1.Cuti mingguan hari ni aku bawa keluarga ke
Agrovalley Rong Chenok Pasir Mas Kelantan sempena Sambutan Hari Ladang.Agrovalley Rong Chenok ni tak jauh dari rumah aku,lebih kurang 10 Kilometer gitulah. Ladang
Agrovalley Rong Chenok yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri
Kelantan terletak di kampung Rong Chenok Pasir Mas dengan keluasan 109 Hektar.
Didalamnya pelbagai aktiviti pertanian seperti tanaman Lada fertigasi, tanaman Sawi hidroponik,
Pisang, Melon Madu, Ayam dan banyak lagi.
2.Sempena Sambutan Hari Ladang ni ,mereka 'open' ladang mereka untuk orang kampung/pengunjung datang dan petik sendiri sayuran seperti Sawi
dan buahan seperti Melon dan Lada dimana konsep petik dan bayar. Kita boleh pilih buah Melon ikut saiz besar mana kita mahupun. Pada hari tersebut
jualan ayam yang mereka ternak juga diadakan, murah RM6.00 sekilogram hari ni sahaja kot.
3.Seronok jugak beli buah melon petik dan bayar ni,kita petik dan pilih buahnya dan bayar ajo,buahnya manis amat!



Tiada ulasan:
Catat Ulasan