Selasa, 16 November 2010

Pertama Kali

1.Tiada apa yang hendak dicoretkan kerana aku bukanya insan berjiwa seni yang mampu mengubah apa sahaja situasi mengikut skrip filem yang sedih menjadi riang yang riang menjadi sedih,darah sasterawan sedikit pun tidak mengalir dalam diri,darah bangsawan jauh sekali bagai angkasaraya dengan bumi.

2.Sekadar menguji diri bukan mengikat janji sekadar pengubat dikala sunyi merembes apa yang terbuku disanubari,agaknya inilah medium terbaik buatku,aku tulis aku sendiri yang baca.Itu lebih baik dari aku membuat coretan yang mampu membuatkan emosi insan diluar tercuit rasa.Harap kali ini tiada siapa yang mengawalku lagi.

3.Antara sedar dan tidak telah lebih berbelas tahun merantau.Adakalanya jemu dan jemu namun apakan daya ini bukan pertama kali dan yang pastinya bukan yang terakhir.

4.Oh aku juga tanpa sedar telah 5 tahun rasanya meminati penangan roti yang di stim dan keenakan kopi di  gerai kolonial ini..

4.Rasanya cukup untuk pembukaan..buat kali pertama menulis ini sudah dikira cukup baik.

2 ulasan: