Sabtu, 1 September 2012

Alhamdulilah selesai kes tuntutan keluarga Allahyarham Shah Nizam Omar (wartawan kosmo)


1.Alhamdulilah dalam kesibukan duk raptai dan hadir taklimat sempena hari kemerdekaan ke 55 peringkat Negeri Johor aku sempat jugak menyelesaikan amanah yang telah di berikan, sebenarnya aku diarah segera mengesan dan menyelesaikan kes tuntutan pencen penakat keluarga Allahyarham Shah Nizam bin Omar iaitu wartawan popular Akhbar KOSMO!Allahyarham meninggal dunia disebabkan kanser Jantung yang dihidapinya..ni lah kali pertama aku dengar kes kematian disebabkan kanser Jantung..gambar perbarisan hari kemerdekaan tu tak sempat nak ambil la beb..hehehe dok berbaris la beb




2.Sebaik sahaja berita kematian wartaman KOSMO!Allahyarham Shah Nizam ini dilaporkan aku segera diarah oleh bos aku..er er dia pun kena arah oleh Ibu pejabat hehehehe..so oleh kerana kekurangan  maklumat maka berpusing2 la aku dalam sehari untuk mencari dimana sebenarnya keluarga Allahyarham tinggal apatah lagi maklumat hanya sedikit dimana dikhabarkan keluarga tinggal di Ladang sawit kekayaan Paloh, lalu dengan kerjasama team pengurusan Kilang sawit kekayaan Paloh dapatla aku berjumpa dengan ayah Allaharyam iaitu Encik Omar bin Mohd,Alhamdulilah selesai hari yang sama semua kes tuntutan itu, sebab semua maklumat yang aku nak semuanya dah ada..maka senangla kerja aku.Bincang punyer bincang sempena hari kemerdekaan ke 55 dan jatuh pulak time raya maka kami berpakat untuk buat majlis sambutan hari raya sambil buat  majlis penyerahan cek kepada keluarga Allahyarham..terima kasih team perkeso kluang..hangpa memang terbaik..






3.Alhamdulilah Encik Omar dan keluarga memberi kerjasama yang amat baik dan kes ini diselesaikan dengan segera.Jadi pada 31 Ogos lalu aku telah aturkan majlis penyerahan cek Faedah pengurusan mayat (FPM) kepada keluarga Allahyarham..ini memandangkan Allahyarham belum berkahwin maka kedua-dua ibu dan bapanya layak menerima pencen penakat secara bulanan seumur hidup mereka, begitu juga dengan seorang adik Allahyarham yang masih belum mencapai umur 21 tgahun.Sebelum mulakan majlis kami marhaban dulu..



4.Terima kasih jugak buat team KOSMO! dan utusan Malaysia johor yang sudi hadir ke majlis tersebut,semoga kerja sama ini akan berpanjangan. Tak lupa juga ribuan terima kasih buat pegawai khas menteri besar johor yang sudi hadir meyampaikan cek untuk keluarga Allahyarham.Berita tentang Majlis ini telah dipaparkan di kedua dua akhbar KOSMO! dan utusan malaysia







Tiada ulasan:

Catat Ulasan