Rabu, 24 April 2013

Program Latihan Profesional Dan Kemahiran ABSEC Superkids


 
1.PERKESO Muar dengan kerjasama daripada pihak ABSEC, Malaysian Building Society Bhd (MBSB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong serta Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah tersebut telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan Program Latihan dan Kemahiran ABSEC SUPERKIDS ‘MENCIPTA DUNIA PRESTASI DI KALANGAN KANAK-KANAK BERSAMA PERKESO‘ pada 6 April 2013 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Abong.
2.PERKESO Muar telah dilantik oleh pihak ABSEC (M) Sdn. Bhd. untuk menjadi tuan rumah dan penganjur untuk program ini yang dikhususkan untuk remaja dan kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah.Program ini memfokuskan kepada penguasaan kemahiran mental, emosi, perasaan dan personaliti yang matang. Perkembangan minda cerdik bermula dengan kebolehan memahami dan menguruskan emosi dan perasaan sendiri, diikuti dengan pencapaian personaliti yang positif. Kebolehan menguruskan emosi dan sokongan perasaan dapat membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif.
3.Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan kanak-kanak memahami bagaimana mengawal emosi, keperluan tanggungjawab, menghormati pandangan orang lain dan menjaga kesantunan berbahasa untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.
4.Di dalam program ‘ASK’, kanak-kanak akan didedahkan tentang kesedaran dan pengurusan kendiri, pencapaian emosi yang positif, kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, pembinaan kemahiran sosial dan pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.
5.Program ini juga menawarkan kad keahlian sehingga umur 18 tahun, insurans ahli bernilai RM10,000 untuk setahun, tabung cheeky yang eksklusif, diskaun barangan melalui online, diskaun barangan secara tunai , portal cheeky yang menarik, aktiviti menarik di dalam portal, program latihan dan kemahiran asas Superkids, program lanjutan dengan harga diskaun tertinggi, program Fun English sebanyak 16 subjek melalui sistem online, program fun maths dan juga pelbagai program yang diuruskan oleh syarikat ABSEC serta kerjasama pihak MBSB.
6.Semoga dengan kejayaan program ini pelajar dan anak kepada anggota yang telah menyertai program ini mendapat manfaat dan berjaya di masa hadapan serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan