Sabtu, 6 November 2021

SIP EMP+ WAHAI BUKAN PENCARUM PERKESO YANG MENGANGGUR REBUTLAH PELUANG INI!

1.Bertemakan'Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera'intipati bajet 2022 disifatkan agak menyeluruh untuk membantu rakyat berteraskan tiga prinsip utama iaitu Memperkukuh Pemulihan,Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan. Bajet 2022 ini berjalan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK 12).

2.Apabila bercerita tentang bajet 2022 ini, ramai yang bertanya kamu dapat apa kau dapat apa aku dapat pa kita dapat apa?yup semua rakyat Malaysia/Keluarga Malaysia dapat apa sebenarnya?rasanya semua telah mengentahuinya bahkan sedang berkira-kira dan menunggu untuk menikmatinya.

3.Biarlah rakyat ulas dan bercakap mengenai bajet 2022 itu hak mereka kita bebas melontarkan pendapat walaupun wujud pertentangan pendapat biarkan ia sekadar memeriahkan suasana bukan pemanas suasana..waima di kedai kopi pun bab bajet 2022 masing belum reda hehe termasuk bab pengeluaran kwsp RM10 ribu kan kan..

4.Bajet 2022 juga memberi cabaran besar juga pada sesetengah Jabatan untuk menyampaikan apa yang diputuskan dan diberi melalui bajet 2022 secara langsung mahupun tidak langsung kepada sasaran, melalui Bajet 2022 pihak PERKESO diberi peranan penting untuk melipatgandakan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada keluarga Malaysia dengan pelbagai inisatif terutamanya dibawah #jaminkerja-inisiatifpengajian!haha walaupun pun bukanlah keparakan saya untuk bercakap benda berat sebegini tapi setakat sembang di kedai kopi boleh la.Sebenarnya banyak inisiatif yang diberi oleh pihak kerajaan melalui PERKESO dalam bajet 2022 untuk keluarga Malaysia terutamanya untuk membantu rakyat memperoleh pekerjaan dan membantu meringankan usaha keluarga Malaysia ini untuk mencari kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga beroleh pekerjaan yang diinginkan!

6.Satu contoh mudah untuk dinyatakan disini, mereka yang belum mencarum PERKESO dan belum pernah bekerja sekali pun apatah la menyumbang caruman pada PERKESO pun PERKESO bantu untuk meringankan bebanan kalian dalam mencari pekerjaan..caranya cukup mudah semudah ABC!!!melalui SIP EMP+ untuk kepada BUKAN PENCARUM PERKESO kalian hanya perlu mendaftar ke portal myfuturejobs dan membuat pencarian kerja disitu dan hadir 3 temuduga dalam hanya SEBULAN..tiga kali dalam sebulan sahaja bukan 30 kali dalam sebulan kalau lebih lagi bagus sebab nak kepada kerja kan!..selesai temuduga update dalam Aplikasi prihatin perkeso atau matrix atau mana2 portal yang akan diumum kemudian (kot2 ada cara/portal baru plak la pasni)hangpa akan dibayar RM300 atas usaha hangpa mencari kerja untuk diri hangpa SENDIRI!kalau tak dapat lagi kerja untuk sebulan itu maka bulan kedua carilah kerja lagi hadirlah temuduga 3 kali secara bersemuka atau online claim plak dengan PERKESO dapat lagi RM300..tak dapat lagi kerja masuk plak bulan ke 3 buat benda sama Inshallah hadir 3 temuduga lagi secara bersemuka atau online dapat lagi RM300!!!beb RM300 ini bukan GAJI bukan saja-saja bagi hangpa enjoy haha beli rokok atau shiha beb ini untuk modalkan hangpa hadir mana-mana temuduga bukan untuk sesiapa tapi untuk diri dan masa depan hangpa sendiri..hangpa USAHA dan Ikhlas hangpa dapatlah nikmatnya Inshallah!dapat kerja dalam tempoh 3 bulan atau mana awal dari tu PERKESO bagi pulak RM400 free aje gaiss..bukan kena bayar balik pun. Ambik peluang ini tolonglah gaiss!

7.SIP EMP+ untuk BUKAN PENCARUM PERKESO ini adalah satu peluang terbuka untuk kalian gunakan sebaik mungkin!tidaklah susah..hanya sebulan 3 kali temuduga sahaja..dulu kita keluarkan duit poket kita sendiri naik bas bagai nak hadir temuduga..naik prebet sapu, la ni ada grab gaiss..la ni lagi senang tak payah hadir bersemuka ada online temuduga lagi! Kita nak kerja bukan nak pada RM300 tu!

9.Pejabat SIP Perkeso seluruh Negara banyak menganjurkan karnival pekerjaan bahkan hujung minggu pun ada sahaja temuduga secara online yang mereka aturkan,rebutlah peluang ini bukan RM300 yang nak dikejar namun kerja idaman untuk mencari nafkah rezeki yang halal untuk diri dan keluarga kalian! haha panjang pulak..ni baru bab SIP EMP+ untuk AWAM/BUkan Pencarum PERKESO belum lagi bercakap bab PENCARUM PERKESO lagi ni esok-esok plak gaiss.

https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

#kreadit gambaq aku rembat kat FB rasmi PERKESO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan