Sabtu, 30 Mac 2013

Arabian bay bukit gambang resort


1.Cuti sekolah seminggu macam biasala aku balik kampung..macam biasa juga setiap kali balik ke kampung aku akan bermalam dulu di Bukit Gambang Resort City, dah banyak kali sangat aku kat sini..ini pun entah kali ke berapa sebab biasanya aku penat drive dan mudah mengantuk so jalan terbaik singgah tidur sini dulu sebelum meneruskan perjalanan..sambil2 leh la anak2 mandi2 kat taman tema yang ada kat situ..


2.Di Bukit Gambang Resort city ada dua tempat untuk hangpa tempah iaitu Caribean bay dan juga Arabian Bay..tapi semala aku duk tidur kat bukit gambang resort city ni aku biasa menginap di Caribean Bay..sebab di caribean bay dekat dengan pelbagai kemudahan..tempat duduk selesa,dekat dengan taman tema dan dekat juga dengan taman tema malam hehehehe turun bangunan je bebudak sukala..lagi pun kereta kuda pun ada kat caribean bay..

3.Tapi untuk percutian kali ni aku entah macam mana nak rasa plak duduk menginap di Arabian Bay di bukit Gambang resort city ni...mmenginap di Arabian bay agak mahal juga kosnya..bilik ok..sama dengan Caribean bay ..cuama bezanya di Arabian bay de TV didalam bilik hehehe kalau kat Caribean bay TV ada kat luar..kat Arabian Bay TV ada di biliik..kalau hangpa tempah dua bilik maka kedua dua bilik de TV la...yang lain2 sama aje..

4.Kolam di Arabian Bay agak menarik juga kalau nak dibandingkan dengan kolam yang ada di Caribean bay..ini kolam percuma untuk budak2 mandi hehehehe..lengkap dengan Jakuzi wooooo..masa aku pi sana aku tinggal kat blok 1 Arabian bay mmengadap pintu gerbang Bukit Gambang Resort city hahahahaha pemandangan dari arah bilik amat membosankan!


5.Arabian bay juga agak baru so tak de sangat permainan malam so nak kena bawak budak2 ke Caribean Bay baru ada pelbagai aktiviti malam..pendek kata di Arabian Bay tak de apa lah jika nak bandingkan dengan Caribean bay..hehehehe mahal bayar bilik tak berbaloi..nak pi taman tema jauh..tiada aktiviti malam..agak suram


Tiada ulasan:

Catat Ulasan