1.Hari ni aku siasat satu kes kemalangan maut semasa bekerja, pekerja ni baru sahaja bekerja dengan syarikat yang terlibat dalam kerja2 berkaitan tanah dan membuat jalan..baru bertugas dua hari sebagai pemandu 'stimroll'..bukan seperti gambaq di bawah ni hah..
2.Hari pertama bekerja arwah ni kerja dengan gembiranya, semua urusan kerja berjalan lancar, arwah ditugaskan membuat jalan di Jalan Ladang Felda Ulu Belitong Kluang dengan beberapa rakan sekerjanya..tugas arwah memandu jentera "stimroll' yang kat kelantan panggil jentera pengelek jalan tu hah..jentera ni semua besi keras woooooo beratnya ber tan tan beb..inilah 'stimroll' yang di pandu arwah..
3.Hari kedua arwah kerja ...arwah memandu 'stimroll' mcm biasa..sedang arwah memandu 'stimroll' untuk meratakan jalan dalam ladang itu tiba2 'stimroll' yang dipandu arwah ini gagal dikwal ketika melalui sedikit kawasan agak bukit/jalan tinggi sikit lalu menyebabkan 'stimroll' yang dipandu arwah terbalik!!!apa yang amat mendukacitakan dan menyedihkan pada masa 'stimroll' itu terbalik arwah gagal melompat keluar atau terjun keluar maka dengan sepantas kilat 'stimroll' yang bertan tan berat itu telah menindih arwah yang menyebabkan keseluruhan badanya tersepit dibawah 'stimroll' ini..kepala arwah cedera parah..otak bersepai keluar..dan arwah menghembus nafas terakhir disitu juga.Al-Fatihah.Gambaq ni dipudarkan coz ada kelihatan otak yang bersepai...keadaan arwah yang betul2 ditindih 'stimroll'@jalan ladang felda ulu belitong..
4.Arwah adalah anak sulung dari 9 beradik..keluarganya agak susah..dan menetap dengan menyewa rumah di pekan paloh Kluang..arwah masih bujang dan terlalu muda...namun apakan daya masanya telah tiba...Namun keluuaarga arwah reda dengan apa yang berlaku..lebih melegakan apabila majikan arwah didapati mencarum dengan perkeso..dan apabila mencarum dengan perkeso maka kemalangan yang menimpa arwah itu sudah pastinya ia kemalangan semasa bekerja dah telah disahkan sebagai bencana kerja.
5.Alhamdulilah aku dah selesai siasat kes ini hari ini..mungkin esok atau lusa bayaran Faedah pengurusan mayat (FPM) sebanyak rm1500 akan dikeluarkan pada keluarga arwah,InsyaAllah aku akan berkunjung lagi ke rumah keluarga arwah untuk sampaikan cek bersama bos aku..dan bukan setakat itu sahaja ianya akan disusuli dengan penerimaan pencen Faedah Orang Tanggangungan (FOT) buat kedua ibu bapa arwah yang layak mendapat pencen faedah orang tangungan hingga akhir hayat mereka berdua..untuk adik2 arwah pula pencen sehingga berumur 21 tahun...hangpa rujuk berkenaan kes FOT yang aku pernah post dalam entry blog aku ni hah..cari sendirilah..
6.InsyaAllah laporan penyerahan cek akan aku update kat sini nanti...baru dua hari kerja si arwah ni...tu la pasal aku selalu ingatkan pe pun jadi apa pun kerja hhangpa pastikan majikan hangpa mencarum dengan perkeso...tolongla untuk kebaikkan hangpa dan waris2 hangpa nanti..
Al-Fatihah, takziah untuk keluarga beliau juga.
BalasPadamal-fatihah...
BalasPadamtakziah untuk keluarga arwah..
semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
Amin.
Salam..saya ada soalan tentang SOCSO :)
BalasPadamAyah saya baru meninggal 5/9/2012 lps. umurnya baru 54 tahun. tetapi dia telah lama diberhentikan kerja dgn pampasan oleh TELEKOM.
arwah meninggal akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.
maka soalan saya, adakah waris arwah termasuk isteri dan 3 org anaknya yg berumur bawah 21 tahun layak menerima apa2 pampasan dari SOCSO?
wasalam manja:Manja leh bawa salinan IC arwah ayah dan manja leh ke pejabat perkeso terdekat untuk membuat semakan sama ada caruman ayah mengcukupi/layak untuk memohon pencen penakat atau tidak.tq,jika layak waris boleh mendapat pencen penakat
BalasPadamwasalam