab2
perkeso alangkah bahagianya..senang2 kita dapat maklumat dan membantu apa yang
perlu…
10.Terlantar sakit sejak tahun 2011
sebelum berjaya dikesan pada Julai 2016 adalah tempoh yang begitu lama
seseorang menangung derita…mereka patut tahu dan tuntut hak mereka..Allahuakbar
kembalikan lah sikap2 kemasyarakatan kita…bertanya khabar dan ambil tahu…sampaikanlah
maklumat2 berkenaan perkeso pada segenap lapisan agar perkara sebegini tidak
berlaku lagi..ayuh bantu membantu sesame kita!Tak susah geng tak susah tuan2
jika tahu ada orang2 sakit teruk sakit kronik di kampung2 sila bertanyakan
mereka apakah pernah kerja mana2 syarikat swasta?pernah mencarum perkeso?buat
semakan kelayakan caruman..berkunjunglah ke pejabat perkeso terdekat jangan ada
rasa segan2,bertanyalah ambil tahu..bersama sama membantu sesame kita..tak
boleh juga sila info pada pihak kami!
11.Akhir kata jangan marah aku hahaha..sekadar meluah rasa sahaja..banyak program kita buat setiap tahun...hmmmm tolonglah bantu kami sampaikan pada mereka2 tentang kebaikan dan faedah perkeso..
Salam..bulan mei lepas sy ada mmbuat aduan mngenai majikan yg tidak mencarum dan tidak melaporkan kemalangan kpd perkeso..bbrapa buln sblum tu sy terlibat dgn kmalangan semasa bekerja..tugas sy sbg site supervisor..yg mmerlukan kerja diluar site utk tujuan mmbeli kperluan site project dlm kuantiti yg sdikit..atas tugas yg telah diarahkn pngurus projek jika pekerja site mmerlukan apa2 kperluan utk site....jadi perkeso tlah mnyiasat kes sy dgn majikan dan kptusannya kes sy bukan bencana kerja dan majikan mlaporkan kpd perkeso sy kemalangan utk mmbeli petrol utk kegunaan tpak projek bukn atas arahan majikan dan tiada kaitan dgn pkerjaan...seakan sy teraniaya..perkeso ada bagi borang prmohonon rayuan..sy akn serah scpat mungkin..bgaimana proses rayuan tu nti ye? Trpaksa la sy tanggug ats majikan yg xbrtanggugjwb tu
BalasPadamwasalam tuan,
Padamhampeh tul majikan tuan..bengong pun ada hahaha..kalau tuan beli petrol bukan untuk projek jadi tuan beli petrol untuk apa?
2.Saya berkeyakinan apabila kes ini di rujuk ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) nanti tuan akan Berjaya Inshallah jika tuan di pihak yang benar maka usah gentar..sediakan fakta dan hujah yang betul2 tuan alami..
3.JRKS adalah satu badan yang cukup adil!!!lawan tuan jangan bertangguh!
Haha..dh tentu sy bwk tong petrol bsar mse tu..dlm lporan lengkap polis pon ada gmbr dan sbgnye..saksi pon ada utk mngesahkn sy ke luar bli petrol sbb pkerja mse tu nk guna utk mesin bncuh simen..ckup bebal itu org..dh tentu sy yg jge site nk bg lncar projek..pngurus bukn de pon kt situ..spe lg klu bukn sy yg kna beli..xpe sy anta dlu borg tu..cme leceh sikit la..ptut bole setel cpt jdi brtmbh rumit..trima kasih tuan..
BalasPadamhahaha sama..tu la patutnya senang2 leh selesai itu kes hahahaha..adeiii tunggu la JRKS nanti tengok dia kata apa kakakaka majikan pun ada time tu..
PadamSelamat pagi tuan blog. Pada 30.5.2014 saya telah mengalami kemalangan motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja dan telah mengalami patah tulang tibia dan fibula kaki kiri dn mc melebihi 180hari.Untuk pengetahuan tuan selama mc dan selepas mc saya mengikuti program return to work under perkeso selama 6bln lebih.saya memulakan kerja pd 23 disember 2014 dan saya mengalami kesukaran naik turun tangga, mencangkung dn kesakitan kaki bila berjalan atau berdiri terlalu lama. pada thn 2015 saya telah ditemu duga oleh jemaah doktor untuk kes kecacatan kekal tetapi keputusan jemaah doktor mengatakan saya masih belum sembuh sepenuhnya dan perlu mendapatkan rawatan semula. Hasil pemeriksaan doktor Hospital tengku ampuan rahimah saya mengalami masalah left acl + meniscus injury. Pada 8.5.2016 saya telah menjalani pembedahan lutut penukaran ligamen dan doktor telah memasukkan skru. Mc saya selama 3 bulan dan berakhir pd hari ini 10ogos.
BalasPadamSoalan saya tuan
1, bagi kes patah tulang tibia dan fibula adakah kecederaan ini kecacatan kekal?
2, Adakah program return to work mempengaruhi nilai peratus kecacatan sekiranya dikatogerikan kecacatan kekal?
3 Bagi kecederaan Left acl + menicus injury adakah disebabkan kemalangan pd 30.5.2016 dan kategori kecacatan kekal?
Saya dahulukan ucapan terima kasih atas budi bicara tuan untuk menjawap soalan saya dan mohon maaf panjang bebenor cerita saya ��.
selamat pagi puan Hernah...simpati saya pada nasib puan..semoga cepat sembuh geng..
Padam1.Tak de masalah puan puan menyertai program return to work langsung x akan menjejjaskan peratusan hilang upaya kekal puan bahkan program itu amat terbaik untuk memberi khdmat pada puan..jangan fikir bukan2 hehehehe..ia langsung x akan menjejaskan peratusan HUK puan.
2.PUan untuk menentukan peratusan dan cacat kekal puan boleh memohonnya dan pihak JEMAAD DOKTOR(JD)akan menentukan puan mempunyai kecacatan kekal atau sebaliknya dan peratusan cacat kekal juga diberi oleh mereka,pada saya biasanya dari pengalaman sedikit sebanyak ada cacat kekal disitu puan..
hahaha betul2 panjang citer ni terpening gak kita kakaka
PadamAkan cepat sembuh terima kasih geng. Penjelasan yang baik utk persoalan saya. Diharap nilai peratus nanti berbaloi dgn usia saya 23 tahun Doakan saya heheh. risau gak doktor kata kecederaan skrg akan ada effect pd masa tua nanti. terima kasih atas jawapan tuan. Semoga Allah memberkati tuan dan keluarga supaya dalam keadaan sihat, bahagia dan dimurahkan rezeki. Amin
BalasPadamhahaha sama2 geng :)..amin terima kasih cik Hernah :)
PadamSama2 tuan blog
BalasPadamSelamat ptg,suami sya mgalmi kmlngn d tmpt kja.2 tulang jari kaki suami path n retak.n sdh mndpt batuan faedah kurng upya kekal.d cni sy nk btnya,ada ka suami lyak mndpt faedh kurg upya kekl?krna smpai arini suami msi bjln tempang.tulng kaki pn blm pulih spnuh ny n masi retak.suami xpnh mnjalni opret.
BalasPadamOh tak sangka benefit untuk lumpuh dan strok sampai macam ni sekali. Alhamdulillah. Seronok membacanya. Terima kasih atas info tuan.
BalasPadamYa puan banyak faedahnya puan sebab tu sayang sangat kalau pekerja ditipu majikan dengan tidak membuat caruman dengan pihak Perkeso.Caruman nyer tiap2 buat kecil sahaja puan Namun faedahnya cukup BESAR.
Padam2.Terima kasih puan Inshallah selagi terdaya dek masa dan tenaga saya akan kongsikan banyak perkara2 yang banyak yang pekerja tidak tahu dan tidak faham hak2 mereka sebagai pencarum Perkeso.
wasalam